The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Melakukan kerja menjahit bahagian-bahagian Blaus Dan Skirt
Potongan Sari Blouse serta menjahit akesori dan hiasan pada
pakaian dengan menggunakan peralatan seperti mesin jahit
dan bahan hiasan yang bersesuaian supaya Blaus Dan Skirt
Potongan Sari Blouse tersebut dapat disiapkan memenuhi
kehendak pelanggan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHARIFAH NAJMAH BINTI SYED MOHD NAGUIB, 2023-12-02 00:20:27

05 BLAUS DAN SKIRT

Melakukan kerja menjahit bahagian-bahagian Blaus Dan Skirt
Potongan Sari Blouse serta menjahit akesori dan hiasan pada
pakaian dengan menggunakan peralatan seperti mesin jahit
dan bahan hiasan yang bersesuaian supaya Blaus Dan Skirt
Potongan Sari Blouse tersebut dapat disiapkan memenuhi
kehendak pelanggan.

Keywords: M05 - HP 05.02

TAJUK : PENGHASILAN BLAUS DAN SKIRT POTONGAN SARI BLOUSE TUJUAN : Helaian Penerangan ini bertujuan menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja membuat sepasang Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse. Perkara-perkara tersebut seperti mengenali bahagian baju yang bersesuaian serta cara-cara menjahit dan mencantum bahagian-bahagian Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse. Teknik menjahit aksesori serta teknik menekan dengan betul, kemas dan bersih. PENERANGAN : T5- Menjahit dan Mencantum Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse5.1 Pengenalan Proses Menjahit Menjahit adalah satu proses untuk menyambungkan bahagianbahagian yang dipotong bersama. Apabila pakaian siap untuk dipakai, benang-benang lebihan yang kelihatan terjuntai di sebelah luar dan dalam, atau buka lisu-lisu sementara yang dibuat semasa mencuba TAJUK KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 05 BLAUS DAN SKIRT TAJUK SUB MODUL 05.02 JAHIT BLAUS DAN SKIRT TAJUK ELEMEN T5 - Menjahit Dan Mencantum Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse T6 - Menjahit Aksesori Dan Menekan Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse OBJEKTIF PENGETAHUAN Melakukan kerja menjahit bahagian-bahagian Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse serta menjahit akesori dan hiasan pada pakaian dengan menggunakan peralatan seperti mesin jahit dan bahan hiasan yang bersesuaian supaya Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse tersebut dapat disiapkan memenuhi kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 1 DRP: 15 HELAIAN PENERANGAN


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 2 DRP: 15 pakaian mestilah dibuang untuk menghasilkan pakaian yang sempurna. Pakaian yang sempurna dijahit kelihatan cantik apabila diberi kemasan yang baik. 5.1.1 Aliran Kerja proses menjahit dan mencantum Blaus Potongan Sari BlouseSkirt Potongan Sari Blouse Rajah 1 : Carta Proses Menjahit Dan Mencantum 1. MENJAHIT TEPI/OVERLOCK PADA SEMUA BAHAGIAN. 2. MENJAHIT LISU 3. MENJAHIT GARISAN EMPAYAR4.MENJAHIT ZIP SEMBUNYI/SOROK5. MENJAHIT DAN MENCANTUM BAHU 6.MENJAHIT GARIS LEHER 7.MENJAHIT SISI BAJU 8. MENJAHIT KAF 9. MENJAHIT SISI LENGAN DAN MENCANTUM LENGAN10. MENJAHIT KELEPET 1. MENJAHIT TEPI/OVERLOCK. 2. MENJAHIT GARISAN TENGAH BELAKANG. 3. MENJAHIT ZIP4. MENJAHIT DAN MENCANTUM SISI SKIRT5. MENJAHIT KEMASAN KELIM BAWAH SKIRT 6. MENJAHIT IKATAN PINGGANG LURUS. 7.MENJAHIT AKSESORI


