fikrah Magazine Log
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Buletin TS25 Bil.2, Februari 2022
Terima Kasih, Cikgu Kandungan 1
Eksklusif 2
23 Februari 2022 - Kata-kata Tinta & Pena 3
Temu Bual Khas 4
keramat ‘Terima Kasih, Cikgu’ akan Aktiviti Skinis 5
Wadah PPKI 6
CmiekngujadiRakzeanlai ngaHnassbaenr,makPnea.noblounagt Medan Pra Sekolah 7
Dalam Kenangan 8
Kanan Pentadbiran yang akan Hala Tuju 9
Suara Panitia
menamatkan perkhidmatannya Aktiviti Murid & 10
Pertandingan Mewarna 11
pada 7 Mac 2022. Justeru, pada 23 Cerpen Bersiri
Februari 2022, warga sekolah telah
mengadakan majlis Sekalung Budi SIDANG REDAKSI
Penasihat
Sejambak Kasih sempena persaraan
En. Rosli Omar
beliau. Guru Besar
Cikgu Razali banyak berjasa kepada Pen. Penasihat
sekolah ini. Beliau merupakan En. Razali Hassan (PKP)
seorang guru yang prihatin En Che Zakaria Che Othman
terhadap murid-murid dan sentiasa
memberi kerjasama ketika (PK HEM)
menjalankan tugas, demikian Pn. Nor Mazida Husin (PK KO)
menurut Che Zakaria Che Othman,
Penolong Kanan HEM, SK Tempinis. Pn. Zunaimah Abdullah
(PK PPKI)
Tiga Guru Pindah Sekolah
Ketua Editor
24 Februari 2022 - Pada semester ini, tiga orang guru telah berpindah ke Dr. Nor Asmawati Ismail
sekolah baharu iaitu Cikgu Abdul Hamid Muda (SK Permaisuri Nur Zahirah),
Ustazah Faridah Mat Ali (SK Kampung Baharu) dan Cikgu Haminah Jaafar (SK Editor
Bukit Kenak). Pn. Zuraidah Ab. Rahim
Ketika menyampaikan ucapan, ketiga-tiga guru tersebut melahirkan rasa
sedih kerana terpaksa berpisah daripada warga SK Tempinis. Namun mereka En. Nor Anuar Nor
berharap agar hubungan silaturrahim yang telah terjalin tetap berterusan En. Aminuddin Mohd Aris
walaupun kini bertugas di tempat berlainan.
Rosli Omar, Guru Besar SK Tempinis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Nik Norakma Rosli
ketiga-tiga orang guru kerana banyak menabur jasa dan bakti kepada warga
sekolah. Grafik & Tugas Khas
En. Mat Roh bin Mat Sah
BMW – Bersih Manusiawi Wibawa
Bahan Berita
Semua Guru
Wartawan Cilik
Ahmad Wafi Dasuki
Muhammad Najib Muhd. Nur
Muhammad. Habib Ubaidillah
1 Muhammad Iman Hazeem
Nur Dahiyah Musfirah Mat Nawi
Wan Sya Damia Wan Sanusi
Adriana Melissa Sabri
Nik Asfa Nazurah Nik Pazuri
Nur Afia Zahari
Muhammad Daniyyal Isyraq
TINTA & PENA
Tinta Guru Besar
Assalamualaikum WBT.
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kesyukuran kerana diberi
peluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam Buletin Sekolah. Buletin ini dihasilkan untuk dijadikan
sebagai panduan, rujukan dan medan kepada guru-guru dan staf sokongan sekolah dalam melaksanakan
tugas seharian di samping dapat melicinkan pentadbiran serta meningkatkan tahap kecekapan pengurusan
PDPC sekolah.
Buletin ini menyediakan maklumat yang sangat berguna kepada guru-guru dan kakitangan sekolah.
Kandungannya meliputi semua aspek aktiviti Pengurusan dan Pentadbiran,Kurikulum,Hal Ehwal Murid
dan Kokurikulum hinggalah kepada perkara-perkara umum yang dilaksanakan oleh warga sekolah dengan
mengambil kira keperluan Falsafah Pendidikan Negara,Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Perkara
ini sejajar dengan Visi dan Misi Sekolah.
