PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI (KSSMOA) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 1. NAMA PERTANDINGAN Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli. 2. PENGELOLA Dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan dan dikelolakan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid (UPBM) Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan adalah dibawah Jawatankuasa Pertandingan yang tertakluk kepada arahan Jawatankuasa Pengelola (Jabatan Pedidikan Negeri yang dipilih / dilantik). 3. PERATURAN UMUM Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kesatuan Olahraga AmaturMalaysia(KOAM)dan MSSM. 4. PERATURAN TAMBAHAN Selain daripada peraturan umum di atas, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli. 5. KELAYAKAN PEMAIN 5.1 Peserta adalah terdiri daripada murid sekolah rendah yang berada di Sekolah Murid Orang Asli. 5.2 Dokumen pengesahan kelayakan pemain yang perlu dikemukakan sebelum sesebuah pasukan itu turun bermain seperti berikut: - 5.2.1 Salinan sijil lahir yang disahkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan. 5.2.2 Surat pengesahan oleh Guru Besar sebagai murid sekolah berkenaan. 5.2.3 Sebarang pertelingkahan atas hak status mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad. 6. JENIS PERTANDINGAN 6.1 Kejohanan Individu dan Berpasukan 6.2 Jenis Acara, Ukuran serta Timbangan Alatan Pertandingan BIL ACARA LELAKI PEREMPUAN 1 100 M X X 2 200 M X X 3 LOMPAT JAUH X X 4 LOMPAT TINGGI X X
5 MELONTAR PELURU X (2.72kg) X (2.72kg) 6 4x200 METER CAMPURAN (2 LELAKI DAN 2 PEREMPUAN) JUMLAH 6 5 7. CARA PERTANDINGAN 7.1 Setiap Pasukan dibenarkan mendaftarkan tidak lebih daripada 2 orang peserta bagi setiap acara. 7.2 Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta 2 acara bagi acara individu. 7.3 Bagi acara 4x200 meter campuran, semua peserta yang didaftarkan dalam pasukan layak mengambil bahagian. 8. PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA 8.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat 1 minggu sebelum kejohananl pada BORANG MASUK RASMI yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butirbutir tentang seorang peserta hendaklah diisikan dan disahkan oleh ketua jabatan. 8.2 Jawatan kuasa Pengelola berhak menolak mana-mana penyertaan peserta yang tidak lengkap diisi. 9. PENGESAHAN PESERTA-PESERTA 9.1 Pengesahan penyertaan, pengguguran dan penarikan diri akan dibuat semasa taklimat pengurus pasukan. 9.2 Pengundian lorong akan dibuat oleh Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan Kejohanan yang dilantik. 9.3 Penarikan diri semasa kejohanan dijalankan 9.3.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan tidak mengambil bahagian dalam acaranya kecuali jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan, atlit berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya. 9.3.2 Seorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya. 9.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan kepada Pengurus Kejohanan. 10. MELAPOR DIRI PESERTA
10.1 Semua peserta melaporkan diri 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit acara padang sebelum waktu acara berkenaan yang dijadualkan berlangsung. Selepas itu mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta. 10.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan. 10.3 Hebahan tentang peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan. 10.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin di setiap penjuru pakaian larian masing-masing. 10.5 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri 15 minit sebelum acara mereka dimulakan TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap telah menarik diri. 8 HADIAH-HADIAH 8.1 Acara individu : Pertama, Kedua, Ketiga,(sijil dan pingat), Keempat dan Kelima.(sijil sahaja) 9. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN 9.1 Peserta-peserta hendaklan berbaris apabila dibawa masuk dan keluar dari arena pertandingan diiringi Penyelia Peserta. 9.2 Untuk acara balapan selepas sesuatu acara itu tamat peserta-peserta hendaklah berada dilorong masing-masing. Berpusing balik dan menghadap hakimhakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka sebelum berbaris keluar meninggalkan arena. 10 MEMANASKAN BADAN 10.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan ditempat yang ditetapkan. 11. PENENTUAN KE PERINGKAT AKHIR ACARA BALAPAN 11.1 Empat ( 4 ) SEPARUH AKHIR Pemenang setiap separuh akhir dan empat peserta yang mencatatkan masa yang terpantas akan layak memasuki PERINGKAT AKHIR. 11.2 Tiga ( 3 ) SEPARUH AKHIR Dua ( 2 ) peserta dalam setiap saringan dan dua ( 2 ) peserta yang mencatat masa yang terpantas bagi ketiga-tiga saringan akan layak ke PERINGKAT AKHIR. 11.3 Dua ( 2 ) SEPARUH AKHIR Tiga ( 3 ) peserta pemenang dari setiap pertandingan dan dua ( 2 ) peserta yang mencatatkan masa terpantas dari setiap saringan akan layak ke PERINGKAT AKHIR. 11.4 Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih daripada bilangan yang dihadkan maka penentuan kelayakan akan bergantung pada kedudukan peserta. Jika berlaku kedudukan yang sama cabutan undian akan dilakukan oleh Juri Rayuan.