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 3 DRP: 15 5.2 Peralatan Dan Bahan Menjahit 5.2.1 Alat menjahit Rajah 2: Alatan Menjahit 5.2.2 Bahan dan peralatan jahitan Rajah 3 : Bahan dan Peralatan Jahitan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 4 DRP: 15 5.3 Teknik Menjahit Dan Mencantum Blaus Dan Skirt Potongan Sari BlouseJahit adalah satu proses mencantumkan dua fabrik untuk menjadi pakaian. Persediaan yang perlu dilambil sebelum menjahit adalah Memastikan mesin jahit dalam keadaan yang baik. 5.3.1 Sampel Menjahit Dan Mencantum 5.3.1.1 Sampel Kaf Cara jahit lengan piping ( kun alur ). Jahit pita serong atau kun alur pada hujung lengan di sebelah dalam lengan. Terbalikkan pita serong ke sebelah luar lengan. Jahit tindih halus di atas pita serong tersebut. Pita serong yang siap di jahit pada lengan blaus. 5.3.1.2 Sampel Ikatan pinggang (velkrum) Ukuran panjang pengeras/kain keras adalah sama dengan ukuran keliling pinggang. Jahit pengeras pada bahagian pinggang. Pengeras pinggang siap di jahit 5.3.2 Saiz mata jahitan Saiz mata jahitan adalah aspek penting dalam proses menjahit kerana ianya memberi pengukuhan dan kekemasan pada pakaian yang dihasilkan sama ada semasa mencantum mahupun finishing. Saiz mata jahitan untuk mencantum adalah 1 cm bersamaan 5 mata jahitan. Tetapi akan berlaku perubahan mata jahitan diatas faktor penggunaan fabric. Rajah 4 : Saiz Mata Jahitan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 5 DRP: 15 5.3.3 Langkah-langkah menjahit dan mencantum Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse . a) Langkah-langkah menjahit dan mencantum Blaus Potongan Sari Blouse . b) Langkah-langkah menjahit dan mencantum Skirt. 01 - JAHIT TEPI @ OVERLOCK 04 - ZIP SOROK (BAHAGIAN BELAKANG BAJU) 07 - SISI BAJU 08 - KAF 02 - LISU 10- LENGAN 05- KELIM06 – IKATAN PINGGANG 01 - JAHIT TEPI @ OVERLOCK 03 - ZIP (BAHAGIAN BELAKANG SKIRT) 04 - SISI SKIRT 02 - GARISAN TENGAH BELAKANG 05 – BAHU 06 - GARIS LEHER 03 -GARIS EMPAYAR11- KELIM 09 - SISI TANGAN


