The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEMA: ROM TERKENAL DENGAN KEUNIKAN SENIBINANYA YANG MENGAGUMKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by madamesuhaiza, 2022-01-18 10:12:43

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 1

TEMA: ROM TERKENAL DENGAN KEUNIKAN SENIBINANYA YANG MENGAGUMKAN

SMK SERI AMPANGAN, 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 1 SESI 2021 / 2022

TEMA:
ROM TERKENAL DENGAN KEUNIKAN
SENIBINANYA YANG MENGAGUMKAN

NAMA : NUR DAHIYAH IMAN BINTI MOHD IKMAR HEZAM
TINGKATAN : 1 IBNU KHALDUN
NAMA GURU : HAJI MOHD NOOR BIN AB WAHAB

TEMA:

Rom terkenal dengan keunikan seni binanya yang mengagumkan

STANDARD KANDUNGAN:
• Penyiasatan Tamadun Rom

PENYATAAN MASALAH:

• Tamadun Rom menghasilkan pelbagai seni bina mengagumkan yang
memberi inspirasi dan tarikan pelancongan kepada masyarakat dunia.
Buktikan.

OBJEKTIF KAJIAN:

OBJEKTIF PENGETAHUAN:

• Saya dapat mengetahui lebih banyak info tentang sejarah dan
latar belakang seni bina Tamadun Rom.

OBJEKTIF KEMAHIRAN:

• Pengetahuan serta kemahiran mengkaji saya dapat diasah dan
dikembangkan semasa menyiapkan kajian kes ini.

OBJEKTIF NILAI:

• Kajian kes ini juga secara tidak langsung berjaya membuka mata
dan minda saya untuk merasa bangga akan keunggulan seni bina dan
perkembangan seni bina yang berlaku di Tamadun Rom.

JADUAL KERJA:

BIL. HARI DAN TARIKH PERKARA

1. AHAD (16/1/2022) Taklimat diberikan untuk mendapat
penjelasan tentang kajian kes daripada guru
2. ISNIN (17/1/2022) mata pelajaran Sejarah, Hj Mohd Noor
Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan
3. SELASA (18/1/2022) tajuk tugasan melalui internet dan buku teks
4. RABU (19/1/2022) untuk mendapatkan bahan penulisan.
Membuat laporan mengikut arahan dan
format yang telah ditetapkan.
Mengemaskini tugasan,membuat semakan
akhir dan menghantar tugasan.

KAEDAH KAJIAN:

1. Kaedah Penyelidikan Internet

Untuk menjalankan kajian ini, saya telah melayari laman web untuk
mendapatkan maklumat berkaitan. Antara lama web yang saya
layari ialah http://sejarah2us.blogspot.com/2012/05/tamadun-
rom.html
Melalui kaedah ini, saya telah mengetahui banyak maklumat
berkenaan tajuk kajian saya.

2. Kaedah Buku Ilmiah

Saya juga telah menggunakan buku ilmiah iaitu melakukan rujukan
berdasarkan buku teks Sejarah KSSM Tingkatan 1 untuk
mendapatkan maklumat berkenaan kajian saya.

3. Kaedah Temu Bual

Temu bual bersama guru subjek Sejarah iaitu Haji Mohd Noor.
Tujuan saya membuat sesi temubual bersama guru saya adalah
kerana beliau lebih arif dalam pengetahuan sejarah dan dapat
membantu saya melaksanakan kajian kes ini dengan informasi atau
maklumat yang dikongsi dengan lebih lanjut.

PENGENALAN:

Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran
dengan Sungai Tiber,di Lembah Latium.Lembah ini didiami oleh masyarakat
Latin.Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753S.m.,lembah ini telah
berkembang dan menjadi penting.Pada abad kedua Masihi,pemerintahan Rom
telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.Majlis perbandaran
tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat
di Rom.Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan
dan keselesaan hidup di bandar.Pembinaan bandarnya adalah terancang
dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air,sistem pemanas,rumah
ibadat,teater,sarkas,tempat berdialog(forum),rumah mandi awam dan istana.

SOALAN KAJIAN:

SOALAN 1:

Mengkaji perkembangan seni bina yang ada dalam Tamadun Rom.

