The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rnsjayaenterprise, 2021-01-06 21:29:17

KERTAS KERJA ASTAKA DAN PERALATAN SUKAN

KERTAS KERJA ASTAKA DAN PERALATAN SUKAN

Keywords: kertas kerja

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PEMBINAAN ASTAKA
DAN PERALATAN SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBANG
84040 LENGA, MUAR

JOHOR DARUL TAKZIM

DISEDIAKAN OLEH:
ABDUL RAZAK BIN ZAKARIA
SETIAUSAHA KOKURIKULUM

SEK. KEB. GOMBANG,
84040 LENGA, MUAR,
JOHOR DARUL TAKZIM

MUKADDIMAH

Sekolah Kebangsaan Gombang merupakan sebuah sekolah di kawasan luar bandar
dan terletak di Kampung Gombang, Lenga pada jarak 47 km dari Bandar Muar, Johor.
Enrolmen pada tahun 2019 adalah 30 orang murid, 10 orang guru, 1 orang kerani, 3 orang
pengawal keselamatan dan 3 orang pekerja pembersihan. Keperluan kepada sebuah astaka
dan peralatan sukan untuk kegunaan murid-murid dan komuniti ketika proses pengajaran
dan pembelajaran, aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah telah lama disuarakan. Ketiadaan
astaka dan peralatan sukan yg telah usang dan rosak amat menyukarkan aktiviti yang hendak
dijalankan.

Komuniti Kampung Gombang juga biasa menjalankan aktiviti bersama di sekolah ini
menjadikan keperluannya amat diperlukan untuk kemudahan bersama. Hal ini selaras
dengan kehendak kerajaan yang menitikberatkan soal pembangunan kokurikulum untuk
melahirkan murid aktif dan sihat bukan sekadar di sekolah tetapi juga bersama komuniti.
Adalah dimaklumkan bahawa setiap kali acara sukan diadakan maka sewaan kanopi terpaksa
dilakukan. Astaka yang dimohon ialah bersaiz 25 kaki x 10 kaki dan jenis serbaguna.

OBJEKTIF
1. Mewujudkan satu tempat pengurusan aktiviti kokurikulum dan sukan yang
berlangsung di padang.
2. Menyediakan peralatan sukan yang amat diperlukan untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran dan semua aktiviti sekolah.
3. Melatih murid yang berbakat dalam bidang sukan dengan kelengkapan yang
sempurna.
4. Melahirkan murid-murid yang aktif dan berkebolehan bersaing di semua peringkat.
5. Menjimatkan kos apabila ada acara padang.

ITEM BINAAN DAN KOS

1. Astaka:
Kapasiti Muatan:
30 orang murid

Saiz:
24 kaki x 18 kaki; tinggi 10 kaki

Item Pembinaan:
Tapak Astaka termasuk tiang, atap dan peralatan kelengkapan.

2. Peralatan sukan
a. Bola Sepak
b. Bola baling
c. Set badminton
d. Set Memanah
e. Set Ping pong
f. Tilam, tiang dan palang lompat tinggi
g. Palang pagar untuk larian berpagar
h. Kasut Spike

KOS PEMBINAAN

Kos bagi pembinaan astaka dengan keluasan 24 kaki x 18 kaki dan tinggi 10 kaki dengan
kelengkapan sistem pendawaian elektrik dan infrastruktur yang lain dianggarkan
RM30,000.00.

PENUTUP

Pembinaan astaka dan kelengakapan sukan ini sememangnya ditunggu-tunggu dan
diharapkan oleh semua warga sekolah ini. Ini kerana, dengan adanya kemudahan ini aktiviti
padang akan dapat diuruskan dengan lebih baik. Sumbangan dari pihak penderma amatlah
dialu-alukan demi mencapai impian warga sekolah ini. Pihak jawatankuasa yang dilantik
akan sedaya upaya berusaha agar pembinaan astaka ini dapat disiapkan dengan seberapa
segera demi kemudahan semua murid khususnya dan warga sekolah amnya. Pihak
jawatankuasa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Adalah diharapkan segala
sumbangan yang disalurkan mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia
dan di akhirat. InsyaAllah.
Sekian.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………… …………………………………
(En. Abdul Razak bin Zakaria) (Tn. Hj. Abd Ladi bin Hassan)
Setiausaha Kokurikulum Guru Besar
SK Gombang SK Gombang


Click to View FlipBook Version