KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI 1 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI (KSSMOA) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 1. NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli. 2. ANJURAN Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. PENGELOLA Unit Pembangunan Bakat Murid Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan adalah di bawah Jawatankuasa Pertandingan yang tertakluk kepada arahan Jawatankuasa Pengelola (Jabatan Pendidikan Negeri yang dipilih / dilantik). 4. PERATURAN UMUM Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MSSM. 5. PERATURAN TAMBAHAN Selain daripada peraturan umum di atas, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli. 6. KELAYAKAN PEMAIN 6.1 Seseorang pemain yang terdiri daripada murid sekolah rendah yang berada di sekolah Orang Asli layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 6.2 Dokumen pengesahan kelayakan pemain yang perlu dikemukakan sebelum sesebuah pasukan itu turun bermain seperti berikut :- 6.2.1 Salinan sijil lahir yang disahkan oleh Setiausaha Agung MSSN/Guru Besar/Penolong Kanan sekolah berkenaan. 6.2.2 Surat pengesahan oleh Setiausaha Agung MSSN/Guru Besar/Penolong Kanan murid sekolah berkenaan.
KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI 2 6.2.3 Sebarang pertelingkahan atas hak status mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad. 7. PENDAFTARAN PEMAIN 7.1 Setiap Jabatan Pendidikan Negeri dikehendaki menghantar satu pasukan dan setiap pasukan hendaklah mengandungi tidak lebih dari 12 orang pemain termasuk pemain simpanan. 7.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian. 7.3 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah atau menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan kedua-dua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan. 7.4 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum pertandingan. 7.5 Jumlah minima pemain dalam satu pasukan bagi setiap perlawanan ialah 5 orang. Pasukan yang bermain kurang daripada 5 orang pemain dalam sesuatu perlawanan akan dibatalkan perlawanannya dan dikira kalah. Pasukan lawan yang mempunyai cukup pemain di atas padang akan diberi kemenangan percuma dengan jumlah jaringan 3 - 0. 7.6 Tiga (3) orang pemain gantian dibenarkan untuk ditukarkan pada bila-bila masa sepanjang permainan termasuk masa tambahan. Pemain yang telah diganti dibenarkan bermain semula di dalam perlawanan yang sama. (rolling substitute) 8. CARA PERTANDINGAN Kejohanan ini adalah di antara pasukan dijalankan Liga Pusingan Awal dan kalah singkir serta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Dua pasukan yang mendapat mata yang tertinggi dari setiap kumpulan akan layak bermain di separuh akhir. 9. PERATURAN TENDANGAN PENALTI 9.1 Pengadil akan memilih gol sebagai tempat tendangan penalti akan diambil. Tendangan akan diambil dari tanda penalti yang ditetapkan. 9.2 Tendangan pertama akan diambil oleh pasukan yang menang undi dengan cara ‘ toss of coin’. Tiga (3) tendangan hendaklah diambil secara berselang-seli oleh pemian-pemain dari kedua-dua pasukan.
KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI 3 9.3 Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol daripada lawannya akan dikira sebagai pemenang. 9.4 Sekiranya setelah mengambil ketiga-tiga tendangan penalti, kedua-dua pasukan menjaringkan bilangan gol yang sama atau tidak menjaringkan sebarang gol, maka tendangan penalti tambahan hendaklah diteruskan mengikut giliran yang sama sehingga keputusan diperolehi. 9.5 Setiap tendangan akan diambil oleh pemain yang berasingan dan sehingga semua pemain dalam pasukan yang sama boleh mengambil tendangan kali kedua. 9.6 Hanya pemain-pemain yang bermain sehingga tamat masa tambahan, boleh mengambil tempat penjaga gol semasa tendangan penalti diambil. 9.7 Kecuali pemain-pemain yang akan mengambil tendangan penalti serta keduadua penjaga gol, semua pemain hendaklah berada ditempat yang ditentukan oleh pengadil. 10. PEMAIN YANG DIBERI AMARAN / BUANG PADANG 10.1 Mana-mana pemain yang menerima dua amaran bertulis (kad kuning) dalam masa perlawanan/kejohanan, adalah dengan sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran bertulis kedua. 10.2 Mana-mana pemain yang diperintah keluar padang (kad merah) akan digantung satu perlawanan. 10.3 Mana-mana pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata atau menunjukkan isyarat-isyarat tidak tertib dengan tidak mengira beliau menerima amaran bertulis sebelum ini atau tidak, akan digantung satu perlawanan. 10.4 Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain-pemain yang diperintah keluar padang kerana bergaduh akan digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini. Beliau akan tampil di hadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan tatatertib yang sewajarnya. Keputusan Jawatankuasa Tatatertib bersabit dengan kesalahan ini akan dipanjangkan kepada Pengarah Pendidikan Negeri (yang beliau wakili) dan untuk tindakan selanjutnya. 10.5 Mana-mana pengurus atau jurulatih atau pemain yang melakukan kesalahan di luar padang semasa pasukan sedang bermain adalah dianggap melakukan di dalam padang.
KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI 4 11. “ OFFSIDE ” Peraturan offside tidak digunakan pakai dalam kejohanan ini. 12. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN 12.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut :- Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata 12.2 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, dua pasukan atau lebih didapati memperolehi jumlah mata sama, maka susunan penentuan berikut akan diambil kira untuk menentukan pemenang :- a. Kaedah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan gol masuk dengan jaringan gol kena akan menduduki tempat yang lebih tinggi. b. Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang. c. Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam pusingan awal akan dikira sebagai pemenang. d. Jika masih seri “toss of coin”/ lentingan syiling akan dijalankan. 13. MASA PERTANDINGAN 13.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh 2 hari. 13.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola. 13.3 Setiap perlawanan mempunyai dua separuh masa. Tempoh permainan bagi setiap separuh masa adalah 15 minit dan 5 minit rehat iaitu (15-5-15) untuk peringkat kumpulan, separuh akhir dan pusingan akhir. ( Tiada masa tambahan dijalankan ). 13.4 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 13.5 Pengurus atau ketua pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-pemain kepada pengadil rasmi 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI 5 13.6 Pasukan yang gagal berada hadir di padang permainan pada masa yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama 15 minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan pasukan tersebut tidak juga hadir maka ia dianggap telah memberi kemenangan percuma dan semua keputusan perlawanan pasukan tersebut sebelumnya akan dibatalkan. Pasukan tersebut juga tidak akan dibenarkan meneruskan baki perlawanan jika ada. 13.7 Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Urusetia Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli akan mengambil tindakan dengan mengenakan denda yang telah ditetapkan dan menarik bantuan kewangan yang diperuntukan dan akan melaporkan kepada Jawatankuasa Induk Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli agar mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terlibat dan bertanggungjawab. 14. PENANGGUHAN PERLAWANAN. Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dalam membuat keputusan, perkara-perkara berikut adalah diambilkira. 14.1 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa pertama dan Jawatankuasa Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak boleh diteruskan lagi maka keputusan perlawanan akan diputuskan oleh jawatankuasa pertandingan mengikut peraturan dan undang-undang terkini. 14.2 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa kedua dan Jawatankuasa Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak dapat diteruskan lagi maka jaringan gol yang telah diperolehi sehingga perlawanan diberhentikan akan diambilkira. Pasukan yang mempunyai lebih jaringan gol akan dianggap pemenang. Walau bagaimanapun jika semasa perlawanan diberhentikan, kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan seri maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan cara sistem toos of coin/lentingan syiling. 14.3 Jika perlawanan diberhentikan atas sebab-sebab disiplin (kad merah) dan tinggal 4 orang pemain sahaja di atas padang, kemenangan 3 – 0 akan diberi kepada pihak lawan. 15. JERSI 15.1 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 2 set jersi berlainan warna dan bernombor. Pasukan yang dicatatkan terdahulu di dalam jadual pertandingan akan dikehendaki menukar jersi sekiranya berlaku persamaan warna. 15.2 Penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang berbeza daripada pemainpemain lain dan juga pengadil.
KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI 6 15.3 Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor jersi yang sama sepanjang kejohanan ini. 15.4 Semua ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata di lengan kiri jersinya. Sekiranya Ketua Pasukan digantikan, maka lilitan lengan tersebut hendaklah diserahkan kepada pemain yang mengambil alih sebagai Ketua Pasukan. 16. PERALATAN PERTANDINGAN 16.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan bola jenis yang diiktiraf oleh FAM/FIFA 17. PENGADILAN 17.1 Setiap negeri dikehendaki membawa seorang pengadil yang bertauliah. 18. BANTAHAN 18.1 Sebarang bantahan boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Teknikal Pertandingan dalam tempoh 30 minit setelah tamat perlawanan. Surat bantahan tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan berserta dengan wang cagaran sebanyak RM300.00 tunai. Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut gagal atau ditolak. 18.2 Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Tatatertib adalah muktamad. 19. JAWATANKUASA BANTAHAN & TATATERTIB Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola /Wakil Ahli : Pengelola Pertandingan/Wakil Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pertandingan/Wakil Pengerusi Jawatankuasa Pengadil/Wakil 20. HADIAH Hadiah akan disediakan oleh pihak penganjur iaitu Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga. 21. HAK JAWATANKUASA PENGANJUR Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah peraturanperaturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad.
KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI 7 22. PERINTAH AM Sepanjang kejohanan diadakan pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Jawatankuasa pengelola atau Urusetia Kejohanan akan memanjangkan laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib serta peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan.