The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menentukan cara mencantum T-shirt Muslimah
Berkonsepkan Jubah dan menjahit aksesori dan
menekan T-shirt Muslimah berkonsepkan Jubah
mengikut kehendak pelanggan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHARIFAH NAJMAH BINTI SYED MOHD NAGUIB, 2023-12-02 01:19:06

09 T-SHIRT MUSLIMAH

Menentukan cara mencantum T-shirt Muslimah
Berkonsepkan Jubah dan menjahit aksesori dan
menekan T-shirt Muslimah berkonsepkan Jubah
mengikut kehendak pelanggan.

Keywords: M09 - HP 09.02

TAJUK : PENGHASILAN T-SHIRT MUSLIMAH BERKONSEPKAN JUBAH TUJUAN : Helaian Penerangan ini menerangkan mengenai mencantum dan menjahit t-shirt muslimah berkonsepkan jubah serta menjahit aksesori dan menekan dalam pembuatan t-shirt muslimah. PENERANGAN : Modul ini perlukan tumpuan yang mendalam untuk mendapatkan sehelai tshirt muslimah berkonsepkan jubah yang cantik dan kemas terutamanya dalam mencantum dan menjahit t-shirt muslimah , menjahit aksesori dan cara menekan yang betul pada baju t-shirt muslimah. NAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 09 T-SHIRT MUSLIMAH TAJUK SUB MODUL 09.02 JAHIT T-SHIRT MUSLIMAH TAJUK ELEMEN T5 Menjahit Dan Mencantum T-Shirt Muslimah Berkonsepkan Jubah T6 Menjahit Aksesori Dan Menekan T-Shirt Muslimah Berkonsepkan Jubah OBJEKTIF PENGETAHUAN Menentukan cara mencantum T-shirt Muslimah Berkonsepkan Jubah dan menjahit aksesori dan menekan T-shirt Muslimah berkonsepkan Jubah mengikut kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 1 DRP: 15 HELAIAN PENERANGAN


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 2 DRP: 15 T5. MENJAHIT DAN MENCANTUM T-SHIRT MUSLIMAH BERKONSEPKAN JUBAH 5.1 Pengenalan Proses Menjahit 5.1.1 Aliran Kerja proses menjahit dan Mencantum a. Jahit adalah satu proses mencantumkan dua fabrik untuk dijadikan pakaian. Setiap bahagian pakaian yang dicantum perlu diteliti kekemasannya kerana kekemasan cantuman setiap bahagian pakaian itu yang menentukan kualiti dan keterampilan pakaian. Jadi kita perlu senaraikan proses menjahit dan mencantum supaya tidak berlaku kesilapan semasa proses menjahit dan mencantum. 5.2 Peralatan dan bahan menjahit 5.2.1 Alat menjahit Rajah 1 : Jenis Mesin Menjahit


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 3 DRP: 15 5.2.2 Bahan dan peralatan jahitan Rajah 2 : Bahan dan peralatan jahitan 5.3 Teknik menjahit dan mencantum TShirt Muslimah berkonsepkan Jubah 5.3.1 Saiz mata jahitan Saiz mata jahitan adalah aspek penting dalam proses menjahit kerana ianya mengukuhkan dan mengemaskan pakaian yang dihasilkan. Untuk menjahit kain yang memeri kita perlu menggunakan mata jahitan yg sedikit besar. Saiz mata jahitan adalah iaitu 1 cm bersamaan 3 mata jahitan.yang digunakan dalam menjahit sehelai T-shirt Muslimah berkonsepkan jubah Rajah 1 : Saiz Mata Jahitan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 4 DRP: 15 5.3.2 Langkah - langkah menjahit dan mencantum T-Shirt Muslimah berkonsepkan Jubah Rajah 3 : Teknik Menjahit Dan Mencantum a. Cantum bahagian bahu hadapan dan bahu belakang t-shirt muslimah berkonsepkan jubah. b. Peniti rib /piping mengikut ukuran keruk leher pada baju c. Jahit rib/ piping pada keruk leher d. Cantum lengan kiri dan kanan pada badan baju t-shirt Muslimah e. Cantum sisi badan kiri dan sisi badan kanan f. Jahit kemaskan bahagian kelepet bawah baju dan hujung kedua-dua lengan. g. Letakkan aksesori sticker h. Seterika / menekan – setiap cantuman haruslah ditekan / digosok bertujuan untuk kekemasan.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 5 DRP: 15 T6. Menjahit Aksesori Dan Menekan T-Shirt Muslimah berkonsepkan Jubah 6.1 Pengenalan Dalam menghasilkan T-shirt Muslimah berkonsepkan jubah terdapat berbagai jenis Aksesori yang boleh digunakan mengikut kesesuaian, antara Aksesori yang selalu digunakan. 6.1.1 Jenis aksessori a. Stiker Kaedah ini paling popular dan meluas dalam industri percetakan pakaian dijadikan aksesori untuk t-shirt atau pakaian lain. Stiker adalah sejenis label atau gambar pada sekeping kertas bercetak, plastik, Vinyl atau bahan lain dengan pelekat sensitif tekanan di satu pihak. Mereka boleh digunakan untuk hiasan pada t-shirt. Rajah 4 : Contoh Stiker b. Sulaman berkomputer Digunakan untuk membuat sulaman pada t-shirt seperti: Rajah 4 : Contoh Sulaman Mesin Sulaman logo dan Sulaman nama Sulaman bermotif


