LENGKAPKAH AURAT AKU KETIKA SOLAT? 51 Permudah urusan kita, jangan susahkan. Islam itu indah. 108 109 110 Sentiasa memakai pakaian yang longgar seperti jubah. Solat boleh dilakukan apabila kita lengkap menutup aurat walaupun tidak memakai telekung. Sentiasa set di minda untuk berpakaian lengkap dari kepala sampai ke kaki apabila keluar dari rumah. Memilih tudung yang labuh sehingga ke bawah dada dan menepati syarak. Keluar rumah dengan memakai sarung kaki supaya mudah untuk kita segera menunaikan solat. TIP Solat 107 106 INFO SOLAT Menutup aurat bagi perempuan itu adalah dengan melabuhkan tudung sehingga menutup bahagian dada, pakaian yang longgar tidak menampakkan bentuk tubuh, dan tidak nipis sehingga boleh menampakkan warna kulit serta labuh hingga boleh menutup bahagian kaki. (S.S Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan) LENGKAPKAH AURAT AKU KETIKA SOLAT?
GAYA RASULULLAH Anak kecil menangis sering berlaku ketika kita menunaikan solat. Mengendong anak kecil dalam solat tidak menjadi masalah. Rasulullah s.a.w. juga mengajar kita cara mengendong anak kecil dalam solat. Apa Kata Rasulullah? Abu Qatadah Al-Anshari r.a. melaporkan, “Nabi Muhammad s.a.w. pernah melaksanakan solat dengan menggendong Umamah binti Zainab binti Muhammad, iaitu puteri kepada Abu Ash. Apabila baginda hendak sujud, baginda menurunkannya, dan ketika berdiri, baginda menggendongnya kembali. (Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab Al-Solah, bab Iza Hamala Jariyatan Shoriratan ‘ala ‘Unuqihi fi Al-Solah, no. hadith 516, daripada Abu Qatadah Al-Anshari, status hadith sahih) Syarat-Syarat Gendong Bayi Ketika Solat 2 1 Bayi perlu bebas daripada najis. 3 Mengawal pergerakan supaya tidak melakukan pergerakan anggota besar sebanyak tiga kali berturut-turut. (Ibnu Hajar Al-Asqalani, ulama hadith daripada Mazhab Syafie dalam kitabnya Fathu Al-Bari) Memastikan dada sentiasa menghadap kiblat. GENDONG ANAK KECIL DALAM SOLAT?
GENDONG ANAK KECIL DALAM SOLAT? 53 INFO SOLAT Hadith menerangkan tentang sikap tawaduk baginda dan kasih sayangnya terhadap anak-anak. Malah, sikap baginda yang sentiasa memuliakan anak-anak dan orang tua. (Ibnu Hajar Al-Asqalani, ulama hadith daripada Mazhab Syafie dalam kitabnya Fathu Al-Bari) Memberi contoh yang baik untuk anak-anak. 113 114 115 Pastikan bayi dalam keadaan yang suci, iaitu bersih daripada najis ataupun kotoran. Memegang erat bayi semasa berdiri tegak, iaitu kedudukan kepala dan badan bayi menghadap ke belakang. Badan membongkok manakala keduadua belah tangan kita memegang bayi. Letak bayi di sebelah kanan kita apabila hendak sujud. Memastikan bayi dan anak-anak kecil kita tidak mengganggu suasana di dalam masjid, dengan kita berusaha untuk menasihati mereka. TIP Solat 112 111 GENDONG ANAK KECIL DALAM SOLAT?
