The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

T1S3.02_PRKA3151_PBS1_NUR AZMINA MARDHIAH MOHD NORUDI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PAI20622 Nur Azmina Mardhiah Binti Mohd Norudi, 2023-09-11 22:44:35

T1S3.02_PRKA3151_PBS1_NUR AZMINA MARDHIAH MOHD NORUDI

T1S3.02_PRKA3151_PBS1_NUR AZMINA MARDHIAH MOHD NORUDI

51 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Memantau sesi PdP Pendidikan Islam di dalam kelas tahun 4,5 dan 6 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Guru-guru Pendidikan Islam memberi kerjasama yang baik dan memberi semangat kepada guru pelatih • Murid sangat aktif dan memberikan respons yang baik • Guru menggunakan gaya pengajaran secara dua hala • Guru menerapkan KBAT dalam sesi soal jawab di dalam kelas • Murid sangat cakna dengan isu-isu semasa yang berlaku apabila ditanya oleh guru 2.2 Kelemahan • Terdapat segelintir murid yang pasif di dalam kelas dan tidak memberikan respons • Terdapat murid yang terlalu aktif dan suka bercakap di dalam kelas walaupun telah ditegur oleh guru 3. Cadangan Penambahbaikan • Guru perlu bersikap lebih tegas dan memberikan arahan yang lebih keras kepada murid-murid yang suka membuat bising • Guru sepatutnya mengingati nama murid mereka agar murid pasif juga mendapat peluang untuk menjawab soalan dengan cara menyebut nama


52 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Pemerhatian terhadap kawasan persekitaran sekolah 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan yang bersih, ceria dan kemas • Suasana sekolah yang cukup kondusif untuk guru dan murid-murid • Maklumat-maklumat seperti TS25 dipaparkan di laluan-laluan adalah jelas • Persekitaran sekolah dipenuhi dengan kerusi batu untuk murid-murid berehat dan menunggu • Kawasan pejalan kaki yang selamat dan teduh 2.2 Kelemahan • Terdapat beberapa maklumat sekolah yang tidak dikemaskini dan sudah tidak digunapakai lagi • Tempat parkir kereta guru terhad menyebabkan kereta perlu diparkir di kawasan lapang sekolah dan murid lalu-lalang di kawasan tersebut 3. Cadangan Penambahbaikan • Pihak sekolah boleh mengemaskini maklumat berdasarkan maklumat terkini • Kawasan parkir kereta guru perlu dijadikan sebagai kawasan larangan murid lalulalang agar tiada kejadian tidak diingini berlaku


53 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Menyertai perjumpaan pertama Unit Beruniform Pandu Puteri 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Guru mempunyai perancangan yang bagus • Perjumpaan diadakan tepat pada masa • Terdapat murid yang berpotensi untuk menjadi pemimpin • Kehadiran murid ke perjumpaan unit beruniform adalah sangat memuaskan • Murid-murid aktif memberi respons dan mencadangkan nama bagi ahli jawatankuasa unit beruniform 2.2 Kelemahan • Segelintir murid tidak membawa buku PAJSK iaitu buku untuk merekod aktiviti unit beruniform • Sebahagian murid yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa sudah mempunyai jawatan dalam bidang yang lain • Terdapat murid yang tidak memakai baju unit beruniform yang sepatutnya 3. Cadangan Penambahbaikan • Guru perlu sentiasa mengingatkan murid agar membawa buku PAJSK mereka setiap kali perjumpaan kerana ianya penting untuk markah kokurikulum • Guru harus memberikan peluang yang adil kepada murid lain untuk menjadi ahli jawatankuasa agar mereka diberi pengalaman pemimpin • Murid perlu emmakai baju unit beruniform mereka pada hari yang ditetapkan untuk melambangkan identiti mereka


54 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Sesi temu bual bersama pihak pengurusan, guru pembimbing, guru, kakitangan sekolah dan murid 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Kesemua reponden memberikan kerjasama yang baik dan jawapan menepati kriteria soalan • Tempat temu bual dijalankan kondusif dan selesa 2.2 Kelemahan • Menganggu waktu peribadi responden 3. Cadangan Penambahbaikan • Temu janji haruslah dibuat dengan terlebih awal agar tidak mengganggu waktu peribadi responden


55 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Mendapatkan tandatangan dan cop Pengurus Sekolah untuk dokumen penting seperti Borang Kehadiran dan Borang Laporan Perkembangan Pelajar 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Pengurus Sekolah memberikan kerjasama yang baik sepanjang menjalankan PBS di sekolah tersebut • Pengurus Sekolah memberi kritikan membina untuk guru pelatih • Aktiviti yang dilakukan hanya mengambil masa yang singkat 2.2 Kelemahan • Mengganggu waktu peribadi Pengurus Sekolah 3. Cadangan Penambahbaikan • Membuat temu janji dengan lebih awal agar tidak mengganggu waktu peribadi


