The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ponyjacob800104, 2023-11-30 11:07:25

Preview- Aku, Dia Dan Roh

Preview- Aku, Dia Dan Roh

1 Samson ketua pengawal peribadi melepaskan peralatan besi di tangannya dia berlari diikuti tiga rakannya yang lain mereka segera mendapatkan Junior JD dan Helena Hardy yang terkulai layu di atas rumput yang basah. Kelihatan darah yang mengalir memudar dengan cepatnya disirami hujan yang semakin menjadi-jadi bagaikan ada kolong langit yang bocor di atas sana. “Kekosongan iklan pembantu rumah?? Pembantu rumah di kediaman Junior JD?! “Mommy tak akan benarkan awak pergi Xona. Mereka ada peraturan keluarga sendiri semua orang gaji di rumah mereka sangat terlatih. Xona awak tak pernah masakpun sebelum ini awak ingat keluarga Junior JD tu akan makan sembarangan macam kita? Awak ingat kalau awak tak reti nak masak mereka akan suruh awak masak meggi ja? Awak ingat mereka sanggup makan biskut ja? Makan bread berintikan majerin? Sebelum mereka duduk kat meja makan awak dah kena susun pinggan mangkuk perak, sudu, garfu, pisau bread, cawan, napkin mengikut susun atur yang betul. “Mommy saya akan pergi” “Kenapa awak degil sangat Xona?!” “Awak tak baca iklan yang tertera dengan baik cik Xona. Parr Vella Mansion House memerlukan pembantu rumah yang berpengalaman bukan yang sanggup nak belajar. Untuk jawatan ni tidak ada istilah baru nak belajar sebab tiada siapa yang akan ajar awak kat sana.” “Mommy, Sarah Perman kata seorang demi seorang calon dipanggil tapi semuanya pulang semula Sarah Perman nak saya mencubanya.” “Dia calon yang keberapa? Bagaimana dengan pembawaannya?” “Dia merupakan calon keenam puan besar dan merupakan calon terakhir yang disarankan oleh Sarah Perman. Dia berbeza dengan calon-calon yang lain Zack Jofra kata rumput-rumput sukakannya bunga yang sekuntum pun sukakannya. Puan besar patut pergi lihat sepohon bunga mawar berwarna merah jambu yang ada di depan beranda ianya berbunga lebat, mekar dan mewangi. Semua yang ada di dalam rumah ini bagaikan terjaga sewaktu dia menyentuh pokok bunga mawar berwarna merah jambu tersebut bahkan saya


2 juga dapat merasakan getarnya puan besar tidak merasakannya?” Chacharala menunduk semakin rendah “Chacharala, beritahu semua yang ada di sini tolong jaga cik Xona dengan baik. Sepuluh tahun lamanya…tuan muda dah tahu bahawa ada orang baru dalam rumah ni?” “Rasanya dia tak tahu puan besar.” “Siapa di bawah sana? Ada bunyi bergeser! Ada suara orang menyanyi!” Junior JD meletakkan buku di tangannya sekali lagi dia menanggalkan cermin matanya. Apabila Junior JD mula bercakap semua orang yang ada di Parr Vella Mansion House gentar dengannya termasuk para roh selama sepuluh tahun ini tiada siapapun di antara penghuni rumah besar tersebut yang pernah melihat Junior JD tersenyum. “Ada yang tidak kena Zack, kenapa mesti cik Xona seorang sahaja yang dapat melihat saya di dalam rumah ni? “Tidak ada istilah hantu yang baik puan muda! Berapa hantu dalam rumah ni? Dan berapa orang manusia sebenar?” “Ada tiga hantu dalam rumah ni cik Xona dan empat orang manusia sebenar.” Helena Hardy menerangkan dengan bersahaja. “Jangan pergi cik Xona jangan pergi dari sini kami perlukan cik Xona. Selama sepuluh tahun tempat ini bagaikan terkena sumpahan rumput-rumput, pokok-pokok, bunga-bungaan dan segala macam jenis tanaman kering dan mati tiada satupun yang hidup biarpun ditanam semula tiada satupun yang menjadi. Tanah di sini telah menjadi gersang tempat ini begitu menyedihkan begitu kelam dan terasing kehadiran awak mengubah segala-galanya cik Xona awak pertanda yang baik yang boleh memberikan nafas hidup di tempat ini jadi kami mohon jangan pergi.” “Bertapa kami merindukan destinasi terakhir. Kami ingin pulang ke destinasi abadi cik Xona. “SIAPA AWAK?!! Kenapa awak menceroboh ke tempat ni?!!” Junior JD mengangkat senapang patahnya lebih tinggi membidik ke arah Xona, Xona yang ketakutan separuh mati