Solat berjemaah di masjid adalah perkara yang biasa pada umat manusia. Wanita juga diharuskan bagi menunaikan solat di masjid. Sejak zaman Nabi s.a.w., kehadiran wanita bagi menunaikan solat jemaah di masjid bukan sesuatu perkara yang asing. Namun, Islam meletakkan syarat-syarat untuk wanita menunaikan solat di masjid. Apa Kata Rasulullah? Imam Al-Bukhari merekodkan, daripada Salim dan daripada ayahnya, Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata, “Jangan halang isterimu pergi ke masjid, apabila dia meminta izin kepadamu.” (Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab Al-Nikah, bab Istiizan Al-Mirah Zaujaha fi Al-Khuruj ila Al-Masajid, no. hadith 5238, daripada Salim dan daripadanya ayahnya, status hadith sahih) Komen Pakar “Tidak diwajibkan untuk kaum wanita bagi menghadiri solat fardu secara berjamaah. Perkara ini tidak berlaku perselisihan dalam kalangan ulama. Dan dibuktikan dalam atsar yang sahih bahawa isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. solat di dalam bilik-bilik mereka. Bahkan,mereke tidak keluar ke masjid.” (Ibnu Hazim, ulama Ahli Sunnah dalam kitab Al-Muhalla) BOLEHKAH WANITA PERGI KE MASJID? GAYA RASULULLAH
BOLEHKAH WANITA PERGI KE MASJID? 55 Niat untuk mengimarahkan rumah Allah s.w.t. TIP Solat 118 119 120 Niat pergi ke masjid bagi menunaikan ibadah kepada Allah s.w.t. Memastikan memakai pakaian yang menutup aurat sebelum pergi ke masjid. Jauhi daripada memakai wangiwangian dan perhiasan yang boleh mengundang perkara fitnah. Meminta izin daripada suami ataupun mahram. Menjaga adab dan tatasusila di dalam masjid. Jauhkan diri daripada mengumpat dan berbual kosong. 116 117 INFO Imam Syafie dan Imam Hanbali mengatakan makruh untuk wanita yang cantik, sama ada wanita muda ataupun tua pergi ke masjid untuk solat berjemaah bersama lelaki. Ini kerana akan menimbulkan fitnah dan perlu solat di rumahnya.
Waktu pagi adalah waktu yang segar dan nyaman. Satu per tiga malam iaitu pada pukul 4 pagi ke atas adalah waktu yang sesuai bagi mendirikan solat dan beribadah kepada Allah s.w.t. Apa Kata Rasulullah? Ibnu Abbas r.a berkata, “Pada suatu malam aku bermalam di rumah emak saudaraku Maimunah, iaitu isteri Nabi s.a.w. Baginda bangun pada tengah malam, lalu pergi membuang hajat. Kemudian mencuci tangan dan muka. Selepas itu baginda tidur. Kemudian baginda bangun dan pergi ke qirbah (tempat air), lalu dibuka tutupnya. Baginda berwuduk dengan sempurna, tanpa memakai banyak air tetapi mencukupi. Selepas itu baginda solat.” (Hadith direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solah Al-Musafirin wa Qasraha, bab Al-Do’a fi Solat Al-Lail wa Qiyamihi, no. hadith 184, daripada Ibnu Abbas, status hadith sahih) “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.” Kata-Pakar (Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah) BANGUN AWAL DIRIKAN SOLAT GAYA RASULULLAH
BANGUN AWAL DIRIKAN SOLAT 57 Gunalah peluang waktu sujud untuk berdoa kepada Allah s.w.t. TIP Solat 123 124 125 Tidur pada awal waktu supaya kita dapat bangun awal pagi untuk menunaikan solat. Jangan membazir ketika mengambil wuduk kerana Allah s.w.t. tidak suka pembaziran. Berkawan dan mengikut jejak sahabat yang baik untuk sama-sama melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. Tidur sebentar sebelum solat Zuhur (qailulah) supaya mudah berjaga pada awal pagi. Sentiasa berdoa selepas menunaikan solat kerana waktu itu waktu yang terbaik untuk berdoa. 121 122 INFO “Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan, mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Al-Isra’ ayat 79)
