The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGHASILAN PRODUK: PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KHALIDAH NURAIFAA BINTI ISMAIL IPG-Pelajar, 2024-03-14 11:49:11

E-PORTFOLIO TUGASAN 2

PENGHASILAN PRODUK: PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2021 TAHUN 2 SEMESTER 2) PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN EDUP3153 _________________________________________________________________________ DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR KHALIDAH NURAIFAA BINTI ISMAIL ANGKA GILIRAN 2022192340303 KUMPULAN A5 KOD DAN NAMA KURSUS EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN NAMA PENSYARAH PUAN RADZIAH BINTI MOKHTAR TAJUK TUGASAN PROJEK PENGHASILAN PRODUK TARIKH HANTAR 15 MAC 2024 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH


PENGHARGAAN Assalamualaikum WBT Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana telah memberikan nikmat dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan kursus Pentaksiran dalam Pendidikan (EDUP3153) dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Radziah binti Mokhtar kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar satu persatu mengenai topik dalam pentaksiran berterusan ini. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan saya terutama dari kelas A5 kerana telah membantu saya dalam perbincangan dan memberikan jawapan kepada persoalan saya mengenai tugasan ini. Yang terakhir, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga kerana sentiasa memberikan dorongan dan sokongan dari segi bentuk mata wang ataupun kata-kata pembakar semangat yang membuatkan saya untuk menyiapkan pentaksiran berterusan ini dengan jayanya. Akhir kata, saya tujukan ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menghasilkan penghasilan berterusan ini. Sekian terima kasih.


ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0 KONSEP PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 1 3.0 ANALISIS DAPATAN PBD 2 4.0 PENILAIAN PROFESIONAL 7 5.0 REFLEKSI 11 6.0 PENUTUP 12 RUJUKAN 13 LAMPIRAN 14


1 1.0 PENGENALAN Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan satu medium untuk mengesan perkembangan murid sewaktu di dalam kelas. Medium itu dikenali sebagai pentaksiran. Di sekolah satu bentuk pentaksiran telah diperkenalkan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS merangkumi kepada aspek holistik dalam memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu menilai Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. PBS mempunyai 2 komponen iaitu akademik dan bukan akademik. Akademik pula pecah kepada dua iaitu pentaksiran pusat iaitu pentaksiran sumatif di bawah penyeliaan Lembaga Peperiksaan dan Pentaksiran sekolah (formatif dan sumatif). Bukan itu sahaja, bukan akademik pula berfokuskan kepada Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum serta Pentaksiran Psikometrik. Guru sebagai pelita murid perlulah menjalankan kesemua pentaksiran untuk membimbing dan mengukur tahap potensi murid supaya tertanamnya kemenjadian murid itu sendiri. 2.0 KONSEP PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) Pentaksiran ini perlu dirancang oleh guru supaya dapat mengesan tahap penguasaan dan pencapaian objektif pengajaran sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Oleh hal yang demikian, salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan panduan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pada tahun 2016. PBD telah dilaksanakan secara berterusan kepada semua mata pelajaran merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi (Mahaya Salleh et al., 2024). PBD ini memberikan banyak kelebihan kepada sistem pendidikan di negara kita. Pentaksiran ini dilakukan secara berterusan untuk melihat penguasaan kriteria yang perlu dicapai oleh murid-murid. Bukan itu sahaja, PBD memberikan impak positif kepada guru dalam merancang dan mengubah suai pedagogi pengajaran (JPN Selangor, t.t.). Pelaksanaan PBD hendaklah merancang kaedah pentaksiran yang bersesuaian dengan murid. Terdapat 3 cara untuk melaksanakan PBD iaitu kaedah pemerhatian, penulisan dan juga lisan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2019). Selepas PBD dijalankan di dalam kelas, guru-guru perlu merekod dan menganalisis tahap yang perlu dikuasai oleh murid. Sekiranya murid tidak mencapai, guru-guru perlu membimbing dan melaksanakan pentaksiran selanjutnya kepada murid yang lemah supaya mereka mampu kuasai objektif pembelajaran pada tiap mata pelajaran. Tambahan pula, pihak pentadbir terutamanya guru besar dan penolong-penolong kanan sekolah hendaklah memantau kualiti pelaksanaan


