Bidang 3 : Hubungan Antara Diri, Komuniti dan Masyarakat
Unit 6 : Jiran Sepakat Membawa Berkat
Konsep Kejiranan
1. Jiran merupakan orang yang tinggal bersebelahan atau berhampiran dengan rumah kita.
2. Amalan hidup berjiran yang sihat dapat menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat.
3. Semangat kejiranan dapat memupuk persefahaman sesama penduduk setempat dan
menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
boleh rujuk buku teks muka surat 60 (salin dalam peta pokok)
boleh rujuk buku teks muka surat 61 (salin dalam peta buih)
Cara untuk merapatkan hubungan sesama jiran
a. Menjemput jiran tanpa mengira kaum datang ke rumah semasa hari perayaan.
b. Bergaul mesra dan bertegur sapa dengan jiran.
c. Membantu jiran yang menghadapi kesusahan.
d. Melibatkan diri dalam aktiviti persatuan perumahan seperti Rukun Tetangga dan gotong-
royong.
e. Menziarahi jiran yang sakit.
boleh rujuk buku teks muka surat 62 ( TIDAK PERLU SALIN )
1. Apakah nilai yang perlu diamalkan supaya hubungan baik dengan jiran boleh dikekalkan?
2. Apakah kesan kepada kehidupan kita jika hubungan baik dengan jiran?
Latihan :
Terangkan cara anda dan keluarga anda dapat menunjukkan semangat kejiranan
dalam setiap situasi di bawah.
Situasi Cara menunjukkan semangat kejiranan
1. Sebuah keluarga baru berpindah
ke kawasan kejiranan baru.
2. Jiran anda yang berlainan bangsa
akan mengadakan kenduri sempena
perkahwinan anak sulungnya.
3. Anda ternampak anak jiran anda
sedang berdiri di luar pintu pagar
rumahnya kerana dia lupa
membawa kunci rumah.
4. Jiran anda dan keluarganya tiada
di rumah selama dua minggu
kerana pergi melancong ke luar
negara.
5. Rukun Tetangga di kawasan
kejiranan anda sedang mencari
sukarelawan untuk membuat
rondaan keselamatan pada waktu
malam.
* Lekat dalam buku latihan! *