The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asmawati730122, 2022-04-04 08:39:35

Buletin SK Tempinis Besut bil.3 2022

Buletin SK Tempinis Besut bil.3 2022

Keywords: Buletin SK Tempinis Besut Bil.3 2022

fikrah Magazine Log
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Buletin TS25 Bil.3, Mac 2022

Kandungan

Selamat Kembali Ke Sekolah Muka depan 2
Tinta & Pena 3
21 Mac 2022 - Pembukaan sekolah bagi sesi 2022/2023 Aktiviti Skinis 4
dimulakan pada hari ini. Wadah PPKI 5
Medan Pra Sek. 6
Pada tahun ini seramai 350 o.rang murid yang telah mendaftar Pedoman 7
di SK Tempinis, iaitu 304 murid aliran perdana, 25 orang Suara Panitia 8
murid pra sekolah dan 21 orang murid PPKI, demikian Karya Murid 9
menurut Rosli Omar, Guru Besar SK Tempinis. Uji Minda 10
Cerpen Bersiri

Sementara itu, Che Zakaria Che Othman, Penolong Kanan HEM SIDANG REDAKSI
berharap semua murid dan guru melakukan sanitasi di Penasihat
hadapan pintu masuk sekolah bagi mengekang jangkitan covid
19. Peralatan sanitasi ini adalah hasil usaha Razali Hassan, En. Rosli Omar
mantan Penolong Kanan Pentadbiran, SK Tempinis. Guru Besar

Rosli Omar, GB SK Tempinis Pen. Penasihat
menyambut kehadiran murid-murid Pn. Rahimah bt Ismail (PKP)
En Che Zakaria Che Othman
ke sekolah sambil diperhati oleh
Rosairie Sulaiman (Pegawai (PK HEM)
Pn. Nor Mazida Husin (PK KO)
Perhubungan Sekoah – PPD Besut)
dan Che Zakaria Che Othman, Pn. Zunaimah Abdullah
PK HEM. (PK PPKI)

Ketua Editor
Dr. Nor Asmawati Ismail

Selamat Datang; Rahimah Ismail, Editor
Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Pn. Zuraidah Ab. Rahim

25 Mac 2022 - Kedatangan Penolong SK Tempinis En. Nor Anuar Nor
Kanan Pentadbiran yang baharu ke En. Aminuddin Mohd Aris
sekolah ini disambut dalam suasana Guru-guru SK Oh mengiringi
sederhana tetapi meriah. Ketika PKP ke SK Tempinis Pn. Nik Norakma Rosli
kedatangannya ke sekolah ini, beliau
turut diiringi oleh 15 orang guru dari Grafik & Tugas Khas
sekolah lamanya. En. Mat Roh bin Mat Sah

Sebelum perpindahannya ke SK Bahan Berita
Tempinis, Rahimah Ismail adalah Semua Guru
Penolong Kanan Pentadbiran di SK Oh.
Pihak sekolah mengucapkan selamat Wartawan Cilik
datang dan selamat menjalankan tugas Ahmad Wafi Dasuki
di SK Tempinis. Muhammad Najib Muhd. Nur
Muhammad. Habib Ubaidillah
BMW – Bersih Manusiawi Wibawa 1 Muhammad Iman Hazeem
Nur Dahiyah Musfirah Mat Nawi
Wan Sya Damia Wan Sanusi
Adriana Melissa Sabri

Nur Afia Zahari
Muhammad Daniyyal Isyraq

TINTA & PENA

Tinta Guru Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat
menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Sekalung tahniah kepada barisan Sidang Redaksi atas kerjasama dan komitmen sehingga buletin
ini berjaya diterbitkan buat kali ke-3/2022. Buletin ini menyajikan kandungan berinformasi dan
ilmiah sesuai untuk bacaan semua peringkat. Ia merupakan satu manifestasi bahawa pihak
sekolah komited dalam menguruskan dunia pendidikan seiring zaman globalisasi dan maklumat di
hujumg jari yang semakin berkembang.

