TAJUK : PENYEDIAAN BAJU KANAK-KANAK TUJUAN : Helaian penerangan ini bertujuan memberi pendedahan fesyen terkini dan memahami langkah-langkah memotong baju kanak-kanak. PENERANGAN : T1. MENENTUKAN REKAAN FESYEN BAJU KANAK-KANAK. 1.1 Pengenalan 1.1.1 Definasi (Rekaan fesyen) Pakaian kanak-kanak ialah pakaian yang dipakai oleh kanakkanak sebagai pakaian harian sama ada pakaian formal atau kasual. Biasanya pakaian ini dipakai semasa melakukan aktiviti luar seperti bersiar-siar atau membeli belah bersama keluarga. Stail pakaian kanak-kanak adalah ringkas, kemas, tahan lasak dan selesa dipakai. Fabrik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan pakaian kanak-kanak adalah fabrik. TAJUK KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYENTAJUK MODUL 10 BAJU KANAK-KANAK TAJUK SUB MODUL 10.01 POTONG FABRIK TAJUK ELEMEN T1 Menentukan Rekaan Fesyen Baju Kanak-kanak T2 Mengambil Ukuran Baju Kanak-kanak T3 Mendraf pola Baju Kanak-kanak T4 Memotong Fabrik Baju Kanak-kanakOBJEKTIF PENGETAHUAN Melakar, Mengambil ukuran dan memotong fabric dengan menggunakan berbagai peralatan dan bahan yang bersesuaian supaya dapat mengukur dan memotong baju Kanak-kanak mengikut kehendak pelanggan KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA: 1 DRP: 24HELAIAN PENERANGAN
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:2 DRP: 21 1.1.2 Pemilihan Tema Subject Matter / Variasi rekaan fesyen Pakaian kanak-kanak ialah pakaian yang dipakai oleh kanak-kanak sebagai pakaian harian sama ada pakaian formal atau kasual. Fabrik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan pakaian kanak-kanak adalah fabrik kapas atau kapas campuran sederhana tebal agar si pemakai berasa selesa. Ciri pakaian kanak-kanak ringkas, selesa, kemas dan tahan lasak. 1.2 Mengenalpasti Stail Rekaan Fesyen Mengikut Konsep 1.2.1 Pemilihan stail pakaian (Kolar /Garis Leher/Lengan, Poket, Kain dan skirt Rajah 1 : Stail Pakaian Kanak-Kanak Lengan Gelembung Kolar Peter Pan RendaKedut Lepas Butang dan Lubang Butang
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:3 DRP: 21 1.2.2 Pemilihan Warna / Jenis Fabrik Pemilihan warna/fabrik yang tepat perlu dititikberatkan agar anda berasa selesa sepanjang hari. Salah satu tips pemilihan fabrik adalah dari segi material kain yg digunakan. Pastikan korang tahu terlebih dahulu material yang digunakan. Jadual 1 : Pemilihan Warna Dan Jenis Fabrik Fabrik Warna /Jenis Kain Sifon Diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber. Nipis, jarang, memerlukan lining. Susah untuk dijaga, hanya boleh menggunakan cucian kering.Sesuai digunakan untuk busana perkahwinan seperti kurung moden, kaftan untuk majlis pernikahan dan gaun labuh untuk resepsi. Memberi efek lembut, romantis. Sesuai untuk semua jenis tubuh terutamanya bertubuh gempal. Kain Kapas Fabrik benang kapas sesuai untuk Negara beriklim panas seperti Malaysia. Mudah menyerap peluh, agak keras dan mudah berkedut. Selesa, ringkas, mudah dijaga. Sesuai dijadikan baju kurung tradisional mahupun moden. Sesuai dipakai pada majlis-majlis kasual mahupun formal. Sesuai untuk mereka yang bertubuh kecil dan kurus. Kain Satin Fabrik berkilau, licin, sejuk. DiMalaysia, banyak digunakan untuk membuat baju Melayu lelaki pada musim perayaan. Ada dari jenis sutera dan sintetik. Jenis satin sutera banyak digunakan sebagai liningbaju kurung.Satin sintetik diperbuat daripada polyester dan benang-benang yangberkilat, agak kaku. Tidak sesuai untuk mereka yang bertubuh gempal kerana sifat kilau satin akan memberi efek besar kepada pemakai. Renda Perancis Mewah dan sukar dijaga, memerlukan penjagaan yang rapi. Antara fabrik yang mahal terutama yang sarat dengan jemeki, sekuin dan kristal. Sesuai dibuat baju pengantin untuk majlis pernikahan juga gaun resepsi. Bagi mereka yang bertubuh kecil sesuai jika dipakai sarat renda dari atas kebawah, tetapi bagi mereka yang bertubuh gempal sesuai dengan patching lace ataupun applique lace pada gaunsifo.