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 6 DRP: 15 c. Butang Terdapat banyak jenis butang dalam pasaran yg boleh dijadikan aksesori.Pemilihan butang mesti bersesuaian dengan fesyen dan penggayaan t-shirt. Rajah 4 : Jenis Butang 6.2 Peralatan dan bahan Rajah 5 : Contoh-Contoh Sticker 6.3 Teknik Menjahit Aksesori Aksesori adalah apa yang menjadikan sesuatu lebih berfungsi, dan juga apa yang boleh menghiasinya dengan baik. Bagi mana-mana tukang jahit, ini adalah pilihan penting, kerana aksesori berkualiti rendah boleh merosakkan kesan sesuatu yang dijahit dengan baik. Dan pastinya berbaloi untuk memahaminya, memahami jenisnya, bahan apa yang paling relevan untuk penciptaannya dan pengeluar mana yang harus dipercayai.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 7 DRP: 15 6.4 Pengenalan Proses Menekan Kerja-kerja menekan hendaklah dilakukan semasa proses mejahit pakaian, bagi memudahkan kerja-kerja menjahit dan dapat menghasilkan pakaian yang kemas dan bermutu.kerja-kerja menekan dengan betul dan mengikut peraturan supaya tidak mencacatkan pakaian.Gunakan alat menekan yang betul dan sesuai apabila menekan pakaian. Seperti menggunkan seterika, seterika wap, bod menekan dan kayu penekan. 6.5 Peralatan dan bahan untuk menekan Rajah 6 : Peralatan Dan Bahan Menekan 6.6 Teknik menekan T-Shirt Muslimah berkonsepkan Jubah a. Panaskan seterika dan uji haba dengan perca yang sama dengan daging fabrik. b. Cabut jelujur sebelum menekan bagi menggelakkan timbul tanda-tanda. c. Guna kain pelembab diatas pakaian dan tekan hingga kering. d. Sentiasa tekan sebelah dalam bagi menggelakan tandatanda sebelah luar. e. Menekan bukan mengosok, apabila menekan letakkan seterika itu diatas bahagian fabrik dan angkat setrika untuk alihkan kebahagian lain. f. Jangan menekan terlalu lama. Sesetengah fabrik berubah warna ia boleh dilapik dengan kertas kuning tebal yang tidak berminyak.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 8 DRP: 15 6.7 Prosedur Perlaksanaan Bagi Menghasilkan T-Shirt Muslimah berkonsepkan Jubah 6.7.1 keselamatan semasa berada di dalam bengkel jahitan a. Keselamatan diri, alatan dan tempat kerja di bengkel jahitan merupakan perkara yang perlu diutamakan dan diamalkan oleh setiap murid. Terdapat peralatan yang boleh menyebabkan kemalangan sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Pengetahuan mengenai cara penggunaan dan keselamatan peralatan penting agar keselamatan tempat kerja terjamin. b. Peraturan keselamatan diri Keselamatan diri di tempat kerja merupakan pencegahan kemalangan, kecederaan atau penyakit dalam kalangan pekerja atau orang lain yang berada di tempat kerja. Berikut merupakan peraturan keselamatan diri yang perlu diutamakan ketika berada di bengkel jahitan. Jadual 7 : Peraturan Keselamatan Diri 1 5 5 2 6 3 Peraturan Keselamatan Diri 7 4 8 Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta kasut bertapak getah dan rata. Ikat rambut dengan kemas. Mematuhi peraturan keselamatan bengkel yang ditetapkan sepanjang masa. Dilarang memakai barang perhiasan diri semasa berada di dalam bengkel. Patuhi arahan guru tentang cara penggunaan bahan dan alatan yang betul. Jangan bermain dan bergurau di tempat kerja. Cuci tangan sebelum dan selepas kerja. Sentiasa bekerja dengan tenang dan sistematik untuk mengelakkan kemalangan.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 9 DRP: 15 c. Peraturan penggunaan alat Pengetahuan mengenai penggunaan dan keselamatan peralatan adalah penting untuk setiap individu yang bekerja di bengkel. Terdapat banyak peralatan berteknologi seperti mesin jahit industri, mesin jahit tepi, mesin sulam, mesin butang dan lubang butang serta alat menekan yang menggunakan arus elektrik. Panduan penggunaan dan keselamatan harus diteliti dan diikuti. Jadual 8 : Peraturan Penggunaan Alatan d. Peraturan keselamatan di bengkel jahitan Semua ruang dan tempat kerja di bengkel jahitan hendaklah sentiasa bersih, selesa dan selamat untuk semua aktiviti seperti membuat pola, menjahit dan menekan. Susunan meja kerja dan peralatan jahitan hendaklah diatur dengan sistematik bagi memudahkan pergerakan dan mengelakkan kemalangan Jadual 9 : Peraturan Keselamatan Di Bengkel Jahitan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 10 DRP: 15 6.7.2 Sikap dan amalan yang perlu diterapkan semasa di dalam bengkel. a. Budaya kerja selamat di bengkel merupakan perlakuan melakukan sesuatu kerja di bengkel yang mematuhi peraturan dan undang-undang yang menjadi amalan baik semasa menjalankan tugas. Budaya kerja selamat memerlukan etika atau sikap yang berdisiplin terhadap kerja. Budaya kerja selamat perlu diterapkan kepada murid pada setiap masa supaya menjadi amalan dalam kehidupan harian dan semasa alam pekerjaan. Rajah 8 : Budaya Kerja Selamat