Akhir kata, semoga buletin ini dapat dimanfaat dan kita mampu melangkah bersama dalam
merealisasi matlamat melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan
potensi individu demi memenuhi aspirasi negara.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Rosli Omar,
Guru Besar

Tinta Penolong Kanan Ko-Kurikulum Pena Ketua Editor
Assalamualaikum W.B.T
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
kepada Sidang Redaksi Buletin Fikrah kerana
memberi peluang kepada saya untuk menulis dalam Hasil pemerhatian dan temu bual secara rawak
ruangan ini. Penerbitan buletin ini adalah penting oleh pihak Sidang Redaksi mendapati ramai murid
kerana di dalamnya terangkum aktiviti yang yang tidak dapat memanfaatkan buletin ini
dijalankan oleh pihak sekolah dan sebagai bacaan sepenuhnya kerana edaran buletin adalah dalam
kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan bentuk soft copy, jadi agak sukar untuk murid
masyarakat luar. membacanya dengan kerap.

Sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Justeru bermula terbitan FIKRAH bulan Mac
(PKP) dan sekolah menjalankan sesi PdPR, aktiviti 2022, buletin ini akan diedarkan kepada semua
ko-kurikulum mula ditangguhkan bagi mengekang kelas secara hard copy. Begitu juga bagi ruangan
wabak covid-19. Oleh itu, aktiviti ko-kurikulum berbentuk pertandingan, helaian berkenaan akan
secara bersemuka tidak dapat dijalankan. Walau dibuat salinan dan diedarkan kepada semua murid
bagaimanapun, sama-samalah kita berdoa mudah- agar mereka berpeluang untuk menyerlahkan
mudahan pada tahun 2022 ini, aktiviti ko-kurikulum bakat masing-masing dalam ruangan berkenaan.
dapat dijalankan semula.
Pada kesempatan ini, pihak editor mengambil
Akhirnya, terima kasih kepada semua guru yang kesempatan untuk mengucapkan selamat
telah menjalankan tugas dan tanggungjawab menjalani ibadah puasa, semoga Ramadhan kali
khususnya dalam bidang ko-kurikulum. Sekian. ini membawa rahmah dan barakah buat kita
semua.
Nor Mazida Hussin,
PK Ko-Kurikulum ‘Ramadhan Kareem’

Salam mesra,
Ketua Editor

AKTIVITI SKINIS

Kem Pemantapan Fiqh Solat
14 Mac 2022 - Kem Pemantapan Fiqh Solat 2022 di bawah anjuran
Jawatankuasa Masjid Kampung Tempinis dengan kerjasama Sekolah
Kebangsaan Tempinis telah dilaksanakan dengan jayanya. Majlis
dirasmikan oleh Che Zakaria Che Othman, Penolong Kanan HEM dan
perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Sudin Awang, Pegawai Khas
ADUN Jabi. Pelbagai program telah disusun sepanjang kem ini
berlangsung. Antaranya ialah ceramah berkaitan teori solat, zikir, amali
solat, LDK, kuiz dan solat berjemaah. Kolaborasi ini telah memberi
manfaat kepada dua pihak, iaitu selain dapat memakmurkan masjid,
murid-murid SKT juga dapat memantapkan ilmu solat yang sedia ada.

Seramai 12 Pendaftaran Murid Sesi Persekolahan 2022/2023
orang guru 17 Mac. 2022 – Sempena pembukaan sekolah sesi 2022/2023, pihak
kelas yang sekolah telah mengadakan Pendaftaran Murid Sesi Persekolahan
terlibat 2022/2023. Pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi - 11.00 pagi dan
dalam mengikuti SOP yang ditetapkan. Program ini mendapat kerjasama yang
pendaftaran baik daripada ibubapa dan guru kelas. Pada hari tersebut, ibubapa
sesi membeli keperluan persekolahan murid dan mengemaskini maklumat
2022/2023 murid.

Ceramah Ambang Ramadhan Lawatan Pegawai
31 Mac 2022 -Sempena bulan Ramadhan yang bakal Perikanan
tiba, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan
ceramah kepada semua murid. Ceramah tersebut 15 Mac 2022 – SKT telah
telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Hasimin menerima kunjungan Pegawai
Mohamed. Penekanan diberikan kepada perkara asas Perikanan Negeri Terengganu.
di dalam ibadah puasa. Kunjungan tersebut merupakan
usaha Jawatankuasa SKINIS KOI
dalam menjayakan projek Cikgu Nor Anuar
pembenihan dan pembiakan mengiringi Pegawai
ikan koi di sekolah. Bantuan Perikanan semasa
dari segi kepakaran dan lawatan tersebut.
peralatan amat diperlukan.

