1
2 ISI KANDUNGAN Bahagian 1 - Dirgahayu Tuanku 23 Bahagian 2 - Personaliti Utama RSD 35 Bahagian 3 - Pengukuhan dan Transformasi RSD 65 Bahagian 4 - Transformasi Sistem dan Peralatan Komunikasi 77 Bahagian 5 - Operasi Dalam Negara (Op PENAWAR dan Op BENTENG) 85 Bahagian 6 - Aktiviti Pasukan - Pasukan RSD 89 Bahagian 7 - Kecemerlangan dan Pengiktirafan 207 Bahagian 8 - Penugasan Kursus Dalam dan Luar Negara 217 Bahagian 9 - Penglibatan Misi dan Operasi di Luar Negara 223 Bahagian 10 - Tumpangan Pegawai RSD di Rakan Industri 243 Bahagian 11 - Hal Ehwal Wanita RSD 245 Bahagian 12 - Aktiviti KIPSEM/BAKAT RSD 251 Bahagian 13 - Persatuan Veteran RSD 255 Bahagian 14 - Pegawai - Pegawai Kanan RSD yang Bersara 259 Bahagian 15 - Belasungkawa 26
3 SAMB Bahagian 1 - Dirgahayu Tuanku 23 Bahagian 2 - Personaliti Utama RSD 35 Bahagian 3 - Pengukuhan dan Transformasi RSD 65 Bahagian 4 - Transformasi Sistem dan Peralatan Komunikasi 77 Bahagian 5 - Operasi Dalam Negara (Op PENAWAR dan Op BENTENG) 85 Bahagian 6 - Aktiviti Pasukan - Pasukan RSD 89 Bahagian 7 - Kecemerlangan dan Pengiktirafan 207 Bahagian 8 - Penugasan Kursus Dalam dan Luar Negara 217 Bahagian 9 - Penglibatan Misi dan Operasi di Luar Negara 223 Bahagian 10 - Tumpangan Pegawai RSD di Rakan Industri 243 Bahagian 11 - Hal Ehwal Wanita RSD 245 Bahagian 12 - Aktiviti KIPSEM/BAKAT RSD 251 Bahagian 13 - Persatuan Veteran RSD 255 Bahagian 14 - Pegawai - Pegawai Kanan RSD yang Bersara 259 Bahagian 15 - Belasungkawa 26
4 VISI MISI Menjadi Rejimen Semboyan Diraja yang unggul dan cemerlang dengan melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara profesional bagi mendukung Visi TD dan ATM Merancang, menyedia, mengendali dan menyelenggara keperluan komunikasi TD
5 PRAKATA Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kita kekuatan dan petunjuk untuk menghasilkan Buku Imbasan Rejimen Semboyan Diraja (RSD) Tahun 2015 hingga 2020. Tanpa izinNya kita tidak akan dapat menghasilkan Buku Imbasan Rejimen Semboyan ini dengan jayanya. Buku Imbasan Rejimen Semboyan ini diterbitkan bertujuan untuk mengimbau kembali perkembangan dan peristiwa - peristiwa penting sepanjang tempoh 5 tahun. Buku ini merakamkan sebahagian daripada perkembangan teknologi dan informasi, penstrukturan RSD serta aktiviti - aktiviti yang berlaku sepanjang tempoh tersebut melibatkan Dirgahayu Tuanku, Personaliti RSD, Pengukuhan dan Transformasi RSD, Transformasi Sistem dan Peralatan Komunikasi, aktiviti semasa Tugas Operasi Dalam dan Luar Negara, aktiviti Pasukan - Pasukan RSD, Tumpangan Pegawai RSD di Rakan Industri, Hal Ehwal Wanita RSD, aktiviti KIPSEM dan BAKAT Pasukan, VETERAN RSD serta Jasamu Dikenang dan Belasungkawa bagi pegawai dan anggota yang telah meninggal dunia. Pasukan 96 Rejimen Semboyan Tentera Darat (96 RSTD) telah diberi penghormatan untuk menghasilkan Buku Imbasan Rejimen Semboyan Diraja Tahun 2015 hingga 2020. Ucapan terima kasih kepada pasukan - pasukan RSD yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung memberi kerjasama dalam penyediaan bahan - bahan bagi merealisasikan penerbitan buku ini. Harapan kami semoga intipati dan coretan yang dipaparkan dalam Buku Imbasan Rejimen Semboyan Diraja Tahun 2015 hingga 2020 ini dapat memberikan manfaat dan faedah kepada semua pembaca. ‘Pantas dan Pasti’
6 KATA ALU-ALUAN KETUA PEGAWAI SEMBOYAN
7 BAB 1 ADAT RESAM
8 EVOLUSI LAMBANG RSD 1949 1955 1966 1992 hingga Sekarang 1980
9 LAMBANG DAN COGAN KATA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA Burung Camar Laut sebagai penghantar utusan dan bumi memberi pengertian komunikasi ke seluruh dunia. Bulatan yang tertera dengan perkataan ‘Rejimen Semboyan Diraja’ melambangkan jasa dan kecemerlangan hingga dianugerahkan gelaran ‘Diraja’. Cogan Kata ‘Pantas Dan Pasti’ memberi pengertian keberkesanan dan kecekapan untuk menyedia komunikasi yang diperlukan pada sebilang masa. Bulatan dan ‘Scroll’ yang menjunjung mahkota melambangkan ‘Diraja’ dan mahkota bucu lima ini adalah mahkota Rejimen Askar Melayu Diraja yang telah melahirkan pasukan Semboyan. Kuatkuasa penukaran lambang termasuk lambang untuk Lencana Kolar dan bendera pasukan Semboyan telah diluluskan pada 6 Jun 92 sejajar dengan penganugerahan gelaran Diraja.
10 BENDERA RSD Bendera Rejimen Semboyan Diraja telah ditukar kepada bendera baru berikutan dengan penukaran lambang Rejimen Semboyan Diraja termasuk lambang untuk Lencana Kolar pada 6 Jun 1992 sejajar dengan Penganugerahan Gelaran Diraja. Bendera tersebut mempunyai lambang Rejimen yang baru ditengah - tengahnya dengan warna emas pada mahkota, bulatan dan scroll serta warna perak pada Burung Camar dan bumi. Warna Kor dikekalkan, yang terdiri dari warna biru muda, kuning, biru tua, merah dan hijau. Saiz bendera tersebut adalah 180 cm panjang dan 92 cm lebar. Warna Kor Rejimen Semboyan Diraja disusun dari atas ke bawah terdiri dari biru muda, biru tua dan hijau yang melambangkan Rejimen Semboyan Diraja mengadakan bantuan komunikasi untuk Tentera Udara, Laut dan Darat. Antara warna biru muda dan biru tua terdapat warna kuning, dan antara warna biru tua dan hijau terdapat warna merah. Warna kuning dan merah ini menunjukkan bahawa Rejimen Semboyan Diraja adalah berasal dari Askar Melayu Diraja
11 LAGU RSD
12 RAGAAN UTAMA Ragaan Utama Rejimen Semboyan Diraja ialah replika Burung Camar yang merupakan lambang rasmi Rejimen Semboyan Diraja. Burung ini dijadikan lambang rasmi kerana burung camar merupakan burung yang digunakan untuk menghantar utusan berita Raja Melayu pada zaman dahulu kala. Replika Burung Camar membawa pengertian bahawa Rejimen Semboyan ini merupakan penghubung antara pasukan - pasukan Tentera Darat dan ATM, sementara Replika Camar yang memijak bumi ini bererti peranan dan tugas yang dikendalikan oleh Rejimen Semboyan Diraja iaitu perhubungan yang meliputi ke seluruh dunia. Pengertian tentang Burung Camar Sayap Sentiasa Terbuka melambangkan bahawa Rejimen Semboyan Diraja sentiasa bersiap sedia pada sebilang masa untuk melaksanakan tugas perhubungan komunikasi dengan cogan kata Rejimen Semboyan Diraja iaitu Pantas dan Pasti PANDANGAN HADAPAN PANDANGAN SISI
13 HARI ULANG TAHUN KOR Rejimen Semboyan Diraja menyambut Hari Ulang tahun pada tanggal 15 November setiap tahun. Hari Ulang Tahun ini disambut dengan meriah di seluruh negara. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Perbarisan HUT, Majlis Makan Malam Rejimental Pegawai dan Bintara, Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil, Acara Keagamaan Hindu dan Buddha, Program Derma Darah dan Pertandingan Bola Sepak.
