PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI TAHUN 2023 1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan Peraturan-peraturan Am MSSM. 2. JENIS-JENIS PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan berpasukan 2.1.1 Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki 2.1.2 Kategori Bawah 12 Tahun Perempuan 2.2 Tempoh permainan 2.2.1 Liga Pusingan Awal dan Kalah Singkir. 2.2.2 Masa permainan 10 minit setiap separuh masa dengan 1 minit masa rehat (10 – 1 – 10) 2.2.3 Klasifikasi tempat ke 5 – 7 2.2.4 Masa permainan 5 minit setiap separuh masa dengan 1 minit masa rehat (5 – 1 – 5) 2.3 Masa rehat berpasukan (Team Time-out) 2.3.1 Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit rehat (Team Time-out) sekali pada separuh masa pertama atau kedua sahaja.( utk perlawanan peringkat kumpulan dan kalah mati ) 2.3.2 Tiada time out bagi pusingan kumpulan kalah ( loser pool ) 2.3.3 Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana- mana pasukan dibenarkan meminta masa rehat dengan menyerahkan Kad Hijau kepada Pegawai Meja. 3. PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 10 orang pemain sahaja. 3.2 Pendaftaran pasukan hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran R01 & R02 yang disediakan. 3.3 Rujuk Peraturan Am KSMMOA ( 3 ), ( 4 ) & ( 5 )
4. SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan secara kalah singkir seperti berikut: 4.1 Liga satu kumpulan 4.1.1 Sekiranya lima atau kurang dari 5 pasukan yang mengambil bahagian, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi dianggap sebagai Johan. 4.2 Liga dua kumpulan 4.2.1 Sekiranya 6 atau lebih yang mengambil bahagian,pertandingan akan dijalankan secara liga 2 kumpulan. 4.2.2 Pasukan Johan dan Naib Johan tahun sebelumnya akan diasingkan di dua kumpulan yang berbeza, manakala pasukan yang lainakan diundi bagi menentukan kumpulan masing-masing. 5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN 5.1 Secara Liga 5.1.1 Pemberian Mata: Menang - 2 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata 5.1.2 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka akan ditentukan seperti berikut: 5.1.2.1 Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang terbanyak akan dikira pemenang 5.1.2.2 Jika masih seri pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang. 5.1.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira pemenang 5.1.2.4 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.
5.2 Secara Kalah Singkir 5.2.1 Bagi perlawanan secara kalah singkir, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa, langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk menentukan pemenangnya. 5.2.1.1 Perlawanan masa tambahan 3 minit akan diadakan. 5.2.1.2 Jika keputusan seri, maka balingan 7 meter akan dijalankan. 5.2.1.3 Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, atau keadaankeadaan lain yang tidak mengizinkan, maka lambungan syiling akan diadakan. 5.3 Sistem Balingan 7 meter 5.3.1 Tiap-tiap pasukan akan mengambil balingan 7 meter berselang seli oleh 5 pemain. 5.3.2 Jika seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan dengan sistem “sudden death” sehingga keputusan diperoleh oleh 5 orang pemain selebihnya. 5.3.3 Jika masih seri undian secara lambungan syiling ( Touch Coin ) akan dijalankan sebanyak 3 kali. 5.3.4 Pengadil akan menentukan gol mana balingan 7 meter itu akan dijalankan. 5.3.5 Pengadil akan membuat undian menentukan pasukan yang memulakan balingan semasa balingan 7 meter dijalankan. 5.3.6 Hanya pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan mengambil balingan 7 meter. 5.3.7 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa 6. PAKAIAN Sila rujuk undang-undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkara-perkara berikut: 6.1 Semua pemain diwajibkan memakai kasut biasa dan bersarung kaki. 6.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa 2 set jersi yang berlainan warna bagi setiap kategori. 6.5 Pemain dimestikan memakai jersi bernombor 1 – 99 6.6 Pengurus pasukan dikehendaki mengisytiharkan warna jersi pasukan semasa Taklimat Pengurus Pasukan
6.7 Pertukaran warna jersi: jika berlaku pemakaian jersi warna yang sama sebelum perlawanan oleh pasukan, maka pasukan yang tercatat dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki menukar jersi. 7. GELANGGANG PERMAINAN Rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) 7.1 Setiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurangkurangnya 2 meter dari garisan gol (bergantung juga kepada kemudahan serta kemampuan pengelola kejohanan. 8. ALATAN KATEGORI LILITAN BERAT SAIZ BOLA 12 Tahun Ke bawah Lelaki dan Perempuan 50 – 52 cm 290 – 330g Saiz 1 MOLTEN H1X3400 (kod bola) 9. KELEWATAN Hanya 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat, pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 2 mata dan bilangan gol 3 – 0. 10. MENARIK DIRI Rujuk Peraturan Am KSSMOA (11) 11. BATAL (KAD MERAH) DAN SINGKIR Rujuk Peraturan Am (12) MSSM dan perkara berikut: 11.1 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau dibatalkan dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
11.2 Kecuali pemain yang dikenakan tindakan 1 minit selama 3 kali berturut-turut dalam sesuatu perlawanan dan diikuti kad merah, tidak dibenarkan bermain satu perlawanan seterusnya. 11.3 Jika disingkir, tidak dibenarkan bermain atau berada di mana pasukannya bermain dalam mana-mana perlawanan sepanjang kejohanan tersebut. 12. BANTAHAN Rujuk Peraturan Am KSSMOA (12) 13. LEMBAGA JURI RAYUAN Rujuk Peraturan Am KSSMOA (13) 14. LEMBAGA TATATERTIB Rujuk Peraturan Am KSSMOA (14) 15. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan segala keputusan adalah muktamad.