TAJUK : PENYEDIAAN T-SHIRT MUSLIMAH BERKONSEPKAN JUBAH TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan variasi fesyen dan mengenalpasti bentuk badan, mengetahui bahagian – bahagian badan yang perlu diukur dan kepelbagaian teknik atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengukur, mendraf dan memotong bagi menghasikan T-shirt Muslimah berkonsepkan jubah. Disamping itu, beberapa perkara atau prosedur ditekankan sebelum melaksanakan tugasan ataupun langkah – langkah kerja seterusnya supaya hasil kerja lebih kemas dan teratur serta menitikberatkan aspek keselamatan dalam penggunaan peralatan dan bengkel. PENERANGAN : T1. MENENTUKAN REKAAN FESYEN T-SHIRT MUSLIMAH BERKONSEPKAN JUBAH 1.1 Pengenalan Rekaan Fesyen Pada Pakaian NAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 09 T-SHIRT MUSLIMAH TAJUK SUB MODUL 09.01 POTONG FABRIK TAJUK ELEMEN T1 Menentukan Rekaan Fesyen T-Shirt Muslimah Berkonsepkan Jubah T2 Mengambil Ukuran Badan T-Shirt Muslimah Berkonsepkan Jubah T3 Mendraf Pola T-Shirt Muslimah Berkonsepkan Jubah T4 Memotong Fabrik T-Shirt Muslimah Berkonsepkan Jubah OBJEKTIF PENGETAHUAN Melakar dan mengambil ukuran dan memotong fabrik dengan menggunakan berbagai peralatan dan bahan yang bersesuaian supaya dapat mengukur dan memotong T-Shirt muslimah berkonsep jubah mengikut kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 1 DRP: 23 HELAIAN PENERANGAN
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 2 DRP: 23 1.1.1 Definisi (Rekaan Fesyen) Perkembangan industri fesyen tanah air kini telah berjaya mencatat sejarah tersendiri seiring dengan arus modenisasi. Pencapaian ini melambangkan bahawa industri fesyen serta pembuatan pakaian bukan lagi sesuatu bidang picisan. Walau bagaimanapun, perkembangan bidang fesyen ini berubah sepanjang tahun mengikut keperluan, isu semasa serta peredaran zaman. Bidang fesyen umpama seperti roda yang sentiasa berputar tanpa henti mengikut persekitaran yang memberi kebebasan kepada seseorang untuk melahirkan kreativiti, kemahiran dan inovasi. 1.1.2 Pemilihan Tema Subject Matter / Variasi Rekaan Fesyen T-shirt merupakan fesyen baju yang paling meluas dan paling popular di dunia. Tidak kira tua atau muda atau taraf dan darjat. T-shirt diterima dengan mudah oleh semua bangsa dimuka bumi ini. T-shirt sebenarnya adalah kategori pakaian dalam innerware (baca singlet), ianya mula popular pada awal tahun 1900an apabila US Navy mengedarkan t-shirt sebagai pakaian dalam yang perlu dipakai apabila memakai uniform. T-Shirt biasanya diperbuat daripada serat kapas atau serat poliester (atau campuran kedua-dua serat itu) yang dikait sebagai fabrik jersi untuk memberikan tenunan T-Shirt tersendiri yang lembut dan selesa. T-Shirt boleh dihiasi dengan teks atau gambar. T-Shirt pada asalnya dipakai sebagai baju dalam. Kini, ia sering dipakai sebagai pakaian tunggal pada bahagian atas tubuh, selain daripada mungkin coli atau anak baju. T-Shirt juga telah menjadi perantara untuk pernyataan diri dan pengiklanan, dengan mana-mana gabungan perkataan, lukisan, dan juga gambar foto yang dapat difikirkan dan dipaparkan. Fesyen T-Shirt tidak terhad kepada fesyen yang asal, malahan fesyen T-shirt Muslimah berkonsepkan jubah juga sudah menjadi pilihan pengemar fesyen masa kini
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 3 DRP: 23 Fesyen t-shirt muslimah berkonsepkan jubah yang dipillih hendaklah sesuai dengan bentuk badan pelanggan contohnya tinggi lampai, tinggi tetapi terlalu kurus, besar tinggi, rendah dan kurus, pendek dan gempal, punggung besar, buah dada kecil, buah dada besar dan jatuh, pinggang tinggi, pinggang ke bawah, bahu bulat bahu kecil, leher pendek, leher jinjang atau perut buncit. 1.2 Mengenalpasti Stail Rekaan Fesyen Mengikut Konsep 1.2.1 Pemilihan stail pakaian (Kolar/ Garis Leher, lengan, Poket, Kain dan Skirt) Rajah 1 : Contoh Kolar / Garis Leher Rajah 2 : Lengan Rajah 2 : Contoh Lengan Leher V Leher Polo Leher Bulat Leher Sampan Lengan Berkaf Raglan Padanan Rata