Bagi memenuhi hasrat ini semua warga sekolah perlulah mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi,
bekerja dengan semangat kerjasama, semangat berpasukan, tolong-menolong dan saling menghormati
antara satu sama lain. Saya berharap Buletin ini akan dapat memberi manfaat kepada semua warga SK
Tempinis. Sama-samalah kita bertekad untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Tempinis sebahagian
daripada organisasi menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan dan melahirkan murid-murid yang
cemerlang serta bersahsiah tinggi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang memberi sokongan selama ini, dan
saya mengharapkan agar ia akan berterusan dalam memastikan SK Tempinis sentiasa cemerlang.
Rosli Omar,
Guru Besar
Tinta Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pena Ketua Editor
Assalamualaikum W.B.T
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
penerbitan buletin ini. Penerbitan buletin ini sebagai “Cikgu, bila buletin Fikrah akan keluar lagi?”
satu wadah yang merakam aktiviti dan program Pertanyaan ringkas daripada seorang murid sudah
sekolah serta memaparkan hasil kerja murid. Ia cukup membuat kami tersenyum dan berazam untuk
selaras dengan program Tranformasi Sekolah (TS menyiapkan buletin pada kali ini dengan lebih baik
25) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan agar aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekolah dapat
sekolah berkualiti. dibaca oleh murid-murid ketika cuti persekolahan
penggal ketiga.
Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk
menjayakan aktiviti dalam bidang kurikulum dan Pada kali ini, pihak editor telah menambah satu
sahsiah murid. Murid-murid perlu berusaha untuk bilangan muka surat berbanding buletin pada keluaran
meningkatkan pencapaian dengan bimbingan guru. lepas. Ini bagi memberi laluan kepada murid-murid
untuk mengenali secara lebih dekat Cikgu Razali
Pendidikan kita memerlukan perjuangan. Seorang Hassan, Penolong Kanan Pentadbiran yang akan
juara tidak pernah berhenti berjuang dan orang yang bersara pada bulan Mac 2022. Melalui segmen ‘Temu
berhenti berjuang tidak pernah digelar juara. Bual Khas’ pihak buletin telah mengadakan pertemuan
antara Wartawan Cilik dan Cikgu Razali. Justeru,
Akhir sekali terima kasih kepada semua guru yang sidang pembaca yang ingin mengetahui serba sedikit
telah menjalankan tugas dan tanggungjawab. Sekian. mengenai beliau, bolehlah membacanya pada muka
surat 3.
Che Zakaria Che Othman
Penolong Kanan HEM Suka untuk editor menyebut bahawa pihak kami
mengalu-alukan sumbangan idea berbentuk penulisan
daripada murid, guru dan ibu bapa untuk dimuatkan di
dalam buletin ini. Harap2an kami agar buletin Fikrah
menjadi wadah atau penghubung antara warga sekolah
dengan ibu bapa khususnya dan pihak komuniti amnya.
Salam mesra,
Ketua Editor
TEMU BUAL KHAS
BERSAMA EN. RAZALI HASSAN, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN.
Dua orang Wartawan Cilik (WC) iaitu Adriana Melissa Sabri Cikgu : Ada dua perasaan, gembira dan sedih. Gembira
dan Muhammad Habib Ubaidillah menemuramah Cikgu kerana cikgu ada tugas lain di luar sana yang boleh cikgu
Razali Hassan sempena persaraannya sebagai seorang guru. buat secara sepenuh masa. Sedih pula kerana tugas
Melissa : Assalamualaikum WBT. Terlebih dahulu kami mengajar sudah menjadi darah daging cikgu sejak hampir
ucapkan terima kasih kepada Cikgu Razali Hassan kerana sudi 35 tahun yang lalu.
ditemuramah oleh pihak Buletin Fikrah, SK Tempinis. Habib : Bagaimanakah pula perasaan cikgu untuk
Cikgu : Ya (Senyum) tinggalkan sekolah ini?
