The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Melakukan kerja menjahit bahagian-bahagian baju kurung
tradisional serta menjahit akesori dan hiasan pada pakaian
dengan menggunakan peralatan seperti mesin jahit dan
bahan hiasan yang bersesuaian supaya baju kurung
tradisional tersebut dapat disiapkan memenuhi kehendak
pelanggan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHARIFAH NAJMAH BINTI SYED MOHD NAGUIB, 2023-12-02 00:15:47

04 BAJU KURUNG TRADISIONAL

Melakukan kerja menjahit bahagian-bahagian baju kurung
tradisional serta menjahit akesori dan hiasan pada pakaian
dengan menggunakan peralatan seperti mesin jahit dan
bahan hiasan yang bersesuaian supaya baju kurung
tradisional tersebut dapat disiapkan memenuhi kehendak
pelanggan.

Keywords: M04 - HP 04.02

TAJUK : PENGHASILAN BAJU KURUNG TRADISIONAL TUJUAN : Helaian Penerangan ini bertujuan menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja membuat sepasang baju kurung tradisional. Perkara-perkara tersebut seperti mengenali bahagian baju yang bersesuaian serta cara-cara menjahit dan mencantum bahagian-bahagian baju kurung tradisional. Teknik menjahit aksesori serta teknik menekan dengan betul, kemas dan bersih. PENERANGAN : T5- Menjahit dan mencantum Baju Kurung Tradisional 5.1 Pengenalan Proses Menjahit Menjahit adalah satu proses untuk menyambungkan bahagianbahagian yang dipotong bersama. Apabila pakaian siap untuk dipakai, benang-benang lebihan yang kelihatan terjuntai di sebelah luar dan dalam, atau buka lisu-lisu sementara yang dibuat semasa mencuba pakaian mestilah dibuang untuk menghasilkan pakaian yang sempurna. Pakaian yang sempurna dijahit kelihatan cantik apabila diberi kemasan yang baik. TAJUK KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 04 BAJU KURUNG TRADISIONAL TAJUK SUB MODUL 04.02 JAHIT BAJU KURUNG TRADISIONAL TAJUK ELEMEN T5 - Menjahit Dan Mencantum Baju Kurung Tradisional T6 - Menjahit Aksesori Dan Menekan Baju Kurung Tradisional OBJEKTIF PENGETAHUAN Melakukan kerja menjahit bahagian-bahagian baju kurung tradisional serta menjahit akesori dan hiasan pada pakaian dengan menggunakan peralatan seperti mesin jahit dan bahan hiasan yang bersesuaian supaya baju kurung tradisional tersebut dapat disiapkan memenuhi kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 1 DRP: 19HELAIAN PENERANGAN


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 2 DRP: 19 5.1.1 Aliran Kerja proses menjahit dan mencantum Rajah 1 : Proses Menjahit 5.2 Peralatan Dan Bahan Menjahit 5.2.1 Alat menjahit Rajah 2: Alatan Menjahit Proses menjahit GarisanLeher - Lapik Kelim- Kelim belah kangkungkancing - Cangkuk palang - butang bertangkai Penyudah Tepi - Kelepet


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 3 DRP: 19 5.2.2 Bahan dan peralatan jahitan Rajah 3 : Bahan dan Peralatan Jahitan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 4 DRP: 19 5.3 Teknik menjahit dan mencantum Baju kurung Tradisional Jahit adalah satu proses mencantumkan dua fabrik untuk menjadi pakaian. Persediaan yang perlu dilambil sebelum menjahit adalah Memastikan mesin jahit dalam keadaan yang baik. 5.3.1 Sampel menjahit dan mencantum potongan garis leher a. Membuat lapik garis leher Tekan interfacing pada fabrik lapik leher menggunakan seterika. Pastikan interfacing betul-betul melekat pada fabrik untuk mengelakkan terbuka semasa proses menjahit dijalankan b. Membentuk lapik garis leher Gunting fabrik mengikut bentuk interfacing kemudian kemas tepi sekeliling bahagian lapik leher. c. Menanda lapik garis leher Pinkan lapik leher bersama dengan badan baju pada sebelah luar fabrik mengikut tanda yang telah dibuat Pastikan kedudukan garis bahu baju dan lapik leher selari d. Jahit lapik leher mengikut tanda yang telah dibuat untuk mendapatkan hasil yang kemas.Mulakan jahitan dari bahagian belakang garis leher. Jahit belahan garis leher dengan kemas dan berhati-hati e. Gunting bahagian dalam lapik garis leher dengan melebihkan basi 3/8 f. Snipe / racik lebihan garis leher sebelum dibalikkan kesebelah dalam pakaian Untuk mendapatkan hasil yang kemas g. Kemaskan garis leher dengan membuat jahitan tindih kasih pada bahagian tepi garis leher. (Bentuk garis leher yang telah siap dijahit)


