The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Melakar fesyen dan membuat Baju Kebaya Moden
dengan menggunakan mesin jahit industri serta peralatan
dan bahan yang bersesuaian supaya Baju Kebaya Moden
tersebut dapat disiapkan menepati ukuran serta
memenuhi kehendak pelanggan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHARIFAH NAJMAH BINTI SYED MOHD NAGUIB, 2023-12-02 00:52:15

07 BAJU KEBAYA MODEN

Melakar fesyen dan membuat Baju Kebaya Moden
dengan menggunakan mesin jahit industri serta peralatan
dan bahan yang bersesuaian supaya Baju Kebaya Moden
tersebut dapat disiapkan menepati ukuran serta
memenuhi kehendak pelanggan.

Keywords: M07 - HP 07.02

HELAIAN PENERANGANNAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYENTAJUK MODUL 07 BAJU KEBAYA MODEN TAJUK SUB MODUL 07.02 MENJAHIT FABRIK TAJUK ELEMEN T5 Menjahit Dan Mencantum Kebaya Moden T6 Menjahit Aksessori Dan Menekan KebayaModen OBJEKTIF PENGETAHUAN Melakar fesyen dan membuat Baju Kebaya Moden dengan menggunakan mesin jahit industri serta peralatan dan bahan yang bersesuaian supaya Baju Kebaya Moden tersebut dapat disiapkan menepati ukuran serta memenuhi kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA:1 DRP:18 TAJUK : PENGHASILAN BAJU KEBAYA MODEN TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan teknik menjahit danmencantum bahagian baju kebaya moden dengan cara yang sempurna menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai mengikut teknik yang betul. PENERANGAN : T5. MENJAHIT DAN MENCANTUM BAJU KEBAYA MODEN 5.1 Pengenalan Proses Menjahit Proses menjahit bermaksud mencantum kepingan fabrik yang telah dipotong untuk menghasilkan pakaian yang lengkap mengikut spesifikasi pakaian berkenaan. Bagi menghasilkan sepasang baju kebaya moden, terdapat beberapa bahagian kepingan fabrik yang mesti dicantum.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 2 DRP: 18 5.1.1 Aliran Kerja Proses menjahit dan mencantum5.2 Peralatan Dan Bahan Menjahit Kualiti kebaya moden yang baik adalah ketelitian semasa proses menjahit dan mencantum dengan mengikut langkah – langkah yang teratur. Pemilihan mata jahitan dan kelim pakaian adalah aspek penting kerana ianya memberi kesan kepada keselesaan si pemakai. 5.2.1 Peralatan menjahit Rajah 1 : Peralatan Menjahit Sediakan Peralatan dan bahan Menjahit dan mencantum mengikut langkah kerja yang betul Menjahit Aksesori yang bersesuaian dengan Baju Kebaya Moden Proses menggosok dan menekan pakaian yang siapMengacu pakaian


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 3 DRP: 18 5.2.2 Bahan dan peralatan jahitan Rajah 2 : Peralatan dan Bahan 5.3 Teknik Menjahit dan mencantum Baju Kebaya Moden Jahit adalah satu proses mencantumkan dua fabrik untuk menjadi pakaian. Persediaan yang perlu dilambil sebelum menjahit adalah Memastikan mesin jahit dalam keadaan yang baik. Span bahu/Padding Kertas Gam Cangkuk DanPalangZip Biasa Zip Sorok Getah Pinggang Fabrik Bahan Menjahit Pengeras