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 4 DRP: 23 1.2.2 Pemilihan Warna / Jenis Fabrik Rajah 3 : Contoh Jenis Fabrik 1.2.3 Pemilihan stail rekaan mengikut kesesuaian dengan lokasi, masa dan tujuan. a. Pakaian seragam beruniform sekolah Pakaian seragam adalah satu set pakaian standard yang dikenakan oleh ahli suatu organisasi sewaktu menyertai dalam aktiviti organisasi tersebut. Contoh Pakaian seragam moden dikenakan oleh angkatan tentera dan organisasi tentera seperti polis,perkhidmatan kecemasan, keselamatan, di beberapa tempat kerja, sekolah, dan penghuni penjara.Pakaian seragam dibuat secara khusus dalam hal reka bentuk, warna, dan sifat-sifat dan dihasilkan dalam skala kecil maupun besar oleh tailor, maupun pakaian Rajah 4 : Contoh Kelab Badan Beruniform CVC/PK/Lacoste Micro Fibre
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 5 DRP: 23 b. Pakaian kelab sukan sekolah Pakaian sukan merupakan pakaian seragam yang di pakai untuk bersenam atau pertandingan atletik, umumnya mereka mempunyai ciri untuk memastikan tubuh anda merasa selesa dan dalam keadaan kompetitif yang lebih baik, seperti cepat kering, meregang atau protetif, dan sebagainya.jika itu adalah seragam, secara amnya ia akan mempunyai warna yang tertentu, nombor pemain di badan pakaian sukan. Rajah 5 : Contoh Kelab Sukan Sekolah 1.3 Menghasilkan Rekaan Fesyen Berdasarkan Tema Dan Konsep. 1.3.1 Pelbagai kaedah ( Sketch Form ) Selepas mengenali bentuk badan, anda perlu mempelajari kemahiran melakar pelbagai jenis stail pakaian mengikut bentuk badan. Mempelajari bagaimanakah fesyen pakaian dilakar mungkin rumit sekiranya anda tidak mempunyai bakat atau kemahiran asas melukis. Namun mempelajari asas melukis seperti melukis bahagian bentuk badan dan teknik pembayang adalah perlu. Latihan berulang kali amat membantu untuk memahirkan tangan dalam melukis lakaran fesyen Rajah 6 : Sketch Form
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 6 DRP: 23 1.3.1.1 Peralatan dan bahan melakar fesyen Rajah 7 : Peralatan Dan Bahan Melakar Fesyen 1.3.1.2 Melakar fesyen t-shirt muslimah berkonsepkan jubah Melakar fesyen pakaian yang telah dipilih berdasarkan stail rekaan dan corak serta warna yang dipersetujui oleh si pemakai Rajah 8 : Contoh Teknik Melakar Fesyen
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 7 DRP: 23 T2. MENGAMBIL UKURAN BADAN T-SHIRT MUSLIMAH BERKONSEPKAN JUBAH 2.1 Pengenalan ukuran badan Mengambil ukuran merupakan langkah awal dalam kerja membuat baju tshirt muslimah berkonsepkan jubah. Pelatih harus ingat bahawa ukuran hendaklah diambil dari masa ke semasa supaya pelatih boleh mengetahui sama ada seseorang itu semakin gemuk, kurus ataupun tidak berubah langsung. Apabila mengambil ukuran, seelok-elok nya biarlah pelanggan memakai pakaian yang ringkas. Ikatkan pita atau tali dikeliling pinggang untuk menanda garisan pinggang yang sebenarnya. Jangan mengukur terlalu ketat atau terlalu longgar. Elakkan daripada menggunakan pita ukur yang memeri atau mengecut. Ulangkan ukuran dua atau tiga kali untuk mengelakkan kekeliruan dan juga untuk mendapatkan ukuran yang lebih tepat. 2.2 Peralatan dan bahan untuk mengambil ukuran Rajah 9 : Peralatan Mengukur
