TAJUK : PENGENALAN PERALATAN JAHITAN TUJUAN : Helaian ini bertujuan bagi menerangkan cara-cara menggunakan mesin jahit dan mengenal bahagian-bahagian mesin dengan menggunakan peralatan dan bahan yang sesuai mengikut spesifikasi yang diberi sehingga menghasilkan mutu kerja dan kemas serta menepati kriteria yang ditetapkan. PENERANGAN : T1. MENGENDALI MESIN JAHIT 1.1 Pengenalan pelbagai jenis mesin jahit Mesin Jahit merupakan alat yang paling penting bagi seseorang tukang jahit.Terdapat pelbagai jenis mesin jahit yang berada dipasaran. Setiap jenis mesin mempunyi fungsi yang tersendiri. Oleh itu pembuat pakaian hendaklah memilih mesin jahit yang sesuai dengan fungsi yang diperlukan bagi menghasilkan pakaian yang berkualiti. NAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 02 - KENDALI MESIN JAHIT DAN PERALATAN JAHITAN TAJUK SUB MODUL 02.01 KENDALI MESIN JAHIT TAJUK ELEMEN T1 Menyediakan Mesin Jahit T2 Menyediakan Peralatan Dan Bahan OBJEKTIF PENGETAHUAN Melakukan berbagai tugas kendali mesin jahit dengan mengunakan mesin jahit industri, mesin jahit tepi yang sesuai dengan tugas serta bahan berkaitan supaya menghasilkan jahitan yang kemas dan menepati kretiria yang ditetapkan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 1 DRP: 23 HELAIAN PENERANGAN
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 2 DRP: 23 1.1.1 Kegunaannya a. Mesin jahit industri Digerakkan menggunakan kuasa elektrik. Memudah dan mempercepatkan proses menjahit. Menggunakan motor elektrik berkelajuan tinggi. Memerlukan kecekapan dan kemahiran semasa menggunakannya. Didatangkan bersama Clutch motor atau Servo motor. b. Mesin jahit tepi (overlock) Digunakan untuk jahitan pengemas tepi fabrik. Mempunyai penunjuk paras minyak. Memerlukan kecekapan untuk mengendalikannya. Mempunyai pisau pemotong pada bahagian tepi untuk memotong lebihan fabrik. Penting dalam proses membuat pakaian di datangkan dengan 3,4 dan 5 benang. 3 benang sesuai untuk kemasan tepi biasa yang menggunakan kelim belah kangkung. 4 benang sesuai untuk kemasan tepi kemeja T (T shirt). 5 benang sesuai untuk kemasan tepi yang memerlukan cantuman terus 2 keping fabrik. c. Mesin jahit butang Digunakan untuk menjahit butang sahaja. Boleh menjahit butang yang mempunyai 2 dan 4 lubang. Jarak jahitan diantara lubang pada butang boleh dilaras. Mempercepatkan kerja menjahit butang dan memerlukan kecekapan serta kemahiran mengendalikannya. d. Mesin lubang butang Digunakan untuk menjahit lubang butang sahaja. Terdapat 2 model untuk lubang butang biasa dan lubang butang eyelet. Saiz lubang dari ¼ in hingga 1 ¼ inci. Mempunyai pisau untuk menebuk lubang yang telah dijahit secara automatik.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 3 DRP: 23 1.1.2 Label bahagian-bahagian mesin jahit Rajah 1 : Mesin Jahit Lurus Industri Jadual 1 : Fungsi Mesin Jahit Industri Bil Bahagian Fungsi 1 Skru pelaras Mengawal tekanan tiang penekan jahitan ke atas fabrik 2 Roda imbangan Memulakan, memberhentikan jahitan dan mengenakan jahitan 3 Pelaras jahitan Melaraskan mata jahitan halus dan kasar 4 Lubang minyak Ruang untuk mengisi minyak 5 Tiang benang Mengangkat dan menurunkan benang 6 Ceper pemegang benang Mengendurkan dan menegangkan benang 7 Tiang pemegang jarum Memegang jarum 8 Tali mesin Menjalankan mesin 9 Suis mesin Membuka dan menutup arus elektrik ke mesin 10 Gigi penolak Menolak fabrik semasa menjahit
