HIKAYAT HANG
TUAH
(BAB XIX)
DISEDIAKAN NPARMOABSS&ASKM3O
1DE7LK3AURYSUUS:
OLEH:
NAMA
KUMPULAN 11 MADY
P ROF. PENSYARAH:
Z A DR. NORAZIM A H
AKARIA
KUMPULAN A
ISI KANDUNGAN
1. PENULIS MS
2. PENGHARGAAN 3
3. PENGENALAN 4
4. LATAR BELAKANG 5
5. SINOPSIS 6
6. MESEJ YANG INGIN 8
DISAMPAIKAN 10
7. NILAI 12
8. PANDANGAN
14
HIDUP
9. GAYA BAHASA 17
10. KESIMPULAN 19
PENULIS
NORSYAFIKA BINTI TUAH FATIN HAZWANI BINTI AHMAD DARICHI
(D20211098518) (D20211098522)
MUHAMMAD FAKHRURAZI BIN MUHAMMAD NASRUL AMIN BIN
MOHAMMED NOOR MD NIZAM
(D20192090930)
(D20191089577)
PENGHARGAAN
TERIMA KASIH KEPADA PROF.
MADYA DR. NORAZIMAH BINTI
ZAKARIA KERANA MEMBERI
BIMBINGAN KEPADA PARA
PENULIS DAN KEPADA
SESIAPA SAHAJA YANG
TERLIBAT SECARA LANGSUNG
MAHUPUN TIDAK LANGSUNG
DALAM MENJAYAKAN
TUGASAN INI
PENGENALAN
Hikayat Hang Tuah (HHT) Laksamana Hang Tuah ialah
merupakan terbitan Dewan seorang pahlawan legenda
Bahasa dan Pustaka Kuala berbangsa Melayu pada masa
Lumpur yang dikendalikan pemerintahan Kesultanan Melaka
oleh Kassim Ahmad. HHT pada abad ke-15. Kesultanan
sebuah karya epik yang Melayu Melaka sebenarnya
berbentuk prosa yang bermula pada tahun 1400 sehingga
mengandungi lebih daripada 1511.
500 halaman dengan lebih
kurang 164,000 patah Menurut rekod sejarah, Laksamana
perkataan. Hang Tuah dilahirkan di Kampung
Sungai Duyong, Melaka iaitu pada
HHT ini telah dihasilkan pada tahun 1444. Bapanya bernama Hang
akhir kurun ke-17. Mahmud manakala ibunya pula
ialah Dang Merdu Wati. Bapanya
Karya ini juga disebut juga pernah menjadi hulubalang
Valentijin Kitab Hantoewa istana yang handal suatu ketika
menurut François Valentijin duhulu manakala ibunya pula
dalam karyanya Oud en Nieuw merupakan keturunan dayang di
Oost-Indien (1728). istana.
Tambahnya lagi, karya ini Hang Tuah ialah Laksamana yang
biasanya dinamakan oleh terkenal dengan kesetiaannya
Sarjana Melayu Sularas- kepada Raja dan merupakan
Salatin, iaitu Sultan-Sultan petarung silat yang amat handal
Melaka. dan tiada tolok bandingnya.
Latar
Belakang
Penulis
Kasim Ahmad terkenal bukan sahaja sebagai
ahli politik, malah juga sebagai ahli pemikir,
dan sasterawan dan penulis terkenal di
Malaysia
Lahir di sebuah kampung
pedalaman di Kedah
Memasuki Universiti Malaya pada tahun 50-
an dan setrusnya mengajar di School of
Oriental and African Studies, Universiti
London 1962-66
Menghasilkan banyak artikel dan buku.
Buku: Hang Tuah sendiri, Plato, Dialog Dengan
Sasterawan, Polemik Sastera Islam, Hadis: Jawapan
Kepada Pengkritik, Di Mana Tangkai Nyawamu?, Hadis:
Satu Penilaian Semula, Teori Sosial Moden Islam,
Kemarau Di Lembah, Dilema Umat Islam Antara Hadis
dan Quran, Kontreversi Hukum Hudud, Quo Vadis
SINOPSIS
Laksamana Tun Tuah dihantar ke Benua Keling.