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 8 DRP: 23 2.3 Penggunaan Bacaan Metrik 2.3.1 Penggunaan bacaan inci cara membaca pita ukur dalam kiraan inci dan cm Inci adalah unit Panjang yang digunakan terutamanya dalam sistem pengukuran adat imperialis. Penggunaan pengukuran inci lebih mudah digunakan dalam bidang jahitan kerana bacaan kiraan adalah ringkas dan mudah untuk difahami. Dimana asal usul penggunaan inci juga adalah berkait rapat dengan ukuran tubuh manusia, itu yang menyebabkan penggunaan inci sangat digemari oleh tukang jahit. Akan tetapi pada era globalisasi ini sistem ini agak kuno @ ketinggalan kerana rata – rata penggunaan sistem pengukuran menggunakan sistem conversion iaitu unit metrik, di mana sistem telah diseragamkan @ standard. Walaubagaimana pun tiada masalah untuk kedua-dua penggunaan pengukuran ini kerana bacaan kiraan inci ditukarkan kepada sistem unit metrik dengan melakukan operasi matematik yang mudah.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 9 DRP: 23 2.4 Persediaan Untuk Mengambil Ukuran 2.5 Bahagian Badan Yang Perlu diukur Bukaan Tangan Labuh Tangan Labuh Baju Keliling Punggung Keliling pinggang Lebar bahu Keliling Leher ‘ Bahagian Badan yang perlu diukur
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 10 DRP: 23 2.6 Teknik Mengambil Ukuran Badan 2.6.1 Carta ukuran badan standard Jadual 1 : Carta Ukuran Badan Standard 2.6.2 Borang Tempahan Rajah 10 : Borang Tempahan BAHU KELILING DADA PARAS PINGGANG PINGGUL LABUH BAJU LABUH LENGAN KELILING LEHER XS 14 34 15 36 33 20 15 S 14.5 35 15 37 34 21 15 M 15 36 15 38 35 21.5 15 L 15.5 38 16 40 36 22 16 XL 16 40 16 42 37 22.5 16 XXL 16.5 42 16 44 38 23 17 3XL 17 44 16 46 39 23.5 18 4XL 17.5 46 16 48 40 24 19
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 11 DRP: 23 2.6.3. Mengambil Ukuran Badan Kaedah mengambil ukuran adalah sama sebagaimana yang telah anda pelajari pada modul-modul terdahulu. Di bawah ini dinyatakan kaedah bagaimana mengambil ukuran badan hadapan dan badan belakang Rajah 11 : Bahagian Badan Yang Perlu Diukur 2.7 Masalah Yang sering berlaku semasa Proses Mengambil ukuran Badan Keliling leher Lebar bahu Labuh tangan Bukaan tangan Keliling dada Labuh skirt Labuh baju Bidang hadapan Bidang belakang Pangkal leher ke mercu dada Pelanggan memakai pakaian yang tebal dan besar. Terlupa mencatat ukuran yang telah diambil. Ukuran pada pita ukur yang digunakan tidak terang. Pelanggang bergerak dan tunduk semasa mengukur labuh baju atau lengan dilakukan.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 12 DRP: 23 2.8 Cara Mengatasi Masalah Semasa Proses Mengambil ukuran Badan T3. MENDRAF POLA T-SHIRT MUSLIMAH BERKONSEPKAN JUBAH 3.1 Pengenalan pola Blok / Dagangan Pola ialah plan bentuk baju yang dilukis bagi memudahkan kerja memotong fabrik untuk membuat sehelai T-Shirt muslimah berkonsepkan jubah yang cantik dan selesa, sesuai dengan saiz badan pelanggan. Manakala Pola blok ialah pola asas sedia ada yang digunakan untuk melakukan pengubahsuaian pola supaya menjadi stail pakaian yang baharu. 3.1.1 Draf Pola Dagangan / Pola blok a. Pengubahsuaian pola merupakan Langkah kerja yang perlu dilakukan sekiranya sesuatu pola atau pakaian contoh yang dihasilkan mempunyai masalah. Langkah kerja dalam memastikan sebarang bentuk pengubahsuaian yang dilakukan haruslah bertetapan dan bersesuaian mengikut bahagian pakaian yang hendak diubah atau dibetulkan. Mengenalpasti kedudukan lisu pada pakaian adalah sangat penting bagi semua pengubahsuaian lisu yang dibuat berada pada kedudukan yang tepat supaya pakaian yang dibuat padan dan selesa untuk dipakai. Pastikan pelanggang memakai pakaian yang nipis dan tidak tebal Gunakan pita ukur yang baik dan tidak rosak Pelanggan perlulah berdiri tegak dan lurus semasa proses mengukur dijalankan Pastikan ukuran di catat dengan betul