Habib : Boleh cikgu ceritakan sejarah perkhidmatan cikgu Cikgu : Sedih kerana cikgu merasakan murid-murid
sebagai seorang guru? SKT masih memerlukan bimbingan dan dorongan
Cikgu : Cikgu mula mengajar di SK Kg Rahmat, Setiu cikgu. Tambahan pula, sejak adanya Perintah
pada tahun 1987 - 1988. Kemudian cikgu berpindah ke SK Kawalan Pergerakan (PKP) maka proses
Guntung Luar, Setiu pada tahun 1989 - 1990. Seterusnya pembelajaran secara bersemuka telah terhalang. Jadi
cikgu mengajar di SK Bintang hingga tahun 1996. Selepas masa untuk cikgu bersama murid agak terhad
itu, Cikgu ke SK Gong Bayor pada tahun 1998 hingga 2003. memandangkan cikgu berada di sekolah ini hanya
Pada tahun 2004-2010 pula, cikgu mengajar di SK setahun lebih sahaja.
Kampung Baharu, dan di SK Bukit Puteri pada tahun 2011 Melissa : Adakah masih ada impian cikgu yang belum
- 2015. Seterusnya cikgu ke SK Bukit Jerok sehingga tahun dikecapi lagi di SK Tempinis?
2017 dan ke SK Amer sehingga tahun 2021. Pada tahun Cikgu : Banyak, antaranya cikgu pernah bercadang
yang sama, cikgu dipindahkan ke SK Tempinis hinggalah untuk memperkenalkan Kad Pintar kepada warga sekolah,
cikgu bersara pada bulan Mac 2022. iaitu segala pembelian hanya menggunakan kad. Cikgu
Melissa : Adakah jawatan sebagai guru merupakan cita-cita sudah berhubung dengan pihak bank berkenaan perkara
cikgu sejak di bangku sekolah rendah? ini, tetapi kerana pada waktu itu PKP terlalu ketat, maka
Cikgu : Ya (angguk kepala) usaha itu terhenti. Melalui kad tersebut murid-murid
Habib : Siapakah yang banyak mendorong cikgu untuk boleh membeli barangan di koperasi atau kantin dengan
berkecimpung dalam dunia pendidikan? menggunakan Kad Pintar. Bahkan kad tersebut boleh
Cikgu : Keluarga. digunakan di luar seperti KFC, 7e, pembayaran tol dan
Melissa : Apakah mata pelajaran yang pernah cikgu ajar? sebagainya.
Cikgu : Banyak, antaranya Bahasa Melayu, Matematik, Habib : Apakah rancangan cikgu apabila bersara
Kemahiran Hidup (sekarang RBT) dan TMK yang merupakan nanti?
mata pelajaran paling cikgu minati. Cikgu : Cikgu ingin mendalami ilmu-ilmu agama dan
Melissa : Sepanjang cikgu mengajar, apakah pengalaman manis meneruskan hobi cikgu.
yang pernah cikgu alami? Melissa : Apakah pesanan dan nasihat cikgu kepada
Cikgu : Banyak, antaranya cikgu pernah didatangi oleh seorang semua warga SK Tempinis?
bekas murid dan meminta cikgu menyelesaikan logik silap mata Cikgu : Kita berjalan dan kita jatuh, namun kita perlu
yang pernah cikgu tunjukkan kepadanya 20 tahun yang lampau. bangkit lagi dan terus berjalan. Kita belajar dari sejarah
Akhirnya cikgu memberitahu kepadanya cara-cara atau lampau supaya masa kelam kita tidak berulang kedua
muslihat yang digunakan dalam silap mata tersebut. Beliau kalinya.
ucapkan terima kasih kerana selama 20 tahun saya tertanya- Habib : Baiklah. Kami rasa sudah banyak soalan
tanya bagaimanakah cara cikgu membuat silap mata tersebut. yang kami tanyakan kepada cikgu. Terima kasih kami
Moralnya ialah seorang guru tidak wajar sembunyikan sebarang ucapkan atas kesudian cikgu ditemuramah oleh pihak
ilmu yang ada padanya. (Cikgu Asma kemudian meminta Cikgu kami.