56 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Menguruskan kedatangan murid di pagar sekolah pada setiap pagi 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Guru bertugas memberi komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka • Murid-murid sangat peramah dengan memberi salam dan senyuman apabila tiba di sekolah • Pengawal keselamatan menyelia dan melakukan pengawasan terhadap murid-murid dengan baik • Pengawas bertugas bersedia dengan buku rekod mereka sekiranya terdapat murid yang lewat 2.2 Kelemahan • Terdapat sebilangan kecil murid yang hadir lewat ke sekolah • Kenderaan ibu bapa yang masuk ke dalam kawasan sekolah menyebabkan kesesakan lalu lintas 3. Cadangan Penambahbaikan • Peraturan keluar masuk ibu bapa ke dalam kawasan sekola perlu lebih ditegaskan oleh pihak sekolah • Murid yang lewat perlulah diberi amaran dan mengingatkan mereka supaya datang lebih awal


57 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Menguruskan program dan menjadi fasilitator program bersama Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) anjuran unit Bimbingan & Kaunseling sekolah dan guru pelatih IPG 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Kerjasama daripada unit Bimbingan & Kaunseling sekolah sangat baik • Rakan-rakan guru pelatih PBS memberikan komitmen yang penuh • Bilangan ahli Pembimbing Rakan Sebaya tidak terlalu besar (30 murid) • Guru kaunseling membantu guru pelatih dari segi teknikal dan pengurusan surat menyurat • Aktiviti yang dirancang menarik 2.2 Kelemahan • Masa yang diperuntukkan iaitu 2 jam 30 minit agak singkat untuk melakukan aktiviti • Menganggu waktu pelajaran murid PRS 3. Cadangan Penambahbaikan • Aktiviti bersama PRS lebih sesuai diadakan pada hujung minggu kerana tidak mengganggu waktu pelajaran dan aktiviti juga boleh dijalankan dengan lebih lama


58 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Program memberus gigi dan program My Brush Hour di sekolah 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Ramai murid yang hadir melibatkan diri dalam program memberus gigi • Program memberus gigi disertai dengan tayangan video • Jururawat menunjukkan demonstrasi memberus gigi dengan betul dan jelas 2.2 Kelemahan • Hanya melibatkan murid prasekolah, murid PPKI dan murid tahun 1 & 2 • Guru bahagian kesihatan menerima memo secara last minute • Terdapat murid yang tidak membawa berus gigi 3. Cadangan Penambahbaikan • Pihak atasan perlu memberi memo kepada guru dengan awal agar mereka dapat mengingatkan murid-murid dengan lebih awal • Aktivti ini perlu melibatkan semua murid secara berperingkat agar semua murid mendapat kesedaran


59 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Membuat temu bual bersama ketua Guru Panitia Pendidikan Islam dan guru Pendidikan Islam 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Kerjasama daripada guru-guru sangat baik • Masa yang diperuntukkan untuk temu bual adalah mencukupi • Guru-guru menceritakan tentang pengalaman mereka dan realiti sebenar dalam mengajar subjek Pendidikan Islam • Kebanyakan guru Pendidikan Islam sangat berpengalaman dalam bidang mereka dan diiktiraf sebagai guru cemerlang di sekolah 2.2 Kelemahan • Guru-guru yang sudah berusia kurangmahir tentang teknologi dalam pengajaran mereka • Sukar untuk membuat temu bual kerana kesuntukan dan kekangan masa guru 3. Cadangan Penambahbaikan • Pihak sekolah perlulah melakukan inisiatif seperti kursus TMK untuk guru-guru yang kurang berkemahiran dalam teknologi agar mereka tidak ketinggalan • Membuat temu janji mengikut kelapangan guru-guru


60 7.2 PERBINCANGAN/ INTERAKSI


61 7.2 PERBINCANGAN/INTERAKSI Sepanjang menjalankan PBS, pelbagai interaksi dan perbincangan telah dijalankan bersama pihak sekolah. Melalui aktiviti ini, saya telah mendapat banyak ilmu dalam dunia pendidikan dan perguruan serta pentadbiran sekolah. Saya menyedari bahawa sebagai seorang bakal guru, saya perlu lebih banyak menimba ilmu penegtahuan yang berkaitan bagi menjadi seorang guru yang berdedikasi, professional dan sentiasa mengikuti arus perkembangan dunia pendidikan yang semakin maju. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai rintangan yang perlu ditempuhi oleh seorang guru dalam dunia pendidikan khususnya cabaran Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Selain itu, saya jyga memperoleh ilmu pengetahuan melalui perbincangan bersama guru-guru sekolah terutamanya cara mengendalikan dan mengawal kelas ketika sesi PdP dijalankan. Seorang guru perlu memahami perbezaan individu dalam kelas agar pendidikan dapat diberikan secara sama rata. Hal ini memberi manfaat kepada saya yang akan bergelar sebagai seorang guru suatu hari nanti. Saya menjadi lebih bersemangat untuk bergelar seorang guru dan belajar bersungguh-sungguh bagi memepersiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya demi membantu murid-murid dalma pembelajaran mereka di masa hadapan.