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 4 DRP: 23 Rajah 2 : Mesin Jahit Tepi (overlock) Jadual 2 : Fungsi Mesin Jahit Tepi (overlock) Bil Bahagian Fungsi 1 Tuan angkat Mengangkat tapak jahitan 2 Jarum mesin Menjahit diatas fabrik 3 Tapak penekan Menekan fabrik semasa proses menjahit 4 Ceper penegang benang Menegang benang 5 Aras minyak mesin Mengetahui lavel minyak yang sepatutnya di masukkan 6 Gigi penolak Melindungi tapak gigi penolak semasa proses menjahit 7 Roda imbang Memula dan memberhenti jahitan 1 2 3 6 7 4 5
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 5 DRP: 23 Rajah 3 : Mesin Jahit Butang Jadual 3 : Fungsi Mesin Jahit Butang Bil Bahagian Fungsi 1 Ceper pemegang benang Menegang benang supaya benang tegang 2 Jarum mesin Menjahit diatas fabrik 3 Tapak penekan Menekan fabrik semasa proses menjahit 4 Pelaras corak jahitan Menentukan lubang butang yang henda dijahit 1 3 2 4
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 6 DRP: 23 Rajah 4 : Mesin Jahit Lubang Butang Jadual 4 : Fungsi Mesin Jahit Lubang Butang Bil Bahagian Fungsi 1 Ceper pemegang benang Menegang benang supaya benang tegang 2 Tapak penekan Menekan fabrik semasa proses menjahit 3 Pelaras saiz lubang butang Melaras saiz mengikut lubang yang digunakan 1 3 2
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 7 DRP: 23 1.2 Pengenalan Variasi Jarum dan Kegunaannya Jadual 5 : Jenis-jenis jarum VARIASI JARUM KEGUNAANNYA Jarum Mesin Jahit Industri Kod DB pula adalah untuk mesin industri ('high speed') pelbagai jenama kecuali mesin berjenama Singer. Kod DP adalah bagi kegunaan mesin industri berjenama Singer manakala kod DC pula adalah bagi kegunaan mesin jahit tepi industri Jarum Jahit Tangan Jarum jahit tangan dalam pasaran biasanya dijual dalam pek bulat yang merangkumi pelbagai jenis dan saiz untuk kegunaan harian. Walaupun nampak serupa, sebenarnya setiap jarum mempunyai nama dan fungsi yang tertentu. Namun anda tidak perlu keliru dengan namanya kerana apa yang lebih penting adalah jarum itu selesa di tangan anda Jarum Peniti Jarum peniti yang baik adalah jarum yang halus, tajam dan diperbuat dari keluli yang kilat. Jarum peniti digunakan untuk menyemat pola kertas dan lapisan fabrik untuk menetap kedudukannya.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 8 DRP: 23 1.3 Pengenalan Variasi Benang dan Kegunaannya Jadual 6 : Jenis -jenis benang Jenis Variasi Gambar Kapas merserais Dijahitan tangan dan mesin. Sesuai untuk fabrik ringan dan sederhana tebal dari gentian kapas, rayon dan linen. Tidak elastik dan tidak sesuai untuk sulaman tangan Benang sutera Fabrik yang halus seperti sutera. Sesuai untuk jahitan sementara. Mudah ditarik daripada beberapa lapisan fabrik bila menjahit dan tidak meninggalkan kesan lubang Benang nilon Sesuai digunakan pada apa jua warna fabrik. Boleh digunakan untuk jahitan tangan seperti menyembat. Benang getah Gelendung untuk membuat kedutan pada fabrik. Terdapat dalam pelbagai saiz di pasaran. Kebiasaan benang ini berwarna putih dan hitam. Benang getah berkualiti tinggi dan boleh merenggang Benang jelujur Longgar, lembut, tanpa gelis, mudah putus. Mudah berbulu, putus dan tersimpul. kelihatan seperti benang sutera. Terdapat dalam pelbagai warna. Dijual dalam bentuk berbuku dan biasa panjangnya 150, 250 dan 550 meter
