The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Melakukan kerja menjahit bahagian-bahagian Seluar Kasual
serta mencantumkannya dengan menggunakan peralatan
seperti mesin jahit dan bahan yang bersesuaian supaya
Seluar Kasual tersebut dapat disiapkan memenuhi kehendak
pelanggan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHARIFAH NAJMAH BINTI SYED MOHD NAGUIB, 2023-12-02 01:43:25

12 SELUAR KASUAL

Melakukan kerja menjahit bahagian-bahagian Seluar Kasual
serta mencantumkannya dengan menggunakan peralatan
seperti mesin jahit dan bahan yang bersesuaian supaya
Seluar Kasual tersebut dapat disiapkan memenuhi kehendak
pelanggan.

Keywords: M12 - HP 12.02

TAJUK : PENYEDIAAN SELUAR KASUAL TUJUAN : Helaian Penerangan ini bertujuan menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja membuat Seluar Kasual . Perkara-perkara tersebut seperti mengenali bahagian seluar kasual yang bersesuaian serta cara-cara menjahit dan mencantum bahagian-bahagian seluar kasual , teknik menjahit aksesori serta teknik menekan dengan betul, kemas dan bersih. PENERANGAN : T5- MENJAHIT DAN MENCANTUM SELUAR KASUAL 5.1 Pengenalan Proses Menjahit Menjahit adalah satu proses untuk menyambungkan bahagianbahagian yang dipotong bersama. Apabila pakaian siap untuk dipakai, benang-benang lebihan yang kelihatan terjuntai di sebelah luar dan dalam, atau buka lisu-lisu sementara yang dibuat semasa mencuba pakaian mestilah dibuang untuk menghasilkan pakaian yang sempurna. Pakaian yang sempurna dijahit kelihatan cantik apabila diberi kemasan yang baik. TAJUK KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 12 SELUAR KASUAL TAJUK SUB MODUL 12.02 JAHIT SELUAR KASUAL TAJUK ELEMEN T5. Menjahit Dan Mencantum Seluar Kasual T6. Menjahit Aksesori Dan Menekan Seluar Kasual OBJEKTIF PENGETAHUAN Melakukan kerja menjahit bahagian-bahagian Seluar Kasual serta mencantumkannya dengan menggunakan peralatan seperti mesin jahit dan bahan yang bersesuaian supaya Seluar Kasual tersebut dapat disiapkan memenuhi kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFW/FND010/M12.02/HP(2/2) MUKA: 1 DRP: 17 HELAIAN PENERANGAN


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 2 DRP : 17 5.1.1 Aliran Kerja Proses dan Mencantum Seluar Kasual. a. Teknik menjahit Slek dengan cara yang betul dan sempurna akan menghasilkan pakaian yang kemas dan bermutu. b. Sediakan peralatan untuk proses menjahit Slek seperti mesin jahit lurus Industri, Mesin Jahit Sisi dan Seterika, c. Pastikan saiz jarum mesin sesuai dengan jenis fabrik yang digunakan . d. Gunakan benang yang kukuh dan mengikut warna fabrik. e. Laraskan mata jahitan yang bersesuaian dengan jenis fabrik yang digunakan. Untuk kebanyakan dalam 1 cm, Manakala fabrik kasar adalah 3 atau 4 matajahitan dalam 1 cm. f. Sediakan bahagian-bahagian yang perlu dijahit dan pastikan bilangan fabrik Slek yang digunting adalah cukup dan lengkap g. Sediakan kantong kocek dan fabrik untuk bahagian pinggang Kasual 5.2 Peralatan Dan Bahan Menjahit 5.2.1 Alat Menjahit Rajah 1 : Alatan Menjahit


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 3 DRP : 17 5.2.2 Bahan dan peralatan jahitan Rajah 2 : Bahan dan Peralatan Jahitan 5.2 Teknik Menjahit Dan Mencantum Seluar Kasual . Jahit adalah satu proses mencantumkan dua fabrik untuk menjadi pakaian . Persediaan yang perlu dilambil sebelum menjahit adalah memastikan mesin jahit dalam keadaan yang baik.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 4 DRP : 17 5.3.1 Sampel poket a. Jahit kemasan tepi fabrik. b. Temukan SL kantung kocek dan SL palazo. c. Semat peniti, jahit jelujur dan jahit mesin tepat pada GP. d. Trim basi dan snip jika perlu. e. Terbalikkan kantung kocek ke SD palazo dan tekan. f. Semat peniti, jahit jelujur dan jahit mesin pada hujung kantung kocek. g. Tekan dan kemaskan basi. Rajah 3 : Contoh Poket Sisi 5.3.2 Saiz mata jahitan Adalah aspek penting dalam proses menjahit kerana ia memberi pengukuhan dan kekemasan pada pakaian yang dihasilkan sama ada semasa mencantum mahupun finishing.Saiz mata jahitan untuk mencantum adalah 1cm bersamaan 5 mata jahitan. Standart mata jahitan adalah 1cm bersamaan 5 mata jahitan tetapi akan berlaku perubahan mata jahitan di atas faktor penggunaan fabrik . Rajah 4 : Jarak Mata Jahitan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 5 DRP : 17 Jadual 1 : Pemilihan benang, jarum dan saiz mata jahitan 5.3.3 Langkah Menjahit Seluar Kasual a. Jahit kocek dan cantumkan sisi hadapan dan belakang seluar (kedua-dua belah) b. Jahit fly, dan sambung bahagian kelengkang c. Sediakan ben seluar dan sambungkan ke pinggang seluar d. Kemaskan lipatan bawah seluar e. Jahit lubang butang serta butang f. Gosok dan tekan sehingga rata dan kemas cantik .