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 6 DRP: 15 T6. Menjahit Aksesori dan Menekan Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse6.1 Pengenalan Aksessori 6.1.1 Jenis Aksessori Aksesori ialah barangan yang, sering digunakan untuk melengkapkan pakaian dan dipilih untuk mengekspresikan identiti dan keperibadian individu. Aksesori yang digunakan adalah seperti Zip, Butang Bertangkai dan Cangkuk dan Palang . Rajah 5 : Jenis-jenis Aksesori 6.2 Bahan Aksessori 6.2.1 Zip Pemilihan jenis zip bergantung kepada jenis pakaian. Memilih zip yang betul untuk pakaian adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kualiti, rupa, dan ketahanannya. Zip boleh dikategorikan kepada 3 jenis yang utama berdasarkan pada element zip (teeth) iaitu: a. Coil b. Metal c. Plastik 6.2.2 Butang Bertangkai Butang atau kancing berfungsi untuk menutup bukaan pada baju dan memudahkan sesuatu pakaian dipakai dan dibuka. Selain sebagai hiasan atau fashion statement pada pakaian,. Butang jenis ini sering digunakan pada belah lengan baju dan leher. tangkai atau lubang jahitannya terletak dibawah butang dan diperbuat daripada plastik Cangkuk dan PalangButang Bertangkai Zip Skirt Jenis Aksessori Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 7 DRP: 15 6.2.3 Cangkuk dan Palang Cangkuk dan palang jenis ini terdiri daripada 2 bahagian. Ia seringkali digunakan pada kain baju kurung dan biasanya digunakan bersama zip. Cangkuk dan palang jenis ini perlu dipasang dengan jahitan tangan. Cangkuk jenis ini mudah digunakan dan mudah diganti jika tercabut dari jahitan. 6.3 Teknik Menjahit Aksessori 6.3.1 Jahitan Insang Pari Jahitan Insang pari atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Blanket Stitch adalah jahitan pengemas yang digunkan untuk mengemaskan hujung kain. Jahitan ini boleh juga digunakan untuk menampal applique pada kain, menjahit lubang butang dan menjahit cangkuk pada kain. Rajah 6 : Jahitan Insang Pari 6.4 Pengenalan Proses Menekan Alat Menekan merupakan kaedah menggosok atau menekanfabrik untuk mendapatkan kemasan jahitan. Terdapat pelbagai alat menekan yang telah diinovasi di pasaran yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil mengosok yang kemas.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 8 DRP: 15 6.5 Peralatan dan bahan untuk menekan Rajah 7 : Peralatan Menekan 6.6 Teknik Menekan Blaus Dan Skirt Potongan Sari BlouseKerja-kerja menekan hendaklah dilakukan semasa proses menjahit pakaian,bagi memudahkan kerja-kerja menjahit dan dapat menghasilkan pakaian yang kemas dan bermutu. Lakukan kerja-kerja menekan dengan betul dan mengikut peraturan supaya tidak mencacatkan pakaian. Perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan dalam proses menekan: a. Panaskan seterika dan uji haba dengan perca yang sama dengan daging fabrik. b. Cabut jelujur sebelum menekan bagi mengelakkan timbul tandatanda. c. Guna kain pelembab diatas pakaian dan tekan hingga kering. d. Sentiasa tekan sebelah dalam bagi mengelakkan tanda-tanda sebelah luar. e. Menekan bukan menggosok, apabila menekan letakkan seterika itu diatas bahagian fabrik dan angkat seterika untuk alihkan kebahagian lain. f. Jangan menekan terlalu lama. Sesetengah fabrik berubah warna ia boleh dilapik dengan kertas kuning tebal yang tidak berminyak.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 9 DRP: 15 6.7 Prosedur Perlaksanaan bagi menghasilkan Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse Aspek yang perlu dititik beratkan supaya dapat membantu perlancaraan proses pengajaran dan pembelajaran, mengelakkan kemalangan, memudahkan aktiviti kerja amali dan projek dapat dijalankan dengan baik, mengemaskini alatan dan bahan setelah digunakan, menerapkan sikap yang kognitif, afektif dan psikomotorik dalam penerimaan dan perlaksanaan pembelajaran, pendedahan mengenai anggaran kos yang diperlukan bagi menghasilkan sesuatu produk jahitan. 6.7.1 Keselamatan Semasa Di Dalam Bengkel Jahitan a. Keselamatan diri, alatan dan tempat kerja di bengkel jahitan merupakan perkara yang perlu diutamakan dan diamalkan oleh setiap murid. Terdapat peralatan yang boleh menyebabkan kemalangan sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Pengetahuan mengenai cara penggunaan dan keselamatan peralatan penting agar keselamatan tempat kerja terjamin. i. Peraturan keselamatan diri Keselamatan diri di tempat kerja merupakan pencegahan kemalangan, kecederaan atau penyakit dalam kalangan pekerja atau orang lain yang berada di tempat kerja. Berikut merupakan peraturan keselamatan diri yang perlu diutamakan ketika berada di bengkel jahitan.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 10 DRP: 15ii. Peraturan penggunaan alat Pengetahuan mengenai penggunaan dan keselamatan peralatan adalah penting untuk setiap individu yang bekerja di bengkel. Terdapat banyak peralatan berteknologi seperti mesin jahit industri, mesin jahit tepi, mesin sulam, mesin butang dan lubang butang serta alat menekan yang menggunakan arus elektrik. Panduan penggunaan dan keselamatan harus diteliti dan diikuti. iii. Peraturan Keselamatan di Bengkel Jahitan Semua ruang dan tempat kerja di bengkel jahitan hendaklah sentiasa bersih, selesa dan selamat untuk semua aktiviti seperti membuat pola, menjahit dan menekan. Susunan meja kerja dan peralatan jahitan hendaklah diatur dengan sistematik bagi memudahkan pergerakan dan mengelakkan kemalangan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 11 DRP: 156.7.2 Sikap dan amalan yang perlu diterapkan semasa di dalam bengkel. a. Budaya kerja selamat di bengkel merupakan perlakuan melakukan sesuatu kerja di bengkel yang mematuhi peraturan dan undang-undang yang menjadi amalan baik semasa menjalankan tugas. Budaya kerja selamat memerlukan etika atau sikap yang berdisiplin terhadap kerja. Budaya kerja selamat perlu diterapkan kepada pelatih pada setiap masa supaya menjadi amalan dalam kehidupan harian dan semasa alam pekerjaan.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 12 DRP: 156.7.3 Keusahawanan Aktiviti keusahawanan telah lama dilakukan oleh masyarakat di Malaysia sejak zaman primitif lagi. Tahukah anda, pada zaman kerajaan Melayu Melaka, orang yang menjalankan perniagaan dipanggil sebagai pedagang? Berikut ialah definisi bagi peniaga, perniagaan, usahawan dan keusahawanan Peniaga didefinisikan sebagai individu yang melakukan aktiviti jual beli atau mengendalikan sesebuah perniagaan miliknya sendiri dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan ialah aktiviti jual beli barangan untuk mencari keuntungan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Usahawan ialah seseorang yang meneroka sesebuah perniagaan, memajukan dan membangunkan perniagaan tersebut serta mengambil risiko pelaburan perniagaan yang diceburi. Keusahawanan bermaksud suatu proses pengwujudan dan pengembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi sesebuah negara. a. Kepentingan Pengiraan Kos dalam Perniagaan Kawalan kos • Membolehkan setiap bahagian dalam organisasi bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif. • Mengelakkan pembaziran dan kerugian. Membuat keputusan • Pengurusan yang betul dapat mengawal prestasi kewangan perniagaan sama ada selepas jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Membuat perancangan • Membantu dalam membuat perancangan yang lebin baik dan mengenal pasti maklumat serta aktiviti kos.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 13 DRP: 15Formula Pengiraan Kos Bahan Jenis Bahan × Kuantiti × Kos Seunit = Jumlah Kos Bahanb. Pengiraan Kos Terdapat tiga pengiraan kos yang akan dipelajari iaitu: i. Kos Pengeluaran • Kos yang dikeluarkan untuk menilai bahan (kos bahan) • Kos yang dikeluarkan untuk membayar upah (kos upah) • Kos yang digunakan untuk membayar penggunaan elektrik dan air (kos sampingan) ii. Kos Bahan iii. Kos bahan sepasang Baju Kurung Tradisional : BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAHFabrik 4 meter RM7.00 RM28.00Zip biasa 8” 1 Pcs RM1.00 RM1.00Benang 1 buku RM1.00 RM1.00Cangkuk dan palang 1 pasang RM0.50 RM0.50Getah Pinggang 1” 1 Meter RM 2.50 RM2.50 Butang Bertangkai 1 Biji RM 0.20 RM0.20 Jumlah RM32.20iv. Kos upah: Menentukan anggaran harga • Merupakan faktor yang penting di samping beberapa faktor yang lain seperti pasaran, persaingan dan lain-lain. • Data-data kes daripada pengiraan kos membolehkan kos sesuatu barangan dikira bagi tujuan menetapkan harga sebelum produk dijual.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 14 DRP: 15v. Kos Sampingan: vi. Kos Pengeluaran: vii. Margin keuntungan Margin keuntungan adalah nisbah keuntungan syarikat yang dibahagikan dengan pendapatannya. Kebiasaannya, margin keuntungan dinyatakan dalam bentuk peratusan. Nisbah yang lebin tinggi memberi makna syarikat menjana banyak keuntungan. Elektrik RM100.00Air RM50.00Jumlah RM150.00KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAHRM22.50 RM200.00 RM150.00KOS PENGELUARAN RM373.50 Formula Pengiraan Kos Upah Kos Upah = Bilangan Pekerja × Bilangan Hari × Bilangan Jam Bekerja × Kadar Upah Formula Pengiraan Kos Sampingan Jumlah penggunaan elektrik + Jumlah penggunaan air = Kos Sampingan Formula Pengiraan Kos Pengeluaran Kos Pengeluaran = RM22.50 (Kos Bahan) + RM200.00 (Kos Upah) + RM150.00 (Kos Sampingan) Jumlah Kos = RM373.50