Razali berkongsi silap mata tersebut) Melissa : Kami doakan agar cikgu gembira menjalani
Habib : Bagaimana pula dengan pengalaman pahit? Boleh kehidupan selepas bersara nanti. Terima kasih juga kerana
cikgu kongsikan? cikgu telah mengajar kami. Jasa bakti cikgu sepanjang
Cikgu : Suatu ketika dulu, cikgu adakan kelas tambahan menjadi guru akan tetap dikenang selagi hayat di kandung
pada waktu malam. Pada malam tersebut, cikgu badan. Terima kasih.
melepaskan murid-murid agak lewat, sebab cikgu ingin Cikgu : Sama-sama. Insya-Allah.
pastikan mereka benar-benar faham. Tak sangka ada ibu
bapa yang marah dan hampir memukul cikgu. (Sebelum bersurai, Cikgu Razali menunjukkan cara-
Melissa : Sebagaimana yang kita sedia maklum, bahawa cikgu cara membuat silap mata tersebut kepada kami).
akan bersara tidak lama lagi. Apakah perasaan cikgu pada
ketika ini, iaitu perasaan menghadapi detik-detik persaraan?
AKTIVITI SKINIS
Majlis Khatam al-Quran 10 orang murid Tahun 6 berjaya
khatam al-Quran.
15 Feb. 2022 – Majlis Khatam al-Quran telah diadakan oleh Panitia
Pendidikan Islam bagi memberi penghargaan kepada murid-murid
Tahun 6 yang berjaya khatam al-Quran pada tahun ini.
Dalam majlis tersebut, Che Zakaria Che Othman menyeru agar murid-
murid sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik walau di mana
sahaja berada, sesuai dengan tuntutan al-Quran. Sesungguhnya al-
Quran bukan sahaja untuk dibaca, bahkan yang lebih penting ia harus
diterjemah dalam kehidupan sebenar seorang hamba-Nya.
Che Zakaria Che Othman, Penolong Majlis Apresiasi Tahun 6
Kanan HEM menyampaikan sijil kepada 15 Feb. 2022 – Majlis Apresiasi dan Jamuan Perpisahan Tahun 6
murid. diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah. Majlis tersebut
dirasmikan oleh Razali Hassan, Penolong Kanan Pentadbiran SK
Tempinis. Dalam ucapannya, Razali menyampaikan pesanan agar
murid-murid sentiasa belajar dengan tekun agar beroleh kejayaan
suatu hari nanti. Dalam majlis tersebut, pihak sekolah telah
menyampaikan Sijil Tamat Sekolah Rendah, Sijil PBD, Sijil Pengawas,
Sijil Pencapaian dan Penyertaan Ko-Kurikulum, Sijil J-Qaf dan Sijil PAJSK
kepada semua murid Tahun 6. Majlis diakhiri dengan jamuan
perpisahan yang turut dihadiri oleh semua guru secara bergilir bagi
memastikan pematuhan SOP.
Pemerkasaan TS25
10 Februari 2022 – Kunjung Bantu bagi memperkasa TS25 telah dijalankan Taklimat TS25 disampaikan oleh
oleh Nurul Shafinaz Ishak, Pegawai SISC+ (TVET) dan Noraini Ibrahim, pegawai berkenaan.
Pegawai SISC+ (Sains Sosial). Antara lain perkara yang dibincangkan ialah
berkaitan Modul 4 yang perlu diselesaikan oleh pihak sekolah. Tugasan 1
berkaitan Analisis Jurang Persekitaran Pembelajaran Profesional, PInTaS, SPL
KPM dan SKPMG2 telah dihantar kepada pihak PPD, demikian menurut Rosli
Omar, Guru Besar SK Tempinis.