Di sana Hang Tuah memperlihatkan
kebijaksanaannya dengan mengubati isteri Nala
Sang Guna yang mandul. Laksamana Hang Tuah
juga berjaya menunggang kuda tezi di hadapan
Kisna, Raja Keling.
Selain itu, Laksamana Tun Tuah juga menolong
Nala Sang Guna menyiapkan jamuan sedangkan
kayu api tidak dibenarkan dijual kepada Nala
Sang Guna. Laksamana Tun Tuah juga
memperlihatkan kehandalannya bermain pedang
dan perisai dengan mengalahkan pendekar
Keling
Dari Benua Keling, Laksamana Tun Tuah terus
ke Benua China untuk menyampaikan utusan
Raja Benua Keling. Di negeri China, Laksamana
Tun Tuah juga memperlihatkan berbagai-bagai
kebolehannya. Dia telah berjaya melihat wajah
Raja China yang tidak boleh dilihat sesiapa pun.
Di pertengahan perjalanan pulang ke Benua
Keling, Laksamana Tun Tuah berjaya
menewaskan angkatan Feringgi
Mesej yang Ingin
Disampaikan
Kepentingan Menguasai Ba
hasa
Asing
Mempunyai kebolehan berbahasa. Beliau pandai
bertutur dalam bahasa Nagaram (hlm 52). Ketika
mengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling- Bijaya
Nagaram), beliau telah bercakap menggunakan
bahasa Nagaram. Beliau telah mempelajari
bahasa tersebut daripada seorang lebai.
Kemampuan beliau ini adalah salah satu ciri
penting seorang tokoh epik iaitu bijak menguasai
ilmu berbahasa di dunia
Kepentingan Berfikiran Kritis
Mampu menyelesaikan masalah dengan kebolehan
akal fikirannya. Apabila hendak memasak untuk
jamuan diraja, terdapat masalah ketiadaan kayu
untuk memasak. Hang Tuah telah berjaya
menyelesaikan masalah ketiadaan kayu dengan
menjadikan kain sebagai bahan api. Kebijaksanaan
Hang Tuah ini adalah salah satu bukti beliau layak
digelar wira.
Kebijaksanaan dalam Menangani Konflik
Mampu memperdaya dan melihat Maharaja China. Ketika
rombongan Hang Tuah ke negeri China hendak dijamu makan,
beliau telah menyatakan bahawa orang Keling makan sayur, daun
kayu dan buah kayu. Sayur yang hendak dimakan itu pula tidak
dikerat dan dibiarkan panjang-panjang. Ketika makan, Hang Tuah
telah mendongakkan kepala ketika makan sayur kangkung yang
tidak dikerat itu. Pada masa itulah beliau dapat melihat Raja
China yang duduk dalam mulut naga emas bersisik. Tatkala
Laksamana memandang ke atas, HangTuah hendak dipenggal oleh
hulubalang Raja China. Namun Raja China telah menghalang
tindakan rakyatnya kerana Hang Tuah sebenarnya telah bertindak
bijaksana.
Penguasaan Bidang Ilmu yang
Pelbagai
Mampu mengubati isteri Nala Sang Guna yang
mandul atau tidak mampu meahirkan anak. Tindakan
beliau ini adalah diatas permintaan Nala Sang
Guna sendiri. Hang Tuah telah membuat satu ubat
yang rupanya seperti madat. Setelah siap, ubat
berkenaan telah diserahkan kepada Nala Sang
Guna untuk diserahkan kepada raja. Kebolehan
mengubati permaisuri raja benua Keling ini telah
menunjukkan bahawa beliau mempunyai kebolehan
yang istimewa.