62 8.0 LAPORAN AKHIR


63 8.0 LAPORAN AKHIR Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen wajib yang perlu dilaksanakan oleh pelajar Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia selama tiga minggu sepanjang pengajian mereka. PBS kali ini merupakan pengalaman pertama saya selaku pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 3. Oleh itu, saya telah memilih untuk menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Kelantan. Tujuan utama saya ke sekolah itu adalah untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang sekolah tersebut dan memperoleh pengalaman yang berharga di samping mempelajarinya secara teori sahaja di kampus. Sepanjang berada di sekolah, saya telah mempelajari banyak perkara baharu berkenaan suasana, cabaran pendidik pada hari ini dan realiti sebenar kehidupan sebagai seorang guru. Semasa melakukan PBS, saya mendapati bahawa prestasi saya dalam kemahiran komunikasi telah meningkat dalam melengkapkan diri untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi di masa hadapan. Dan saya mempelajari bahawa pengurusan emosi sangat penting terutamanya apabila berada di dalam kelas, kerana emosi merupakan segala tunjang perbuatan yang bakal kita lakukan. Emosi yang buruk dan negatif akan membawa keburukan dan murid-murid juga tidak dapat belajar dengan selesa. Selain daripada itu, saya juga dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk lebih berketerampilan dan berkeupayaan untuk bergaul mesra dengan semua orang di sekeliling saya terutamanya ketika berhadapan dengan murid-murid. Saya juga mempelajari bahawa pentingnya kita menjaga etika dan akhlak sebagai seorang guru kerana perbuatan tersebut akan dicontohi oleh murid-murid. Sebagai sorang guru, kita sewajarnya menjadi role-model atau contoh yang baik kepada murid-murid untuk membentuk akhlak dan sahsiah mereka. Seterusnya, saya juga menyedari bahawa tanggungjawab sebagai seorang guru itu amatlah besar dan ianya bukan suatu perkara yang mudah lebih-lebih lagi dalam menghasilkan suasana bilik darjah yang lengkap dari segi informasi dan kemudahan. Suasana kelas yang ceria dan kondusif sangat penting bagi melahirkan murid yang harmonis dan seimbang secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, Rohani, intelek dan sosial. Sebagai kesimpulan, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini banyak mendatangkan manfaat dan memberi input yang berguna buat bakal guru. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalani PBS kerana saya telah mendapat banyak pengalaman yang berharga sepanjang berada di sekolah. Pengalaman yang diperolehi dan nasihat-nasihat yang diberikan akan sentiasa diingati serta akan diaplikasikan apabila saya bergelar sebagai seorang guru kelak.


64 RUJUKAN Buku Pengurusan Sekolah Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu Kementerian Pendidikan Kebangsaan. (2017). Dasar Pendidikan Negara (4th ed.).


65 LAMPIRAN (LAMPIRAN 1 - SOAL SELIDIK)


66


67


68 (LAMPIRAN 2 - SIJIL FASILITATOR)


69 (LAMPIRAN 3 - TEMUBUAL) TEMU BUAL BERSAMA PK HEM TEMU BUAL BERSAMA PK KO TEMU BUAL BERSAMA GURU KAUNSELING TEMU BUAL BERSAMA GURU PSS TEMU BUAL BERSAMA GURU SETIAUSAHA PIBG TEMU BUAL BERSAMA KETUA GURU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


70 TEMUBUAL BERSAMA GURU SETIAUSAHA RMTS SESI BERAMAH MESRA BERSAMA PKP PELAJAR TOKOH NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN TEMU BUAL BERSAMA PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH TEMU BUAL BERSAMA PENGURUS KANTIN SEKOLAH TEMU BUAL BERSAMA PEKERJA AM SEKOLAH


71 (LAMPIRAN 4 - GAMBAR AKTIVITI) PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH PROGRAM API (ISNIN DAN SELASA) SESI PDP PENDIDIKAN ISLAM MENJADI PENASIHAT SUKAN BOLA SEPAK MELAWAT PRASEKOLAH MEMANTAU MURID HADIR KE SEKOLAH


72 GURU BESAR MELATIH BOLA TAMPAR AKTIVITI BERSAMA PRS PROGRAM MEMBERUS GIGI & MY BRUSH HOUR AKTIVITI BERSAMA PRS AKTIVITI MEWARNA ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU HAKIM PERTANDINGAN MENYANYI MENGIKUT KELAS ANJURAN PUSAT SUMBER (NILAM)


73 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI PERJUMPAAN KELAB ALAM SEKITAR RMTS


74 (LAMPIRAN 5 - KAWASAN SEKITAR SEKOLAH)


75 PBS 1 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI WAKAF BHARU


Click to View FlipBook Version