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 4 DRP: 18 5.3.1 Sampel menjahit dan mencantum ikatan pinggang Mencantum getah dan velkrum yang siap dipotong tadi mengikut susunan yang betul. Getah dan velkrum siap dijahit dan boleh pasang pada kain. Mencantum pinggang separa getah di atas kain. Kemudian jahit dikeliling kain. Rajah 3 : Sampel ikatan pinggang 5.3.2 Saiz mata jahitan Saiz mata jahitan adalah aspek penting dalam proses menjahit kerana ianya memberi pengukuhan dan kekemasan pada pakaian yang dihasilkan sama ada semasa mencantum mahupun finishing.Saiz mata jahitan untuk mencantum adalah 1 cm bersamaan 5mata jahitan. Rajah 4 : Saiz mata jahitan 5.3.3 Langkah - langkah menjahit dan mencantum Baju Kebaya Moden a. Bahagian Badan i Cara menjahit lisu hadapan dan belakang bajuTemukan sebelah luar fabrik. Padankan garis pemadan lisu.Semat peniti dan jahit mesin dari hujung ke hujung lisu pemadan dan kukuhkan jahitan.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 5 DRP: 18 i Cantum garis tengah leher. Tekan bukaan kelim ii Lekatkan kain lapik bersama kertas tisu bergam iii Temukan bahu hadapan badan dengan bahu belakang badan.Semat peniti dan jahit mesin iv Temukan leher tinggi dengan badan belakang. Padankan garis tengah leher belakang. Semat peniti dan jahit tepat pada garisan tengah v Lekatkan kertas tisu bergam nipis pada sebelah dalam fabrik. Lipat 2 fabrik sebelah dalam. Semat peniti dan jahit mesin pada bahagian atas dan bawah lapel. Terbalikkan lapel ke sebelah luar fabrik. Tekan dengan kemas. vi Jahit lapel pada bahagian kiri pakaian vii Cantumkan lapik ke bahagian badan baju (Gambarajah 1). Tekan kemas dan jahit tindih kasih pada sebelah luar lapik luar baju. Temukan sisi hadapan dan belakang badan. Semat peniti dan jahit mesin seperti (Gambarajah 2). Tekan bukaan kelim dan kemaskan. b. Bahagian Lengan i Cantumkan sisi lengan dari sebelah dalam fabrik, semat dengan peniti dan Jahit menggunakan mesin. Lihat gambarajah 3. Kemaskan/ tekan basi jahitan. 5.3.4 Langkah-langkah menjahit dan mencantum Skirt/Kain i Cara Menjahit lisu hadapan dan belakang skirt Temukan sebelah luar fabrik. Padankan garis pemadan lisu. Semat peniti dan jahit mesin dari hujung ke hujung lisu pemadan dan kukuhkan jahitan ii Susun belah mengikut ukuran yang betul iii Jahit 13 cm pada garisan pemadan untuk membentuk belah iv Buka belah dan tekan dengan seterika v Tentukan tanda panjang belah vi Jahit kelim sisi kecuali belah berzip vii Buka dan tekan kelim viii Semat jahit zip ix Sediakan kain selebar 9cm. Potong fabrik lapik pinggang sepanjang ukuran pinggang skirt dengan melebihkan 5cm untuk kelim. x. Sediakan getah pinggang mengikut ukuran yang dibuat berpandukan formula yang diberikan.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 6 DRP: 18 5.3.5 Kemasan jahitan pangkah Jahitan Silang Pangkah adalah jahitan tangan yang sering digunakan untuk menjahit kelim pada hujung lengan dan baju. Jahitan ini kelihatan berbentuk huruf V pada bahagian dalam dan jahitan yang halus serta tersembunyi pada bahagian luar. Selain untuk menjahit kelim, jahitan silang pangkah juga digunakan untuk mengemaskan kelepet bawah baju Kebaya moden. Rajah 5 : Jahitan Silang Pangkah T6. MENJAHIT AKSESORI DAN MENEKAN BAJU KEBAYA MODEN 6.1 Pengenalan Menjahit aksesori dan menekan adalah langkah terakhir dalam Aktiviti menjahit untuk memastikan kekemasan baju kebaya moden selesa Untuk dipakai. Pakaian yang telah siap dijahit haruslah Menjalani Proses akhir seperti menjahit cangkuk dan palang, Memotong lebihan benang dan membuang jahitan sementara dan diakhiri dengan proses menekan. 6.1.1 Jenis aksesori Jadual 1 : Jenis-jenis Aksesori Bil Alat/Bahan Kuantiti 1 Zip sembunyi 20’’ 1 unit 2 Cangkuk dan palang 1 unit


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 7 DRP: 18 6.2 Bahan 6.2.1 Zip Pemilihan jenis zip bergantung kepada jenis pakaian. Memilih zip yang betul untuk pakaian adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kualiti, rupa, dan ketahanannya. Zip boleh dikategorikan kepada 3 jenis yang utama berdasarkan pada element zip (teeth) iaitu: a. Coil b. Metal c. Plastik 6.2.2 Cangkuk dan Palang Cangkuk dan palang jenis ini terdiri daripada 2 bahagian. Ia seringkali digunakan pada kain baju kurung dan biasanya digunakan bersama zip. Cangkuk dan palang jenis ini perlu dipasang dengan jahitan tangan. Cangkuk jenis ini mudah digunakan dan mudah diganti jika tercabut dari jahitan. 6.3 Teknik menjahit aksesori 6.3.1 Jahitan Insang Pari a. Mulakan jahitan kia pada kedudukan cangkuk b. Letak cangkuk pada SD bahagian tindih atas iaitu 3mm daripada Tepi ikatan pinggang. a. Gunakan jahitan sama ada dengan jahitan lubang butang ,jahitan insang pari,jahitan lurus untuk menjahit cangkuk Rajah 6 : Jahitan Insang Pari