Program Transisi Tahun 1 Perkongsian Catch Up Plan (CUP) 3
21 Mac 2022 – Program Transisi Tahun 1 bermula 23 Mac 2022 – Kunjung bantu bagi berkongsi ilmu
pada hari pertama persekolahan dan berakhir pada 14 dan pengetahuan berkenaan CUP 3 telah dilakukan
April 2023. Program ini akan berlangsung selama 4 oleh Noraini Ibrahim, Pegawai Sisc+ ke SKT. Sesi
minggu melibatkan murid tahun 1. Pentingnya perkongsian tersebut turut dihadiri oleh Ketua
program ini sebagai persediaan murid tahun 1 untuk Panitia Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI),
menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan Matematik (MT), Sains, dan Penyelaras PBD. Antara
membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah. perkara yang diberi perhatian adalah pelaksanaan
Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang program ini CUP 3 kepada murid yang m3 endapat TP 1-3 dengan
berlangsung antaranya senamrobik, lawatan sekitar menggunakan Pendekatan Terbeza. Tempoh
sekolah, nyanyian, menulis dan mewarna. pelaksanaan adalah selama 4 minggu bermula 21
Mac 2022.
Noraini Ibrahim bersama Ketua Panitia
BM, MT,BI, Sains dan Penyelaras PBD.

WADAH PPKI

Hebahan
Pihak kami mengalu-alukan cadangan, komen membina, karya dan buah
fikiran daripada murid, guru dan ibu bapa. Elakkan unsur-u4nsur politik dan
sebarang bentuk kecaman dalam hasil penulisan. Sila hantar penulisan anda

menerusi email; [email protected] Terima kasih.

MEDAN PRA SEKOLAH

5

PEDOMAN

(Penulis Jemputan)

PENDIDIKAN RABBANI PEMANGKIN KEMENJADIAN INSAN UNGGUL

Oleh; Dr Raihan Mohd Arifin
SK Ketereh, Kelantan

Pendidikan Rabbani adalah faktor utama dalam membentuk generasi akan datang untuk
memiliki kekuatan akidah dan akhlak. Ini selaras dengan kepentingan pendidikan Rabbani
yang berfungsi sebagai ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem yang diintegrasikan
dalam pendidikan hari ini bagi melahirkan insan seimbang dan harmoni. Oleh itu Hussin,
Abdullah dan Mokhtar (2020) telah menyatakan model pendidikan Rabbani adalah
bersesuaian untuk mendidik manusia sejagat ke jalan yang benar. Kesesuaian ini selaras
dengan konsep Rabbani yang berkait nilai ketuhanan dalam pelbagai aspek kehidupan dan
sentiasa menjadikan Allah SWT sebagai pedoman dan sumber petunjuk (Zaman, Nordin, &
Nasir, 2021).

Selaras dengan kepentingan pendidikan Rabbani dalam
bidang pendidikan, sekolah menengah agama di negeri
Kelantan telah melaksanakan Dasar Pendidikan Rabbani
sebagai tunjang pendidikan Islam untuk melahirkan
kemenjadian insan unggul di masa akan datang. Dasar ini
telah direstui oleh pihak Kerajaan Negeri yang telah
mengetengahkan beberapa aspek pembentukan dasar.

Antara aspek tersebut adalah aspek konseptual dasar yang merujuk kepada rasional, asas
kepercayaan serta misi, visi, nilai teras dan matlamat pendidikan. Ia disusuli dengan 22
aspek khusus sebagai rujukan orientasi dan pembawaan hala tuju pendidikan di Kelantan
yang bersifat Rabbani. Dengan demikian, dasar ini bukan sahaja berkonsep pendidikan
sepanjang hayat, tetapi juga pendidikan untuk akhirat (tujuan abadi).