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:4 DRP: 21 1.2.3 Pemilihan stail rekaan mengikut kesesuaian dengan lokasi ,masa dan tujuan a. Pakaian yang akan dihasilkan bagi seorang kanak-kanak perlu dirancang mengikut situasi dan masa. Fesyen pakaian hendak sesuai dan keadaan tempat atau majlis yang dihadiri. b. Fesyen yang sesuai bagi kanak-kanak hendak selesa dipakai dan bergerak. c. Ada 5 peringkat perkembangan bagi kanak-kanak : i. 0 bulan – 1 bulan = New Born ii. 1 bulan -1 tahun = Infant iii. 1 tahun – 3 tahun = toddler iv. 3 tahun – 6 tahun = preschool v. 6 tahun – 12 tahun = School age Child 1.3 Menghasilkan Rekaan Fesyen Berdasarkan Tema Dan Konsep 1.3.1 Pelbagai kaedah seperti Moodboard / StoryBoard / Sketch Form Corak dan warna fabrik memain peranan penting untuk baju kanak-kanak. Corak yang banyak motif tidak memberi banyak kesan kepada bentuk badan kanak-kanak. Bagi warna yang terang memberi kesan menyerap haba. Warna yang gelap atau terang memberi kesan panas dan nampak menonjol. Bagi kanakkanak memakai baju yang berwarna terang dan ceria amat sesuai bagi keadaan cerah atau Majlis yang dihadiri. 1.3.1.1 Peralatan kaedah seperti Moodboard / StoryBoard / Sketch Form Rajah 2 : Peralatan Melakar
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:5 DRP: 21 1.3.1.2 Melakar fesyen Rajah 3 : Contoh Lakaran Baju Kanak-Kanak T2 MENGAMBIL UKURAN BADAN BAJU KANAK-KANAK 2.1 Pengenalan Ukuran Badan Ukuran adalah unit paiwaian untuk menentukan ciri-ciri fizikal sesuatu. Ukuran badan pula diertikan sebagai piawaian yang diambil bertujuan untuk menentukan besar kecilnya bentuk badan kanak-kanak bagi memudahkah
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:6 DRP: 21 2.2 Peralatan Dan Bahan Untuk Mengambil Ukuran Rajah 4 : Peralatan Mengukur 2.3 Penggunaan Bacaan Metrik CARA MEMBACA PITA UKUR DALAM KIRAAN INCI DAN CM Inci adalah unit Panjang yang digunakan terutamanya dalam sistem pengukuran adat imperialis. Penggunaan pengukuran inci lebih mudah digunakan dalam bidang jahitan kerana bacaan kiraan adalah ringkas dan mudah untuk difahami. Dimana asal usul penggunaan inci juga adalah berkait rapat dengan ukuran tubuh manusia, itu yang menyebabkan penggunaan inci sangat digemari oleh tukang jahit. Akan tetapi pada era globalisasi ini sistem ini agak kuno @ ketinggalan kerana rata – rata penggunaan sistem pengukuran menggunakan sistem conversion iaitu unit metrik, di mana sistem telah diseragamkan @ standard. Walaubagaimana pun tiada masalah untuk kedua-dua penggunaan pengukuran ini kerana bacaan kiraan inci ditukarkan kepada sistem unit metrik dengan melakukan operasi matematik yang mudah.