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 8 DRP: 18 6.4 Pengenalan Proses menekan adalah satu langkah kerja yang penting apabila menjahit pakaian. Ia perlu dilakukan untuk mendapat hasil kerja yang elok, kemas dan professional. Menekan sambil menjahit akan memudahkan kerja menjahit dan memberi bentuk yang elok pada pakaian. Gunakan alat menekan yang betul dan sesuai apabila Menekan pakaian. Seperti menggunakan seterika, wap, bod menekan dan fabrik menekan. 6.5 Peralatan Menekan Rajah 7 : Alat menekan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 9 DRP: 18 6.6 Teknik menekan Baju Kebaya Moden Perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan dalam proses menekan: a.Kenalpasti jenis fabrik yang hendak ditekan samaada dari jenis mengecut atau tidak supaya dapat mengelakkan kerosakan pada fabrik berkenaan. b.Uji suhu seterika sebelum menekan untuk mengelakkan kecacatan pada fabrik c.Seberapa boleh lakukan kerja menekan di sebelah dalam supaya kesan-kesan seterika tidak kelihatan pada pakaian 6.7 Prosedur Perlaksanaan bagi menghasilkan Baju Kebaya Moden Aspek yang perlu dititik beratkan supaya dapat membantu perlancaraan proses pengajaran dan pembelajaran, mengelakkan kemalangan, memudahkan aktiviti kerja amali dan projek dapat dijalankan dengan baik, mengemaskini alatan dan bahan setelah digunakan, menerapkan sikap yang kognitif, afektif dan psikomotorik dalam penerimaan dan perlaksanaan pembelajaran, pendedahan mengenai anggaran kos yang diperlukan bagi menghasilkan sesuatu produk jahitan. 6.7.1 Keselamatan Semasa di dalam bengkel jahitan Keselamatan diri, alatan dan tempat kerja di bengkel jahitan merupakan perkara yang perlu diutamakan dan diamalkan oleh setiap murid. Terdapat peralatan yang boleh menyebabkan kemalangan sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Pengetahuan mengenai cara penggunaan dan keselamatan peralatan penting agar keselamatan tempat kerja terjamin. i. Peraturan keselamatan diri Keselamatan diri di tempat kerja merupakan pencegahan kemalangan, kecederaan atau penyakit dalam kalangan pekerja atau orang lain yang berada di tempat kerja. Berikut merupakan peraturan keselamatan diri yang perlu diutamakan ketika berada di bengkel jahitan.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 10 DRP: 18 ii. Peraturan penggunaan alat Pengetahuan mengenai penggunaan dan keselamatan peralatan adalah penting untuk setiap individu yang bekerja di bengkel. Terdapat banyak peralatan berteknologi seperti mesin jahit industri, mesin jahit tepi, mesin sulam, mesin butang dan lubang butang serta alat menekan yang menggunakan arus elektrik. Panduan penggunaan dan keselamatan harus diteliti dan diikuti. iii. Peraturan Keselamatan di Bengkel Jahitan Semua ruang dan tempat kerja di bengkel jahitan hendaklah sentiasa bersih, selesa dan selamat untuk semua aktiviti seperti membuat pola, menjahit dan menekan. Susunan meja kerja dan peralatan jahitan hendaklah diatur dengan sistematik bagi memudahkan pergerakan dan mengelakkan kemalangan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 11 DRP: 18 6.7.2 Sikap dan amalan yang perlu diterapkan semasa di dalam bengkel. Budaya kerja selamat di bengkel merupakan perlakuan melakukan sesuatu kerja di bengkel yang mematuhi peraturan dan undang-undang yang menjadi amalan baik semasa menjalankan tugas. Budaya kerja selamat memerlukan etika atau sikap yang berdisiplin terhadap kerja. Budaya kerja selamat perlu diterapkan kepada murid pada setiap masa supaya menjadi amalan dalam kehidupan harian dan semasa alam pekerjaan.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 12 DRP: 18 6.7.3 Keusahawanan Aktiviti keusahawanan telah lama dilakukan oleh masyarakat di Malaysia sejak zaman primitif lagi. Tahukah anda, pada zaman kerajaan Melayu Melaka, orang yang menjalankan perniagaan dipanggil sebagai pedagang? Berikut ialah definisi bagi peniaga, perniagaan, usahawan dan keusahawanan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 13 DRP: 18 Peniaga didefinisikan sebagai individu yang melakukan aktiviti jual beli atau mengendalikan sesebuah perniagaan miliknya sendiri dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan ialah aktiviti jual beli barangan untuk mencari keuntungan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Usahawan ialah seseorang yang meneroka sesebuah perniagaan, memajukan dan membangunkan perniagaan tersebut serta mengambil risiko pelaburan perniagaan yang diceburi. Keusahawanan bermaksud suatu proses pengwujudan dan pengembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi sesebuah negara. a. Kepentingan Pengiraan Kos dalam Perniagaan Kawalan kos • Membolehkan setiap bahagian dalam organisasi bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif. • Mengelakkan pembaziran dan kerugian. Membuat keputusan • Pengurusan yang betul dapat mengawal prestasi kewangan perniagaan sama ada selepas jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Membuat perancangan • Membantu dalam membuat perancangan yang lebin baik dan mengenal pasti maklumat serta aktiviti kos. Menentukan anggaran harga • Merupakan faktor yang penting di samping beberapa faktor yang lain seperti pasaran, persaingan dan lain-lain. • Data-data kes daripada pengiraan kos membolehkan kos sesuatu barangan dikira bagi tujuan menetapkan harga sebelum produk dijual.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 14 DRP: 18 b. Pengiraan Kos Terdapat tiga pengiraan kos yang akan dipelajari iaitu: i.Kos Pengeluaran • Kos yang dikeluarkan untuk menilai bahan (kos bahan) • Kos yang dikeluarkan untuk membayar upah (kos upah) • Kos yang digunakan untuk membayar penggunaan elektrik dan air (kos sampingan) ii.Kos Bahan iii. Kos bahan sepasang Baju Kebaya Moden : BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH Fabrik 4 meter RM5.00 RM20.00 Pita elastik 1 meter RM2.00 RM2.00 Pita pengeras 1 meter RM2.00 RM2.00 Benang 1 buku RM1.00 RM1.00 Cangkuk dan palang 1 pasang RM0.50 RM0.50 Zip sembunyi 1 pasang RM 2.50 RM 2.50 Solina 1 meter RM2.00 RM2.00 Jumlah RM30.00