Faktor kemajuan seni bina Tamadun Rom adalah disebabkan beberapa
faktor. Antaranya ialah:

• kepakaran
• pendidikan
• dasar pemerintahan
• kewangan
• teknologi
• sumber alam dan buruh

Seni bina Rom merupakan gabungan antara teknik seni bina yang
diwarisi sejak zaman Yunani dengan inovasi yang dilakukan oleh orang
Rom dengan menggunakan bahan binaan baharu serta reka bentuk yang
kreatif. Gabungan ini membolehkan bangunan dan binaan dalam
Tamadun Rom mempunyai ciri-ciri tersendiri yang kekal sehingga kini.

SOALAN 2:

Menjelaskan ciri-ciri seni bina Tamadun Rom.

Antara ciri-ciri seni bina Tamadun Rom adalah:

• Penggunaan siling
• Tiang gaya Yunani
• Penggunaan Marmar
• Saiz binaan yang besar
• Kubah berbentuk bulat
• Batu dilepa dengan simen
• Hiasan dalaman yang menarik bumbung melengkung

Seni bina Rom yang kekal hingga hari ini ialah Colesseum, Pantheon,
amfiteater, akueduk, jalan raya, tempom pertahanan dan tempat mandi
awam.

COLESSEUM

• Tempat mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar seperti acara
gladiator • Binaan ini dimulakan oleh Raja Vespian pada 72 M dan siap pada 80 M
semasa pemerintahan anaknya Titus • Ciri-ciri colosseum: Tinggi mencapai 50 Meter,
Lebar 156 Meter dan luas keseluruhan 2. 5 Hektar Luas kawasan arena 85 m X 54 m
yang mampu memuatkan kira-kira 50 000 orang Terdapat 80 pintu masuk dan tempat
duduk dibina bertingkat-tingkat

PANTHEON

• Binaan Kubah terbesar sebagai a) Dipengaruhi seni bina Yunani, di bahagian hadapan
tempat penyembahan dewa mempunyai tiang yang kukuh dewi masyarat Rom •
Dibina pada 27 M oleh Marcus Visanius Agrippa namun musnah terbakar pada tahun
80 M. b) Kubah besar diameter 43 meter c) Dinding dibina daripada batu-batu yang
dilepa dengan simen. Simen diperbuat daripada campuran air, kapur dan abu gunung
berapi yang dikenali sebagai Pazzolana • Maharaja Hadrian bina semula d) Puncaknya
mempunyai ruang terbuka yang dikenali sebagai Oculus berukuran 13 meter lebar
bagi pada 125 M • Ciri-ciri pantheon: membolehkan cahaya masuk menyinari ruang
dalam pantheon.

AMFITEATER

• Merupakan colosseum mini atau gelanggang terbuka yang digunakan untuk
membuat persembahan sebni dan acara gladiator • Membuktikan cara hidup
masyarakat yang meminati aktiviti luar rumah • Terdapat 230 amfiteater dalam
Tamadun Rom. Antara yang terkenal: El Djem, Tunisia 16 000 orang Arles, Perancis 20
000 orang • Ciri-ciri amfiteater Berbentuk lingkaran Mempunyai pelbagai saiz Jumlah
kapasiti penonton berbeza.

AKUEDUK

• Akueduk berfungsi membekalkan air ke Tempat mandi Awam Rumah
kediaman sekitar bandar dalam empayar Rom Binaan utama seperti
Colosseum semasa diadakan acara gladiator • Perkembangan Akueduk:
Akueduk yang pertama dibina pada 312 SM di Aqua Appia sepanjang 16 km
Marcus Visanius Agrippa merupakan jurutera yang membina Aqua Virgo pada
19 SM Akueduk yang terkenal ialah Pont du Gard di Perancis yang mempunyai
3 tingkat • Dibina berdasarkan kajian mendalam terhadap mutu sumber air,
aliran air dan lokasi

TEMBOK PERTAHANAN

1. Bermula pada tahun 100 M 2. Menggunakan batu yang disusun memanjang
Melindungi daripada 3. Terdapat kubu kecil dan jarak sebatu (1. 6 km) serangan musuh
setiap satu yang dikenali sebagai Milecastel untuk menempatkan tentera yang
mengawal Menjadi sempadan atau tembok tersebut pemisah antara kawasan 4.
Tembok yang terkenal adalah Tembok Rom dan bukan Rom Hadrian dibina oleh
Maharaja Hadrian pada 122 M sepanjang 117 meter dan tinggi 5 meter.