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 9 DRP: 23 1.4 Teknik Memasang Jarum Mesin Jahit 1.4.1 Memasang jarum mesin jahit Jarum mesin terdapat berbagai jenis dan saiz. Antara yang selalu digunakan didalam kerja jahitan adalah seperti berikut : a. Saiz jarum Saiz 9 – 13 jahitan kain nipis ( jahitan kain nipis seperti kain baju , langsir ) Saiz 16- 22 jahitan kain kasar ( jeans / p.v.c , kulit dan lain – lain ) b. Jenis jarum DB X17 – jarum untuk mesin jahit jenis Brothers / Juki ( jarumnya panjang ). DP X 5 /1- Jarum untuk mesin jahit Singer ( jarumnya pendek ). c. Memasang jarum mesin jahit high speed Sebelum membuat apa-apa pembaikan, tutup punca elektrik. Masukkan jarum hingga ke bahagian bawah pemegang jarum dan ketatkan skru . Bahagian jarum yang beralur menghala ke kiri. d. Memasang jarum mesin jahit tepi Pusingkan roda imbangan sehingga tiang pemegang jarum berada di paras yang tinggi sekali. Tekan ke bawah presser bar lifter . Longgarkan skru pemegang jarum pastikan bahagian beralur menghala ke hadapan. Masukkan jarum ke pemegang jarum dan ketatkan skru. Lekatkan pisau pemotong kepada tiang penekan. T2. MENYEDIA PERALATAN JAHITAN DAN BAHAN 2.1 Peralatan dan bahan Jahitan Alatan dan bahan jahitan boleh dikategorikan mengikut kegunaan seperti alatan mengukur,mendraf,menanda, menggunting, menekan, alatan menjahit dan alatan lain.Penyediaan peralatan amat penting dalam menghasilkan pakaian. 2.2 Jenis-Jenis Alatan Dan Kegunaannya: 2.2.1 Alat Tulis Alat tulis di gunakan untuk menulis, melukis dan mendraf pola pakaian. Digunakan bersama buku catatan atau borang tempahan untuk menulis dan merekod ukuran pelanggan.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 10 DRP: 23 Rajah 5 : Alat tulis 2.2.2 Alat menanda Jadual 7 : Kegunaan Alat menanda ALAT KEGUNAANNYA Kapur tukang jahit Penanda kain merupakan alat untuk mebuat atau menanda pada atas permukaan kain. Cara menggunakannya adalah membuat lakaran atau tanda pada kain dengan tidak terlalu pekat/tebal asalkan anda dapat lihat tandaan itu sudah mencukupi. Roda surih Digunakan untuk Memindahkan tanda dan garisan pola ke fabrik atau kain yang digunakan bersama kertas karbon. Alat jahitan asas bagi memudahkan kerja-kerja menjahit. Kertas karbon Digunakan Bersama roda surih untuk memindahkan garis dan tanda ke fabrik.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 11 DRP: 23 2.2.3 Alat Mengukur Jadual 8 : Alat mengukur ALAT KEGUNAANNYA Pita ukur Di perbuat daripada plastik lembut atau kaca fibrika. Panjangnya 150 cm / 60 inci. Gunanya untuk mengambil ukuran badan dan membuat pola. Buku / Borang tempahan pelanggan Buku catatan atau borang tempahan digunaan untuk mencatat segala ukuran yang telah diambil dari pelanggan. Tailor dummy mannequin female Penggunaan dummy mannequin sebagai model tujuan untuk mengacu pakaian yang dah siap. Penggunaan dummy mannequin sebagai