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 13 DRP: 23 b. Pengubahsuaian lisu pada pakaian sering kali dibuat pada beberapa bahagian. Antaranya adalah pada : i. Garis leher ii. Garis lubang lengan iii. Garis pinggang iv. Garis bahu v. Garis rusuk badan vi. Garis tengah hadapan vii. Skirt mendatang 3.2 Peralatan Dan Bahan Untuk Mendraf Pola Rajah 12 : Contoh Alat Dan Bahan Mendraf Pola
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 14 DRP: 23 3.3 Persediaan Mendraf Pola menggunakan Pola Blok/Dagangan Antara perkara penting yang perlu dititik beratkan sebelum mendraf pola agar kelancaran proses pembuatan pola berjalan dengan lancar adalah seperti berikut:- a. Penyediaan tempat seperti meja yang rata dan bersih b. Gunakan ukuran yang telah dicatatkan c. Menyediakan peralatan mendraf yang secukupnya, dan pastikan setiap peralatan berada dalam keadaan baik, jelas dan bersih d. Gunakan setiap peralatan dengan teknik yang betul e. Kertas pola haruslah bersih dan mencukupi f. Pola yang telah didraf dipastikan siap kesemua bahagian dan ditanda dengan simbol yang berkaitan dengan lengkap g. Garisan pemadan hendaklah digariskan dengan betul, serta pastikan jumlah kepingan fabrik yang perlu digunting. h. Pola yang telah siap dengan ukuran yang tepat hendaklah ditandakan basi mengikut ukuran basi yang yang ditetapkan pada bahagian-bahagian pola. 3.4 Kelebihan Mendraf Pola Pakaian Menggunakan Pola Blok/ Dagangan
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 15 DRP: 23 3.4.1 Istilah bahagian draf pola a. Kepala lengan: Bahagian atas lengan yang dicantumkan dengan bahagian bahu pakaian. b. Lubang lengan: Bahagian pakaian untuk laluan lengan atau bahagian yang mencantumkan lengan dengan bahagian badan pakaian. c. Lisu pemadan: Lisu bentuk V digunakan untuk membuat pakaian sama sendat, terutamanya pada bahagian bahu dan pinggang. d. Mercu dada: Puncak dada yang paling tinggi (bahagian titik dada). e. Tanda imbang: Tanda pola yang digunakan untuk menyamakan bahagian pakaian. 3.5 Teknik Mendraf Pola T-Shirt Muslimah Berkonsepkan Jubah Formula :- Lebar Bahu : ½ Bahu. Keliling Leher : 1/6 leher. Keliling Dada : ¼ keliling dada + kelonggaran. Keliling Pinggang : ¼ keliling pinggang + kelonggaran. Keliling Punggung : ¼ keliling punggung + kelonggaran. 3.5.1 Mendraf pola Badan Hadapan 3.5.2 Mendraf pola Badan Belakang 3.5.3 Mendraf pola Lengan Rajah 12 : Draf Pola
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 16 DRP: 23 3.5.4 Pola Blok ( Trade Pattern) Pola blok atau dagangan adalah pola yang telah disediakan mengikut stail pakaian yang direka mengikut carta saiz standard, ia boleh diubahsuai kepada saiz yang dikehendaki. Pola blok dan pola dagangan boleh terus digunakan dan boleh disesuaikan dengan ukuran badan individu serta stail pakaian. Pengubahsuaian pola boleh dilakukan untuk mendapatkan pakaian yang sesuai dengan stail dan bentuk badan yang padan. Kebiasaannya pola dagangan digunakan di kilang-kilang yang membuat pakaian siap (readymade). Pola ini boleh disimpan dan digunakan secara berulang ulang. 3.5.5 Pola blok mengikut saiz terdiri dari S,M, L, XL, XXL, XXXL, dan XXXL
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 17 DRP: 23 3.6 Tanda – Tanda Pola Tanda pola digunakan sebagai panduan semasa menyusun atur pola di atas fabrik untuk tujuan memudahkan kerja menggunting, mencantum dan menjahit. Setiap tanda pola memberi maksud yang tertentu. Jadual 2 : Simbol draf pola Simbol Keterangan Ira lurus Garis lurus yang mempunyai tanda anak panah dikeduakedua hujungnya. Atau Tanda lipatan Simbol tiga bulatan kecil dan garis anak panah tepi pola yang mempunyai tanda ini hendaklah diletakkan pada lipatan fabrik semasa menggunting fabric G T B Garis tengah belakang Menunjukkan garis tengah belakang G T H Garis tengah hadapan Menunjukkan garis tengah hadapan SD Sebelah dalam Menandakan sebelah dalam fabrik SL Sebelah luar Menandakan sebelah luar fabrik Garis gunting Menandakan garisan yang perlu digunting Garis pemadan Tanda untuk dijahit mesin Tanda lisu hias Menandakan lipatan untuk lisu hias atau Tanda imbang Tanda ini di buat pada garisan menggunting kepingan tersebut dijahit
