TAJUK : LAKARAN FESYEN TUJUAN : Helaian penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih mengenal jenis-jenis bentuk badan dan membuat pelbagai lakaran fesyen yang berkualiti. PENERANGAN : T3. Mengenal bentuk badan 3.1 Mengkaji Struktur Bentuk Badan. 3.1.1 Definisi Fesyen yang dipillih hendaklah sesuai dengan bentuk badan pelanggan contohnya tinggi lampai, tinggi tetapi terlalu kurus, besar tinggi, rendah dan kurus, pendek dan gempal, punggung besar, buah dada kecil, buah dada besar dan jatuh, pinggang tinggi, pinggang ke bawah, bahu bulat bahu kecil, leher pendek, leher jinjang atau perut buncit. TAJUK KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYENTAJUK MODUL 03 REKAAN FESYEN TAJUK SUB MODUL 03.02 LAKAR PAKAIAN TAJUK ELEMEN T3 Mengenal Bentuk Badan T4 Membuat lakaran Fesyen OBJEKTIF PENGETAHUAN Membuat lakaran pakaian dengan melakar fesyen pakaian dan mewarna lakaran tersebut supaya lakaran pakaian yang terhasil memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 1 DRP: 24HELAIAN PENERANGAN
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 2 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA a) Kenalpasti Fungsi Pakaian Wanita a)Melindungi tubuh dari cuaca dan debu kotoran. b)Memberi keselesaan. c)Menambah keyakinan diri. d)Melambangkan keperibadian. b) Mengenal Bentuk Badan Wanita Rajah 1: Bentuk Badan
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 3 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 3.1.2 Elemen-elemen yang perlu dipertimbangkan dalam mengenal bentuk badan 3.1.2.1 Pakaian dasar a) Pakaian dasar adalah pakaian asas seperti coli, girldle dan korset digunakan untuk menyangga bentuk badan. Rajah 2: Pakaian Dasar 3.1.2.2 Pakaian Formal a) Pakaian formal pula boleh dibahagikan kepada: i. Pakaian seragam - polis, tentera, jururawat dan yang berkaitan. ii.Pakaian rasmi mengikut profesión - pakaian tradisional, jubah hitam untuk mahkhamah dan tunik putih untuk doktor. iii. Pakaian upacara- pakaian pengantin, pakaian konvokesyen iaitu jubah dan mortar board untuk penerima ijazah. Rajah 3 : Pakaian Formal
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 4 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 3.1.2.3 Pakaian kasual a) Pakaian harian yang dipakai semasa bersiar-siar atau membeli belah. Contohnya ialah seluar jeans, t-shirt dan blaus. Rajah 4 : Pakaian Kasual 3.2 Menghasilkan stail pakaian pada bentuk badan 3.2.2 Variasi Garis Leher Ia sebagai cara menghias pada pakaian, memberi gaya pada pakaian, memberi kepanasan serta membuat pakaian lebih menarik. Garis leher ini adalah sama dengan garis leher badan baju. Ia boleh dilukis dalam pelbagai bentuk dan saiz. Garis leher bentuk sampan Garis leher bentuk “U” Garis leher bentuk empat segi Garis leher bentuk “V” Rajah 5 : Variasi garis leher
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 5 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 3.1.3 Variasi lengan Lengan memberi kepanasan, gaya dan sifat tersendiri kepada pakaian, ianya boleh berukuran panjang, tiga segi atau pendek mengikut fesyen semasa. Terdapat dua jenis lengan iaitu lengan asas yang dipasang ke pakaian seperti lengan padanan rata, lengan gelembung dan bisyop, manakala lengan tambahan dari badan seperti lengan kimono dan lengan raglan. Rajah 6 : Variasi lengan 3.2.3 Variasi belah Belah perlu dibuat pada pakaian supaya pakaian dapat dipakai atau ditanggalkan dengan mudah. Terdapat pelbagai jenis belah yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pada pakaian, gaya, jenis kain dan kedudukan pada pakaianBelah hadapan pakaian wanita, mestilah kanan menindih kira dan bagi pakaian lelaki disebaliknya. Rajah 7 : Variasi belah Ciri-ciri belah yang baik ialah: i. Kedudukannya perlu sesuai. ii. Belah mestilah sama panjang pada kedua-dua hujung belah. iii. Belah mestilah cukup panjang supaya senang dipakai dan dibuka. iv. Belah yang tidak dijahit pada kelim, hendaklah digunting mengikut ira kain