2 Pentaksiran Bilik Darjah dengan melihat laporan yang dijalankan 2 kali dalam setahun agar guru-guru cakna akan potensi dan kelemahan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Bagi memenuhi tugasan EDUP3153 Pentaksiran Berterusan kursus Pentaksiran dalam Pendidikan, saya dan rakan-rakan telah melakukan kajian lapangan mengenai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sebuah sekolah kluster kecemerlangan iaitu SK Taman Megah. Sekolah tersebut terletak di sebuah kota raya Petaling Jaya, Selangor. Tinjauan kami ke SK Taman Megah bertujuan untuk mengetahui jenis dan kaedah pentaksiran yang dijalankan di sekolah tersebut. 3.0 ANALISIS DAPATAN PBD Berdasarkan hasil dapatan saya, sebanyak 35 instrumen pentaksiran yang saya dapati di sekolah tersebut. Seramai 7 orang guru telah membantu saya dalam pemberian bahan-bahan instrumen. Antara instrumen mata pelajaran yang saya perolehi ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Seni Visual. Dapatan instrumen terbanyak adalah Bahasa Melayu. Rajah 1 Bilangan instrumen berdasarkan jenis tahun


3 Jadual 1 Menunjukkan Peratusan Mengikut Jenis Tahun BIL. JENIS TAHUN BILANGAN INSTRUMEN (n) PERATUS (%) 1. Tahun 1 5 14.3 2. Tahun 2 1 2.9 3. Tahun 3 2 5.7 4. Tahun 4 8 22.9 5. Tahun 5 11 31.4 6. Tahun 6 8 22.9 Graf palang di atas menunjukkan bilangan instrumen yang dikumpulkan mengikut jenis tahun. Jumlah instrumen yang terbanyak yang saya kumpul adalah tahun 5 iaitu 11 instrumen (31.4%). Bilangan instrumen yang terendah adalah tahun 2 iaitu 1 instrumen (2.9%). Pada tahun 1, saya memperoleh 5 instrumen (14.3%). Selain itu, Tahun 3 pula mendapati 2 instrumen (5.7%). Di samping itu, tahun 4 dan tahun 6 mendapat data bilangan yang sama iaitu 8 bilangan instrumen (22.9). Rajah 2 Jumlah Bilangan Instrumen PBD Mengikut Jenis Mata Pelajaran


4 Jadual 2 Menunjukkan Peratusan Mengikut Jenis Mata Pelajaran BIL. JENIS MATA PELAJARAN BILANGAN INSTRUMEN (n) PERATUS (%) 1. Bahasa Melayu 22 62.9 2. Pendidikan Seni Visual 4 11.4 3. Matematik 4 11.4 4. Pendidikan Kesihatan 1 2.9 5. Sains 3 8.6 6. Bahasa Inggeris 1 2.9 Rajah 2 dan jadual 2 menunjukkan jenis mata pelajaran subjek Bahasa Melayu mempunyai bilangan instrumen tertinggi iaitu sebanyak 2.9 peratus, n=22. Bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Matematik mempunyai data yang sama iaitu 4 instrumen (11.4%) yang dapat dikumpul. Bukan itu sahaja, mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan Bahasa Inggeris juga mempunyai bilangan yang sama iaitu 1 instrumen (2.9%). Ini merupakan bilangan yang terendah sepanjang proses pengumpulan pentaksiran PBD. Tidak ketinggalan juga pada subjek Sains iaitu sebanyak 8.6% bersamaan 3 instrumen PBD dikumpulkan. Rajah 3 Jumlah Bilangan Instrumen PBD Berdasarkan Jenis Pentaksiran