Ketangkasan Berkuda
Laksamana Melayu
Tangkas menunggang kuda. Hang Tuah telah
diminta supaya menunggang kuda teji. Kuda teji
adalah salah seekor kuda Kisna Rayan yang
sukar dikendalikan. Setelah Hang Tuah belajar
menunggang kuda, beliau telah berjaya
memacu kuda tersebut dengan selamat iaitu
dengan cara tunduk dan melindungkan
kepalanya dibalik telinga kuda tersebut.
Kebolehan ini adalah salah satu bukti
keperwiraan beliau ketika berada di benua
Keling.
Kesaktian Laksamana Melayu
Mempunyai kebolehan yang luar biasa. Hang
Tuah telah menunjukkan sesuatu pertunjukan
yang dianggap permainan. Beliau telah
mengeluarkan suatu benih pokok kayu. Apabila
benih itu ditanam terus tumbuh serta berdaun
dan sesaat itu juga berbunga lalu berputik dan
berbuah masak. Beliau telah memperolehi
benih itu melalui mimpi. Apabila sudah
dimakan buahnya, dengan segera pohon itupun
ghaib. Kebolehan Hang Tuah yang luar biasa
ini merupakan satu lagi bukti bahawa beliau
layak digelar wira epik.
NILAI-NILAI
Nilai Hormat akan Orang Tua
Cth: Hang Tuah menunduk
hormat sebaik saja melihat
Nala Sang Guna dan Isterinya.
Nilai Bijaksana:
Cth: Hang Tuah Patuh bijak
menggantikan kayu api dengan
kain di celup minyak semasa
ketiadaan kayu api.
Nilai Berani:
Cth: Hang Tuah berani
menunggang kuda teji setinggi
enam hasta, laju seperti tidak
berpijak dibumi dan buas
seperti singa.
Nilai Setia Pada Raja:
Cth: Hang Tuah Patuh arahan
Raja Melaka untuk menjadi
utusan ke Benua Keling dan Cina
Nilai Rendah Diri:
Cth: Hang Tuah merendah diri
mengatakan beliau hanya tahu
bercakap bahasa Bijaya Nagaram
sedikit sahaja ketika dipuji Raja
Keling.
Pandangan hidup
HIKAYAT HANG TUAH BAB XIX
MAKNA PANDANGAN HIDUP...
HIKAYAT HANG TUAH BAB XIX
Maksud pandangan hidup secara umumnya, menurut
Mohd Rashid Hj.Md Idris, Abd Rahman Napiah. dan Seri
Lanang Hj Rohani, (2015:126) ialah satu konsep mengenai
pandangan hidup alam semesta secara keseluruhan
terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang
dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu.
Berdasarkan Hikayat Hang Tuah Bab yang terkandung
di dalam buku sastera Tingkatan 6, terdapat banyak
pandangan hidup yang boleh dijadikan panduan dan
pegangan di dalam kehidupan.
PANDANGAN HIDUP BERTERASKAN ALAM
MELAYU.
Penelitian pendekatan pengarang terhadap pandangan
hidup berteraskan Melayu dapat dilihat atau digambarkan
tentang ciri-ciri masyarakat Melayu dan konsep kemelayuan
yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah. Antara konsep-
konsep pandangan hidup yang berteraskan Melayu
melibatkan konsep sistem pentadbiran, pewarisan takhta,
kepentingan sifat budi pekerti, kehebatan dan taraf
Laksamana, pembentukan keperibadian, kedaulatan raja,
kepentingan menjaga maruah, dan pantang larang.
1) KEBIJAKSANAAN PAHLAWAN MELAYU.
Laksamana Hang Tuah sememangnya terkenal dengan
kebijaksanaannya dalam menangani pelbagai masalah dan
juga rintangan. Setiap masalah yang menimpanya, dia akan
mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Dengan itu, Hang
Tuah menjadi seorang Laksamana yang dipercayai oleh
Sultan Melaka. Kebijaksanaan Hang Tuah juga telah banyak
membantu Melaka mencapai puncak kejayaan dalam
pemerintahannya.
contoh " Laksamana Tun Tuah mendapat buah fikiran untuk
melihat wajah Maharaja Cina. Laksamana Tun Tuah
meminta tukang masak supaya memasak kangkung
tanpa memotong kangkung tersebut. Oleh itu, untuk
memakan sayur tersebut perlu mendongak dengan
cara itu Laksamana Tun Tuah telah berjaya melihat
wajah Maharaja Cina "
2) KEUPAYAAN BERBAHASA ASING
Hang Tuah yang merupakan watak utama didalam karya
tersebut mempunyai keupayaan dalam berbahasa asing.
