TAJUK : PENGHASILAN BAJU KANAK-KANAK TUJUAN : Helaian ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang teknik menjahit dan mencantum bahagian-bahagian baju kanak-kanak dengan cara yang betul. Peserta boleh mengenalpasti bahan yang sesuai digunakan. PENERANGAN : T5. MENJAHIT DAN MENCANTUM BAJU KANAK -KANAK 5.1 Pengenalan Proses Menjahit Proses menjahit adalah mencantum kepingan-kepingan fabrik sehingga menjadi sehelai atau sepasang baju. Mengetahui teknik menjahit dengan betul adalah penting untuk menjimatkan masa, melancarkan proses menjahit dan mengelakkan dari menetas atau melakukan kesilapan. Apabila proses menjahit lancar maka lebih banyak produk jahitan dapat dihasilkan dengan kualiti yang baik. Sebelum menjahit perkara di bawah ini adalah mustahak disenaraikan dan disediakan bagi melancarkan proses menjahit. TAJUK KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYENTAJUK MODUL 10 BAJU KANAK-KANAK TAJUK SUB MODUL 10.02 JAHIT BAJU KANAK-KANAK TAJUK ELEMEN T5. Menjahit Dan Mencantum Baju Kanak-Kanak T6. Menjahit Aksesori Dan Menekan Baju Kanak-kanakOBJEKTIF PENGETAHUAN Melakukan kerja menjahit bahagian-bahagian Baju Kanak-Kanak serta mencantumkannya dengan menggunakan peralatan seperti mesin jahit dan bahan yang bersesuaian supaya Baju Kanak tersebut dapat disiapkan memenuhi kehendak pelanggan KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.02/HP(2/2) MUKA: 1 DRP: 12 HELAIAN PENERANGAN
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.02/HP(2/2) MUKA: 2 DRP: 12 5.1.1 Aliran kerja proses menjahit dan mencantum Rajah 1 : Aliran Kerja Menjahit Dan Mencantum 5.2 Peralatan Dan Bahan Menjahit Mesin jahit lurus/industri Mesin jahit tepi Pita ukur Gunting benang/sniper Fabrik Jarum peniti Tapak Zip Sorok Rajah 2: Alatan Menjahit 1. MENJAHIT TEPI/OVERLOCK PADA SEMUA BAHAGIAN. 2. MENJAHIT KEDUT BAHAGIAN PINGGANG 3. MENJAHIT SKIRT DAN BAJU HADAPAN DAN BELAKNG4.MENJAHIT ZIP SEMBUNYI/SOROK5. MENJAHIT DAN MENCANTUM BAHU 6.MENJAHIT GARIS LEHER 7.MENJAHIT SISI BAJU 8. MENJAHIT KAF 9. MENJAHIT SISI LENGAN DAN MENCANTUM LENGAN10. MENJAHIT KELIM
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.02/HP(2/2) MUKA: 3 DRP: 12 Benang Zip Sorok & zip Biasa Lapik Dalam Rajah 3 : Bahan Jahitan 5.3 Teknik Menjahit Dan Mencantum Baju Kanak -Kanak 5.3.1 Sampel Lipatan Lisu Rajah 4 : Sampel Lipatan Lisu (Lisu Bertentang) Rajah 5 : Sampel Lipatan Lisu (Kedut Lepas)
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.02/HP(2/2) MUKA: 4 DRP: 12 5.3.2 Saiz Mata Jahitan Saiz mata jahitan adalah aspek penting dalam proses menjahit kerana ianya memberi pengukuhan dan kekemasan pada pakaian yang dihasilkan sama ada semasa mencantum mahupun finishing. Saiz mata jahitan untuk mencantum adalah 1 cm bersamaan 5 mata jahitan. Tetapi akan berlaku perubahan mata jahitan diatas faktor penggunaan fabrik. Rajah 6 : Saiz Mata Jahitan 5.3.3 Langkah-langkah menjahit dan mencantum Baju Kanak-Kanak 1. Membuat kedut lepas pada skirt hadapan dan belakang 3. Cantumkan bahu mendatang dengan gaun bawah 5. Cantumkan kolar peter pan pada lubang leher 6. Cantumkan kelim sisi kiri dan kanan 4. Cantumkan kelim bahu hadapan dan belakang 2. Cantum lengan ke lubang lengan
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.02/HP(2/2) MUKA: 5 DRP: 12 T6 MENJAHIT AKSESORI DAN MENEKAN BAJU KANAK -KANAK 6.1 Pengenalan aksesori 6.1.1 Jenis aksesori Aksesori ialah benda yang dipakai oleh individu sebagai perhiasan atau tambahan kepada pakaian. Aksesori memainkan peranan penting sebagai nilai tambahan kepada seseorang wanita dalam meningkatkan diri mereka ketika memakai pakaian yang berfesyen. Aksesori yang digunakan adalah seperti cangkuk dan palang dan zip sorok. Rajah 7 : Aksesori Baju Kanak-Kanak 6.2 Bahan aksesori 6.2.1 Cangkuk dan mata Cangkuk dan mata jenis ini terdiri daripada 2 bahagian. Ia seringkali digunakan pada baju kanak-kanak. Cangkuk dan mata perlu dipasang dengan jahitan tangan. Cangkuk jenis ini mudah digunakan dan mudah digantikan jika tercabut dari jahitan. 6.2.2 Zip sorok Pemilihan jenis zip tergantung kepada jenis pakaian. Memilih zip yang betul untuk pakaian adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kualiti, rupa, dan ketahanannya. Cangkuk dan mata Zip sorok