5 Jadual 3 Menunjukkan Peratusan Mengikut Jenis Pentaksiran BIL. JENIS PENTAKSIRAN BILANGAN INSTRUMEN (n) PERATUS (%) 1. Alternatif Tugasan Bertulis 10 28.6 2. Alternatif Penghasilan Produk 5 14.3 3. Alternatif Rakan Sebaya 2 5.7 4. Formatif 2 5.7 5. Alternatif Projek 5 14.3 6. Alternatif Berkumpulan 4 11.4 7. Sumatif 3 8.6 8. Alternatif Temu Bual 1 2.9 9. Alternatif Buku Skrap 2 5.7 10. Alternatif Amali 1 2.9 Rajah 3 menunjukkan graf palang dan jadual 3 mengenai jenis pentaksiran dengan bilangan instrumen. Bilangan instrumen PBD tertinggi adalah jenis pentaksiran alternatif tugasan bertulis iaitu 10 instrumen (28.6%) dan diikuti 5 instrumen (14.3%) PBD dikumpulkan daripada jenis pentaksiran alternatif penghasilan produk berserta alternatif projek. Seterusnya, data yang terendah adalah jenis pentaksiran alternatif temu bual dan alternatif amali iaitu sebanyak 1 instrumen (2.9%) PBD. Selanjutnya, 3 jenis memperoleh 2 instrumen (5.7%) antaranya pentaksiran formatif, pentaksiran buku skrap, dan alternatif rakan sebaya. Saya turut mendapati bahawa jenis pentaksiran sumatif juga ada dijalankan dan mendapat 3 instrumen PBD (8.6%). Seterusnya, pentaksiran jenis berkumpulan dapat saya kumpul iaitu sebanyak 4 instrumen PBD (11.4%).


6 Rajah 4 Jumlah Bilangan Instrumen PBD Berdasarkan Kaedah Pentaksiran Jadual 4 Menunjukkan Peratusan Mengikut Kaedah Pentaksiran BIL. KAEDAH PENTAKSIRAN BILANGAN INSTRUMEN (n) PERATUS (%) 1. Bertulis 24 68.6 2. Pemerhatian 18 51.4 3. Lisan 7 20 Rajah 4 menunjukkan graf palang berserta jadual 4 mengenai kaedah pentaksiran berdasarkan bilangan instrumen. Bilangan instrumen yang tertinggi pada kaedah pentaksiran bertulis iaitu 24 instrumen (68.6%). Diikuti dengan 18 instrumen (51.4%) pada kaedah pemerhatian. Selanjutnya, kaedah lisan merupakan bilangan terendah iaitu 7 (20%) sahaja yang saya dapat kumpulkan.


7 4.0 PENILAIAN PROFESIONAL PENTAKSIRAN PBD Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan satu bentuk penentuan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu mata pelajaran secara holistik dan menyeluruh. Ini kerana PBD dilaksanakan secara berterusan dan berkala sewaktu PdP. PBD bukan sahaja melihat kepada tahap akademik murid malah melihat perkembangan potensi murid dalam pencapaian objektif pembelajaran secara adil. Jika dilihat daripada Rajah 1, saya memperoleh data bilangan instrumen tertinggi adalah murid tahap 2. Saya berpendapat bahawa, banyak instrumen diberikan kepada murid tahap 2 kerana ini melibatkan tahap kesediaan murid dan guru terhadap satu pentaksiran yang dilakukan setiap waktu pelajaran. Mazarul Hasan Mohammad Hanapi et al. (2021) mendapati bahawa guru yang tidak bersedia akan pelaksanaan PBD berpunca daripada kurang berpengetahuan di samping mereka sudah berada di zon keselesaan sehinggakan tidak mahu melakukan perubahan terhadap teknik pentaksiran PdPnya. Mereka beranggapan bahawa murid tahap 2 lebih bersedia untuk melakukan aktiviti penilaian di dalam kelas. Melalui hasil dapatan tinjauan instrumen PBD di SK Taman Megah, saya mendapati 10 jenis instrumen telah digunakan oleh para guru. Hasil tinjauan PBD menunjukkan bahawa jenis pentaksiran alternatif tugasan bertulis banyak digunakan oleh guru kepada murid. Hal ini demikian kerana, pentaksiran bertulis ini mudah dicari oleh guru-guru. Menurut Gengatharan & Azali Rahmat (2019), soalan instrumen ini boleh didapati dalam buku soalan yang dibeli, kefahaman guru sendiri dan memuat turun soalan daripada internet. Bahan-bahan inilah yang akan diberikan kepada murid untuk menjawab berdasarkan kefahaman mereka. Bukan itu sahaja, jenis tugasan ini banyak digunakan kerana fleksibel sebagai tugasan di dalam kelas ataupun di rumah (Muhammad Roslan Mustaqim, 2023). Rajah 5 Contoh Jenis Pentaksiran Alternatif Bertulis