14 KOR ‘HOME’ Rejimen Semboyan Diraja mempunyai Kor `Home’ yang tersendiri iaitu di Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat, Kem Sungai Besi. Di sinilah tertumpunya segala aktiviti Kor seperti sambutan-sambutan Hari Ulang Tahun dan sebagainya.
15 MONUMEN RSD Monumen RSD Alaf 1000 terletak di hadapan Cawangan Latih, Institut Komunikasi Dan Elektronik Tentera Darat, Kem Sungai Besi merupakan monumen ini adalah untuk memperingati perkembangan Rejimen Semboyan Diraja di sepanjang alaf 1000. Monumen ini telah dirasmikan pada 15 Nov 2000 bersamaan 18 Syaaban 1412H oleh YBhg Brigadier Jeneral Dato’ Saifuddin bin Hj Abdul Ghani yang pada masa itu merupakan Pengerusi Kor RSD. Rekabentuk monumen RSD ini adalah berbentuk pentagon dengan mempunyai 5 sisi permukaan dan bahagian atas monumen ini, terdapat perubahan lambang-lambang Kor RSD yang pernah digunakan semenjak Nov 1955 sehingga Jun 1992.
16 WISMA PERWIRA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA Wisma Perwira di Jalan Ampang Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai Wisma Perwira Rejimen Semboyan Diraja mulai 19 September 1994. Sebelum itu Wisma Perwira ini adalah kepunyaan 91 Rejimen Semboyan Diraja yang dahulunya dikenali sebagai 91 Rejimen Semboyan PT. Wisma Perwira Rejimen Semboyan yang pada asalnya terletak di Haigate dan kemudiannya berpindah ke Wisma Perwira Rejimen Semboyan Diraja, Jalan Ampang hingga sekarang.
17 WISMA BINTARA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA Wisma Bintara RSD bermula dengan penubuhan Armed Forces Signals Regiment pada tahun 1962 di Kem Imphal, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan pasukan 91 RSD pada 15 September 1972, segala pentadbiran dan pengurusan wisma telah diletakkan di bawah rejimen tersebut dengan menggunakan perjawatan pasukan. Pada 17 Julai 1982, 93 RSD telah ditubuhkan di Kem Imphal dan segala pentadbiran dan pengurusan Wisma Bintara RSD telah diambil alih sepenuhnya oleh pasukan ini. Pada tahun 1994, Wisma Bintara RSD telah berpindah ke IKED, Kem Perdana Sg Besi. Ianya telah dirasmikan oleh DYMM Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, iaitu Tuanku Naqiyuddin Ibni Tuanku Jaafar Al Haj.
18 KELAB KOPERAL REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA Kelab Koperal telah ditubuhkan dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Semboyan yang ke-14 pada 13 Januari 2017. Kelab ini terletak di Bangunan Bilik Bujang IKED. Kelab Koperal RSD diwujudkan bagi memupuk semangat setiakawan atau ‘Espirit de Corps’ serta rasa kekitaan di kalangan ahli-ahli melalui aktiviti dan amalan adat resam ketenteraan.
19 MUZIUM RSD Muzium Rejimen Semboyan Diraja telah ditubuhkan secara di Cawangan Kejuruteraan, IKED. Ruangan tersebut telah diubahsuai dari sebuah bilik darjah. Bilik tersebut berukuran 24 kaki x 40 kaki dengan keluasan keseluruhan 960 kaki persegi. Ianya telah dirasmikan pada 13 Okt 1997 oleh Brig Jen Dato’ Kamarul Ariffin bin Hj Othman iaitu Ketua Pegawai Semboyan pada ketika itu. IKED telah dipertanggungjawabkan di dalam pembangunan, pengendalian dan senggaraan Muzium Rejimen Semboyan Diraja sepenuhnya.