Melissa dan Habib menemuramah Razali Bengkel Kemahiran Temu Bual
Hassan, turut berada bersama ialah 19 Feb. 2022 – Bengkel Kemahiran Temu Bual telah dilaksanakan oleh
Wartawan Cilik Sya Damia, Iman Hazeem dan pihak sekolah kepada 10 orang Wartawan Cilik Buletin Fikrah serta
Daniyyal sebagai Pencatat dan Pemerhati. murid-murid dan guru-guru yang berminat. Semasa bengkel tersebut,
para peserta diberi pendedahan berkaitan etika dan persediaan yang
perlu dilakukan oleh Wartawan Cilik sebelum, semasa dan selepas
temu bual dijalankan. Penceramah bengkel berkenaan iaitu Dr Baidruel
Hairiel Abd Rahim juga menekankan ekspresi diri perlu ditonjolkan
dengan baik terutama semasa temu bual dijalankan.
Rentetan daripada bengkel ini, dua orang Wartawan Cilik iaitu Adriana
Melissa Sabri dan Mohd Habib Ubaiduillah ditugaskan untuk
menemubual Razali Hassan, Penolong Kanan Pentadbiran pada 21
Februari 2022, 2 hari selepas bengkel tersebut dijalankan.
Tinjauan Pematuhan SOP
7 Feb 2022 – Azawi Josoh, Nazir Kanan dari JPN
Terengganu telah melawat SKT bagi memantau
pematuhan SOP oleh warga sekolah Turut
dilakukan adalah menimba4ng beg sekolah murid
dalam usaha melengkapkan kajian berkaitan isu
‘Beg Sekolah Berat’.
Pemantauan Pematuhan SOP di Pra sekolah
WADAH PPKI
Murid-murid PPKI yang
akan ke Sekolah
Menengah pada sesi
persekolahan tahun
2022/2023
Hebahan
5
Pihak kami mengalu-alukan cadangan, komen membina, karya dan buah fikiran daripada
murid, guru dan ibu bapa. Elakkan unsur-unsur politik dan sebarang bentuk kecaman dalam
hasil penulisan. Sila hantar penulisan anda menerusi email; [email protected]
Terima kasih.
MEDAN PRA SEKOLAH
6
DALAM KENANGAN
TAHUN 6 2021/2022
6 CERDIK
7
6 PINTAR
Tahukah Anda?
SK Tempinis telah menyiapkan Modul 1 hingga 4 TS25.
HALA TUJU
(Penulis Jemputan)
BEING A JOB HUNTER OR BECOME AN ENTREPRENEUR?
THE ROLE OF ENTREPRENEURSHIP EDUCATION IN OUR EDUCATIONAL SYSTEM
By; Dr Norliana Abd Majid
Form Six Teacher
SMK Ketengah Jaya, Dungun
In general, education is a process to deliver the content of knowledge to humankind
as the target recipients. Education consists of three pivotal elements in achieving its
effectiveness, namely receiver, content, and process or method (Al-Attas, 1980). The
concept of education accentuates the ultimate purpose of the process, which is the
impact of education on humankind in receiving the delivered knowledge. Meanwhile,
entrepreneurship is a process of organizational creation (Gartner, 1988), which
involves certain skills such as managing, organizing, risk-taking, opportunities
identifying, innovation, creativity, and many other skills. Thus, entrepreneurship
education seeks to develop individuals who are able to create their business firm,
typically in a small-scale start-up, then the individuals who earn the entrepreneurs’
skills. Through this effort, entrepreneurship education aims to provide the students
with knowledge, skills, and motivation to encourage entrepreneurial success in
various settings. This means entrepreneurship education is very important to ensure
that the students are flourished with various entrepreneurial skills and knowledge as
preparation for their future careers (Liñán et al., 2011).
In our educational system, entrepreneurship education highlights the necessary of
stimulation programs or activities to trigger entrepreneurial success among the
receivers. In this regard, the stimulation programs or activities consist of various
learning activities either formal or informal. For example, formal learning in the
classroom, which is related to the entrepreneurship subjects, or students’ exposures
in any activities outside the classroom such as entrepreneurship clubs and school
cooperatives. By participating in these activities, the students certainly have a
positive experience to educate them with entrepreneurial elements. Therefore, let us
encourage our children to involve in any entrepreneurial acti8vities at school to
develop their entrepreneurial skills since early age. In addition, our students will
have more tendency to choose entrepreneurial career path to evade the dependency
on wage employment in the competitive nature of the job market, nowadays.