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 11 DRP: 15 6.7.3 Keusahawanan Aktiviti keusahawanan telah lama dilakukan oleh masyarakat di Malaysia sejak zaman primitif lagi. Tahukah anda, pada zaman kerajaan Melayu Melaka, orang yang menjalankan perniagaan dipanggil sebagai pedagang? Berikut ialah definisi bagi peniaga, perniagaan, usahawan dan keusahawanan. a. Kepentingan Pengiraan Kos dalam Perniagaan Kawalan kos • Membolehkan setiap bahagian dalam organisasi bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif. • Mengelakkan pembaziran dan kerugian. Membuat keputusan • Pengurusan yang betul dapat mengawal prestasi kewangan perniagaan sama ada selepas jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Membuat perancangan • Membantu dalam membuat perancangan yang lebin baik dan mengenal pasti maklumat serta aktiviti kos. Menentukan anggaran harga • Merupakan faktor yang penting di samping beberapa faktor yang lain seperti pasaran, persaingan dan lain-lain. • Data-data kes daripada pengiraan kos membolehkan kos sesuatu barangan dikira bagi tujuan menetapkan harga sebelum produk dijual. Peniaga didefinisikan sebagai individu yang melakukan aktiviti jual beli atau mengendalikan sesebuah perniagaan miliknya sendiri dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan ialah aktiviti jual beli barangan untuk mencari keuntungan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Usahawan ialah seseorang yang meneroka sesebuah perniagaan, memajukan dan membangunkan perniagaan tersebut serta mengambil risiko pelaburan perniagaan yang diceburi. Keusahawanan bermaksud suatu proses pengwujudan dan pengembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi sesebuah negara.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 12 DRP: 15 Formula Pengiraan Kos Bahan Jenis Bahan × Kuantiti × Kos Seunit = Jumlah Kos Bahan b. Pengiraan Kos Terdapat tiga pengiraan kos yang akan dipelajari iaitu: i.Kos Pengeluaran - Kos yang dikeluarkan untuk menilai bahan (kos bahan) - Kos yang dikeluarkan untuk membayar upah (kos upah) - Kos yang digunakan untuk membayar penggunaan elektrik dan air (kos sampingan) ii.Kos Bahan iii.Kos bahan contoh sehelai baju kurung: BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH Fabrik 4 meter RM5.00 RM20.00 Pita elastik 1 meter RM1.00 RM1.00 Benang 1 buku RM1.00 RM1.00 Cangkuk dan palang 1 pasang RM0.50 RM0.50 Jumlah RM22.50 iv. Kos upah: Formula Pengiraan Kos Upah Kos Upah = Bilangan Pekerja × Bilangan Hari × Bilangan Jam Bekerja × Kadar Upah