Hang Tuah mempunyai kebolehan berbahasa. Antara Bahasa
yang dipelajari oleh Hang Tuah adalah Bahasa Nagaram.
Beliau telah mempelajari bahasa tersebut daripada seorang
lebai. Kemampuan beliau ini adalah salah satu ciri penting
seorang tokoh epik iaitu bijak menguasai ilmu berbahasa di
dunia
contoh " Beliau pandai bertutur dalam bahasa
Nagaram (hlm 52). Ketika mengadap
Kisna Rayan (Raja benua Keling- Bijaya
Nagaram), beliau telah bercakap
menggunakan bahasa Nagaram. "
GAYA BAHASA
MAKNA GAYA BAHASA
Gaya bahasa dalam kesusasteraan pula merupakan
gaya bahasa yang memiliki kesenian dan mengandungi
nilai estetik yang merupakan nilai yang mampu
membangkitkan perasaan serta mengharukan
pembaca sesebuah karya sastera. Selain itu, gaya
bahasa sastera ini juga berperanan untuk
menyampaikan maklumat serta merangsang daya
pemikiran pembaca. Penggunaan nilai estetika dalam
penulisan ini menjadikan penulisan tersebut memiliki
gaya yang tersendiri. Sebenarnya, dalam kesusasteraan
terdapat banyak jenis gaya bahasa.
JENIS GAYA CONTOH
BAHASA
GAYA BAHASA
PERTENTANGAN “Cis? Si Tuah itu hendak menunjukkan laki-
lakinya kepadaku? Tetapi Si Tuah itu bukan
padanku; padanku Raja Melaka juga. Adapun
pertikamanku yang empat ribu ini kuamuk di
dalam negeri Melaka itu sejam lamanya;
( merupakan satu gaya
bahasa yang digunakan
bertujuan untuk mencela,
atau mengkritik
seseorang )
HIPERBOLA
( Gaya bahasa yang Segala perintah dewa-dewa turun terlalu
menggunakan kata yang banyak datang dengan pakaian terlalu indah-
berlebih-lebihan yang
bertujuan untuk indah - rata terbang itu pun dengan
menekankan satu idea, perhiasannya keemasan.
pendapat, atau
pandangan )
PENGGUNAAN KATA Syahadan maka paduka ayahanda bonda pun
PANGKAL AYAT terlalu amat kasih akan anakanda baginda itu.
( Pangkal ayat yang Hatta berupa lamanya maka Tuan Puteri
menggunakan kata-kata Kemala Ratna Pelinggan pun besarlah, makin
yang indah seperti besar makin bertambah baik rupanya. Hatta
syahadan, alkisah dan
lain-lain.) beberapa raja-raja hendak meminang dia,
tiada juga diberikan oleh ayahanda bonda
baginda.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya,
penerapan Hikayat
Hang Tuah dalam
pengajaran dan Selain itu,
pembelajaran dapat terdapat banyak
teknik atau aktiviti
mengingatkan pelajar
tentang Hikayat yang boleh
digunakan dalam
tersebut yang boleh pembelajaran bagi
dijadikan sebagai melahirkan guru
pengajaran. yang lebih kreatif.
. Kesimpulannya,
Seterusnya, pengajaran berdasarkan penelitian
dan pembelajaran yang
yang telah dilakukan
menyeronokkan ini melalui tugasan ini
akan memudahkan dapatlah disimpulkan
bahawa Hikayat Hang
pelajar untuk Tuah ini merupakan
memahami, salah satu lambang
menghayati dan keagungan bangsa
mengingati hikayat
Melayu.
tersebut.