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 6 DRP : 17 5.3.4 Jahitan tangan jelujur untuk menetapkan kedudukkan poket pada seluar kasual . Kemasan akhir jahitan silang pangkah Jahitan Silang Pangkah adalah jahitan tangan yang sering digunakan untuk menjahit kelim pada hujung kaki seluar. Jahitan ini kelihatan berbentuk huruf V pada bahagian dalam dan jahitan yang halus serta tersembunyi pada bahagian luar. Rajah 5 : Jahitan Silang Pangkah T6. MENJAHIT AKSESORI DAN MENEKAN SELUAR KASUAL 6.1 Pengenalan 6.1.1 Jenis Aksesori Aksesori ialah barangan yang, sering digunakan untuk melengkapkan pakaian dan dipilih untuk mengekspresikan identiti dan keperibadian individu. Aksesori yang digunakan adalah seperti Butang , zip , Cangkuk dan Palang . Rajah 6 : Jenis-jenis Aksesori


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 7 DRP : 17 6.2 Peralatan Dan Bahan 6.2.1 Butang Butang atau kancing berfungsi untuk menutup bukaan pada baju dan memudahkan sesuatu pakaian dipakai dan dibuka. Selain sebagai hiasan atau fashion statement pada pakaian,. Butang yang sesuai digunakan pada pinggang seluar . 6.2.2 Zip Pemilihan jenis zip bergantung kepada jenis pakaian. Memilih zip yang betul untuk pakaian adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kualiti, rupa, dan ketahanannya. Zip boleh dikategorikan kepada 3 jenis yang utama berdasarkan pada elements zip (teeth) iaitu: a. Coil b. Metal c. Plastik 6.2.3 Cangkuk dan Palang Cangkuk dan palang jenis ini terdiri daripada 2 bahagian. Ia seringkali digunakan pada kain baju kurung dan biasanya digunakan bersama zip. Cangkuk dan palang jenis ini perlu dipasang dengan jahitan tangan. Cangkuk jenis ini mudah digunakan dan mudah diganti jika tercabut dari jahitan. 6.3 Teknik Menjahit Aksesori 6.3.1 Jahitan Sembat Susup Jahitan Sembat Susup digunakan untuk menjahit kelepet. Biasanya dijahit pada hujung kaki seluar . Hasil jahitannya halus dan kecil Rajah 7 : Jahitan Sembat Susup