Dasar pendidikan rabbani bermatlamat untuk mewujudkan acuan ilmu berdasarkan wahyu
sebagai teras pengetahuan. Selain itu ia juga berfungsi sebagai agen penyemaian dan
pembinaan elemen ketuhanan dalam proses pendidikan serta pembangunan kurikulum yang
bersifat holistik dan futuristik. Oleh itu, latihan berterusan untuk peningkatan
profesionalisme pendidik dijalankan bagi memantapkan lagi metode pengajaran dan
pembelajaran. Penerapan kemahiran kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan juga merupakan elemen penting yang diterapkan untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran kondusif secara teori dan amali. justeru itu, apa yang baik
bolehlah kita jadikan sebagai suri teladan untuk di praktik kan demi melahirkan generasi
rabbani sebagaimana acuan Islam.

Untuk mendapatkan apa yang kamu cintai, k6amu harus
terlebih dahulu bersabar dengan apa yang kamu benci.

(Imam Ghazali)

Suara Panitia

(Panitia Pendidikan Seni)

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni
Kelas : 3 Pintar

Lukisan yang dihasilkan oleh
Cikgu Sabri Bin Mohamad di papan

putih untuk diikuti oleh murid

Murid-murid menunjukkan hasil 7
kerja masing-masing;

- Damia Qaisarah Binti Mohd
Ridzuan

- Muhammad Iqram Bin Ismadi

- Basyrul Zafran Nufael Bin
Basyrul Hafiz

KARYA MURID

Pemenang Pertandingan Mewarna Buletin Bil.2/2022

1

Johan :
Nur Balqis Binti Mohd Yusop

Naib Johan :
Qaseh Qistina Mohamad Asraff

Tempat Ke-3 :
Che Nur Ainul Humayra

Tahniah
Diucapkan
Kepada Para
Pemenang!

8

23

Nama:___________________ Kelas: ________

Melintang
3. Perkataan berlawan cetek.
6. Perkataan berlawan ketat
8. Perkataan berlawan pandai
9. Perkataan berlawan murah
Menegak
1. Perkataan berlawan hidup
2. Perkataan berlawan buang
4. Perkataan berlawan kurang enak
5. Perkataan berlawan tinggi
7. Perkataan berlawan cantik

Nama:____________
Kelas: ____________

Syarat Pertandingan;
1. Peraduan ‘Cari Benda
Tersembunyi’ terbuka kepada
murid Tahap 1 dan ‘Teka
Silangkata’ terbuka kepada
murid Tahap 2.
2. Sila cari dan warnakan benda
tersembnyi, serta isikan tempat
kosong pada ruang silangkata.
3. Hantar penyertaan anda
kepada Cikgu Anuar atau
wartawan cilik (Senarai nama
wartawan cilik ada pada muka
depan b9uletin ini).
*Helaian ini akan dicetak oleh
Sidang Redaksi dan diedar
kepada semua murid.

CERPEN BERSIRI...
Bara Yang Kugenggam (Episod 3)