3 tidak terkata tingkahnya yang tidak menjawab membuatkan Junior JD enggan memberikannya peluang Junior JD yang berperasaan sedingin salju mengetik picu senjata di tangannya. “Tuan muda JANGAN!!” Dengan gerakkan seringan kapas Zack Jofra berdiri tepat di depan Junior JD jeritannya terlambat Junior JD sudahpun mengetik picu senjata di tangannya memuntahkan peluru yang mengena tepat ke kepala Zack Jofra serta menembusi dahi Helena Hardy yang spontan berdiri di belakang Zack Jofra. Kepala Zack Jofra hancur berkecai bertabur menjadi debu begitu juga dengan dahi Helena Hardy yang bocor terkena sisa peluru yang melewati kepala Zack Jofra namun sesaat cuma kepala Zack Jofra bercantum semula dan dahi Helena Hardy pulih seperti sediakala. Bergema suara garau seorang lelaki dewasa di dalam ruangan tersebut. Junior JD yang menghadap cermin sedang menyarungkan baju terkejut bukan kepalang apabila di sampingnya dalam kesamaran cahaya kelihatan seorang gadis berambut panjang mengenakan apron berwarna putih berdiri tegak sambil memegang talam besar. Jeritan Junior JD membuatkan Xona turut sama menjerit bahkan jeritannya lebih kuat di situ talam di tangannya hampir terlepas kedengaran bunyi pinggan mangkuk, sudu garfu berlaga seirama dengan jari-jemarinya yang menggeletar hebat. “Siapa awak?! Awak buat apa kat sini?! Kenapa awak ada kat sini?!” Junior JD membentak dia menyarungkan bajunya dengan pantas kemudian dia menarik sebilah samurai yang digantung di tepi almari pakaiannya. “Hanya cik Xona yang boleh mempertemukan puan muda dengan semua orang di dalam rumah ni, kerana hanya cik Xona Sahaja yang dapat melihatnya.” “Siapa suruh awak menjawab cik Xona?! Dan…teh susu? Awak hidangkan teh susu? Awak masih tak tahu yang saya minum kopi cik Xona?!” “Berdiri!” Junior JD meluruskan silang kakinya. “Tak boleh! Tuan muda tak boleh nak denda saya sekarang ni sebab… “Jangan sesekali muncul di depan saya dalam keadaan muka awak macam ni cik Xona! Dalam rumah ni cukup-cukuplah roh yang berkeliaran tak perlu awak nak tambah lagi.”


4 “Selepas apa yang telah terjadi sepuluh tahun yang lalu semua orang dalam rumah ni perlukan kasih sayang yang berlimpah agar mereka menyedari bahawa mereka perlu teruskan hidup dan hidup mereka bersebab bukanya kesia-siaan belaka. Semua orang dalam rumah ni perlukan kasih sayang yang berlimpah agar mereka dapat bangkit semula dari masa silam.Terutamanya tuan muda tu, tuan muda bukan sahaja perlukan kasih sayang tapi juga perlukan cinta dari seorang gadis baik agar hatinya yang sekeras besi akan jadi lembut semula, agar jiwa penyayangnya kembali bernyawa dan…” “Dan jangan kata sayalah orangnya yang dapat memberikan kasih sayang dan cinta untuk tuan muda tu, puan muda!” “Tapi siapa lagi yang dapat melakukannya kalau bukan awak cik Xona.” “Tapi saya tak lalai tuan muda? Tuan muda tak tahu sayalah satu-satunya orang gaji kat dalam rumah ni saya perlu berlari ke sana ke sini lebih-lebih lagi nak sampai ke tingkat atas ni saya kena berlari bagaikan orang gila… tuan muda.” Xona menerangkan dengan bersungguhsungguh. “Awaklah satu-satunya orang gaji kat dalam rumah ni yang suka sangat menjawab cik Xona! Berdiri kat tepi meja!” “Nampaknya tuan muda dah mula turun ke tingkat bawah. “Saya dah kata ini rumah saya cik Xona. Saya turun ke sini sebab ini ialah rumah saya bukan kerana saya nak tengok awak atau…” “Kalau tuan muda tak nak tengok muka saya tuan muda boleh turun ke tempat lain kan rumah ni luas ada banyak ruang dan bilik. “Awak tahu cik Xona, pada zaman nenek moyang saya jika ada orang gaji yang berani mencederakan majikan itu dianggap satu kesalahan yang besar penderhakaan namanya dan hukumannya sangat berat. “Saya nak bersihkan tempat ni kalau saya sedang bersihkan lantai tuan muda tak boleh nak bergerak ke sana ke sini saya tak nak tengok bekas tapak kaki tuan muda!” “Awak jangan nak mengada-ngada cik Xona, kalau orang nak ke tandas macam mana?”