8 Selain daripada itu, jenis pentaksiran alternatif penghasilan produk dan projek banyak digunakan oleh guru SK Taman Megah. Kebetulan sahaja, sekolah tersebut telah mengadakan pengajaran bertemakan makanan tradisional iaitu dodol. Cikgu Lokman bin Hussain (2024) mengatakan bahawa, SK Taman Megah telah mengadakan minggu makanan tradisional iaitu dodol. Sebanyak 4 mata pelajaran terlibat secara penggabungjalinan subjek iaitu Bahasa Melayu (mengubah suai lirik lagu menjadi langkah pembuatan dodol), Bahasa Inggeris (brosur mengenai dodol) dan Matematik (membuat bungkusan dodol dan pengiraan keuntungan jualan dodol). Rajah 6 Pentaksiran Alternatif Penghasilan Produk Subjek Bahasa Melayu Rajah 7 Pentaksiran Alternatif Penghasilan Produk Subjek Bahasa Inggeris


9 Rajah 8 Pentaksiran Alternatif Penghasilan Produk Subjek Matametik Tambahan pula, Pendidikan Seni Visual juga termasuk dalam jenis pentaksiran amali. Guru-guru mentaksir dari segi kemahiran dan pemahaman murid secara praktikal. Ini merupakan PBD mengikut penggabungjalinan subjek yang berlaku sepanjang 2 minggu. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan terhadap jenis pentaksiran penghasilan produk dan projek kerana membebankan guru-guru. Kita sedia maklum bahawa, pentaksiran ini melibatkan masa yang lama dalam proses pelaksanaannya. Guru-guru perlu membuat persediaan sebelum, semasa dan selepas untuk melaksanakan pentaksiran secara berkesan (Yeh, 2021).


10 Di samping itu, guru perlulah bijak merancang kaedah pentaksiran yang bersesuaian. Kaedah pentaksiran adalah tugas guru dalam memberikan pertimbangan dan bukti mengenai perkembangan murid sepanjang PdP. Kaedah pentaksiran mempunyai 3 komponen iaitu kaedah bertulis, pemerhatian dan lisan. Pelaksanaan kaedah ini boleh digabungkan atau diasingkan mengikut perkembangan murid, objektif dan aktiviti PdP. Berdasarkan dapatan saya, kaedah pentaksiran bertulis banyak digunakan oleh guru di SK Taman Megah. Hal ini demikian kerana kaedah bertulis mudah menjadi satu bahan bukti dalam pentaksiran kerana murid-murid menggunakan pensel dan kertas sebagai medium menjawab instrumen. Kaedah ini juga mudah mengesan tahap kefahaman murid dari segi hasil penulisan mereka dalam mengaplikasikan dan bentuk penyusunan idea murid tersebut. Selanjutnya, kaedah pentaksiran secara lisan kurang mendapat bilangan instrumen. Ini kerana, kaedah ini kurang ditunjukkan sebagai bukti dan dilaporkan di dalam senarai semak guru-guru. Kaedah ini berlaku secara tidak langsung kerana perilaku murid berlaku secara tiba-tiba. Selain daripada itu, kaedah lisan ini dapat diukur melalui kebolehan muridmurid menjawab soalan dan juga perbincangan murid-murid di dalam kumpulan. Yang terakhir adalah kaedah pentaksiran secara pemerhatian. Kaedah ini melibatkan kepada mentaksir hasil kerja murid dalam menghasilkan sesuatu produk atau projek. Kaedah ini telah digunakan oleh Cikgu Lokman yang mengajar tahun 6 dengan membuat catatan senarai semak murid mengikut Tahap Penguasaan. Rajah 9 Menunjukkan Senarai Semak Berdasarkan Kemahiran Bertutur Murid-Murid Tahun 6