“Awat? Nak belajar English ka?” Kata Danish dengan Jumaat yang indah
loghat pekat Kedah. Naqib tidak jadi berlalu. Dia
angguk, tapi Naqib berasa hairan, bagaimana Danish Danisha berlari-lari mendapatkan Naqib setibanya
tahu? Siapa yang memberitahu Danish? Adakah mereka di rumah. “Abang Naqib, abang Danish..
Danish setuju akan mengajar dirinya? Pandaikah dia jom pergi memancing”, ajak Danisha, di
nanti kalau Danish bersedia mengajarnya? tangannya sudah ada 3 batang joran. “Tak mau
lah.. kotor. Lagipun abang tak makan ikan yang
***** kat sawah tu…eii” Danish cepat-cepat menolak.
Sememangnya dari dulu dia tidak pernah makan
“Malam ni sebelum tidoq, hapai dulu 20 perkataan ikan keli, haruan, dan puyu. Berlainan pula dengan
English-Malay”. Kata Danish, tegas. Naqib terkejut. Danisha, adiknya itu sangat gemar makan ikan-
“Banyaknya, 10 boleh tak?” Rayu Naqib. “Ahh..jangan ikan yang ditangkap di bendang.
mengarut. Nak hapai 20... atau 30” Danish berkata
lebih tegas sambil menunjukkan 3 jarinya ketika Danisha dan Naqib jalan beriringan. Setiap kali
menyebut perkataan ‘tiga puluh’. “ Ya lah... ya lah”. datang, Danisha mesti akan ke bendang untuk
Naqib terus menuju ke mejanya. Buku Get Smart Plus memancing. Naqib rasa sikit terhibur dengan
5 diambilnya. “Hafal perkataan dan maknanya… Topic telatah Danisha, yang ternyata jauh berbeza
1”. Kata Danish, seperti Ketua Komanden Rejimen daripada abangnya.
Askar Melayu DiRaja. Huh!
“Dapat! Dapat! Abang Naqib tengok ni, Nisha dah
‘Kalau dengan orang lain bukan main cakap elok-elok, dapat ikan!” Jerit Danisha kegirangan. Selepas
dengan aku kasar pula’ desis Naqib. Walaupun begitu, lebih kurang 2 jam memancing, mereka sudah
Naqib tetap membuka buku teks English, dan Naqib berjaya menangkap lebih 10 ekor ikan. Lumayan
mula menghafal sambil bertanya maknanya; sungguh rezeki hari ini.

‘Opposite’ apa ya?” Tanya Naqib sambal memalingkan “Jom lah balik. Lagipun abang nak solat Jumaat
mukanya ke arah Danish. “Kan Sir Adi dah ajaq dalam ni”. Naqib mengajak Danisha pulang. Danisha
kelas?” Danish menjawab tanpa memandang muka mengikut sahaja tanpa banyak soal.
Naqib. “Aku tak ingat” Balas Naqib. “Search internet,
or find it in dictionary, now!” Suara Danish perlahan, Tengahari itu seusai solat Jumaat, Naqib, Danish
tapi sangat tegas. dan Danisha terus mengadap makanan. Ibu dan
ayah Naqib tidak makan bersama kerana mereka
Sesekali Naqib rasa geram, Danish langsung tidak bersiap-siap untuk ke rumah ketua kampung, ada
mahu berkompromi dengannya. Lagaknya semacam! kenduri katanya.
‘Sabar…sabar..’. Suara hati Naqib berbisik.
“Hrmm.. Sedapnya, ikan apa ni?” Danish bertanya
Malam itu Naqib tidak sedar jam berapa dia terlena, pada adiknya, tetapi belum sempat Danisha
yang pasti Danish awal-awal lagi dah berdengkur. menjawab, Naqib cepat-cepat mencelah; “Ikan
Naqib sempat menghafal 20 patah perkataan bawal”. “Ohh” Tanpa banyak soal Danish terus
sebagaimana yang diminta oleh Danish. mengambil ikan ‘bawal’ masak merah. Danish
dengan gelojohnya mula makan. “Sedap tak?”
“Heyy, wake up!!” Naqib masih mamai, tetapi suara Naqib bertanya sambil tersenyum menjeling.
Danish yang kuat itu membuatkannya terduduk di “Sedap” Danish menjawab sepatah sambil
katil. Dalam samar-samar kerana matanya belum betul- menambah ikan ‘bawal’ ke dalam pinggannya.
betul terbuka, Naqib nampak Danish sudah siap mandi
dan bersedia untuk solat subuh. Rasakan! Baru tahu yang ikan puyu itu rasanya
sedap. Selama ini Danish tidak makan, hanyir
“Pak Ngah dah panggil tadi, cepatlah!” Naqib bingkas katanya. Sekarang baru kau tahu, langit itu tinggi
bangun menuju ke bilik air. Sekejap sahaja dia sudah atau rendah. Nampaknya orang bandar pun
bersedia ke Masjid Kampung Tempinis untuk solat lidahnya tidak jauh beza dengan orang kampung..
subuh berjamaah. Haha ejek Naqib di dalam hati.

Adakah Danish akan marah kepada Naqib apabila
dia mendapat tahu yang ikan ‘bawal’ itu
sebenarnya ikan puyu?”Nantikan sambungannya
dalam Buletin Fikrah Bil. 4/2022.


Click to View FlipBook Version