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 13 DRP: 15 Formula Pengiraan Kos Sampingan Jumlah penggunaan elektrik + Jumlah penggunaan air = Kos Sampingan BIL. PEKERJA JAM BEKERJA BIL. HARI KADAR SEJAM 1 8 5 RM5.00 Jumlah RM200.00 v. Kos Sampingan: Elektrik RM100.00 Air RM50.00 Jumlah RM150.00 vi. Kos Pengeluaran: KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH RM22.50 RM200.00 RM150.00 KOS PENGELUARAN RM373.50 vii. Margin keuntungan Margin keuntungan adalah nisbah keuntungan syarikat yang dibahagikan dengan pendapatannya. Kebiasaannya, margin keuntungan dinyatakan dalam bentuk peratusan. Nisbah yang lebin tinggi memberi makna syarikat menjana banyak keuntungan.Margin keuntungan ini penting untuk ekonomi pasaran bebas yang didorong oleh kapitalisme. Formula Pengiraan Kos Pengeluaran Kos Pengeluaran = RM22.50 (Kos Bahan) + RM200.00 (Kos Upah) + RM150.00 (Kos Sampingan) Jumlah Kos = RM373.50


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 14 DRP: 15 Formula Pengiraan Margin Keuntungan Margin keuntungan = Jumlah hasil−jumlah kos (harga × kuantiti) Formula Pengiraan Harga Jualan Harga Seunit × % Keuntungan = Harga Jualan viii. Harga jualan Harga jualan dapat mempengaruhi sama ada barangan yang akan dijual laku atau tidak. Harga jualan dapat: a. Menentukan harga pokok. b. Sesuaikan dengan keadaan pasaran. c. Memantau harga pesaing. d. Mengenakan harga yang lebih rendah. e. Mempunyai sasaran. xi. Resit Tempahan Dan Resit Bayaran Buku resit tempahan adalah penting bagi seorang tukang jahit samaada menjahit dirumah ataupun di butik sekalipun ia bertujuan untuk merekod bukan sekadar ukuran malahan segala maklumat terperinci berkaitan dengan pakaian yang ditempah. Maklumat ini mustahak sebagai rujukan semasa proses membuat pola begitu juga semasa proses menjahit. Jika sebarang masalah timbul, rungutan atau aduan dari pelangan maka boleh merujuk kepada buku tempahan dan juga resit tersebut. Oleh yang demikian, lebih baik jika buku dan resit ini dijadikan satu dan dibuat salinan berkarbon untuk diberikan kepada pelangan. Setelah sampai ke proses pembayaran baharulah resit bayaran di keluarkan, Resit bayaran pula bertujuan sebagai bukti atau rekod kewangan syarikat. Di bawah adalah contoh resit tempahan yang boleh dijadikan sebagai rujukan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M09.02/HP(2/2) MUKA: 15 DRP: 15 Rajah 9 : Resit Tempahan RUJUKAN : 1. https://www.google.com/search 2. https://kemahiranhidupert.wordpress.com/ 3. Mariam Abu Bakar.(2004).Panduan Membuat Pakaian Wanita.Selangor:Alaf 21 Sdn.Bhd 4. Rosita Jaafar.(2006).Variasi Teknik Menjahit,Langkah Demi Langkah Cara Menjahit Pakaian Wanita.Shah Alam:Alaf 21 Sdn Bhd


Click to View FlipBook Version