11 Saya telah mendapat senarai semak Tahap Penguasaan bagi kemahiran bertutur mengikut panduan Dokumen Standard Kurikulum Sekolah (2017). Menurut beliau, senarai semak menilai kebolehan murid sewaktu mereka melakukan pembentangan. Tambahan pula, beliau turut mengambil gambar dan video aktiviti di dalam kelas. Sebagai contoh, terdapatnya aktiviti murid menyanyi lagu kanak-kanak yang diubah suai oleh mereka bertemakan dodol. Faezah Saliman & Zamri Mahamod (2023) mengatakan bahawa eviden ini penting sebagai satu bukti pentaksiran PBD dijalankan dalam kaedah pemerhatian bertujuan untuk merekod pencapaian murid. 5.0 REFLEKSI PBD merupakan pentaksiran yang terbaik dalam menentukan tahap pencapaian murid secara holistik dan kompeten. Walau bagaimanapun, terdapat banyak cabaran sepanjang pelaksanaan PBD ini. Cabaran yang pertama adalah, guru-guru menjadi terbeban dalam merancang cara melaksanakan PBD yang pelbagai pada setiap hari dan berbeza kelas. Mereka juga terbeban untuk memikirkan langkah yang terbaik dalam mentaksir murid secara berterusan di dalam kelas. Lain daripada itu, PBD jenis pentaksiran bertulis, produk dan projek memerlukan kos yang banyak kerana guru-guru sendiri perlu menyediakan bahan-bahan seperti mencetak kertas lembaran kerja. Pada waktu yang sama, pentaksiran alternatif produk dan projek ini memerlukan masa yang lama sehinggakan terdapat murid yang tidak fokus kepada pelajaran kerana perlu menyiapkan tugasan di dalam kelas. Selanjutnya, pelaksanaan PBD yang tidak dirancang baik oleh guru boleh menyebabkan kelas menjadi tidak terkawal dan bising. Hal ini kerana, murid-murid telah bosan dengan tugasan sama atau terlalu mudah. Sudah terang lagi bersuluh, guru-guru perlulah mengatasi segala cabaran ini secara rasional supaya dapat mewujudkan PBD yang berkesan serta sistematik. Tambahan pula, kekangan dalam melaksanakan PBD ini disebabkan kurangnya kawalan kelas. Menurut Cikgu Ainaa Nabila bt Mohd Zain (2024), julat murid setiap kelas adalah seramai 40 orang. Kesannya, guru tidak mampu mengawal kelas sehinggakan kelas bising sewaktu melakukan aktiviti PBD. Seterusnya, cadangan penambahbaikan kepada pelaksanaan PBD adalah guru perlulah semangat dan gigih dalam melaksanakan PBD ini. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan jenis pentaksiran mengikut kesesuaian murid. Sebagai contoh, guru mentaksir murid sewaktu aktiviti pemulihan dan pengayaan supaya adanya pedagogi terbeza mengikut kebolehan murid sendiri. Apabila guru mempunyai semangat dalam melaksanakan PBD, murid akan melibatkan aktif dalam kelas. Selain daripada itu, guru-guru tahap 1 perlulah menerapkan PBD sepanjang kelas dan menyelitkan konsep didik hibur. Didik hibur ini dapat


