The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Left Handed, 2022-07-05 05:59:33

Seteguh Tembok

combine

ROSLI MOKHTAR

SETEGUH

Andalusia

“Pahlawan Tanger menyeberangi Gibraltar
menggegar jantung Eropah”

Rosli Mokhtar

Isi
Kandungan

Pengantar v

Bab 1 Sejarah Sepanyol 1

Bab 2 Pembukaan Bermula 11

Bab 3 Kedatangan Musa bin Nusair ke Sepanyol 17

Bab 4 Panglima Dibawa Pulang 21

Bab 5 Polemik 1, 2 dan 3 25

Bab 6 Peralihan Kuasa 33

Bab 7 Fasa Pertama Pemerintahan Gabenor 37

Bab 8 Gabenor dalam Fasa Pertama 41

Bab 9 Peperangan Balat Syuhada' 50

Bab 10 Fasa Kedua Pemerintahan Gabenor 54

Bab 11 Peristiwa Penting pada Fasa Kedua 61

Bab 12 Zaman Pemerintahan Beraja 68

Bab 13 Tanda-tanda Kejatuhan 81

Bab 14 Fasa Kedua Pemerintahan Khalifah 98

Bab 15 Hisyam al-Hakam dan Ibnu Abi Amir 103

Bab 16 Berakhirnya Kerajaan Umawi dan Amiriah 114

Bab 17 Zaman Kerajaan Wilayah 123

Bab 18 Kejatuhan Zaragosa 129

iii

Apa Kata Mereka?

Penulis berjaya menambat hati pembaca dengan menyoroti
sejarah Sepanyol yang dikenali sebagai dunia gelap sehinggalah
kemasukan pendakwah Muslim yang membawa tamadun
baru sehingga bumi Sepanyol menjadi terkenal. Kisah-kisah
masyhur tetapi tiada sumber sahih telah diberikan pencerahan
oleh penulis agar pembaca tidak mudah menerima atau
mempercayainya. Selain itu, penulisan secara ringkas tentang
susur galur para pemerintah Andalusia, zaman kegemilangan
sehingga zaman keruntuhan dapat memberikan informasi yang
sangat bermanfaat."

Ustaz Mohamed Sabir Jamaludin
Penulis buku The Challenges of Da’wah by 25 Rasul serta
Cabaran Dakwah dan Pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin

Buku ini memaparkan sejarah pemerintahan Islam di Sepanyol
atau dikenali sebagai Andalus. Penceritaan tentang kedatangan
Islam sehinggalah zaman keruntuhan kerajaan Islam Andalus
ditulis dengan baik dan menarik. Sesiapa yang membaca pasti
rasa teruja untuk mengetahui kisah-kisah umat Islam yang
berjuang dalam mempertahankan syiar Islam di Andalus.”

Dr. Norahida Mohamed
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Sebuah bacaan yang sangat menginsafkan. Penulis membawa
pembaca menelusuri bangun dan jatuhnya sebuah empayar
agung dalam sejarah Islam. Terbinanya kerajaan kerana
ketakwaan kepada Tuhan, tumbangnya kerana kecintaan kepada
dunia. Walaupun faktor luar seperti serangan musuh sudah pasti
punca utama kejatuhan, tetapi fokus penulis yang menerangkan
keretakan dalaman saf Islam sehingga tergamak bersekongkol
dengan musuh membunuh saudara seakidah merupakan
pengajaran pahit yang mesti kita pelajari. Tembok batu walau
seteguh mana tidak dapat selamatkan suatu kerajaan, jika jiwa
penduduknya rapuh tidak diikat ikatan iman."

Haziq Abd Rahim
Content Creator AJAR
Penerima Anugerah Silver Play Button YouTube

vii

Pemimpin Granada yang Agung

1 Abu Abdillah Bin al-Ahmar I (635—671H)

2 Abu Abdullah Muhammad al-Faqih II (671—701H)

3 Abu Abdillah Muhammad III (701—708H)

4 Abu al-Juyush Nasr (708 —713H)

5 Abu al-Walid Ismail I (713—725H)

6 Abu Abdillah Muhammad IV (725—733H)

7 Abu al-Hajjaj Yusuf I (733—755H)

Abu Abdillah Muhammad V (755—760H)

8 Dipecat dan dilantik semula (763-792H)

9 Abu Abdillah Bin al-Ahmar I (760—761H)
(761—763H)
Abu Abdillah VI

10 Sultan Granada terakhir di Sepanyol

viii

S ejarah
S ep anyol

Percaturan antara kebaikan dan
kejahatan ini telah menjadi
sunnah alam yang berterusan selagi
mana bulan dan matahari
masih bersinar.”

1

BAB 1 SETEGUH TEMBOK

Sejarah Sepanyol

P eninggalan monumen sejarah seperti alatan dan
penempatan seperti gua membuktikan bahawa
telah wujud kehidupan manusia di dunia ini.
Di Sepanyol yang dulunya dikenali Andalusia membuktikan
manusia telah mendiami semenanjung negara itu sejak
10, 000 tahun yang lampau.

Orang-orang Finiq atau Phoenician telah membina
penempatan mereka di bahagian pantai semenanjung
tersebut pada abad ke-9, Sebelum Masihi lagi. Mereka
sebenarnya berasal daripada penduduk yang mendiami
kawasan yang menganjur dari pantai Palestin hingga ke Syria.