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 15 DRP: 15Margin keuntungan ini penting untuk ekonomi pasaran bebas yang didorong oleh kapitalisme. viii. Harga jualan Harga jualan dapat mempengaruhi sama ada barangan yang akan dijual laku atau tidak. Harga jualan dapat: a. Menentukan harga pokok. b. Sesuaikan dengan keadaan pasaran. c. Memantau harga pesaing. d. Mengenakan harga yang lebih rendah. e. Mempunyai sasaran. xi. Resit Tempahan Dan Resit Bayaran Buku resit tempahan adalah penting bagi seorang tukang jahit samaada menjahit dirumah ataupun di butik sekalipun ia bertujuan untuk merekod bukan sekadar ukuran malahan segala maklumat terperinci berkaitan dengan pakaian yang ditempah. Maklumat ini mustahak sebagai rujukan semasa proses membuat pola begitu juga semasa proses menjahit. Jika sebarang masalah timbul, rungutan atau aduan dari pelangan maka boleh merujuk kepada buku tempahan dan juga resit tersebut. Oleh yang demikian, lebih baik jika buku dan resit ini dijadikan satu dan dibuat salinan berkarbon untuk diberikan kepada pelangan. Setelah sampai ke proses pembayaran baharulah resit bayaran di keluarkan, Resit Formula Pengiraan Margin Keuntungan Margin keuntungan = Jumlah hasil−jumlahkos (harga × kuantiti) Formula Pengiraan Harga Jualan Harga Seunit × % Keuntungan = Harga Jualan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.02/HP(2/2) MUKA: 16 DRP: 15bayaran pula bertujuan sebagai bukti atau rekod kewangan syarikat. Di bawah adalah contoh resit tempahan yang boleh dijadikan sebagai rujukan. RUJUKAN : 1) https://www.pinterest.com/search/pins/ 2) https://www.google.com/search 3) https://kemahiranhidupert.wordpress.com/ 4) Mariam Abu Bakar.(2004).Panduan Membuat Pakaian Wanita.Selangor:Alaf 21 Sdn.Bhd5) Rosita Jaafar.(2006).Variasi Teknik Menjahit,Langkah Demi Langkah Cara Menjahit Pakaian Wanita.Shah Alam:Alaf 21 Sdn Bhd 6) Nor Azlizah Binti Abas. Buku Teks Rekaan Dan Jahitan Pakaian Tingkatan 4 & 5


Click to View FlipBook Version