Suara Panitia
(Panitia Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam)
SPELLING BEE COMPETITION
Date : 17 & 20 February 2022
Definition : - is a competition to help children improve their spelling,
Organiser increase their vocabulary and develop correct English usage.
Participants - help to build children’s self-confidence
Winners
: English Panel
: 3P vs 3C, 5C vs 6C
: Level 1
1st - Adriana Melissa Sabri (3C)
2nd - Norainina Syuhada Mohd Zawawi (3P)
3rd - Ain Nur Zahirah Hasbullah (3C)
Consolation;
- Nur Aiman Shahirah Mohd Norzi Ikhwan (3P)
Level 2
1st - Nur Aleeya Arisya Abdullah (6C
2nd - Nur Qaira Umairaa Amran (6C)
3rd - Muhamad Zafran Adam Anuwar (6C)
Consolation;
- Nur Raihan Fahtehar Abdullah (5C)
- Syarmila Mohd Azhar (5C)
- Tuan Ilyas Karami Tuan Mohd Pauzi (5C)
Provided by;
Nik Roslina Nik Saud
PERTANDINGAN EJAAN JAWI TAHUN 6
Tarikh : 21 Februar1 2022
Objektif : (i) Menyemarakkan dan mendaulatkan tulisan jawi.
Pemenang (ii) Meningkatkan minat murid terhadap tulisan jawi.
Peserta : Kumpulan B
: Kumpulan A
- Mohd Shahril Mohd Sukri 9
- Mohamad Hanif Basir Hadi
- Siti Nur Mariam Syed Mohd Al-Shukri
Kumpulan B
- Siti Nor Aida Mohd Remzi
- Nur Ain Mohd Sakri
- Muhammad Haziq Othman
Kumpulan C
- Muhamad Halfiq Daniel Mat Hakimi
- Nurul Jannah Zulkiffly
- Nur Zulaikha Mohd Yusop
Kiriman; Wan Majidah Wan Mansor
AKTIVITI MURID
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI
KIRIMAN : CIKGU SABRI MOHAMAD
SKINIS PERTANDINGAN
MEWARNA
- Semua murid SKT layak
menyertai pertandingan ini.
- Anda dikehendaki print
gambar ini, kemudian
warnakan.
- Apabila siap, ambil
gambar dan hantar melalui
whatsapp (013 8157369 -
Cikgu Asma).
- Jangan lupa nyatakan
NAMA dan KELAS.
Pemenang ‘Penjodoh Bilangan’
Buletin Bil.1/2022
1. Ahmad Wafi Dasuki
2. Muhammad Najib Muhamad Nur
3. Muhamad Shahrul Ramadhan
Mustapha
SAGUHA10TI
1. Nur Balqis Mohd Yusop
2. Nureen Damia Adriana Bidi
* Sijil Penyertaan akan diberikan
kepada pemenang. TAHNIAH!
CERPEN BERSIRI...
Bara Yang Kugenggam (Episod 2)
Tepat jam 3.35 petang, sebuah kereta mewah masuk “Danish, awak boleh duduk di sana”. Danish
perlahan-lahan ke halaman rumah. Naqib bersorak, dan berjalan sopan, melihat kepada rakan sebelah
apabila cermin kereta dibuka, raut wajah Naqib tiba- sambil menganggukkan kepala. Beberapa orang
tiba berubah! rakan perempuan nampak ‘jeling tak jeling’ ke
arah Danish. Naqib melihat sepintas lalu ke arah
***** Danish, memang sepupunya ini mempunyai iras
Haqiem Rusli, Pemenang Anugerah Penyanyi
Apa tidaknya, ketika mata Naqib dan sepupunya itu Lelaki Popular 2021. Segak dan nampak
bertentang, Naqib cepat-cepat senyum dan berwibawa. Danish kelihatan menjawab soalan
menganggukkan kepala, namun senyuman paling yang ditanya oleh Aina dengan wajah tersenyum.
manis Naqib dibalas dengan jelingan yang tajam. Ahh! pandai pula kau berlagak baik ya.. desis
‘Ahhh! masih tak berubah!, desis Naqib. Naqib dalam hati.