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.02/HP(2/2) MUKA: 6 DRP: 12 6.3 Teknik menjahit aksesori 6.3.1 Cara menjahit mata dan cangkuk Jahitan insang pari atau dalam bahasa inggeris dipanggil Blanket stitch adalah jahitan pengemas yang digunakan untuk menampal applique pada kain, menjahit lubang butang dan menjahit cangkuk pada baju kanak-kanak. 6.4 Pengenalan proses menekan Alat menekan merupakan kaedah menggosong atau menekan fabrik untuk mendapatkan kemasan jahitan. Terdapat pelbagai alat menekan yang telah diinovasi di pasaran yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil menggosok yang kemas. 6.5 Peralatan untuk menekan Rajah 8 : Peralatan Menekan BOD SETERIKA LENGAN SETERIKA KERINGSETERIKA BERWAP
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.02/HP(2/2) MUKA: 7 DRP: 12 6.6 Teknik Menekan Baju Kanak-Kanak Kerja-kerja menekan hendaklah dilakukan semasa proses menjahit pakaian, bagi memudahkan kerja-kerja menjahit dan dapat menghasilkan pakaian yang kemas dan bermutu. Lakukan kerja-kerja menekan dengan betul dan mengikut peraturan supaya tidak memcacatkan pakaian. Perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan dalam proses menekan : Mula menggosok dari bahagian dalam fabrik Lapiskan dengan sehelai kain untuk mengelakkan kotoran melekat Penggunaan bod seterika mengikut kesesuaian bahagian yang perlu digosok dapat melancarkan proses menekan Gunakan wap air untuk mendapatkan kemasan menggosok Tetapkan suhu yang betul mengikut jenis fabrik atau kain Memilih tetapan yang betul pada seterika boleh memudahkan kerjakerja menggosok Pemilihan suhu yang betul menjadikan kerja menggosok lebih mudah, lebih cepat dan dan memberikan hasil yang lebih kemas Sekiranya ragu-ragu mengenai suhu yang hendak digunakan, mulakan dengan suhu rendah dahulu Kemudian suhu boleh diubah beransur-ansur bagi menghilangkan kedutan
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.02/HP(2/2) MUKA: 8 DRP: 12 6.7 Prosedur Pelaksanaan Bagi Menghasilkan Baju Kanak Kanak Aspek yang perlu dititik beratkan supaya dapat membantu perlancaraan proses pengajaran dan pembelajaran, mengelakkan kemalangan, memudahkan aktiviti kerja amali dan projek dapat dijalankan dengan baik, mengemaskini alatan dan bahan setelah digunakan, menerapkan sikap yang kognitif, afektif dan psikomotorik dalam penerimaan dan perlaksanaan pembelajaran, pendedahan mengenai anggaran kos yang diperlukan bagi menghasilkan sesuatu produk jahitan. 6.7.1 Keselamatan semasa di dalam bengkel jahitan KESELAMATAN SEMASA DI DALAM BENGKEL JAHITAN Bengkel Jahitan adalah tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ruangan melakukan kerja amali. Tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran. Penggunaan alatan elektrik atau mesin mestilah mendapat kebenaran. Keselamatan Fizikal Pastikan semua peralatan dan mesin dalam keadaan baik sebelum digunakan • Gunakan alatan yang betul dan sesuai untuk membuat sesuatu kerja • Pastikan semua suis dalam keadaan “OFF” selepas digunakan dan tanggalkan dari punca kuasa sebelum meninggalkan bengkel • Semua bengkel perlu dilengkapkan dengan alat pemadam api dan kotak pertolongan cemas. Keselamatan Diri Pakaian mestilah sesuai dengan kerja amali • Bekerja dengan teratur dan sistematik • Sentiasa memakai alas kaki/ kasut semasa berada dalam bengkel • Jangan bermain, bergurau dan berlari semasa berada dalam bengkel Langkah Keselamatan Sebelum • Patuhi arahan dan SOP • Fahami panduan kerja yang ditetapkan Semasa • Jangan halakan mata alatan yang tajam ke arah diri / rakan Selepas • Simpan semua peralatan & bersihkan mesin • Pastikan semua punca kuasa – OFF • Laporkan semua kehilangan/kerosakan alatan
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.02/HP(2/2) MUKA: 9 DRP: 12 6.7.2 Sikap dan amalan yang perlu diterap semasa di dalam bengkel Budaya kerja selamat di bengkel merupakan kelakuan sesuatu kerja di bengkel yang mematuhi peraturan dan undangundang yang menjadi amalan baik semasa menjalankan tugas. Budaya kerja selamat memerlukan etika atau sikap yang berdisiplin terhadap kerja. Budaya kerja selamat perlu diterapkan kepada pelatih pada setiap masa supaya menjadi amalan dalam kehidupan harian dan semasa alam pekerjaan. Rajah 9 : Sikap dan amalan
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.02/HP(2/2) MUKA: 10 DRP: 12 6.7.3 Keusahawanan Aktiviti keusahawanan telam lama dilakukan oleh masyarakat di Malaysia sejak zaman primitif lagi. Tahukah anda, pada zaman kerajaan Melayu Melaka, orang yang menjalankan perniagaan dipanggil sebagai pedagang. Berikut adalah definasi bagi peniaga, perniagaan, usahawan dan keusahawanan. a. Kepentingan pengiraan kos dalam perniagaan Kawalan kos • Membolehkan setiap bahagian dalam organisasi bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif. • Mengelakkan pembaziran dan kerugian. Membuat keputusan • Pengurusan yang betul dapat mengawal prestasi kewangan perniagaan sama ada selepas jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Membuat perancangan • Membantu dalam membuat perancangan yang lebin baik dan mengenal pasti maklumat serta aktiviti kos. Menentukan anggaran harga • Merupakan faktor yang penting di samping beberapa faktor yang lain seperti pasaran, persaingan dan lain-lain. • Data-data kes daripada pengiraan kos membolehkan kos sesuatu barangan dikira bagi tujuan menetapkan harga sebelum produk dijual. Peniaga didefinisikan sebagai individu yang melakukan aktiviti jual beli atau mengendalikan sesebuah perniagaan miliknya sendiri dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan ialah aktiviti jual beli barangan untuk mencari keuntungan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Usahawan ialah seseorang yang meneroka sesebuah perniagaan, memajukan dan membangunkan perniagaan tersebut serta mengambil risiko pelaburan perniagaan yang diceburi. Keusahawanan bermaksud suatu proses pengwujudan dan pengembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi sesebuah negara.
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.02/HP(2/2) MUKA: 11 DRP: 12Formula Pengiraan Kos Bahan Jenis Bahan × Kuantiti × Kos Seunit = Jumlah Kos Bahan b. Pengiraan kos Terdapat tiga pengiraan kos yang akan dipelajari iaitu: i. Kos Pengeluaran • Kos yang dikeluarkan untuk menilai bahan (kos bahan) • Kos yang dikeluarkan untuk membayar upah (kos upah) • Kos yang digunakan untuk membayar penggunaan elektrik dan air (kos sampingan) ii. Kos Bahan: iii. Kos bahan contoh sehelai baju kurung: BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAHFabrik 4 meter RM5.00 RM20.00Pita elastik 1 meter RM1.00 RM1.00Benang 1 buku RM1.00 RM1.00Cangkuk dan palang 1 pasang RM0.50 RM0.50Jumlah RM22.50iv. Resit tempahan dan resit bayaran Buku resit tempahan adalah penting bagi seseorang tukang jahit samaada menjahit dirumah atau premis sekalipun ia bertujuan untuk merekod bukan sekadar ukuran malah segala maklumat terperinci berkaiatan dengan pakaian yang ditempah. Maklumat ini mustahak sebagai rujukan semasa proses membuat pola begitu juga semasa proses menjahit. Jika sebarang masalah timbul atau aduan dari pelanggan maka boleh merujuk pada buku tempahan dan juga resit tersebut.
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.02/HP(2/2) MUKA: 12 DRP: 12 RUJUKAN : a. Panduan Membuat Pakaian _ Mariam Abu Bakar ( Karya Bestari : Cetakkan 8 – 2006 ) b. Panduan Menjahit Pakaian Wanita – Mariam Abu Bakar ( Alaf 21 : Cetakkan 1 – 2003 ) c. Rosita Jaafar ( 2007 ). Seni Jahitan Pakaian PENGANTIN d. Sumber Internet – google – Pinterest –