20 JAWATANKUASA KOR RSD Jawatankuasa Rejimen Semboyan Diraja adalah jawatankuasa yang tertinggi di dalam Rejimen Semboyan Diraja. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengerusi Kor RSD yang dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan RSD, Pengerusi Persatuan Veteran RSD, wakil bangsa dan SMR Kor.
21 PERKAHWINAN PEGAWAI Tradisi bagi pegawai-pegawai Rejimen Semboyan Diraja yang ingin berkahwin dikehendaki memohon kebenaran daripada Ketua Pegawai Semboyan. Pada kebiasaannya permohonan tersebut diluluskan dan pemohon akan diberikan nasihat berkenaan asam garam melayari bahtera rumah tangga. Cenderamata berupa pinggan mangkuk daripada pegawai-pegawai Rejimen Semboyan Diraja yang disumbangkan melalui Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) akan diberi kepada pengantin pada hari perkahwinan. Wakil pegawai dari Jab RSD atau wakil dari pasukan akan menyampaikan cenderamata tersebut.
22 KHAIRAT KEMATIAN Pegawai dan anggota Rejimen Semboyan Diraja meninggal dunia akan menerima surat ucapan takziah daripada KPS dihantar kepada waris yang meninggal. Bantuan khairat kematian yang kadarnya ditetapkan oleh Jawatankuasa Kor juga turut diberikan.
23 LENCANA KEPAKARAN RSD KEJURUTERAAN TELEKOMUNIKASI Lencana Kejuruteraan Komunikasi merupakan lencana kepakaran yang dipakai oleh Pegawaipegawai Rejimen Semboyan Diraja yang telah lulus Kursus Kejuruteraan Telekomunikasi Rejimen Semboyan. Lencana jenis logam ini telah diluluskan Jawatankuasa Pakaian Tentera Darat pada tahun 1999. Lencana yang berbentuk bulat diperbuat dari tembaga dan disadur dengan warna emas. Mempunyai perkataan ‘ te’ yang bermaksud ‘telecommunication enginering’ yang mempunyai empat orbit satelit dan komunikasi ke seluruh pelusuk dunia sepanjang masa serta empat ikatan
24 Lencana Yeoman Semboyan adalah merupakan lencana kepakaran yang dipakai oleh anggota-anggota Rejimen Semboyan Diraja yang telah lulus Kursus Yeoman Semboyan. Lencana ini mula diperkenalkan untuk pemakaian pada tahun 1993. Lencana ini mempunyai perkataan ‘Yeoman Semboyan’ dengan menggunakan bentuk dua petir sebagai logo asas. Lencana ini berlatar belakang dua warna iaitu warna putih bahagian atas dan warna biru di bahagian bawah. YEOMAN SEMBOYAN
25 Lencana Foreman semboyan adalah merupakan lencana kepakaran yang dipakai oleh anggota-anggota Rejimen Semboyan Diraja yang telah lulus Kursus Foreman Semboyan. Lencana ini mula diperkenalkan untuk pemakaian pada tahun 1993. Lencana ini berbentuk bulat dan diperbuat daripada tembaga bersadur warna emas. Lencana ini mempunyai perkataan ‘Foreman Semboyan’ dengan menggunakan bentuk molekul dan atom sebagai logo asas. Lencana ini berlatar belakang dua warna iaitu warna putih di bahagian atas dan warna biru di bahagian bawah. FOREMAN SEMBOYAN
26
27 BAB 2 REJIMENTAL
28 Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada 3 Pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat didirikan sempena Hari Keputeraan DYMM Kol YDP RSD iaitu pada 14 Januari bertempat di Padang Awam Seri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Kawalan Kehormatan Utama tersebut adalah dari pasukan 71 Rejimen Semboyan Diraja Pemerintahan Medan Barat yang merupakan satu-satunya pasukan RSD yang mempunyai panji-panji. KKU SEMPENA HARI KEPUTERAAN KOL YDP RSD
29 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Kol YDP RSD. Lazimnya, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan bersama DYMM Kol YDP RSD pada setiap tahun setelah mendapat perkenan oleh Tuanku. Antara aktiviti - aktiviti yang melibatkan keberangkatan DYMM Kol YDP RSD adalah seperti berikut: Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Almarhum YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al Amin Ibni Tuanku Muhriz. AKTIVITI BERSAMA DYMM KOL YDP RSD