12 mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif kerana murid lebih memahami dan mudah meneroka pembelajaran tanpa rasa tidak yakin lebih-lebih lagi murid tahap 1 (Norlela Ahmad et al., 2021). Yang terakhir, saya juga mencadangkan untuk guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai mengikut lapisan umur. Dengan bantuan BBM, waktu pelaksanaan PdP dapat dikurangkan kerana BBM merangsang kepada kefahaman murid sendiri. Murid-murid akan berada bersedia untuk menerima objektif pelajaran pada waktu itu. 6.0 PENUTUP Dalam pembentukan perubahan pendidikan, guru-guru merupakan agen utama dalam memastikan perkembangan dan kebolehan murid secara positif atau sebaliknya. Sebelum berbalik kepada murid-murid, guru-guru hendaklah mempunyai persediaan dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah supaya dapat menjalankan dengan baik serta menjaga kualiti pentaksiran. Sekiranya guru-guru menjaga kualiti pentaksiran, maka muridmurid dapat menonjolkan potensi yang positif sekaligus melahirkan murid-murid yang cemerlang dan berjaya. Murid yang cemerlang merupakan perintis kepada pembangunan negara.


13 RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum (2019). Panduan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (edisi ke-2). Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kementerian Pendidikan Malaysia. Faezah Saliman, & Zamri Mahamod. (2023). Amalan guru Bahasa Melayu di sekolah kurang murid dalam melaksanakan dan melaporkan Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 13(2), 119-129. Gengatharan, K., & Azali Rahmat. (2019). Keperluan modul pentaksiran Pendidikan Kesihatan untuk guru tahap satu dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 8(2), 19-27. https://doi.org/10.37134/jsspj.vol8.2.3.2019 Mahaya Salleh, Suzana Abd Mutalib, Hashiroh Hussein, & Zakirah Imana Ho Abdullah. (2024). Pentaksiran dalam pendidikan. Local Publications (M) Sdn Bhd. Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria, & Suhaila Muner. (2021). Tahap kesediaan guru sekolah rendah di daerah Klang, Selangor dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dari aspek pengetahuan. International Journal of Modern Education (IJMOE), 3(9), 1-8. Muhammad Mustaqim Roslan. (2023). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan kesannya kepada murid tahap satu di Malaysia: Analisis subjek Pendidikan Islam. Norlela Ahmad, Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil, Marzni Mohamed Moktar, Mohd Azuan Mohd Nawawi, & Zullaili Hason. (2021). Pengaruh didik hibur dalam meningkatkan kesediaan belajar kemahiran membaca Bahasa Melayu murid belum menguasai tahap pencapaian minimum. Asian Journal of Civilization Studies, 3(1), 45-57. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). (n.d.). JPN Selangor. https://jpnselangor.moe.gov.my/?id=8765:pentaksiran-bilik-darjah&catid=2 Primus, V., & Mosin, M. (2021). Strategi Pengurusan Evidens Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Khas dalam Program Inklusif Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 282 - 293. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1026 Pusat Pembangunan Latihan Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2022). Pengenalan kepada PBD. https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pbd-modul1/jenis-pentaksiran Yeh, L. H. (2021). Cabaran yang dihadapi Pendidikan Seni Visual dengan Pentaksiran Bilik Darjah di sekolah rendah daerah Hilir Perak. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 9(1), 46-57. https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol9.1.5.2021


14 LAMPIRAN Alternatif tugasan bertulis


15 Pentaksiran Penghasilan Produk


16 Pentaksiran Alternatif Buku Skrap


17 Alternatif Rakan Sebaya Formatif Pentaksiran Alternatif Projek


18 Pentaksiran Sumatif


19 Pentaksiran Alternatif Amali Saya dan rakan-rakan bergambar di halaman SK Taman Megah


20 Sesi temu bual bersama guru mata pelajaran Bahasa Inggeris, Cikgu Ainaa Nabila bt Mohd Zain Bergambar bersama guru-guru Bahasa Melayu, SK Taman Megah


Click to View FlipBook Version