The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tyng2chong, 2021-08-22 10:48:02

Cabaran Merdeka@Gaya Hidup Sihat

Cabaran Merdeka@Gaya Hidup Sihat

Gaya Hidup
Sihat

Untuk

Negara

Maksud Gaya Hidup Sihat

Berdasarkan WHO, menjalani gaya hidup yang sihat bermakna kita
melakukan amalan-amalan tertentu seperti menjaga pemakanan
dan bersenam dalam mengurangkan risiko penyakit dan kematian.
Tidak semua penyakit dapat dielakkan, tetapi penyakit tidak
berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti boleh
dielakkan dengan amalan gaya hidup yang sihat.

• Malaysia merupakan negara
yang mempunyai kadar
kegemukan (obesiti) tertinggi di
Asia dan bilangan kes penyakit
tidak berjangkit juga meningkat
dari tahun ke tahun.

• Oleh itu, adalah penting bagi
semua individu untuk ketahui
kepentingan mengamalkan cara
hidup yang sihat.

Kepentingan
Amalan Sihat

Mengamalkan cara hidup yang menyumbang kepada
kesihatan badan yang baik adalah penting dalam
mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.
Apabila kita berusaha mengelakkan penyakit kronik seperti
kencing manis atau darah tinggi, ia membantu
mengurangkan risiko kita mendapat penyakit yang boleh
membawa maut seperti serangan jantung, strok dan kanser.

• Ia adalah kesan daripada menjalani kehidupan harian tanpa
mengambil berat akan kesan sesuatu amalan kepada kesihatan.

• Antara amalan-amalan yang tidak baik untuk kesihatan adalah
tidak menjaga nutrisi pemakanan harian, tidak aktif dan tidak
bersenam.

• Kegemukan (obesiti), tekanan mental yang tidak terkawal dan
juga tabiat buruk seperti merokok dan alkohol juga merupakan
amalan yang tidak sihat.

Diet Sihat dan Seimbang

• Untuk medapatkan badan yang sihat, kita tidak dapat lari
daripada menjaga pemakanan supaya ia seimbang dan
menyihatkan badan.

• Amalan diet
yang sihat juga adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan
dan minuman yang tinggi kandungan gula.

• Jenis makanan segera seperti biskut, roti putih, bijirin sarapan,
donut dan kek juga harus dielakkan sebaiknya.

• Begitu juga dengan makanan daripada rantaian restoran makanan
segera yang menyediakan burger, pizza dan ayam goreng yang tinggi
dengan lemak trans dan tepu.

Menjaga Berat Badan

Seperti amalan pemakanan yang sihat, kita
tidak dapat lari daripada isu kegemukan
(obesiti) dalam mendapatkan kesihatan
yang baik.

Jika berat badan anda dalam kategori
gemuk atau obesiti, anda dalam bahaya.
Anda harus fokus kepada usaha
mengurangkan berat badan.

Ini kerana, kiraan BMI pada tahap
obesiti meningkatkan pelbagai risiko
penyakit seperti kencing manis, serangan
jantung, strok, kanser dan banyak lagi. Maka
berat badan haruslah dikawal berterusan.

Rajin-
rajin Bersenam

• Terdapat banyak kebaikan apabila kita
bersenam, ia dapat meningkatkan
reaksi badan kepada hormon insulin,
menguatkan otot dan jantung,
meningkatkan metabolisma, mengawal
tekanan darah dan juga bantu
mengawal tekanan emosi.

• Semua kesan tersebut menyumbang
kepada kesihatan yang lebih baik.

• Reaksi badan pada insulin yang baik
mengurangkan risiko kita untuk
mendapat kencing manis.

Tidur yang Mencukupi

• Tidur yang mencukupi pada waktu malam adalah penting.
• Tidur dalam jadual yang sama setiap hari juga mengelakkan kitaran

tidur kita daripada terganggu.
• Tidur yang mencukupi adalah sekitar 7-8 jam untuk golongan dewasa.
• Tidur yang tidak mencukupi menunjukkan peningkatan risiko untuk

mendapat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, serangan
jantung, strok dan banyak lagi.

• Kitaran tidur yang tidak baik juga menganggu
imbangan hormon dalam badan dan boleh
menyumbang kepada kegemukan atau
obesiti.

• Oleh itu, tidur yang cukup dan berkualiti
membantu dalam proses kita mendapatkan
kesihatan yang baik.

Berhenti Merokok

• Seperti yang diketahui, merokok menyumbang
kepada pelbagai jenis penyakit yang boleh
membawa kepada kematian.

• Namun begitu, masih ramai lagi perokok tegar
yang sanggup menggadaikan wang ringgit untuk
dibakar menjadi asap.

• Kajian terbaru juga menunjukkan merokok bukan
sahaja memberi kesan kepada si perokok malah
kepada orang yang berada berdekatan.

✓ Ini bermakna, seorang ayah yang merokok sebenarnya telah
menyebarkan kesan negatif asap rokok tersebut kepada isteri dan anak-
anak mereka.

✓ Oleh itu, dalam menjalani gaya hidup yang sihat, merokok adalah perkara
yang perlu ditinggalkan.

Jauhilah Dadah

Sehingga hari ini, dadah telah menjadi satu
ancaman besar kepada negara.

Penyalahgunaan dadah semakin menular di
negara kita hari demi hari yang melibatkan

pelbagai lapis masyarakat.

Amalkan Gaya Hidup
Sihat!


Click to View FlipBook Version