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 6 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA Belah berzip dilukis sama panjang keseluruhannya. Belah bertindih kelepet, belah kelepet sama lebar dan belah dubel bres bahagian tindih atas belah dilukis lebih panjang daripada bahagian tindih bawah belah. 3.2.4 Variasi lisu Lisu adalah lipatan kain yang menirus menjadikan hujung runcing ataupun yang dijahit supaya ia runcing di kedua-dua hujung. i)Lisu terbalik ii) Lisu setentang iii) Lisu beriring iv) Lisu pepalas Rajah 8 : Variasi lisu
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 7 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 3.2.3 Variasi kedut lepas Kedut lepas digunakan untuk mengawal atau mengimbangkan lebihan fabrik, memudahkan pergerakan dan sebagai hiasan. Rajah 9 : Kedut lepas 3.2.5 Variasi poket atau kocek Poket atau kocek juga merupakan salah satu stail pakaian yang dijahit pada baju seperti baju kemaje, blause, baju kurung dan poket seluar. Rajah 10 : variasi poket
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 8 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 3.3 Mengaplikasi Rekaan Pada Lakaran
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 9 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA T4 Membuat Lakaran Fesyen 4.1 Pengenalan Illustrasi Rekaan 4.1.1 Definisi Sejak 1920an , ilustrasi fesyen mula popular untuk menggambarkan pakaian semasa. Ilustrasi jenis ini lebih tertumpu kepada kehalusan dan ketelitian rekaan fesyen. Ketelitian diberi kepada posisi tubuh figura untuk memberi kesan visual yang unggul pada rekaan pakaian. Ilustrasi fesyen juga mengaplikasikan pelbagai alat, bahan, media dan teknik dalam penghasilannya. Kebiasaanya fungsi alat bahan ilustrasi ini adalah memberi tafsiran kepada sesuatu rekaan, meningkatkan maksud sesuatu karektar rekaan, menghasilkan tekstur dan corak pada pakaian dan membantu menampakkan ilustrasi lebih bertenaga. Selain itu, ia juga membantu penonton atau pelanggan untuk memahami sesuatu rekaan dengan mudah. Dalam penghasilan lukisan fesyen ini 2 jenis media massa yang sangat penting. a) Media Cetak - Cara komunikasi massa, yang menggunakan penerbitan bercetak, seperti surat khabar, tabloid, majalah, buku, jurnal, risalah, dan lain-lain untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat umum, disebut media Cetak. Ia adalah salah satu bentuk media massa yang paling awal dan asas; di mana terdapat analisis mendalam dan pelaporan apa-apa maklumat atau berita. - Mesej yang dibentangkan dalam bentuk media cetak mempunyai kesan langsung dan tahan lama kepada pemikiran pembaca. Ia adalah satu cara yang biasa untuk menyebarkan kesedaran atau berita mengenai sebarang acara tertentu, kawasan. Ia juga sering digunakan oleh syarikat untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka, kerana jangkauannya. Walau bagaimanapun, jangkauan kadangkala terhad, jika akhbar, majalah atau sebarang media cetak lain diedarkan di rantau tertentu sahaja. - Seperti juga bidang lain bidang fesyen juga tak kurang banyaknya sumber media cetak yang boleh kita dapatkan dipasaran sama ada dalam dan luar negara
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 10 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 4.1.1.1 Media Elektronik - Media Elektronik, sebagaimana namanya mencadangkan adalah cara komunikasi massa di mana tenaga elektronik atau elektromekanik diperlukan untuk menyebarkan berita atau mesej kepada penonton. - Sumber utama media elektronik ialah rakaman audio-visual, persembahan multimedia, kandungan dalam talian dan sebagainya. Ia terdiri daripada semua peranti tersebut, iaitu elektronik seperti televisyen, radio, komputer, telefon bimbit, tablet, dan lain-lain untuk menyampaikan maklumat kepada dan dari penonton. Ianya dapat ditonton terus ditalian dan intenet. 4.2 Peralatan Dan Bahan Untuk Melakar Rajah 11 : Peralatan untuk melakar
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 11 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 4.3 Prinsip Rekaan Dalam Menghasilkan Illustrasi 4.3.1 Jenis Warna i. Warna Asas (utama) - Terdiri dari tiga warna iaitu merah, biru dan kuning. ii. Warna Sekunder (peringkat kedua) - terdiri daripada iii. Warna Tertier (peringkat ketiga) - Dihasilkan dari campuran tiga warna utama. - Tetapi hasilnya berbeza berdasarkan campuran warna yang lebih sedikit dari warna-warna yang lain. 4.3.2 Nilai Warna / Kesesuaian Warna Kuning + Biru = Hijau Merah + Kuning = Jingga Merah + Biru = Unggu