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:7 DRP: 21 2.4 Persediaan Untuk Mengambil Ukuran Persediaan untuk mengambil ukuran Ukuran badan perlu diambil oleh orang lain Berdiri di sebelah kanan atau kiri model Berdiri tegak dengan postur tubuh yang betul tanpa memakai kasut Keluarkan dompet, telefon bimbit dan sebagainya Ikat bahagian pinggang dengan tali, reben atau pita kelerai untuk mendapatkan garisan pinggang sebenar Ukuran jangan terlalu ketat atau terlalu longgar Ambil ukuran badan 2 atau 3 kali catat semua ukuran yang telah diambil
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:8 DRP: 21 2.5 Bahagian Badan Yang Perlu Diukur 2.6 Teknik Mengambil Ukuran Badan 2.6.1 Carta ukuran badan standard Jadual 2 : Ukuran Badan Standard Ukuran Badan Saiz (Ukuran dalam Sentimeter (cm)1 2 3 4 5 6 7 8910Bahu 20 23 24 25.5 28 30.5 33 35.53738Labuh lengan 10 13 14 15 16.5 17.5 19 20.521.523Keliling hujung lengan 20 21.5 22 23 23.5 24 25 25.52728Labuh tengah belakang 20 23 24 25.5 26.5 28 31.5 3435.537Labuh baju 59 61 63 65 67 69 71 737577Keliling leher 20 24 25.5 28 30.5 31.5 33 3435.538Keliling dada 48 51 53 56 57 58 63.5 718186Keliling pinggang 48 49 51 51.5 52 53 58 63.56671Keliling pinggul 51 52 58 61 63.5 68.5 76 82.58489
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:9 DRP: 21 2.6.2 Borang Tempahan Rajah 5 : Contoh Borang Kosong Rajah 6 : Contoh Borang Yang Telah Diisi
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:10 DRP: 21 2.6.3 Mengambil ukuran badan Kaedah mengambil ukuran adalah sama sebagaimana yang telah anda pelajari pada modul-modul terdahulu. Di bawah ini dinyatakan kaedah bagaimana mengambil ukuran badan hadapan dan badan belakang Rajah 7 : Bahagian Badan Yang Perlu Diukur 2.7 Masalah yang sering berlaku semasa proses mengambil ukuran badan 2.7.1 Pelanggan memakai pakaian yang tebal dan besar 2.7.2 Ukuran pada pita yang digunakan tidak terang 2.7.3 Pelanggan bergerak dan tunduk semasa mengukur labuh baju atau lengan dilakukan 2.7.4 Terlupa mencatat ukuran yang telah diambil 2.8 Cara mengatasi masalah semasa proses mengambil ukuran badan 2.8.1 Pastikan pelanggan memakai pakaian yang nipis dan tidak tebal 2.8.2 Gunakan pita ukur yang baik dan tidak rosak 2.8.3 Pelanggan perlukan berdiri tegak dan lurus semasa proses mengukur di jalankan 2.8.4 Pastikan ukuran dicatat dengan betul
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:11 DRP: 21T3 MENDRAF POLA BAJU KANAK -KANAK 3.1 Pengenalan Mendraf Pola Badan Sebelum melakukan proses menggunting fabrik pola haruslah disediakan bertujuan melancarkan proses kerja. Mendraf pola adalah satu proses kerja yang tidak kurang pentingnya selain mengambil ukuran badan. 3.1.1 Definisi Mendraf Pola Draf pola adalah satu aktiviti melukis pola dengan menggunakan teknik dan peralatan yang betul serta ukuran yang tepat untuk memastikan bentuk pakaian kelihatan cantik dan tiada masalah ketika menjahit. Pola boleh diubahsuai dan dibuat pembetulan mengikut stail atau rekaan yang dikehendaki. 3.2 Peralatan Dan Bahan Untuk Mendraf Pola Rajah 8 : Peralatan dan bahan mendraf pola
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:12 DRP: 213.3 Persedian Mendraf Pola Antara perkara penting yang perlu dititik beratkan sebelum mendraf pola agar kelancaran proses pembuatan pola berjalan dengan lancar adalah seperti berikut:- a. Penyediaan tempat seperti meja yang rata dan bersihb. Gunakan ukuran yang telah dicatatkan c. Menyediakan peralatan mendraf yang secukupnya, dan pastikan setiap peralatan berada dalam keadaan baik, jelas dan bersih d. Gunakan setiap peralatan dengan teknik yang betul e. Kertas pola haruslah bersih dan mencukupi f. Pola yang telah didraf dipastikan siap kesemua bahagian dan ditanda dengan simbol yang berkaitan dengan lengkapg. Garisan pemadan hendaklah digariskan dengan betul, serta pastikan jumlah kepingan fabrik yang perlu digunting. h. Pola yang telah siap dengan ukuran yang tepat hendaklah ditandakan basi mengikut ukuran basi yang yang ditetapkan pada bahagian-bahagian pola. 3.4 Kelebihan Mendraf Pola Pakaian Rajah 9 : Kelebihan mendraf pola
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:13 DRP: 21 3.5 Teknik Mendraf Pola 3.5.1 Mendraf pola sampel lipatan lisu Rajah 10 : Pola Lipatan Lisu 3.5.2 Mendraf pola badan hadapan Rajah 11 : Pola Bahagian Hadapan
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:14 DRP: 21 3.5.3 Mendraf pola badan belakang Rajah 12 : Pola bahagian belakang 3.5.4 Mendraf pola lengan Rajah 13 : Pola bahagian lengan