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 15 DRP: 18 iv. Kos upah: v. Kos Sampingan: vi. Kos Pengeluaran: KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH RM30.00 RM200.00 RM150.00 KOS PENGELUARAN RM380.00 Elektrik RM100.00 Air RM50.00 Jumlah RM150.00 Formula Pengiraan Kos Sampingan Jumlah penggunaan elektrik + Jumlah penggunaan air = Kos Sampingan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 16 DRP: 18 vii.Margin keuntungan Margin keuntungan adalah nisbah keuntungan syarikat yang dibahagikan dengan pendapatannya. Kebiasaannya, margin keuntungan dinyatakan dalam bentuk peratusan. Nisbah yang lebih tinggi memberi makna syarikat menjana banyak keuntungan. Margin keuntungan ini penting untuk ekonomi pasaran bebas yang didorong oleh kapitalisme. Harga jualan dapat mempengaruhi sama ada barangan yang akan dijual laku atau tidak. Harga jualan dapat: a. Menentukan harga pokok. b. Sesuaikan dengan keadaan pasaran. c. Memantau harga pesaing. d. Mengenakan harga yang lebih rendah. e. Mempunyai sasaran. Formula Pengiraan Margin Keuntungan Margin keuntungan = Jumlah hasil−jumlahkos (harga × kuantiti)


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 17 DRP: 18 xi. Resit Tempahan Dan Resit Bayaran Buku resit tempahan adalah penting bagi seorang tukang jahit samaada menjahit dirumah ataupun di butik sekalipun ia bertujuan untuk merekod bukan sekadar ukuran malahan segala maklumat terperinci berkaitan dengan pakaian yang ditempah. Maklumat ini mustahak sebagai rujukan semasa proses membuat pola begitu juga semasa proses menjahit. Jika sebarang masalah timbul, rungutan atau aduan dari pelangan maka boleh merujuk kepada buku tempahan dan juga resit tersebut. Oleh yang demikian, lebih baik jika buku dan resit ini dijadikan satu dan dibuat salinan berkarbon untuk diberikan kepada pelangan. Setelah sampai ke proses pembayaran baharulah resit bayaran di keluarkan, Resit bayaran pula bertujuan sebagai bukti atau rekod kewangan syarikat. Di bawah adalah contoh resit tempahan yang boleh dijadikan sebagai rujukan Rajah 8 : Contoh Resit Bayaran


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 18 DRP: 18 RUJUKAN : 1. https://www.google.com/search 2. https://kemahiranhidupert.wordpress.com/ 3. Mariam Abu Bakar.(2004).Panduan Membuat Pakaian Wanita.Selangor:Alaf 21 Sdn.Bhd 4. Rosita Jaafar.(2006).Variasi Teknik Menjahit,Langkah Demi Langkah Cara Menjahit Pakaian Wanita.Shah Alam:Alaf 21 Sdn Bhd


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M07.02 (2/2) MUKA: 19 DRP: 18


Click to View FlipBook Version