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 12 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA i. Tona warna (Mono chromatic color) Untuk mendapatkan hasilnya campuran warna putih boleh menghasilkan tona cerah dam campuran warna hitam untuk penghasilan tona gelap. ii. Warna Panas dan Sejuk Pemilihan warna dingin menghasilkan suasana aman, sejuk dan ketenangan sementara warna panas pula menghasilkan tenaga, huru -hara, peperangan dan kekuatan. iii. Warna Kontras (Complementary colour) Warna kontras (komplimentari) menggunakan warna yang bertentangan contoh - merah, hijau, biru, merah dan jingga. Rajah 12 : Contoh fesyen warna kontras
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 13 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA Warna Pecahan Kontras (Split-Complementary colour) - Menggunakan dua warna yang bertentangan yang sama warna contoh– hijau gelap, hijau terang dan merah. iv. Warna Triadic (Triadic colour) - Tiga warna terletak pada jarak yang sama antara satu sama lain pada roda warna v. Warna Harmoni/Serupa (Analogous colour) - Tiga warna bersebelahan dalam roda warna
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 14 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 4.3.3 Teknik Mewarna a. Kenalpasti arah cahaya Sebelum mewarna, mengenalpasti arah cahaya adalah amat penting untuk mendapat kesan lakaran yang lebih realistik. Bahagian yang terlindung daripada cahaya akan kelihatan lebih gelap. Rajah 13 : Teknik kenalpasti arah cahaya
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 15 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA b. Teknik Tona Warna Penghasilan lakaran hendaklah mengambil kira aspek tona warna pada lakaran untuk menghasilkan lakaran seakan-akan wujud. c. Teknik Kesan bayang (Shading) Teknik shading ialah kesan bayang-bayang yang dihasilkan daripada beberapa tona warna dari gelap ke cerah dan menghasilkan kesan 3D pada lakaran. Rajah 14 : Teknik shading pada lakaran d. Kenalpasti corak fabrik dan warna fabrik Corak dan warna fabric perlu dikenal pasti sebelum mewarna untuk mendapat kesan corak sebenar. e. Kenalpasti tekstur fabrik Lakaran yang dihasilkan perlu menampakkan kesan tekstur fabrik seperti satin. Lakaran mesti menunjukkan kesan yang lebih lembut, berkilau dan tergantung dengan elok f. Menggunakan media kering (Pensel warna dan krayon) Teknik mewarna merupakan cara-cara mewarna lakaran dengan mengambil kira bentuk rekaan pakaian.Proses mewarna pula dipanggil rendering. Rendering merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menghasilkan lakaran seolah-olah wujud. Ianya juga merupakan penegasan seperti warna, tekstur, garisan dan bentuk.Terdapat pelbagai teknik mewarna yang ada.Antaranya ialah:
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 16 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA i. Teknik hatching ● Teknik ini dilakukan dengan melukis garis secara selari. Garis-garis ini mesti berada dalam arah yang sama. Garis ini juga boleh dengan jarak dekat, jauh atau antara keduanya. ● Pensil warna diangkat dari kertas selepas setiap baris dan diletakkan semula untuk melukis garis baru dan seterusnya buat corak atau lakaran sehingga selesai. ii. Teknik cross hatching ● Teknik ini melibatkan melukis satu siri garis selari dan kemudian melukis satu lagi siri garis selari dalam arah yang berbeza di atas siri garis selari pertama. ● Ini adalah kaedah yang baik untuk membuat bayangan atau bayangan pada gambar. iii. Teknik stippling ● Stippling adalah teknik dengan menyusun titik-titik kecil pada kertas lukisan. Titik-titiknya boleh menjadi dekat, jarang atau gabungan kedua-duanya. iv. Teknik layering ● Teknik yang satu ini juga cukup popular untuk mencampurkan dan membuat penggredan antara 2 atau lebih warna. Teknik ini seperti teknik hatchingyang dilapiskan dengan warna lain dengan teknik hatchingjuga, tetapi lebih kerap bayangannya tetap dengan warna yang lembut.