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 8 DRP : 17 6.3.2 Jahitan Insang Pari Jahitan Insang pari atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Blanket Stitch adalah jahitan pengemas yang digunakan untuk mengemaskan hujung kain. Jahitan ini boleh juga digunakan untuk menampal applique pada kain, menjahit lubang butang dan menjahit cangkuk pada kain. Rajah 8 : Jahitan Insang Pari 6.4 Pengenalan Alat Menekan merupakan kaedah menggosok atau menekan fabrik untuk mendapatkan kemasan jahitan. Terdapat pelbagai alat menekan yang telah diinovasi di pasaran yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil mengosok yang kemas. 6.5 Peralatan Dan Bahan Untuk Menekan Rajah 9 : Peralatan Menekan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 9 DRP : 17 6.6 Teknik Menekan Seluar Kasual Kerja-kerja menekan hendaklah dilakukan semasa proses menjahit pakaian,bagi memudahkan kerja-kerja menjahit dan dapat menghasilkan pakaian yang kemas dan bermutu. Lakukan kerjakerja menekan dengan betul dan mengikut peraturan supaya tidak mencacatkan pakaian. Perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan dalam proses menekan. Mulakan mengosok dari bahagian dalam fabrik Lapiskan dengan sehelai kain untuk mengelakkan kotoran melekat Penggunaan bod seterika mengikut kesesuaian bahagian yang perlu digosok dapat melancarkan proses menekan Gunakan wap air untuk mendapatkan kemasan menggosok Tetapan suhu yang betul mengikut jenis fabrik atau kain. Memilih tetapan yang betul pada seterika boleh memudahkan kerja- kerja menggosok Pemilihan suhu yang betul menjadikan kerja menggosok lebih mudah, lebih cepat dan memberikan hasil yang lebih kemas Sekiranya ragu-ragu mengenai suhu yang hendak digunakan, mulakan dengan suhu rendah dahulu Kemudian suhu boleh diubah beransuransur bagi menghilangkan kedutan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 10 DRP : 17 6.1 Prosedur Perlaksanaan Bagi Menghasilkan Seluar Kasual 6.7.1 keselamatan semasa berada di dalam bengkel jahitan a. Keselamatan diri, alatan dan tempat kerja di bengkel jahitan merupakan perkara yang perlu diutamakan dan diamalkan oleh setiap murid. Terdapat peralatan yang boleh menyebabkan kemalangan sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Pengetahuan mengenai cara penggunaan dan keselamatan peralatan penting agar keselamatan tempat kerja terjamin. b. Peraturan keselamatan diri Keselamatan diri di tempat kerja merupakan pencegahan kemalangan, kecederaan atau penyakit dalam kalangan pekerja atau orang lain yang berada di tempat kerja. Berikut merupakan peraturan keselamatan diri yang perlu diutamakan ketika berada di bengkel jahitan. Jadual 2 : Peraturan Keselamatan Diri 1 5 5c. Peraturan penggunaan alat Pengetahuan mengenai penggunaan dan keselamatan peralatan adalah penting untuk setiap individu yang bekerja di Peraturan Keselamatan Diri 8 Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta kasut bertapak getah dan rata. Ikat rambut dengan kemas. Mematuhi peraturan keselamatan bengkel yang ditetapkan sepanjang masa. Dilarang memakai barang perhiasan diri semasa berada di dalam bengkel. Patuhi arahan guru tentang cara penggunaan bahan dan alatan yang betul. Jangan bermain dan bergurau di tempat kerja. Cuci tangan sebelum dan selepas kerja. Sentiasa bekerja dengan tenang dan sistematik untuk mengelakkan kemalangan.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 11 DRP : 17 bengkel. Terdapat banyak peralatan berteknologi seperti mesin jahit industri, mesin jahit tepi, mesin sulam, mesin butang dan lubang butang serta alat menekan yang menggunakan arus elektrik. Panduan penggunaan dan keselamatan harus diteliti dan diikuti. Jadual 3 : Peraturan Penggunaan Alatand. Peraturan keselamatan di bengkel jahitan Semua ruang dan tempat kerja di bengkel jahitan hendaklah sentiasa bersih, selesa dan selamat untuk semua aktiviti seperti membuat pola, menjahit dan menekan. Susunan meja kerja dan peralatan jahitan hendaklah diatur dengan sistematik bagi memudahkan pergerakan dan mengelakkan kemalangan Jadual 4 : Peraturan Keselamatan Di Bengkel Jahitan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 12 DRP : 17 6.7.2 Sikap dan amalan yang perlu diterapkan semasa di dalam bengkel. a. Budaya kerja selamat di bengkel merupakan perlakuan melakukan sesuatu kerja di bengkel yang mematuhi peraturan dan undang-undang yang menjadi amalan baik semasa menjalankan tugas. Budaya kerja selamat memerlukan etika atau sikap yang berdisiplin terhadap kerja. Budaya kerja selamat perlu diterapkan kepada murid pada setiap masa supaya menjadi amalan dalam kehidupan harian dan semasa alam pekerjaan. Rajah 10 : Budaya Kerja Selamat