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 5 DRP: 19 Rajah 4 : Lapik Leher 5.3.2 Saiz mata jahitan Saiz mata jahitan adalah aspek penting dalam proses menjahit kerana ianya memberi pengukuhan dan kekemasan pada pakaian yang dihasilkan sama ada semasa mencantum mahupun finishing. Saiz mata jahitan untuk mencantum adalah 1 cm bersamaan 5 mata jahitan. Tetapi akan berlaku perubahan mata jahitan diatas faktor penggunaan fabric. Rajah 5 : Saiz Mata Jahitan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 6 DRP: 19 5.3.3 Langkah-langkah menjahit dan mencantum Baju Kurung Tradisional 5.3.4 Langkah-Langkah Menjahit Dan Mencantum Skirt/Kain Langkah Kerja menjahit Baju Kurung Tradisional 1. Mencantum Bahu 2. Menjahit Lapik Leher 3. Mencantum Pesak ,kekek dan Tangan 4. Mencantum bahagian pesak,kekek, lengan pada sisi badan Baju 5. menjahit kelepet hujung lengan dan hujung badan Langkah Kerja Menjahit Dan Mencantum Skirt/Kain 1. Mencantum Bahagian sisi skirt 2. Menjahit zip 3. Menjahit Ikatan Pinggang 4. Menjahit Kelim Bahagian bawah skirt


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 7 DRP: 19 5.3.5 Kemasan akhir jahitan silang pangkah Jahitan Silang Pangkah adalah jahitan tangan yang sering digunakan untuk menjahit kelim pada hujung lengan dan baju. Jahitan ini kelihatan berbentuk huruf V pada bahagian dalam dan jahitan yang halus serta tersembunyi pada bahagian luar. Selain untuk menjahit kelim, jahitan silang pangkah juga digunakan untuk mengemaskan pelapik leher baju kurung Tradisional. Rajah 6 : Jahitan Silang Pangkah T6. Menjahit Aksesori dan Menekan Baju Kurung Tradisional 6.1 Pengenalan 6.1.1 Jenis Aksesori Aksesori ialah barangan yang, sering digunakan untuk melengkapkan pakaian dan dipilih untuk mengekspresikan identiti dan keperibadian individu. Aksesori yang digunakan adalah seperti Butang Bertangkai , zip dan Cangkuk dan Palang . Rajah 7 : Jenis-Jenis Aksesori Jenis Aksesori Baju Kurung Tradisional Zip SKIRT Cangkuk dan Palang Butang Bertangkai


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 8 DRP: 19 6.2 Peralatan dan bahan 6.2.1 Butang Butang atau kancing berfungsi untuk menutup bukaan pada baju dan memudahkan sesuatu pakaian dipakai dan dibuka. Selain sebagai hiasan atau fashion statement pada pakaian,. Butang yang sesuai digunakan pada Baju Kurung Tradisonal adalah butang bertangkai. Lubang jahitannya terletak pada bawah butang dan diperbuat daripada plastik. 6.2.2 Zip Pemilihan jenis zip bergantung kepada jenis pakaian. Memilih zip yang betul untuk pakaian adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kualiti, rupa, dan ketahanannya. Zip boleh dikategorikan kepada 3 jenis yang utama berdasarkan pada element zip (teeth) iaitu: a. Coil b. Metal c. Plastik 6.2.3 Cangkuk dan Palang Cangkuk dan palang jenis ini terdiri daripada 2 bahagian. Ia seringkali digunakan pada kain baju kurung dan biasanya digunakan bersama zip. Cangkuk dan palang jenis ini perlu dipasang dengan jahitan tangan. Cangkuk jenis ini mudah digunakan dan mudah diganti jika tercabut dari jahitan. 6.3 Teknik menjahit aksesori 6.3.1 Jahitan Sembat Susup Jahitan Sembat Susup digunakan untuk menjahit kelepet. Biasanya dijahit pada hujung lengan dan bawah baju. Hasil jahitannya halus dan kecil Rajah 8 : Jahitan Sembat Susup