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 17 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA v .Teknik burnishing Teknik burnishing ini adalah teknik layering yang kemudian diratakan dengan pensil putih dengan penekanan yang cukup sehingga dua warna yang dihasilkan dari tekniklayering menyatu dengan gradasi yang lebih lembut. (lihat perbezaan antara teknik layering dan burnishing pada Rajah 15 : Contoh hasil lakaran menggunakan media kering
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 18 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA g. Menggunakan media basah (Water colour dan Poster colour) i. Warna yang disapu atas permukaan kertas yang basah. ii. Sesuai untuk menghasilkan kesan warna lut sinar. iii. Memerlukan berus basah dicelup ke dalam warna yang cair sebelum disapu pada kertas lukisan. iv. Merupakan teknik paling sukar dan mencabar, terutama semasa mengawal sapuan warnanya. Rajah 16 : Contoh hasil lakaran menggunakan media basah
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 19 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA h. Menggunakan media campuran kering dan basah (Pensel Warna dan Water colour) i. Warna yang disapu atas permukaan kertas yang basah. ii. Biarkan betul-betul kering iii. Warnakan menggunakan media kering iaitu pensel warna. iv. Siapkan warna menggunakan media yang sama. Rajah 17 : Contoh hasil lakaran menggunakan media campuran kering dan basah
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 20 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 4.3 PENGENALAN REKAAN FESYEN PADA PAKAIAN 4.4.1 Definisi Rekaan Fesyen merupakan satu proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori. Dimana ianya menekan aplikasi konsep, pinsip dan elemen reka bentuk dan estetika atau keindahan semula jadi dalam pengulangan, peniruan dan inovasi bagi menghasilkan reka bentuk fesyen yang baharu. 4.3.2 Pemilihan tema Subject Matter/Variasi Rekaan Fesyen Untuk menghasilkan lukisan pereka mestilah membuat kajian untuk Memilih subjek untuk dijadikan tema. Terdapat banyak elemen yang perlu diberi perhatian seperti bentuk, warna dan lain lain yang akan membantu kita menghasilkan lukisan illustrasi. Setelah kita memilih tema kita perlu membuat story bord, mood bord dan lain berdasarkan kajian yang dibuat. i) Tema - Adalah subjek yang menjadi dasar kepada sesuatu, anda boleh memilih tema berdasarkan alam semula jadi, sejarah, budaya setempat, kehidupan, teknologi dan juga muzik. Rajah 18 : Contoh tema sesuatu rekaan
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 21 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 4.5 Mengenalpasti Stail Rekaan Fesyen Mengikut Konsep. - Konsep sesuatu fesyen pakaian bisanya digambarkan dalam sebuah storyboard, sebagai pereka kita mestilah bijak dan kreatif dalam menghasilkan storyboard. Pastikan elemen rekabentuk rekaan di tunjukkan dengan jelas supaya pelanggan dapat menerima konsep yang kita cadangkan untuk pelanggan. Storyboard boleh dihasilkan dalam perbagai saiz dan kertas. Boleh juga di hasilkan secara manual atau dengan aplikasi fesyen. Perkara perkara yang perlu ada dalam sebuah storybord adalah: 4.5.1 Pemilihan Stail Pakaian - Stail pakaian ialah cara sesuatu pakaian itu dibuat atau digayakan. Pemilihan stail pakaian