30 Acara Menembak Novelti RSD bersama DYMM Kol YDP RSD.
31 Perlawanan Skuasy Persahabatan Tim DYMM Kol YDP RSD vs Tim Pengerusi Kor RSD.
32 Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Kol YDP RSD.
33 Kejohanan Golf Sumbangsih atau Golf Signals Masters.
34 Majlis Santapan Malam Bersama DYMM Kol YDP RSD.
35 Rejimen Semboyan Diraja menyambut Hari Ulang Tahun pada 15 Nov setiap tahun. Aktiviti Sambutan HUT RSD adalah merangkumi aktiviti rejimental, sukan, sosial dan keagamaan. Aktiviti tersebut merupakan acara tradisi yang dianjurkan dengan matlamat mengukuhkan kesatuan warga Rejimen Semboyan Diraja. Tidak dilupakan juga penglibatan Persatuan Veteran RSD semasa sambutan dilaksanakan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut: SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil.
36 Acara Keagamaan Hindu, Buddha, Kristian.
37 Perbarisan Hari Ulang Tahun RSD.
38 Majlis Makan Malam Rejimental Wisma Perwira dan Wisma Bintara.
39 Perlawanan Bola Sepak.
40 Acara Fun Run.
41 Acara Berbasikal.
42 Pertandingan Golf.
43 Pertandingan Bowling.
44 Program Derma Darah.
45 Program Jiwa Murni.
46 Perbarisan Penghargaan Pegawai Kanan RSD. Pegawai Kanan berpangkat Brigedier Jeneral ke atas akan diberi penghormatan semasa persaraan melalui Perbarisan Penghargaan dan Majlis Makan Malam Rejimental Penghargaan khas buat Pegawai Kanan tersebut. Acara perbarisan lazimnya diadakan di Padang Kawad Cwg Rejimental, IKED manakala Majlis Makan Malam Rejimental Penghargaan diadakan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sg Besi. Sebagai penghargaan, satu buku memoir akan dihadiahkan kepada Pegawai Kanan tersebut sempena persaraan. Gambar Pegawai Kanan tersebut juga akan diabadikan di Wisma Perwira Rejimen Semboyan Diraja.
47
48 Majlis Keraian Bagi Pegawai Dan Pegawai Tidak Tauliah Kanan Majlis akan diadakan setiap kali berlakunya kemasukan anggota RSD baru dan juga perpisahan anggota di dalam Kor RSD seperti berikut: a. Dining In. Pegawai-pegawai baru yang ditauliahkan akan diperkenalkan kepada semua pegawai RSD dan kebiasaannya dilakukan di Wisma Perwira RSD. Majlis diadakan bagi memberikan ruang kepada Pegawai Muda untuk memperkenalkan diri di samping membuatkan mereka berasa diterima di dalam Rejimen Semboyan Diraja. Sebagai simbolik, Pegawai Muda juga akan menyumbangkan sesuatu kepada Wisma Perwira Rejimen Semboyan Diraja.
49 b. Dining Out. Majlis ini diadakan bagi meraikan perpisahan dan sebagai mengenang jasa-jasanya pegawai dan lain-lain pangkat semasa zaman perkhidmatan mereka. Majlis ini biasanya akan dilaksanakan semasa Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Semboyan Diraja yang dianjurkan oleh Wisma Perwira dan Wisma Bintara. Sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan kepada Rejimen Semboyan Diraja, pegawai yang bersara akan diperuntukan cenderahati berbentuk pewter manakala bagi bintara diperuntukan cenderahati berbentuk plaka.
50 BAB 3 SEJARAH