dan juga akan diiringi dengan suara yang memberitahu bentuk yang telah dilukis oleh kanak-kanak. Saiz bentuk yang akan keluar juga adalah berdasarkan saiz bentuk lukisan kanak-kanak tersebut. Permainan ini dapat mendedahkan kanak-kanak tentang cara melukis bentuk dengan betul. Selain itu, bentuk yang keluar juga adalah berwarna-warni dan menarik lagi minat kanak-kanak tersebut untuk melukis lebih banyak bentuk yang mereka boleh pelajari. Rajah 51 : permainan kelima Permainan kelima ini bernama ‘shapes’. Permainan ini adalah antara permainan yang sangat mudah dimain. Ini kerana, permainan ini hanya dengan menyentuh skrin dan kemudian bentuk akan dipaparkan secara rawak. Ianya sangat menyeronokkan kerana kanak-kanak dapat melihat pelbagai bentuk dan warna keluar secara rawak.
KEBAIKAN APLIKASI Aplikasi ini juga mempunyai kebaikan dalam mendidik kanak-kanak tentang bentuk dan huruf. Antara kebaikan nya adalah: 1. Mengisi masa lapang Aplikasi ini dapat mengisi masa lapang kanak-kanak. Kanak-kanak dapat mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bermain permainan ini. Permainan ini juga dapat mengisi masa lapang mereka ketika cuti sekolah ataupun setelah mereka selesai menyiapkan kerja sekolah mereka. Selain itu, masa lapang mereka akan terluang dengan aktiviti pembelajaran dengan lebih menarik seperti bermain permainan ini. 2. Meningkatkan prestasi kanak-kanak Permainan ini juga dapat meningkatkan prestasi kanak-kanak disekolah kerana aplikasi ini mendedahkan kanak-kanak dengan huruf-huruf dan bentuk yang mereka sering lihat pada setiap hari. Huruf dan bentuk asas ini didedahkan adalah untuk membantu kanak-kanak dalam pelajaran mereka disekolah mahupun dirumah. Selain itu, kanak-kanak juga dapat belajar tentang huruf dan bentuk yang berkenaan dan memudahkan mereka memahami pelajaran tersebut. Mereka juga dapat mengaplikasikan bentuk itu dengan mudah didalam peperiksaan. 3. Aplikasi percuma Aplikasi ini diberikan secara percuma dan tidak dikenakan bayaran jika ingin memuat turun. Akan tetapi, ia mengenakan bayaran bagi sesetengah permainan. Aplikasi ini juga tidak membebankan pengguna kerana aplikasi ini sangat mudah digunakan. Ianya juga mudah digunakan oleh kanak-kanak. 4. Penggunaan storan yang kecil. Penggunaan storannya juga tidak besar. Ia tidak memenuhkan storan peranti elektronik. Storan peranti elektronik seperti komputer riba dan telefon bimbit tidak kan penuh kerana penggunaannya sangat kecil sehinggakan tidak melibatkan kepenuhan storan diperanti elektronik.
RUMUSAN Kesimpulanya, aplikasi Preschool Games for Kids ini sangat sesuai bagi kanak-kanak dibawah umur 8 tahun. Aplikasi pembelajaran ini mendedahkan tentang ciri-ciri bentuk dan huruf. Aplikasi ini juga mempunyai pelbagai fungsi antaranya adalah sebagai untuk mengenalpasti huruf dan bentuk, mewarna dan juga dapat mengisi masa lapang. Selain itu, aplikasi ini juga mudah digunakan dengan kaedah-kaedah yang sangat mudah diikuti dan dipelajari oleh kanak-kanak. Disamping itu, aplikasi ini juga mempunyai banyak kebaikan seperti storan yang kecil, aplikasi yang percuma, dapat mengisi masa lapang dan juga dapat meningkatkan prestasi kanak-kanak dalam pelajaran mereka. Aplikasi ini guna tidak terhad kepada kanak-kanak yang berumur 8 tahun kebawah sahaja, malahan, ianya juga sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pempelajaran. Dengan grafik dan suara latar yang menarik, semestinya dapat menarik minat bukan sahaja dalam golongan kanak-kanak sahaja malahan semua golongan termasuk ibubapa kanak-kanak itu. Seterusnya, aplikasi ini dapat membantu masyarakat yang buta huruf untuk mempelajari huruf tersebut daripada mula contohnya daripada huruf A sehingga ke huruf Z. Akhir sekali, aplikasi Preschool Games for Kids ini bukan hanya sekadar permainan biasa, ianya permainan yang dapat menambahkan ilmu kanak-kanak yang baru sahaja ingin mengenal huruf dan bentuk.
BIBLIOGRAFI Faizatul Farlin Farush Khan. (2015, September 9). Baik, mudarat gajet atas pilihan. Farhana, Laili M.I. (2013). Kreativiti dan Kemahiran Kanak - kanak dalam merekabentuk Permainan Digital. Retrieved from https://www.slideshare.net/L1F3farhana/ictedu. Lemish, Dafna & Aidman, amy. (2005). Media and the make - believe worlds of children. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates. Swamenathan, M. (2014, Oktober 8). Dunia Digital : Kebaikan dan Keburukan Terhadap Perkembangan Kanak - kanak. Retrieved from https://mypositiveparenting. org/ms/ 2014/ 10/08/dunia-digital- kebaikan-dan-keburukan- terhada p-perkembangan-kanak-kanak/