bergantung kepada rupa fabrik, garisan dan cantuman, garis leher dan garis lengan akan menampilkan bentuk badan yang menarik dan bergaya kepada pelanggan - berpandukan bentuk badan kerana elemen asas reka bentuk pakaian seperti corak, warna, tekstur memeinkan peranan penting. - Corak ialah motif pada fabrik yang beraneka seperti garisan, bunga, bentuk geometri, genggang dan lain-lain. Corak boleh dihasilkan melalui proses mencetak, menenun atau mengait fabrik. Penggunaan perisian CAD(Computer Aided Design) merupakan teknik moden yang memepercepat proses rekaan bentuk daripada yang mudah kepada corak-corak yang lebih kompleks. 4.5.2 Warna - Warna juga boleh memberikan kesan ilusi pada bentuk badan. Terdapat tiga kategori warna, iaitu warna terang, warna lembut, warna gelap. - Warna terang ialah hasil daripada warna merah dan kuning yang akan memancarkan cahaya dan menamparkan orang yang kurus kelihatan lebih gempal.Warna lembut seperti biru muda ungu, hijau muda, dan turqoi sesuai untuk orang yang kurus kerana warna ini akan menampakkan seseorang lebil gempal.
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 22 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA - Pemilihan warna juga mesti diberi perhatian dalam menghasilkan rekaan yang sesuai mengikut aktiviti, majlis, acara dan sebagainya. - Tekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan dan kemasan yang diberikan. - Fabrik yang keras atau berfluf, berkait atau bertenun timbul akan menampakkan orang yang kurus kelihatan lebih gempal. - Fabrik yang sederhana tebal seperti korduroi dan denim sesuai untuk orang yang berbadan kurus kerana fabrik ini akan menampakkan seseorang itu kelihatan lebih gempal. - Fabrik berkilau akan membalikkan cahaya dan menampakkan Bentuk badan lebih ketara dan fabrik ini sesuai untuk orang yang kurus kerana seseorang itu akan kelihatan gempal. - Fabrik yang menyerap cahaya seperti flannel akan menampakkan orang gempal kelihatan kurus. 4.5.3 Style Pakaian Style pakaian yang dipilih harus juga bersesuaian dengan lokasi, masa dan fungsinya. - Pakaian formal terdiri daripada pakaian tradisional, pakaian seragam, pakaian rasmi dan pakaian upacara. - Stail pakaian formal mestilah anggun dan bergaya. - Pakaian seragam seperti seragam sekolah, polis, tentera dan sebagainya dapat memupuk semangat kekitaan di kalangan ahli kumpulan serta semangat bertanggungjawab menjaga imej kumpulan tersebut. - Pakaian rasmi dipakai ketika menjalankan tugas tertentu untuk menunjukkan - profesion seperti doktor, penguam, hakim dan sebagainya.
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 23 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 4.6MENGHASILKAN REKAAN FESYEN BERDASARKAN TEMA DAN KONSEP 4.6.1 Pelbagai kaedah seperti Moodboard/Story Board / Skectch Form Rajah 19 : Contoh moodboard Rajah 20 : Contoh storyboard Rajah 21 : Contoh sketchboard
KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.02/HP(2/2) MUKA: 24 DRP: 24 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA RUJUKAN : a. The fashion book – Buster Books - ISBN : 978-1-78055-113-5 b. Bina Abling – fashion sketchbook (sixth edition) ISBN 978-1-50132-826-8. c. https://www.amikosimonetti.com/life/drawing-the-fashion-figure-with-9- heads-proportion-part-1 d. Sumber Internet – google – Pinterest