Akhlak menunjukkan seseorang itu berakal cemerlang dan memiliki nilai yang tinggi dalam kehidupan. Oleh itu, akhlak mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Islam. Rasulullah s.a.w. berkata, “Sukakah kamu sekiranya aku tunjukkan orang yang paling dicintai oleh Allah, dan paling dekat denganku pada hari kiamat?” Mereka menjawab, “Sudah tentu.” Rasulullah s.a.w. berkata, “Iaitu orang yang paling baik akhlaknya di antaramu.” (Hadith direkodkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad, no. 6735, daripada ‘Amr bin Syu’aib daripada bapanya daripada datuknya, status hadith hasan) Apa Kata Rasulullah? Rasulullah s.a.w. menyarankan kepada kita supaya mengamalkan akhlak mulia dalam setiap urusan yang dilakukan seharian. Sehingga dia menjadi Muslim yang disenangi oleh masyarakat dan saling hormat menghormati. Menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh utama kerana baginda memiliki akhlak yang mulia. Bersahabat dengan orang yang memiliki akhlak baik, bertakwa, dan menjauhi orang yang buruk akhlaknya. Contoh akhlak mulia adalah: 1 Menghubungkan talian pesaudaraan dan mengeratkan silaturrahim. 2 Saling bermaafan dan mengaku kesalahan. 3 Sentiasa berlapang dada dan tidak buruk sangka dalam setiap perkara. 4 Bercakap dengan lemah lembut, sopan, dan bermanis wajah Memupuk akhlak mulia GAYA RASULULLAH AKHLAK LAMBANG PERIBADI
AKHLAK LAMBANG PERIBADI 59 Tip ini boleh digunakan ketika di dalam kelas, ceramah, seminar, ataupun kuliah di masjid. 128 129 130 Menguatkan nilai akidah dan keimanan dalam diri. Menjaga pandangan dan pendengaran daripada perkara maksiat. Memahami penjelasan Al-Quran dan hadith mengenai akhlak terpuji bagi membersihkan jiwa. Membaca kisah kehidupan para nabi, sahabat, ulama, dan para wali. Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah s.w.t. supaya dikurniakan akhlak yang baik. 127 126 TIP Solat Jarang berselisih Baik dalam bersikap adil Tidak mencari kesalahan orang lain Memperbaiki keburukan Mencarikan uzur bagi yag salah. Bersabar ketika diganggu Introspeksi dengan mencela diri yang kekurangan. Menjaga aib sendiri bukan aib orang Wajah ceria Lembut percakapan 10 Tanda Akhlak Mulia Menurut Yusuf Asbath dalam kitab At-Tanwir Syarah Al-Jami’ As-Saghir AKHLAK LAMBANG PERIBADI
Sebagai seorang Muslim, kita perlu menjauhkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemarahan. Jangan melakukan sesuatu mengikut dorongan kemarahan yang boleh merosakkan akal. Apa Kata Rasulullah? Abu Hurairah r.a. melaporkan seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w., “Berilah wasiat kepadaku.” Lalu baginda berkata, “Jangan marah.” Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya berkali-kali. Rasulullah s.a.w. berkata, “Jangan marah.” (Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya, kitab Al-Adab, bab Al-Hazari minal Ghadhab, no. hadith 6116, daripada Abi Hurairah) Marah yang baik Marah apabila cemburu. Dalam keadaan tertentu, marah adalah baik bagi menjaga kehormatan diri, pasangan, dan keluarga. Marah apabila agama dan hukum Allah s.w.t. dipermainkan. Marah ketika ini adalah perlu bagi mencegah kemungkaran. Kesan-kesan Marah Individu: Memberi kesan kepada rohani dan jasmani seseorang. Apabila marah menguasai, kecenderungan bagi mengeluarkan kata-kata kesat yang mengakibatkan imannya menjadi kufur tanpa sedar. Hilang kawalan dan berisiko menyakitkan diri sendiri. Masyarakat: Mewujudkan perasaan hasad dan iri hati. Ketika itu, wujud niat jahat terhadap manusia. Akibat itu, terputus talian persaudaraan ataupun persahabatan dan runtuhlah kehidupan bermasyarakat. (Berdasarkan Syarah Hadith 40 Imam Nawawi oleh Imam An-Nawawi). TENANG, JANGAN MARAH GAYA RASULULLAH