JALAN RAYA ROM

• Dibina pada 500 SM bertujuan untuk a) Menghubungkan bandar-bandar utama b)
Memudahkan pergerakan tentera c) Menjadi sistem pengangkutan utama CIRI-CIRI
JALAN RAYA ROM Dibina secara berlapis-lapis Menggunakan batu besar, batu kecil
dan batu kerikil Tahan dan kuat untuk menahan beban dan pergerakan pasukan
tentera Tebal 4 kaki (1. 3 m) dan lebar 20 kaki (6. 7 m) Terdapat batu tanda bagi
menunujukkan jarak satu kawasan dengan kawasan yang lain Ditepi jalan terdapat
longkang untuk mengalirkan air agar tidak bertakung di atas jalan.

TEMPAT MANDI AWAM

• Orang Rom percaya mandi melanbangkan kehidupan bertamadun yang
penting untuk kebersihan dan kesihatan • Tempat mandi awam yang
terkenal di Caracalla dibina oleh Maharaia Caracalla pada abad ke-3 M
dan boleh memuatkan 1500 orang • Ciri-ciri tempat mandi awam: a)
Boleh digunakan oleh setiap orang b) Dikenakan bayaran tertentu c)
Dilengkapi tandas, ruang mandi, ruang mengurut, perpustakaan, bilik
berehat dan bilik bersenam d) Ruang mandi terbahagi kepada mandi air
panas, mandi air sejuk, mandi suam dan mandi wap.

SOALAN 3:
Menghuraikan kepentingan seni bina kepada Tamadun Rom.
Peningkatan dalam seni bina menunjukkan kemampuan dan kebolehan
orang Rom menghasilkan binaan yang menonjolkan kebijaksanaan
mereka. Binaan-binaan ini juga menunjukkan kebesaran dan keagungan
Tamadun Rom.

SOALAN 4:

Nyatakan langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah kita.

❑ Kerajaan perlu mendapatkan lebih banyak pengiktirafan daripada
badan dunia untuk mewartakan bangunan-bangunan bersejarah
sebagai Warisan Dunia.

❑ Kerajaan perlu mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah
walaupun tempat tersebut mempunyai nilai komersial untuk
pembangunan.

❑ Kerajaan perlu mengekalkan tajuk mengenai bangunan-bangunan
bersejarah Malaysia dalam buku teks untuk menjadi rujukan
kepada murid-murid sekolah.

❑ Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu
menjaga struktur binaan bangunan-bangunan bersejarah supaya
keunikan seni binaannya dapat dikekalkan.

❑ Kerajaan perlu mengadakan pelbagai program untuk memelihara
dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia
kepada masyarakat.

❑ Media massa sama ada media cetak dan media elektronik perlu
membuat dokumentari mengenai bangunan-bangunan bersejarah
sebagai tatapan generasi akan datang.

RUMUSAN:

Sepanjang melaksanakan kajian kes ini, saya dapat memperoleh pelbagai
pengetahuan dan mendalami sejarah Tamadun Rom. Perkembangan seni bina
yang hebat berlaku dalam tamadun ini. Faktor keunggulan seni bina yang kekal
lama, tahan dan kuat. Antara binaan seni bina yang mengagumkan ialah
Colesseum, Pantheon, amfiteater, akueduk, jalan raya, tempom pertahanan dan
tempat mandi awam.

Kesimpulannya, Tamadun Rom telah menunjukkan tahap peningkatan yang
begitu tinggi mutunya sama ada dari sudut gagasan mahupun binaan fizikal.
Ciptaan ini sebahagiannya bukan sahaja dapat dilihat tetapi juga menjadi
inspirasi kepada perkembangan seni bina pada hari ini.

RUJUKAN:

-Buku Teks;
Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohd Dali (2019), Buku Teks Sejarah
Tingkatan 1 KSSM, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
-Sumber Internet;
https://ms.wikipedia.org/wiki/Rom
http://tamadunrom.blogspot.com/
http://sejarah2us.blogspot.com/2012/05/tamadun-rom.html
https://slidetodoc.com/bab-6-peningkatan-tamadun-yunani-dan-rom-
standard/


Click to View FlipBook Version