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 9 DRP: 19 6.3.2 Jahitan Insang Pari Jahitan Insang pari atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Blanket Stitch adalah jahitan pengemas yang digunkan untuk mengemaskan hujung kain. Jahitan ini boleh juga digunakan untuk menampal applique pada kain, menjahit lubang butang dan menjahit cangkuk pada kain. Rajah 9 : Jahitan Insang Pari 6.3.3 Jahitan Tulang Belut Jahitan tulang belut ini merupakan jahitan hiasan pada leher baju Kurung Tradisional atau Baju melayu teluk belanga. Sama ada ia dipakai oleh golongan wanita ataupun ia dipakai oleh kaum lelaki. Teknik tulang belut ini menjadi minat para pelanggan berbanding dengan teknik hiasan yang lain seperti jahitan karipap, jahitan mata lalat ataupun jahitan bunga cengkih. Rajah 10 : Jahitan Tulang Belut


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 10 DRP: 19 6.4 Pengenalan Alat Menekan merupakan kaedah menggosok atau menekanfabrik untuk mendapatkan kemasan jahitan. Terdapat pelbagai alat menekan yang telah diinovasi di pasaran yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil mengosok yang kemas. 6.5 Peralatan dan bahan untuk menekan Rajah 11 : Peralatan Menekan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 11 DRP: 19 6.6 Teknik Menekan Baju Kurung Tradisional Kerja-kerja menekan hendaklah dilakukan semasa proses menjahit pakaian,bagi memudahkan kerja-kerja menjahit dan dapat menghasilkan pakaian yang kemas dan bermutu. Lakukan kerjakerja menekan dengan betul dan mengikut peraturan supaya tidak mencacatkan pakaian. Perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan dalam proses menekan: Mulakan mengosok dari bahagian dalam fabrik Lapiskan dengan sehelai kain untuk mengelakkan kotoran melekat Penggunaan bod seterika mengikut kesesuaian bahagian yang perlu digosok dapat melancarkan proses menekan Gunakan wap air untuk mendapatkan kemasan menggosok Tetapan suhu yang betul mengikut jenis fabrik atau kain. Memilih tetapan yang betul pada seterika boleh memudahkan kerja- kerja menggosok Pemilihan suhu yang betul menjadikan kerja menggosok lebih mudah, lebih cepat dan memberikan hasil yang lebih kemas Sekiranya ragu-ragu mengenai suhu yang hendak digunakan, mulakan dengan suhu rendah dahulu Kemudian suhu boleh diubah beransuransur bagi menghilangkan kedutan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 12 DRP: 19 6.7 Prosedur Perlaksanaan bagi menghasilkan Baju Kurung Tradisional . Aspek yang perlu dititik beratkan supaya dapat membantu perlancaraan proses pengajaran dan pembelajaran, mengelakkan kemalangan, memudahkan aktiviti kerja amali dan projek dapat dijalankan dengan baik, mengemaskini alatan dan bahan setelah digunakan, menerapkan sikap yang kognitif, afektif dan psikomotorik dalam penerimaan dan perlaksanaan pembelajaran, pendedahan mengenai anggaran kos yang diperlukan bagi menghasilkan sesuatu produk jahitan. 6.7.1 Keselamatan Semasa Di Dalam Bengkel Jahitan a. Keselamatan diri, alatan dan tempat kerja di bengkel jahitan merupakan perkara yang perlu diutamakan dan diamalkan oleh setiap murid. Terdapat peralatan yang boleh menyebabkan kemalangan sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Pengetahuan mengenai cara penggunaan dan keselamatan peralatan penting agar keselamatan tempat kerja terjamin. i. Peraturan keselamatan diri Keselamatan diri di tempat kerja merupakan pencegahan kemalangan, kecederaan atau penyakit dalam kalangan pekerja atau orang lain yang berada di tempat kerja. Berikut merupakan peraturan keselamatan diri yang perlu diutamakan ketika berada di bengkel jahitan.