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:15 DRP: 213.6 Tanda-tanda pola Tanda pola digunakan sebahagi panduan semasa menyusun atur pola di atas fabrik untuk tujuan memudahkan kerja menggunting, mencantum dan menjahit. Setiap tanda pola memberi maksud yang tertentu. Jadual 3 : Tanda-tanda pola Simbol Keterangan Ira lurus Garis lurus yang mempunyai tanda anak panah dikeduakedua hujungnya. Atau Tanda lipatan Simbol tiga bulatan kecil dan garis anak panah tepi pola yang mempunyai tanda ini hendaklah diletakkan pada lipatan fabrik semasa menggunting fabric G T B Garis tengah belakang Menunjukkan garis tengah belakang G T H Garis tengah hadapan Menunjukkan garis tengah hadapan SD Sebelah dalam Menandakan sebelah dalam fabrik SL Sebelah luar Menandakan sebelah luar fabrik Garis gunting Menandakan garisan yang perlu digunting Garis pemadan Tanda untuk dijahit mesin Tanda lisu hias Menandakan lipatan untuk lisu hias atau Tanda imbang Tanda ini di buat pada garisan menggunting kepingan tersebut dijahit
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:16 DRP: 21T4 . MEMOTONG BAJU KANAK KANAK 4.1 Pengenalan 4.1.1 Definisi Sebelum memotong, pola-pola hendaklah disediakan dengan teliti dimana membuat semakan pola yang didraf mengikut ukuran dan rekaan yang dikehendaki. Pastikan kepingan pola telah dipotong serta diletakkan tanda – tanda pola supaya memudahkan langkah kerja memotong .Teknik memotong fabrik dengan tepat dan mengikut susunan adalah penting sebelum proses tersebut dilakukan. Menyusunan pola diatas fabrik sebelum memotong dapat menjimatkan masa serta menjimatkan penggunaan bahan. 4.1.2 Tujuan Proses menggunting pola yang telah didraf dilakukan bagi memudahkan kerja dalam menggunting fabrik. Setiap bahagian pola perlu mencukupi dan lengkap dengan tanda dan simbol pola supaya pakaian dapat dihasilkan adalah sama dengan permintaan pelanggan 4.2 Peralatan dan bahan 4.2.1 Alat memotong Rajah 14 : Peralatan Memotong Set pembaris Gunting kain Jarum peniti Pita ukur
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:17 DRP: 214.3 Teknik Memotong 4.3.1 Memotong Sample Lipatan Lisu ( Rajah 15 : Sampel lipatan lisu
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:18 DRP: 214.3.2 Teknik menyusun atur pola Rajah 16 : Susunatur pola SL A GUNTING 1 GUNTING 2 B C GUNTING 1 G D GUNTING 1 F GUNTING 4 E GUNTING 2 SD
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:19 DRP: 214.3.4 Memotong fabrik yang dilakukan untuk Baju Kanak-kanak Tandakan terlebih dahulu fabric menggunakan kapur tukang jahit untuk memastikan luar dan dalam fabrik. Lipat dua fabrik dengan ira memanjangdan bahagian sebelah dalam fabrik menghala keatas. Tekapkan pola pada fabrik, tandakan mengikut ukuran pola badan kemudian tanda basi jahitan berpandukan gambarajah dibawah. Gunting fabric mengikut garisan basi yang dibuat. Dengan menggunakan kertas karbon dan roda surih. Rajah 17 : Bahagian atas hadapan dan belakang a. Bahagian badan hadapan dan belakang Proses memotong fabrik bahagian badan hadapan dan belakang perlu bertentang. Rajah 18 : Bahagian bawah hadapan dan belakang SL SD Hadapan Belakang
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:20 DRP: 21b. Bahagian bawah hadapan dan belakang Proses memotong fabrik bahagian bawah hadapan dan belakang perlu beriring. Rajah 19 : Bahagian lengan gelembung c. Bahagian lengan gelembung Menggunakan pola lengan yang telah didraf. Lukis empat garisan ubah suai. Gunting garisan tersebut. Jarakkan setiap kepingan pola dan masukkan ukuran lebar tambahan untuk kedut lepas adalah mengikut kesesuaian. Cadangan 2 cm hingga 3 cm bagi setiap tambahan ubah suai. Naikkan 2 cm untuk bentuk kedutan pada kepala lengan. Bentukkan semula kepala lengan. Rajah 20 : Bahagian kolar peterpan d. Memotong fabrik kolar peterpan Lipat 2 fabrik dengan ira yang betul. Tekapkan lapik kolar peterpan pada sebelah luar fabrik. Gunting mengikut lapik kolar sebanyak 4 keping ½ ½
HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M10.01/HP(1/2) MUKA:21 DRP: 21 4.3.4 Pemindahan tanda-tanda pola pada kepingan fabrik yang dipotong Rajah 21 : Cara-cara pemindahan tanda pola RUJUKAN : a. Panduan Membuat Pakaian _ Mariam Abu Bakar ( Karya Bestari : Cetakkan 8 – 2006 ) b. Panduan Menjahit Pakaian Wanita – Mariam Abu Bakar ( Alaf 21 : Cetakkan 1 – 2003 ) c. Rosita Jaafar ( 2007 ). Seni Jahitan Pakaian PENGANTIN d. Sumber Internet – google – Pinterest –