TENANG, JANGAN MARAH 61 Info Kesihatan Orang yang tidak dapat mengawal kemarahan berisiko mengalami denyutan jantung yang tidak terkawal. Apabila keadaan ini berlaku, jantung mengepam darah secara tidak menentu dan pembekuan darah mudah berlaku. (Dato’ Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran) Tip ini boleh diamalkan ketika diri kita dikuasai oleh marah dan tekanan. Tip ke-24 juga adalah saranan Rasulullah s.a.w. 133 134 135 Melatih diri berakhlak dengan akhlakakhlak yang mulia seperti lemah lembut dan sabar. Sentiasa mengingati akibat dan kelebihan jikalau menahan kemarahan. Meminta perlindungan daripada Allah s.w.t. daripada syaitan yang direjam. Apabila marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Jikalau marah dalam keadaan duduk, maka baringlah. Diam ketika marah kerana mungkin kita akan mengeluarkan perkataan yang akan dibalas dengan perkataan yang boleh meningkatkan kemarahan. 132 131 TIP Sihat
Akhlak yang cantik mewujudkan sikap positif dalam diri. Antara sikap positif yang perlu dimiliki oleh setiap individu hari ini adalah sabar. Sabar juga perlu diutamakan untuk orang yang berakal. Apa Kata Rasulullah? Anas r.a. melaporkan, Rasulullah s.a.w. bertemu dengan seorang wanita yang sedang menangis di tepi kubur. Baginda berkata kepadanya, “Takutlah kepada Allah dan sabarlah!” (Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Al-Bukhari, kitab Al-Janaiz, bab Qauli Ar-Rajul Lilmar’ati ‘inda Al-Qabr, no. hadith 1251, daripada Anas bin Malik) Said Hawa dalam Al-Asas Fil Tafsir pernah berkata seperti yang dinyatakan dalam buku Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran, sabar itu terbahagi kepada beberapa bahagian. 1 Sabar dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan maksiat. 2 Sabar terhadap kesusahan. 3 Sabar terhadap kesakitan yang dilakukan oleh makhluk. 4 Sabar dalam medan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar. 5 Sabar di medan peperangan dan menentang kufar. Bahagian-bahagian sabar “Sikap kita ditentukan bagaimana kita melihat masalah. Jikalau kita melihat masalah itu sebagai tempat untuk membangunkan diri, ia baik bagi kita.” (Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin dalam bukunya Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran.)” BERSABAR DI SETIAP MUSIBAH GAYA RASULULLAH
BERSABAR DI SETIAP MUSIBAH 63 1 Allah s.w.t. sentiasa bersama orang yang sabar. “...sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang bersabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 151) 2 Mendapat ganjaran kebaikan yang tidak terbatas. “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah Al-Zumar, ayat 10) 3 Layak mendapat syurga Allah s.w.t. “...mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan mereka, dan mereka akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.” (Surah Al-Furqan, ayat 75) Tip-tip ini boleh diamalkan jikalau kita ditimpa musibah supaya terus bersabar dengan ujian daripada Allah s.w.t. 138 139 140 Perkara pertama apabila ditimpa musibah ucapkanlah, “Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.” Bersabar apabila ditimpa sebarang ujian. Ujian itu menandakan kasih sayang Allah s.w.t. kepada hamba-Nya. Ketika sahabat kita ditimpa musibah, berikan kata-kata semangat dan kata-kata positif kepadanya. Membaca buku-buku dan mendengar ceramah-ceramah motivasi yang memberi kesan positif kepada diri. Sentiasa memikirkan hikmah di sebalik musibah yang menimpa. 137 136 TIP Sihat