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 12 DRP: 23 2.2.4 Alat Mendraf Jadual 9 : Alat mendraf ALAT KEGUNAANNYA Kertas pola Digunakan untuk kerja-kerja mendraf pola pakaian.Kebiasaannya kertas pola ini terdapat dalam gulungan. Set pembaris Digunakan untuk Mengukur dan menanda garisan lurus atau melengkung di kertas pola dan mengukur fabrik. Pembaris ini diperbuat daripada kayu atau plastik, tepinya licin, rata dan lurus dan mempunyai ukuran yang tepat dalam unit metrik. 2.2.5 Alat Memotong Jadual 10 : Alat memotong ALAT KEGUNAANNYA Gunting kertas Gunting kertas adalah gunting yang digunakan untuk menggunting kertas, salah satu jenis gunting kertas juga ada yang bernama gunting zigzag namun berbeza dengan gunting zigzag rambut yang memiliki ujung tajam sedangkan gunting zigzag kertas memiliki ujung yang melengkung. Gunting fabrik Digunakan untuk menggunting kain fabrik sahaja. Diperbuat daripada keluli tahan karat. Panjang yang biasa digunakan oleh tukang Jahit ialah 9 – 11inchi.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 13 DRP: 23 2.2.6 Alat Menjahit Jadual 11 : Alat menjahit ALAT KEGUNAANNYA Mesin jahit industri • Menjahit dan mencantumkan fabrik. • Menjahit zip (tapak khas). • Menjahit lurus. • Sesuai untuk pelbagai jenis fabrik kerana tapak jahitan yang kukuh. Jarum Peniti • Diperbuat daripada keluli berkilat, pilih yang panjang, halus dan tajam. • Digunakan untuk menetapkan pola pada fabrik dan menyemat kepingan fabrik sebelum menjahit jelujur. Jarum Jahit Tangan • Jarum tangan mempunyai pelbagai jenis saiz mengikut kegunaan, bermutu dan tajam. • Saiz jarum tangan, lebih besar jarum, lebih rendah nombornya daripada jarum yang halus. • Jarum yang sederhana panjang dan matanya bentuk bujur dipanggil sharps sesuai untuk jahitan am. • Milinors sama panjang dengan sharps sesuai untuk jelujur. Penetas benang • Diperbuat daripada keluli tahan karat, kukuh dan tajam, mempunyai penutup dan terdapat pelbagai jenis saiz. • Digunakan untuk membuka mata jahitan serta menebuk lubang butang setelah dijahit.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 14 DRP: 23 Jadual 12 : Alat menjahit 2.2.7 Alat Menekan Pemilihan dan penggunaan alat menekan yang betul sangat penting bagi memudahkan proses menekan fabrik. Terdapat pelbagai jenis alatan menekan yang digunakan untuk membantu proses menekan pakaian supaya kelihatan kemas dan cantik. Rajah 6 : Peralatan Menekan ALAT KEGUNAANNYA Snipper • Snipper merupakan gunting khusus untuk menggunting benang atau bagian yang sulit digunting dengan gunting besar. • Snipper ini mempermudah anda memotong benang pada sisa-sisa jahitan. • Snipper tajam, tidak akan membuat benang anda berserabut. TOOLS TAILORING KIT INF0 : PERALATAN JAHITAN DIGABUNGKAN MENJADI Alat tulis Kapur Tukang Jahit Roda Surih Kertas karbon Jarum Jahit Mesin Industri Jarum Peniti Jarum Jahit Tangan Snipper Sekuci Spanar Playar Pemutar skru Berus
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 15 DRP: 23 2.3 Jenis-Jenis Peralatan Bengkel Dan Kegunaannya: 2.3.1 Mesin jahit i. Mesin Jahit Industri Menjahit dan mencantumkan fabrik. Menjahit zip (tapak khas). Menjahit lurus. Sesuai untuk pelbagai jenis fabrik kerana tapak jahitan yang kukuh Rajah 7 : Mesin jahit industry ii. Mesin Jahit Tepi (Overlock) Mengemas tepi kelim dan kelepet. Menjahit hiasan seperti mengemas tepi tudung dan tepi ropol. Menjahit dan mengemas tepi kelim. Rajah 8 : Mesin Jahit Tepi (Overlock) iii. Mesin Jahit Butang Mesin jahit butang boleh di gunakan untuk menjahit butang pada pelbagai jenis pakaian seperti seluar, jeans, kemeja dan lainlain.Mesin ini juga bole di gunakan dalam tempoh yang lama.Ia dapat memudahkan tukang jahit menjahit butang dengan pantas dalam kuantiti yang banyak