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 13 DRP: 19 ii. Peraturan penggunaan alat Pengetahuan mengenai penggunaan dan keselamatan peralatan adalah penting untuk setiap individu yang bekerja di bengkel. Terdapat banyak peralatan berteknologi seperti mesin jahit industri, mesin jahit tepi, mesin sulam, mesin butang dan lubang butang serta alat menekan yang menggunakan arus elektrik. Panduan penggunaan dan keselamatan harus diteliti dan diikuti. iii. Peraturan Keselamatan di Bengkel Jahitan Semua ruang dan tempat kerja di bengkel jahitan hendaklah sentiasa bersih, selesa dan selamat untuk semua aktiviti seperti membuat pola, menjahit dan menekan. Susunan meja kerja dan peralatan jahitan hendaklah diatur dengan sistematik bagi memudahkan pergerakan dan mengelakkan kemalangan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 14 DRP: 19 6.7.2 Sikap dan amalan yang perlu diterapkan semasa di dalam bengkel. a. Budaya kerja selamat di bengkel merupakan perlakuan melakukan sesuatu kerja di bengkel yang mematuhi peraturan dan undang-undang yang menjadi amalan baik semasa menjalankan tugas. Budaya kerja selamat memerlukan etika atau sikap yang berdisiplin terhadap kerja. Budaya kerja selamat perlu diterapkan kepada murid pada setiap masa supaya menjadi amalan dalam kehidupan harian dan semasa alam pekerjaan.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 15 DRP: 19 6.7.3 Keusahawanan Aktiviti keusahawanan telah lama dilakukan oleh masyarakat di Malaysia sejak zaman primitif lagi. Tahukah anda, pada zaman kerajaan Melayu Melaka, orang yang menjalankan perniagaan dipanggil sebagai pedagang? Berikut ialah definisi bagi peniaga, perniagaan, usahawan dan keusahawanan Peniaga didefinisikan sebagai individu yang melakukan aktiviti jual beli atau mengendalikan sesebuah perniagaan miliknya sendiri dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan ialah aktiviti jual beli barangan untuk mencari keuntungan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Usahawan ialah seseorang yang meneroka sesebuah perniagaan, memajukandan membangunkan perniagaan tersebut serta mengambil risiko pelaburan perniagaan yang diceburi. Keusahawanan bermaksud suatu proses pengwujudan dan pengembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi sesebuah negara. a. Kepentingan Pengiraan Kos dalam Perniagaan Kawalan kos • Membolehkan setiap bahagian dalam organisasi bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif. • Mengelakkan pembaziran dan kerugian. Membuat keputusan • Pengurusan yang betul dapat mengawal prestasi kewangan perniagaan sama ada selepas jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Membuat perancangan • Membantu dalam membuat perancangan yang lebin baik dan mengenal pasti maklumat serta aktiviti kos. Menentukan anggaran harga • Merupakan faktor yang penting di samping beberapa faktor yang lain seperti pasaran, persaingan dan lain-lain. • Data-data kes daripada pengiraan kos membolehkan kos sesuatu barangan dikira bagi tujuan menetapkan harga sebelum produk dijual.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 16 DRP: 19 Formula Pengiraan Kos Bahan Jenis Bahan × Kuantiti × Kos Seunit = Jumlah Kos Bahan b. Pengiraan Kos Terdapat tiga pengiraan kos yang akan dipelajari iaitu: i. Kos Pengeluaran • Kos yang dikeluarkan untuk menilai bahan (kos bahan) • Kos yang dikeluarkan untuk membayar upah (kos upah) • Kos yang digunakan untuk membayar penggunaan elektrik dan air (kos sampingan) ii. Kos Bahan iii. Kos bahan sepasang Baju Kurung Tradisional : BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAHFabrik 4 meter RM7.00 RM28.00Zip biasa 8” 1 Pcs RM1.00 RM1.00Benang 1 buku RM1.00 RM1.00Cangkuk dan palang 1 pasang RM0.50 RM0.50Getah Pinggang 1” 1 Meter RM 2.50 RM2.50 Butang Bertangkai 1 Biji RM 0.20 RM0.20 JumlahRM32.20