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 13 DRP : 17 6.7.3 Keusahawanan Aktiviti keusahawanan telah lama dilakukan oleh masyarakat di Malaysia sejak zaman primitif lagi. Tahukah anda, pada zaman kerajaan Melayu Melaka, orang yang menjalankan perniagaan dipanggil sebagai pedagang? Berikut ialah definisi bagi peniaga, perniagaan, usahawan dan keusahawanan. a. Kepentingan Pengiraan Kos dalam Perniagaan Kawalan kos • Membolehkan setiap bahagian dalam organisasi bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif. • Mengelakkan pembaziran dan kerugian. Membuat keputusan • Pengurusan yang betul dapat mengawal prestasi kewangan perniagaan sama ada selepas jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Membuat perancangan • Membantu dalam membuat perancangan yang lebin baik dan mengenal pasti maklumat serta aktiviti kos. Peniaga didefinisikan sebagai individu yang melakukan aktiviti jual beli atau mengendalikansesebuah perniagaan miliknya sendiri dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan ialah aktiviti jual beli barangan untuk mencari keuntungan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Usahawan ialah seseorang yang meneroka sesebuah perniagaan, memajukan dan membangunkan perniagaan tersebut serta mengambil risiko pelaburan perniagaan yang diceburi. Keusahawanan bermaksud suatu proses pengwujudan dan pengembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi sesebuah negara.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 14 DRP : 17 Formula Pengiraan Kos Bahan Jenis Bahan × Kuantiti × Kos Seunit = Jumlah Kos Bahan Menentukan anggaran harga • Merupakan faktor yang penting di samping beberapa faktor yang lain seperti pasaran, persaingan dan lain-lain. • Data-data kes daripada pengiraan kos membolehkan kos sesuatu barangan dikira bagi tujuan menetapkan harga sebelum produk dijual. b. Pengiraan Kos Terdapat tiga pengiraan kos yang akan dipelajari iaitu: i. Kos Pengeluaran - Kos yang dikeluarkan untuk menilai bahan (kos bahan) - Kos yang dikeluarkan untuk membayar upah (kos upah) - Kos yang digunakan untuk membayar penggunaan elektrik dan air (kos sampingan) ii.Kos Bahan iii.Kos bahan contoh sehelai baju kurung: BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAHFabrik 4 meter RM5.00 RM20.00Pita elastik 1 meter RM1.00 RM1.00Benang 1 buku RM1.00 RM1.00Cangkuk dan palang 1 pasang RM0.50 RM0.50JumlahRM22.50


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 15 DRP : 17 iv.Kos upah: BIL. PEKERJA JAM BEKERJA BIL. HARI KADAR SEJAM1 8 5 RM5.00Jumlah RM200.00v.Kos Sampingan: Elektrik RM100.00Air RM50.00Jumlah RM150.00vi.Kos Pengeluaran: Formula Pengiraan Kos Upah Kos Upah = Bilangan Pekerja × Bilangan Hari × Bilangan Jam Bekerja × Kadar Upah Formula Pengiraan Kos Pengeluaran Kos Pengeluaran = RM22.50 (Kos Bahan) + RM200.00 (Kos Upah) + RM150.00 (Kos Sampingan) Jumlah Kos = RM373.50 Formula Pengiraan Kos Sampingan Jumlah penggunaan elektrik + Jumlah penggunaan air = Kos Sampingan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 16 DRP : 17 KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAHRM22.50 RM200.00 RM150.00KOS PENGELUARAN RM373.50 vii. Margin keuntungan Margin keuntungan adalah nisbah keuntungan syarikat yang dibahagikan dengan pendapatannya. Kebiasaannya, margin keuntungan dinyatakan dalam bentuk peratusan. Nisbah yang lebin tinggi memberi makna syarikat menjana banyak keuntungan.Margin keuntungan ini penting untuk ekonomi pasaran bebas yang didorong oleh kapitalisme. viii. Harga jualan Harga jualan dapat mempengaruhi sama ada barangan yang akan dijual laku atau tidak. Harga jualan dapat: a. Menentukan harga pokok. b. Sesuaikan dengan keadaan pasaran. c. Memantau harga pesaing. d. Mengenakan harga yang lebih rendah. e. Mempunyai sasaran. Formula Pengiraan Margin Keuntungan Margin keuntungan = Jumlah hasil−jumlah kos (harga × kuantiti) Formula Pengiraan Harga Jualan Harga Seunit × % Keuntungan = Harga Jualan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 17 DRP : 17 xi. Resit Tempahan Dan Resit Bayaran Buku resit tempahan adalah penting bagi seorang tukang jahit samaada menjahit dirumah ataupun di butik sekalipun ia bertujuan untuk merekod bukan sekadar ukuran malahan segala maklumat terperinci berkaitan dengan pakaian yang ditempah. Maklumat ini mustahak sebagai rujukan semasa proses membuat pola begitu juga semasa proses menjahit. Jika sebarang masalah timbul, rungutan atau aduan dari pelangan maka boleh merujuk kepada buku tempahan dan juga resit tersebut. Oleh yang demikian, lebih baik jika buku dan resit ini dijadikan satu dan dibuat salinan berkarbon untuk diberikan kepada pelangan. Setelah sampai ke proses pembayaran baharulah resit bayaran di keluarkan, Resit bayaran pula bertujuan sebagai bukti atau rekod kewangan syarikat. Di bawah adalah contoh resit tempahan yang boleh dijadikan sebagai rujukan RUJUKAN : 1. https://www.google.com/search 2. https://kemahiranhidupert.wordpress.com/ 3. Mariam Abu Bakar.(2004).Panduan Membuat Pakaian Wanita.Selangor:Alaf 21 Sdn.Bhd 4. Rosita Jaafar.(2006).Variasi Teknik Menjahit,Langkah Demi Langkah Cara Menjahit Pakaian Wanita.Shah Alam:Alaf 21 Sdn Bhd


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFW/FND0101/M12.02/HP(2/2) MUKA: 18 DRP : 17


Click to View FlipBook Version