Pengenalan: Kerajaan Melayu bermula daripada petempatan kecil
berkembang menjadi pelabuhan
1. KERAJAAN FUNAN
Lokasi: Lembah Sungai Mekong
Masa: Abad pertama
Pusat kerajaan: Vyadhapura
2. KERAJAAN CHAMPA
Lokasi: Selatan dan tengah Vietnam
Masa: Abad kedua
Pusat kerajaan: Indrapura
3. KERAJAAN SRIVIJAYA
Lokasi: Lembah sungai Musi, Sumatera
Masa: Abad ketujuh
Pusat kerajaan: Palembang
4. KERAJAAN ANGKOR
Lokasi: Lembah Sungai Mekong
Masa: Abad Kesembilan
Pusat kerajaan: Hariharalaya
5. KERAJAAN MAJAPAHIT
Lokasi: Lembah sungai Brantas, Jawa Timur
Masa: Abad ke-13
Pusat kerajaan: Kota Trowulan
6. KERAJAAN KEDAH TUA
Lokasi: Sungai Mas dan Sungai Bujang
Masa: Abad Kelima
Pusat kerajaan: Sungai Mas dan Pangkalan Bujang
7. KERAJAAN GANGA NAGARA
Lokasi: Pantai Barat Bahagian Tengah Tanah Melayu
Masa: Abad keenam
Pusat kerajaan: Pangkalan
KERAJAAN ALAM MELAYU YANG MASYHUR
1. KERAJAAN FUNAN:
Berpusat di Vyadhapura
Diasaskan: Brahmin bernama Kaundinya berkahwin dengan Soma,
pemerintah wanita di Sungai Mekong
Kemasyhuran: Semasa Fan Shih-Man
1. meluaskan empayar Funan ke Sungai Mekong hingga Teluk Camranh
2. Menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra membolehkan Funan
menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat.
Kesan: Menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu.
3. Raja Funan terakhir = Rudravarman. Serangan kerajaan Chenla
menyebabkan kemerosotan kerajaan Funan.
2. KERAJAAN CHAMPA
Diasaskan: Chu-Lien 192 Masihi
Pusat di Indrapura dan sering diserang Dai Viet tetapi Chu-Lien berjaya
membebaskan Champa daripada pengaruh China.
Kemasyhuran:
1. Bermula dengan Che Bong Nga berjaya mengatasi ancaman Dai Viet
2. Meluaskan empayar Champa ke wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai
Merah.
3. Serangan ke Dai Viet berjaya membunuh Raja Tran Due Tong dan
menerima pengiktirafan daripada Dinasi Ming tahun 1369
4. Kemerosotan: Indravarman meninggal dunia pada 1441 dan Dai Viet
menggunakan peluang serang Champa serta 1471 di tawan Dai Viet
3. KERAJAAN SRIVIJAYA
Diasaskan: Dapunta Hyang Sri Jayanasa tahun 683 Masihi di Palembang.
Berjaya menakluk Bangka dan Taruma
Kemasyhuran:
1. Pemerintahan Sangramadhananjaya pada abad kelapan berjaya
menakluk Sumatera, selatan Myanmar, Tanah melayu dan Segenting
Kra
2. Penaklukan membolehkan Srivijaya menguasai jalan laut
antarabangsa, Selat Melaka dan Selat Sunda serta menjadi kuasa
perdagangan utama di Alam Melayu dan menjadi pusat pengajian
agama Buddha
3. Serangan tentera Chola tahun 1025 menyebabkan Srivijaya menjadi
lemah.
KERAJAAN ANGKOR
Berpusat di Hariharalaya diasaskan oleh Jayarvarman II
dari Chenla yang menyatukan wilayah di Lembah Sungai
Mekong.
Kemasyhuran:
1. Suryavarman II meluaskan empayar Angkor ke sekita
Lembah Sungai Mekong hingga ke selatan Myanmar.
2. Menghalang ancaman daripada Champa dan Dai Viet
3. Mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang
tempatan dengan perdagangan luar.
4. Diteruskan Jayavarman VII meluaskan empayar Angkor
hingga sempadan Annam dan bina Angkor Thom serta 102
buah hospital.
5. Serangan Siam pada tahun 1594 melemahkan kerajaan
Angkor.
KERAJAAN MAJAPAHIT
Diasaskan Raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol dalam perebutan
kuasa di Jawa pada 1294.
Berpusat di Kota Trowulan.
Kemasyhuran:
1. Bermula dengan perlantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana Menteri oleh
Tribuana Tunggadewi.