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 17 DRP: 19 iv. Kos upah: v. Kos Sampingan: vi. Kos Pengeluaran: Elektrik RM100.00Air RM50.00Jumlah RM150.00KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAHRM22.50 RM200.00 RM150.00KOS PENGELUARAN RM373.50 Formula Pengiraan Kos Upah Kos Upah = Bilangan Pekerja × Bilangan Hari × Bilangan Jam Bekerja × Kadar Upah Formula Pengiraan Kos Sampingan Jumlah penggunaan elektrik + Jumlah penggunaan air = Kos Sampingan Formula Pengiraan Kos Pengeluaran Kos Pengeluaran = RM22.50 (Kos Bahan) + RM200.00 (Kos Upah) + RM150.00 (Kos Sampingan) Jumlah Kos = RM373.50


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 18 DRP: 19 vii. Margin keuntungan Margin keuntungan adalah nisbah keuntungan syarikat yang dibahagikan dengan pendapatannya. Kebiasaannya, margin keuntungan dinyatakan dalam bentuk peratusan. Nisbah yang lebin tinggi memberi makna syarikat menjana banyak keuntungan. Margin keuntungan ini penting untuk ekonomi pasaran bebas yang didorong oleh kapitalisme. viii. Harga jualan Harga jualan dapat mempengaruhi sama ada barangan yang akan dijual laku atau tidak. Harga jualan dapat: a. Menentukan harga pokok. b. Sesuaikan dengan keadaan pasaran. c. Memantau harga pesaing. d. Mengenakan harga yang lebih rendah. e. Mempunyai sasaran. Formula Pengiraan Margin Keuntungan Margin keuntungan = Jumlah hasil−jumlah kos (harga × kuantiti) Formula Pengiraan Harga Jualan Harga Seunit × % Keuntungan = Harga Jualan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.02/HP(2/2) MUKA: 19 DRP: 19 xi. Resit Tempahan Dan Resit Bayaran Buku resit tempahan adalah penting bagi seorang tukang jahit samaada menjahit dirumah ataupun di butik sekalipun ia bertujuan untuk merekod bukan sekadar ukuran malahan segala maklumat terperinci berkaitan dengan pakaian yang ditempah. Maklumat ini mustahak sebagai rujukan semasa proses membuat pola begitu juga semasa proses menjahit. Jika sebarang masalah timbul, rungutan atau aduan dari pelangan maka boleh merujuk kepada buku tempahan dan juga resit tersebut. Oleh yang demikian, lebih baik jika buku dan resit ini dijadikan satu dan dibuat salinan berkarbon untuk diberikan kepada pelangan. Setelah sampai ke proses pembayaran baharulah resit bayaran di keluarkan, Resit bayaran pula bertujuan sebagai bukti atau rekod kewangan syarikat. Di bawah adalah contoh resit tempahan yang boleh dijadikan sebagai rujukan RUJUKAN : 1) https://www.pinterest.com/search/pins/ 2) https://www.google.com/search 3) https://kemahiranhidupert.wordpress.com/ 4) Mariam Abu Bakar.(2004).Panduan Membuat Pakaian Wanita.Selangor:Alaf 21 Sdn.Bhd 5)Rosita Jaafar.(2006).Variasi Teknik Menjahit,Langkah Demi Langkah Cara Menjahit Pakaian Wanita.Alaf 21 Sdn Bhd 6) Panduan Membuat Pakaian - Mariam Abu Bakar ( Karya Bestari : Cetakan 8 - 2006 ) 7) Panduan Menjahit Pakaian Wanita - Mariam Abu Bakar ( Alaf 21 : Cetakan 1 - 2003


Click to View FlipBook Version