5 “Dalam rumah besar ni ada lima puluh buah tandas tuan muda selain daripada satu tandas yang ada kat dalam ruangan ni tuan muda boleh pilih empat puluh sembilan tandas yang lainnya untuk digunakan.” Junior JD mengangkat bukunya tinggi-tinggi melindungi wajahnya agar Xona tidak dapat melihat senyumannya. “Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat awak tiada seorang gadispun yang memiliki hati seperti awak.” Junior JD begitu sebak dia cuba mengaburi kesedarannya. “Itu kerana awak menutup pintu hati awak sayang awak tak beri peluang pada diri sendiri. Ada ramai gadis lain di luar sana yang baik, penyayang dan layak untuk mengetuk pintu hati awak. Saya kekasih awak, isteri awak yang mengenal hati budi awak saya katakan…cik Xona seorang gadis yang baik, saya katakan kalau ada seorang gadis lain yang layak untuk awak cik Xonalah orangnya.” Helena Hardy segera menoleh ke arah Xona begitu juga dengan Junior JD yang serta-merta terlopong. “Mommy tanggalkan cincin warisan keluarga? Kenapa?” “Mommy sudah terlalu lama memakainya. Mommy bukan pewaris yang sah Jun, seharusnya mommy tidak boleh memakainya sehingga sepuluh tahun sedangkan awak ada sebagai pewaris utama. Mommy hanyalah orang yang dikahwini oleh arwah ayah awak dan dibawa masuk ke dalam keluarga ini awak tahu tentang itu. Jun, haruskah tradisi keluarga kita terhenti begitu sahaja? Haruskan gelaran O.K.K itu terputus begitu sahaja? Di Borneo ini moyang awak ialah orang pertama yang dianugerahkan gelaran O.K.K dan kalau awak tak kekalkannya arwah ayah awak mungkin orang terakhir yang menggunakan gelaran itu gelaran mommy tak akan diambil kira.” “Untuk menjalankan upacara mewarisi gelaran kita kena jemput orang-orang tertentu dari luar sana sayang lalu siapa yang akan dapat melihat kewujudan puan muda tu? Tanpa cik Xona mommy sendiripun tak dapat melihatnya awak tak dapat melihatnya tiada siapa yang dapat melihatnya.” “Saya perlu beristeri untuk mewarisi gelaran itu cuma protokol mommy hakikatnya puan muda memang ada di sana.” Junior JD berusaha menyakinkan ibunya.


6 “Puan besar kata awak ialah gadis yang memang telah ditakdirkan untuk datang ke sini gadis yang telah ditakdirkan untuk menghidupkan semula tempat ni dan mungkin…awak ialah gadis yang ditakdirkan untuk mengisi semula kekosongan hati ini. Kalau itu benar lalu apa kesudahannya cik Xona?” “Saya datang ke rumah tuan muda bukan kerana cinta jadi jangan sesekali tuan muda sukakan saya!” “Saya datang untuk menetukan semula hukuman buat kamu sekeluarga.”


Click to View FlipBook Version