Apabila orang-orang Rom menerajui kekuasaan,
mereka telah meletakkan semenanjung Sepanyol di bawah
kekuasaannya sehinggalah muncul kuasa pemerintahan
yang baharu. Orang-orang Visigoth yang berasal dari
Jerman telah menakluk semenanjung Sepanyol sewaktu
mereka memerangi dan menjatuhkan kerajaan Rom sekitar
tahun 450M.

Mereka merupakan kuasa besar Eropah selama dua
setengah abad. Orang-orang Rom menamakan semenanjung
ini dengan nama Hispania dan kemudiannya dikenali
sebagai Sepanyol.

Orang-orang Arab pula memanggil semenanjung ini
dengan nama Andalus. Nama ini diberikan kepada tanah
Sepanyol yang pernah menjadi jajahan kuasa Islam. Nama
Andalusia masih kekal sehingga hari ini sebagai sebuah
wilayah di Sepanyol. Wilayah ini merangkumi kawasan
Almeria, Granada, Jaen, Cordoba, Malaga, Sevilla, Walbah
dan Cadiz.

2

SEJARAH SEPANYOL BAB 1

Keistimewaan Sejarah Sepanyol

Menceritakan tentang sejarah Sepanyol bukan sekadar mahu
menyemarakkan perasaan atau menangisi masa silam, tetapi di
sana adanya pelajaran yang dapat dipelajari daripada kisah ini.

Apabila membincangkan sejarah Islam di Sepanyol,
bermakna kita membincangkan satu tamadun yang telah
bertapak selama 805 tahun. Dalam masa yang agak lama
ini terpampangnya sunnah Allah terhadap hambanya.
Sunnah Allah di Sepanyol jelas dapat dilihat dengan
berdirinya banyak umat dan silih bergantinya banyak dinasti
dan kerajaan.

Di sana, banyak umat yang terserlah keagungannya dan
banyak pula yang telah menulis sejarah hidup mereka dengan
tinta hitam yang akan disemadikan dalam lipatan sejarah. Di
sana, lahirnya ramai pejuang handal yang mewakafkan hidup
mereka untuk agama, bangsa, dan negara. Sepertimana di
sana juga lahirnya petualang bangsa yang menjual agama
dan negara dengan harga yang murah.

Tamadun Sepanyol telah Percaturan antara
meriwayatkan kepada kita kebaikan dan
kisah ulama yang telah kejahatan ini telah
mengorbankan hidup mereka menjadi sunnah alam
demi kebenaran. Sebagaimana yang berterusan
di sana, lahir juga mereka yang selagi mana bulan
sanggup menjual agamanya dan matahari
dengan dunia yang murah. masih bersinar."
Di sana, berlakunya sunnah
Allah pada pemimpin dan
rakyat dengan tidak mengira
pangkat dan kedudukannya.

3

BAB 1 SETEGUH TEMBOK

Orang yang memeluk Islam tidak dibenarkan untuk
memonopoli kebaikan untuk bangsa dan keluarga tertentu
sahaja. Sebaliknya, risalah Islam adalah untuk semua bangsa
dan umat. Sesiapa yang memeluk agama ini pula terpikul
di atas bahu mereka untuk menyampaikan agama suci ini
kepada sesiapa sahaja walau di mana mereka berada. Firman
Allah bermaksud:

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk
manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan dan
melarang dari kejahatan.”

(Surah Ali 'Imran 3:110)

6

SETEGUH

TEMBOK

M Andalusiaungkin Masjid Cordoba yang ditukar

kepada gereja itu meriwayatkan
pengalaman satu bangsa yang akan dikenali
sepanjang zaman. Cahaya Islam yang
menyinar di bumi bertuah itu akan dikenang
dalam lipatan sejarah dunia.

tahun lebih menapak, membuktikan
kehebatan dan iktibar yang diperoleh
dari negara yang pernah dikenali
sebagai Andalusia itu. Ketika itu
terngiang-ngiang suara Panglima
Granada di Sepanyol,

"Biarkan tangisan untuk kanak-kanak dan wanita, kita lelaki
bukan dijadikan untuk menghamburkan air mata tapi untuk
menghamburkan darah. Aku lihat rakyat Granada yang telah
berputus asa hingga tiada lagi harapan menyelamatkan
Granada. Tapi, bagi jiwa yang bermaruah ada peluang yang
menanti. Marilah kita mati demi mempertahankan tanah air
dan menuntut bela demi Granada..."

Kota terakhir itu yang menjadi kubu kuat Islam dengan
tempat berkumpulnya pahlawan-pahlawan Islam ketika mana
kota-kota lain telah jatuh ke tangan musuh. Persoalannya,
adakah keteguhan tembok Andalusia bakal dirobohkan oleh
rempuhan dari barat?

Sebuah karya Merungkai

fakta bukan 3 polemik terbesar

fiksyen sejarah Islam

Lengkap, menarik & Kebangkitan,
kegemilangan dan
infografik
kejatuhan Andalus
ISBN 978-967-2998-37-2

Sem. Malaysia
RM35.00
Sabah/Sarawak
RM38.00


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Bottles Catalog
Next Book
16