Lisan adalah satu organ yang turut mempengaruhi akal. Bagi mendapatkan akal yang baik, kita perlu menjaga lisan. Ada dua cara untuk menjaga lisan. Pertama, berkata dengan baik. Kedua, diam jikalau tidak mampu untuk berkata baik. Apa Kata Rasulullah? Abu Hurairah r.a. melaporkan, Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, ucapkan kata-kata yang baik ataupun diam. Sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, jangan dia menyakiti tetangganya. Sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, dia perlu memuliakan tetamunya.” (Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Al-Bukhari, kitab Al-Adab, bab Man kaana Yu’minu Billahi wal Yaumil Akhir Fala Yu’zi Jaarah, no. hadith 6018, daripada Abi Hurairah). Komen Pakar Dalam Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Imam Syafie r.a. mengatakan, “Jikalau seseorang mahu berbicara, dia perlu berfikir terlebih dahulu. Jikalau baginya apa yang dicakapkan itu memberi manfaat, teruskan. Jikalau dia merasakan apa yang dipercakapkan itu mendatangkan keburukan, maka diam.” Kita dituntut supaya berfikir dahulu akibat, baru bercakap. Bukan bercakap dahulu baru berfikir. Kata Pujangga BICARA ATAUPUN DIAM? GAYA RASULULLAH
BICARA ATAUPUN DIAM? 65 “Diam itu lebih baik daripada bercakap yang menyakiti perasaan orang lain.” Kata Pujangga Kata-Pakar 143 144 145 Diam lebih baik daripada berkatakata. Kita ditegah berkata-kata sehingga menyakitkan hati orang lain. Befikir dahulu akibatnya sebelum berbicara. Ketika marah kita digalakkan untuk diam. Kita dilarang menghina dan mengkeji orang lain. Jaga rahsia orang yang memberi sepenuh kepercayaan kepada kita. Berkata perkara yang benar walaupun hakikatnya sukar untuk kita terima. TIP Sihat Ini adalah sebahagian amalan dan suntikan semangat untuk lebih menjaga percakapan dalam kehidupan seharian kita. 142 141
HADIRKAN RASA TAKUT PADA ALLAH Menurut Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, “Khauf adalah suatu perasaan takut yang mencegah anggota badan daripada perbuatan maksiat dan diikat dengan ketaatan”. Melalui perasaan akal kita mampu membuat keputusan dengan baik. Apa Kata Al-Quran? “Wahai orang-orang beriman, pelihara dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak menderhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim, ayat 6) Tanda-tanda takut kepada Allah s.w.t. 1 2 3 4 Lisan Sentiasa berzikir dan mengelakkan bercakap yang tidak membawa faedah, mengumpat, fitnah, dan seumpamanya. Hati Seseorang itu tidak ada perasaan dengki dan bermusuhan dengan orang lain. Pandangannya Tidak leka dengan keindahan dunia. Tidak memandang perkara haram. Jikalau memandang sekalipun memandang untuk mengambil pengajaran. Perut Seseorang yang tidak memakan sumber haram. GAYA RASULULLAH
HADIRKAN RASA HADIRKAN RASA TAKUT PADA ALLAH 67 TAKUT PADA ALLAH 5 6 7 Kedua-dua tangan Tidak menggunakannya untuk perkara haram. Langkah kaki Seseorang yang tidak melangkah ke tempat haram. Dia hanya melangkah mencari keredhaan Allah s.w.t. Ketaatan Seseorang itu hanya taat kepada perintah Allah s.w.t. Melakukan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t. dan menjauhkan perkara yang dilarang. Menurut Abu Laits As-Samarqandi, seorang ahli fiqh dan ahli tafsir masyhur. 148 149 150 Kita seharusnya sentiasa menyedari perbuatan buruk dan maksiat adalah dosa besar. Membaca tafsir ayat-ayat Al-Quran tentang ancaman-ancaman Allah s.w.t. Sentiasa memikirkan pengajaran daripada bencana (fenomena alam) yang menimpa. Membaca kisah tentang azab Allah s.w.t. kepada orang-orang terdahulu. Sentiasa memikirkan bagaimana keadaan kita dibangkitkan di padang mahsyar kelak. TIP Sihat 147 146