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 18 DRP: 23 T4. MEMOTONG FABRIK T-SHIRT MUSLIMAH BERKONSEPKAN JUBAH 4.1 Pengenalan 4.1.1 Definisi Sebelum memotong, pola-pola hendaklah disediakan dengan teliti dimana membuat semakan pola yang didraf mengikut ukuran dan rekaan yang dikehendaki. Pastikan kepingan pola telah dipotong serta diletakkan tanda – tanda pola supaya memudahkan langkah kerja memotong .Teknik memotong fabrik dengan tepat dan mengikut susunan adalah penting sebelum proses tersebut dilakukan. Menyusunan pola diatas fabrik sebelum memotong dapat menjimatkan masa serta menjimatkan penggunaan bahan. 4.1.2 Tujuan Proses menggunting pola yang telah didraf dilakukan bagi memudahkan kerja dalam menggunting fabrik. Setiap bahagian pola perlu mencukupi dan lengkap dengan tanda dan simbol pola supaya pakaian dapat dihasilkan adalah sama dengan permintaan pelanggan 4.2 Peralatan dan Bahan 4.2.1 Memotong dan Menanda Rajah 13 : Alat Dan Bahan Memotong Fabrik
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 19 DRP: 23 4.3 Teknik Memotong T-Shirt Muslimah Berkonsepkan Jubah Pada zaman globalisasi ini, terdapat pelbagai fesyen ataupun stail baju t-shirt muslimah berkonsepkan jubah yang diperkenalkan bagi memuaskan citarasa pelanggan dengan mengikut peringkat umur. Rekaan fesyen yang diperagakan adalah berbeza mengikut jenis fabrik dan corak fabrik. Dengan adanya perbezaan penggunaan jenis fabrik dan corak fabrik, ianya memberi impak kepada teknik memotong. Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memotong dan menggunting fabrik.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 20 DRP: 23 4.3.1 Teknik Menyusun Atur Pola Susun atur pola adalah kedudukan kepingan pola pada fabrik. Dimana ianya disusun secara teliti sebelum proses memotong fabrik untuk pakaian. Kepingan pola diletakkan bermula dengan kepingan pola besar dan seterusnya diikuti dengan kepingan pola kecil bagi mengelakkan pembaziran fabrik berlaku. Sebelum menyusun kepingan pola tersebut perlu perhatikan tanda – tanda pola terlebih dahulu supaya tidak berlaku kesilapan semasa memotong. Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Menyusun Atur Kepingan Pola Pada Fabrik
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 21 DRP: 23 4.3.2 Pemotongan Fabrik Yang Dilakukan Untuk T-Shirt Muslimah Berkonsepkan Jubah Rajah 14 : Kepingan Fabrik Yang Telah Disusun Atur
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 22 DRP: 23 4.3.3 Pemindahan tanda – tanda pola pada kepingan fabric yang dipotong Rajah 15 : Kepingan Fabrik Yang Telah Dipotong
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.01/HP(1/2) MUKA: 23 DRP: 23 a. Memindahkan tanda pola iaitu garisan pemadan pada fabrik yang telah dipotong sebelum proses jahit dan cantum dilakukan. Rajah 16 : Contoh Memindahkan Tanda Pola RUJUKAN : 1) https://www.pinterest.com/search/pins/ 2) https://www.google.com/search 3) https://kemahiranhidupert.wordpress.com/ 4) Mariam Abu Bakar.(2004).Panduan Membuat Pakaian Wanita.Selangor:Alaf 21 Sdn.Bhd 5) Rosita Jaafar.(2006).Variasi Teknik Menjahit,Langkah Demi Langkah Cara Menjahit Pakaian Wanita.Shah Alam:Alaf 21 Sdn Bhd