2. Berjaya mengembalikan keamanan dan keselamatan kerajaan Majapahit.
3. Meluaskan tanah jajahannya ke timur Pulau Jawa, pesisir pantai timur
sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo bahagian selatan dan timur
Sulawesi dan Kepulauan Maluku. Majapahit menjadi pusat perdagangan pada
abad ke-14.
4. Kematian Patih Gajah Mada dan serangan kerajaan Demak 1478 menyebabkan
kerajaan Majapahit menjadi lemah.
KERAJAAN KEDAH TUA
Muncul dengan penglibatan masyarakat di Guar Kepah yang
menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang dari luar di
Sungai Mas.
Peringkat awal = Sungai Mas dan Pangkalan Bujang.
Bukti= diperkukuhkan dengan catatan golongan agama dan pedagang
dari China, India dan Arab-Parsi.
Sumber China menamakan kerajaan Kedah Tua = Chieh Ch’a
Sumber India dan Arab = Kataha dan Kalah-bar
KEMASYHURAN
Dikaitkan dengan kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang.
Kedah Tua nenjadi pusat keagamaan agama Buddha.
Kemasyhuran menyebabkan Srivijaya menguasai Kedah Tua dan tentera
Chola dari India melemahkaan kegiatan perdagangan di Kedah Tua.
Pengasasan Kesultanan Kedah memulakan kerajaan baharu di Kedah
Tua.
KERAJAAN GANGGA NAGARA
Muncul pada abad keenam.
Berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad kelima.
Pengasas: Raja Ganji Sarjuna.
Pendapat lain: Raja Khmer dari Kemboja
Pusat di Pangkalan
Kemasyhuran:
1. Sejak abad kelima Gangga Nagara sering dikunjungi pedagang luar
kerana kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah.
2. Berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan kerajaan
Srivijaya
3. Lemah kerana serangan tentera Chola dari India telah memusnahkan
pelabuhan Gangga Nagara.
KERAJAAN ALAM MELAYU DAN
KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN
KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN:
Abad pertama:
Kerajaan Funan sezaman dengan empayar Rom, empayar Parsi, empayar
Kushan dan Dinasti Han
Abad Kesembilan:
Kerajaan Champa, Srivijaya dan Angkor sezaman dengan Kerajaan
Abbasiyah, empayar Byzantine, Dinasti Tang dan Kerajaan Chola
Abad ke-14
Kerajaan Champa, Angkor dan Majapahit sezaman dengan empayar
mongol, kerajaan Turki Uthamniyah dan Kesultanan Delhi
HUBUNGAN PERDAGANGAN
Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan
perdagangan dengan kerajaan luar
SEBAB:
1. kedudukan strategik di laluan perdagangan
timur dan barat
2. Kekayaan hasil bumi
Menunjukkan amalan sikap keterbukaan para
pemerintah
HUBUNGAN KEAGAMAAN
HINDU:
Cara penyebaran ke Alam Melayu:
1. Peranan pedagang, tentera dan golongan Brahmin
BUDDHA:
Cara:
1. Asoka menghanta sami-sami Buddha ke Alam Melayu
untuk sebarkan agama Buddha
ISLAM:
CARA:
1. Melalui peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah
HUBUNGAN DIPLOMATIK
Merupakan hubungan politik antara dua kerajaan
Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatic dengan kerajaan di
China dan India
HUBUNGAN ALAM MELAYU DENGAN CHINA:
1. Funan:
Utusan dihantar pada abad ketiga
Tujuan: Memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet
2. Champa:
Utusan dihantar pada abad ketiga
Tujuan: Memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China, iaitu
Dai Viet
3. Majapahit:
Utusan dihantar pada abad ke-14
Tujuan: Menjalinkan hubungan persahabatan
4. Srivijaya:
Utusan dihantar pada abad ketujuh
Tujuan: Mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuh hubungan
persahabatan dan perdagangan
5. Angkor:
Utusan dihantar pada abad ke-12
Tujuan: Memperkukuh persahabatan dan perdagangan
6. Kedah Tua:
Utusan dihantar pada abad ketujuh
Tujuan: Memperkukuh hubungan perdagangan
HUBUNGAN KERAJAAN ALAM MELAYU DENGAN INDIA
1. Funan:
Utusan dihantar pada abad ketiga
Tujuan: Memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan dengan India
2. Majapahit:
Utusan dihantar pada abad ke-14
Tujuan: Mengeratkan hubungan persahabatan
3. Srivijaya:
Utusan dihantar pada abad kesembilan
Tujuan: Mengeratkan hubungan persahabatan dan hubungan keagamaan
4. Angkor:
Utusan dihantar pada abad ke-12
Tujuan Mengeratkan hubungan persahabatan