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 16 DRP: 23 Rajah 9 : Mesin butang iv. Mesin Lubang Butang Mesin jahit lubang butang adalah antara yang terbaik di pasaran.Mesin ini di datangkan khas untuk membuat lubang butang sahaja dan ianya juga amat sesuai di gunakan untuk jahitan pukal yang banyak.Mesin ini juga sesuai di gunakan untuk fabrik yang lembut dan tebal.Mesin ini memudahkan tukang jahit untuk membuat lubang butang dengan pantas. Rajah 10 : Mesin lubang butang
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 17 DRP: 23 2.3.2 Peralatan menekan a. Bod seterika boleh di larasakan ketinggian. Boleh di lapik dengan kekabu, getah lembut berupa span dan asbestos. Digunakan untuk membantu proses menekan semua proses jahitan di pakaian terutama bahagian yang lebih besar. Bod seterika ini di datangkan bersama seterika wap untuk memudahkan tukang jahit untuk seterika dengan cepat. Rajah 11 : Seterika dan papan seterika b. Bod Seterika Lengan Memudahkan proses menggosok di bahagianbahagian kecil seperti Menggosok kelim-kelim jahitan supaya lebih kemas dan Menggosok bahagian lubang lengan dan bahagian kelim yang melengkung. Rajah 12 : Bod seterika lengan
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 18 DRP: 23 2.3.3 Meja pemotong Meja potong fabrik sesuai digunakan untuk jahit pukal dan tailoring house.Meja ini sangat sesuai untuk tebar kain dan potong kain dalam kuantiti yang banyak .Kaki bawah meja dibuat dari besi membuatkan meja pemotong ini kuat dan kukuh. Rajah 13 : Meja pemotong 2.4 Jenis-jenis bahan dan kegunaannya : 2.4.1 Kertas Perang Kertas perang biasanya di gunakan untuk mendraf pola pakaian.kertas ini mempunyai 2 permukaan.1 permukaan yang berkilat dan 1 permukaan yang kasar.Kebiasannya permukaan yang kasar di gunakan untuk mendraf pola pakaian.Kertas ini bersaiz 36 inci x 48 inci dan tebal 95gm. Rajah 14 : Kertas perang
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 19 DRP: 23 2.4.2 Fabrik i. Kain poliester ialah sejenis kain pakaian gentian kimia yang digunakan dalam kehidupan seharian. Kelebihan terbesarnya ialah ia mempunyai rintangan kedutan yang baik dan pengekalan bentuk, jadi ia sesuai untuk produk luar seperti pakaian luar, pelbagai beg dan khemah. Rajah 15 : Fabrik poliester ii. Fabrik linen merupakan fabrik yang mudah berkedut dan sukar untuk digosok. Disebabkan hal ini, ramai wanita tidak memilih fabrik ini untuk dijadikan pakaian. Kedutan adalah salah satu daripada ciri-ciri unik linen sebenar. Bergantung pada masing-masing, ada yang tidak suka kedutan linen. Ada juga yg berpendapat ianya unik.. Tiada rawatan khas diperlukan untuk linen, boleh dibasuh hanya dengan tangan. Rajah 16 : Fabrik Linen