11.5. Semua pengundian lorong untuk acara akhir semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Perangkaan Kecil Perangkaan dan Keputusan Rasmi dengan pengawasan/penyeliaan Ahli-ahli Juri Rayuan. 12. HURUF DAN BIF PENGENALAN NEGERI 12.1. Huruf / Nombor Peserta / akan disediakan adalah seperti berikut: BIL. SEKOLAH HURUF LELAKI (Hitam) PEREMPUAN(Merah) 1. Perak A A101 – A122 A201 – A222 2. Selangor B B101 – B122 B201 – B222 3. Pahang C C101 – C122 C201 – C222 4. Kelantan D D101 – D122 D201 – D222 5. Johor J J101 – E122 J201 – E222 6. Negeri sembilan N N101 – F122 N201 – F222 7. Terengganu T T101– G122 T201 – G222 13. BANTAHAN 13.1. Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan KOAM, kecuali perkaraperkara berikut: 13.1.1. Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta hendaklah diselesaikan semasa taklimat Pengurus Pasukan. 13.1.2. Jika masih tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (underprotest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada Pengajur kelak. 13.1.3. Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada: 13.1.3.1. Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat awal. 13.1.3.2. Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir. 13.1.4. Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )
14. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 14.1. Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti ditetapkan tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu terlebih dahulu. 14.2. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-peraturan Am Karnival atau Peraturan-peraturan Pertandingan Kejohanan Karnival. 15. HAL-HAL LAIN 15.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawaipegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempattempat tersebut. 15.2. Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan pesertapeserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN. 15.3. Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau kecederaan lain berlaku: 15.3.1. Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke stadium. 15.3.2. Semasa kejohanan dijalankan. 15.3.3. Di dalam dan luar kawasan stadium. 15.3.4. Di tempat-tempat penginapan. 15.4. Walau bagaimanapun pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.
16. JADUAL PERTANDINGAN Tarikh: 15 November 2023 Penyesuaian gelanggang Masa Pasukan 8.30pg – 9.30pg Perak & Terengganu 9.30pg – 10.30pg Selangor & N. Sembilan 10.30pg - 11.30pg Pahang & Kelantan 11.30pg – 12.30tgh Johor Tarikh: 15 November 2023 Sesi 1 (Petang) Masa No Acara Acara Kategori Peringkat 2.30 Petang 101 100 meter Lelaki Separuh Akhir 2.45 Petang 102 100 meter Perempuan Separuh Akhir 3.00 Petang 103 Lompat Tinggi Perempuan Akhir 104 Lontar Peluru Lelaki Akhir 105 Lompat Jauh Lelaki Akhir 4.30 Petang 106 200 meter Lelaki Separuh Akhir 4.45 Petang 107 200 meter Perempuan Separuh Akhir Tarikh: 16 November 2023 Sesi 2 (Petang) Masa No Acara Acara Kategori Peringkat 2.30 Petang 201 200 meter Lelaki Akhir 2.45 Petang 202 200 meter Perempuan Akhir 3.00 Petang 203 Lontar Peluru Perempuan Akhir 204 Lompat Jauh Perempuan Akhir 205 Lompat Tinggi Lelaki Akhir 4.00 Petang 206 100 Meter Lelaki Akhir 4.10 Petang 207 100 Meter Perempuan Akhir 5.00 Petang 208 4x200 meter Campuran Akhir