Pintu kereta dibuka, pantas Danisha menerpa ke Loceng berbunyi. Anaz dan Rafi cepat-cepat
arahnya sambil menghulurkan sebuah bungkusan. mengajak Danish ke kantin. Naqib tidak ke kantin,
“Bukalah!” kanak-kanak berumur 8 tahun itu dia lebih senang makan bekalan daripada ibunya,
mengarahkan Naqib. manakala Danish pula enggan membawa bekal.
“Beli di kantin aja”. Jawab Danish apabila ibunya
“Kalau ya pun, masuklah ke rumah dulu” Ayah Naqib menghulurkan bekal pagi tadi.
berkata sambil ketawa melihat telatah Danisha yang
cukup periang itu. Sememangnya watak Danisha Hari itu sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.
begitu jauh berbeza dengan abangnya, Danish. Danisha Ketika Sir Adi masuk ke kelas, Danish lah yang
peramah, Danish pendiam. Danisha sering ketawa, paling aktif, menjawab pertanyaan Sir Adi dengan
Danish pula muka asyik masam mencuka. Huh! begitu lancar. Naqib tidak menyangka bahawa
Danish begitu fasih berbahasa Inggeris. Naqib
Masuk saja ke rumah, Naqib terus mengoyakkan kertas mula berkira-kira untuk belajar mata pelajaran
corak-corak yang membalut hadiahnya, pemberian Pak yang paling memeningkannya itu daripada Danish,
Long. Alangkah terkejutnya Naqib, sepasang kasut tetapi mahukah Danish mengajar dirinya?
baru! Sejak dulu, Pak Long memang begitu, akan Pertanyaan itu berlegar di kepalanya seharian.
membelanjakan wang yang banyak untuk persekolahan
dirinya, bermula dengan pakaian seragam sekolah, Malam itu, Naqib cuba menghampiri Danish.
buku, yuran, bahkan duit saku pun Pak Long berikan. Naqib teragak-agak untuk memberitahu Danish,
Mungkin kerana rezeki Pak Long lebih, maka apa apa lagi melihat keadaan Danish yang seolah-olah
salahnya dia menyediakan segala kelengkapan tidak nampak keberadaan dirinya. Kaki Danish
pendidikan kepada anak saudaranya sendiri. bergerak-gerak, kepalanya terangguk-angguk dan
suaranya kedengaran menyanyikan sebuah lagu.
Naqib segera menghampiri Pak Long, namun belum
sempat Naqib mengucapkan terima kasih, Pak Long “Danish….”. Naqib duduk di birai katil. Sejenak
segera meraih badannya. Pelukan Pak Long begitu erat Danish mengangkat kening, menguis tangannya
dan lama, terkadang Naqib dapat merasakan kasih beberapa kali menandakan ‘pergi’. Serentak Naqib
sayang Pak Long kepadanya sama seperti kasih sayang membatalkan niatnya dan secara tidak sengaja
ayah kandungnya sendiri. terkeluar perkataan ‘berlagak!” sambil
menjengilkan matanya.
Murid Baru
“Awat? Nak belajar English ka?” Kata Danish
Hari Selasa; dengan loghat pekat Kedah. Naqib tidak jadi
berlalu. Dia angguk, tapi Naqib berasa hairan,
Kebisingan kelas 5C terus senyap apabila Cikgu Yusri bagaimana Danish tahu? Siapa yang memberitahu
masuk bersama seorang murid baru. Kata cikgu Danish? Adakah Danish setuju akan mengajar
“Danish akan tumpang bersekolah di sini selama 3 dirinya? Pandaikah dia nanti kalau Danish
bulan, kemudian dia akan mengikuti keluarganya ke bersedia mengajarnya?
London”. “Wah!!” Serentak murid-murid terkejut dan
terpegun apabila perkataan ‘London’ dilontarkan. Nantikan sambungannya dalam Buletin Fikrah
Bil. 3/2022.