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 20 DRP: 23 2.4.3 Kain bergam Kain gam di dikenali dengan pelbagai nama yang berlainan di serata Malaysia. Antara panggilan nama yang sering kami dapati adalah seperti bakrum,kain keras,cotton Stabilizer atau ringkas CS,kain awning tudung, Interlining stabilizer dan kain pelapik gam.Kain gam ini hanya berwarna hitam atau putih dengan bidang 45 inci.Kain jenis ini ada yang mempunyai gam di satu bahagian untuk memudahkan kain di lekatkan dengan seterika ke kain tanpa perlu di jahit. Rajah 17 : Kain Gam Kertas Mempunyai permukaan tebal bergam di sebelah bahagian. Lapik boleh disudahkan disebelah luar pakaian dengan menggunakan fabrik yang sama atau lain. Digunakan sebagai lapik pakaian untuk mengemaskan tepi berjerumbai, mengukuhkan bentuk pada pakaian dan sebagai perhiasan. Selalunya digunakan untuk membuat kolar, tetulang, beg dan sebagainya. Rajah 18 : Staflex ( Kertas gam keras )
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 21 DRP: 23 2.4.4 Benang Benang jahit merupakan jenis benang yang di cipta secara khusus untuk menjahit pakaian.Benang jahit untuk pakaian ini umumnya terdiri benang-benang yang telah di gulung dan di putihkan atau di celup dengan warna .Halus atau kasar benang ini di tentukan mengikut nombor benang.Benang jahit no. 60 lebis halus dari benang no. 50 dan no. 40. Rajah 19 : Benang Jahit Benang polyester ini biasanya di gunakan untuk menjahit tepi fabrik.Benang ini di gabungkan dengan benang kapas semasa proses menjahit dijalankan.Ciri-ciri polyester adalah dari jenis benang yang mempunyai kekuatan yang tinggi, bersifat elastic, mempunyai ketahanan pada suhu yang panas dan juga sangat stabil. Rajah 20 : Benang polyester
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 22 DRP: 23 2.4.5 Aksesori Aksesori ialah benda yang dipakai oleh individu sebagai perhiasan atau tambahan kepada pakaian. Aksesori memainkan peranan penting sebagai nilai tambahan kepada seseorang wanita dalam meningkatkan diri mereka ketika memakai pakaian yang berfesyen. Jadual 13 : Aksesori jahitan Jenis kancing Keterangan Gambar Butang (a) Butang bertangkai atau tanpa tangkai. (b) Pemilihannya berdasarkan stail pakaian penjagaan fabrik. Zip (a) Terdapat zip jenis logam dan nilon. (b) Pemilihan warna zip sepadan dengan pakaian. (c) Terdapat pelbagai saiz dan dipilih mengikut kesesuaian dan kedudukannya pada pakaian. Butang katup (a) Digunakan pada pakaian yang mempunyai belah bertindih. (b) Mempunyai bahagian conet dan soket. (c) Terdapat berbagai saiz. (d) Antara jenis-jenis butang katup ialah logam nikel, nilon dan logam enamel hitam. Soket Conet Cangkuk dan mata (a) Boleh didapati dalam pelbagai saiz. (b) Diperbuat daripada logam nikel dan logam enamel hitam. (c) Boleh dijahit bersama mata logam atau jahit ulat-ulat. Cangkuk Mata
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/02.01/HP(1/3) MUKA: 23 DRP: 23 Jadual 14 : Aksesori jahitan Jenis kancing Keterangan Gambar Cangkuk dan palang (a) Jenis kancing yang sangat kukuh. (b) Digunakan pada ikatan pinggang skirt dan seluar. Cangkuk Palang Gancu (a) Boleh didapati dalam pelbagai saiz. (b) Digunakan untuk tali pinggang dan tali hiasan. (c) Dibuat daripada bahan logam, kayu, plastik, kulit dan dibalut dengan fabrik. Velkro (a) Diperbuat daripada pita nilon. (b) Terdapat dua bahagian iaitu permukaan bergelung halus dan bahagian yang bersirat. RUJUKAN : 1) https://www.pinterest.com/search/pins/ 2) https://www.google.com/search 3) https://kemahiranhidupert.wordpress.com/ 4) Mariam Abu Bakar.(2004).Panduan Membuat Pakaian Wanita.Selangor:Alaf 21 Sdn.Bhd 5) Rosita Jaafar.(2006).Variasi Teknik Menjahit,Langkah Demi Langkah Cara Menjahit Pakaian Wanita.Shah Alam:Alaf 21 Sdn Bhd