PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli 2023___ 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF (Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa) dan Peraturan AM MSSM serta Peraturan AM KSSMOA yang dikuatkuasakan pada masa ini. 2. JENIS PERTANDINGAN 2.1 Kejohanan ini mengandungi pertandingan acara-acara berikut : 2.1.1 Antara REGU ( Peringkat umur bawah 12 tahun lelaki sahaja ) 3. PENGURUSAN 3.1 Kejohanan ini dianjurkan oleh Bahagian Sukan Kokurikulum Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia. 3.2 Pengelolaan kejohanan ini dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor . 4. PERATURAN 4.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, maka kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan ISTAF ( Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa yang berkuatkuasa pada masa kini ) 4.2 Kejadian yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am MSSM atau Undang - Undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut : 4.2.1 Semua kejadian am dan persoalan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pelaksana.. 4.2.2 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelaksana Karnival adalah muktamad 5. PENYERTAAN/PENDAFTARAN 5.1 Setiap negeri diwakili oleh 2 REGU sahaja bagi umur bawah 12 tahun lelaki. 5.1.1 Pendaftaran sekolah terdiri daripada:- Pengurus Pasukan : 1 orang Jurulatih Pasukan : 2 orang Pemain : - 6 pemain utama, dan 4 simpanan (2 Regu). - 3 pemain utama, dan 2 simpanan ( 1 Regu). 5.2 Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja diakui sah dan layak menyertai Kejohanan ini.(Rujuk Peraturan Am KSSMOA 3.1) 5.3 Pertukaran pemain yang telah didaftarkan boleh dibuat semasa mesyuarat Pengurus Pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan dimulakan. 5.4 Setiap pemain yang didaftarkan perlulah disertakan bersama salinan surat beranak yang telah disahkan oleh Setiausaha Agung MSSN/Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan sekolah masing-masing. 6. SISTEM PERTANDINGAN 6.1 Acara Regu
Pertandingan dijalankan secara liga pusingan pertama dan kalah singkir pusingan seterusnya. Setiap negeri akan diwakili oleh 2 REGU bagi acara regu dan dijalankan secara liga dalam kumpulan pusingan awal dan kalah singkir pusingan seterusnya. Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan / Jawatankuasa Teknikal bagi menentukan kumpulan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian 6.1.1 Peringkat Awal 6.1.1.1 Regu mengambil bahagian akan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A,B,C dan D. Dijalankan secara liga . 6.1.2 Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut : Johan : Kumpulan A Naib Johan : Kumpulan B Ketiga : Kumpulan C Keempat : Kumpulan D Bagi setiap penyertaan 6 hingga 8 pasukan/regu Johan dan Naib Johan tahun yang sebelumnya akan dipisahkan kepada kumpulan A dan B. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi. 6.1.3 Sekiranya pasukan/regu yang diutamakan [seeded] tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 6.1.4 Sistem Pertandingan 6.1.4.1 Pertandingan di Pusingan Awal akan dijalankan secara Liga dalam kumpulan. 6.1.4.2 Pertandingan Pusingan Kedua dijalankan secara Kalah Singkir. 6.1.4.3 Pertandingan Suku Akhir ( Kalah Singkir ). Setiap regu Johan dan Naib Johan kumpulan akan diundi semula bagi perlawanan peringkat suku akhir. Johan kumpulan regu pasukan yang sama sahaja yang akan dipisahkan. 6.1.4.4 Pertandingan Separuh Akhir : Pemenang Peringkat Suku Akhir 6.1.4.5 Pertandingan Akhir : Pemenang Peringkat Separuh Akhir.. 6.1.5 Pertandingan akan dijalankan dengan tertib menurut senarai barisan pemain-pemain yang telah didaftarkan dan diserahkan oleh Pengurus Pasukan kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. 7 KIRAAN MATA 7.1 Bila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan diberikan oleh pihak lawan.
7.2 Setiap set dimenangi oleh mana-mana regu yang mendapat mata dua puluh satu (21) terdahulu. Bila regu terikat mata 20 - 20, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata dua puluh lima (25) ( yang mana dahulu ). Apabila regu terikat mata 20 - 20, maka pengadil akan membuat pengumuman ’lanjutan mata 25’ 7.3 Permainan akan dijalankan dalam 3 set ( best of 3-set ) dengan 2 minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga. 7.4 Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan di dalam set 3. 7.5 Dalam set ketiga, tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 11. 8 MENENTUKAN KEPUTUSAN 8.1 Regu yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang pertama, manakala yang mendapat mata kedua tertinggi akan dikira sebagai pemenang kedua.. 8.2 Pasukan yang menang mendapat 2 mata dan kalah 0 mata 8.3 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN, kiraan mata diperolehi sama oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan dengan mengikut perkara berikut: 8.2.1 Kiraan perbezaan regu daripada jumlah regu yang menang. 8.2.2 Kiraan perbezaan pusingan (Set) daripada pusingan yang menang. 8.2.3 Kiraan perbezaan score mata daripada jumlah yang diperolehi oleh pasukan berkenaan. 8.3 Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku, maka kaedah berikut dilakukan : 8.3.1 Jika 2 pasukan/regu sahaja terlibat, maka pasukan/regu yang telah mengalahkan lawannya akan dikira menang. 8.3.2 Jika 2 atau lebih pasukan/regu terlibat, maka keputusan muktamad akan ditentukan dengan perlawannan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan 21 mata sahaja, Undian akan dibuat bagi menentukan pasukan/regu yang membuat sepak mula dan memilih petak gelanggang . 8.4 Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, regu atau pasukan yang akan bertanding hendaklah menyerahkan senarai barisan pemain-pemain termasuk pemain simpanan kepada Jawatankuasa Pelaksana / Pengadil Rasmi yang bertugas. 8.5 Setiap regu / pasukan hendaklah sanggup bertanding lebih daripada satu perlawanan dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 15 minit akan diberi antara perlawanan tersebut. 9 PERTUKARAN PEMAIN 9.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama. 9.2 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan.
9.3 Dalam acara Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set. Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil Rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set. Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru. 9.4 Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan, maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah. 9.5 Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap kalah. 9.6 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika keduadua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah . 10 PAKAIAN 10.1 Semua pakaian hendaklah mempunyai nombor di bahagian hadapan dan belakang. Nombor 1 hingga 36 sahaja yang dibenarkan. 10.2 Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor yang sama sepanjang kejohanan. 10.3 Semua pemain mestilah memakai jersi yang seragam dan jika terdapat masalah tertentu keputusan bersama pengurus pasukan hendaklah diambilkira. 10.4 Ketua regu hendaklah memakai ‘arm-band’ di sebelah lengan kirinya. 11 BOLA ALATAN 11.1 Bola yang akan digunakan dalam kejohanan ini adalah seperti berikut 11.1.1 Bawah 12 tahun : Gajah Emas 311 11.2 Spesifikasi peralatan untuk pertandingan bawah umur 12 tahun diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Sepak Takraw MSSM. 12 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH 12.1 Pasukan/regu yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian tidak dibenarkan manarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan regu tersebut sekiranya melanggar peraturan ini. 12.2 Sekiranya ada pasukan/regu menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/regu itu akan dibatalkan. Pasukan / regu tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap pasukan yang berkenaan.
13 BANTAHAN 13.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus Pasukan sahaja kepada juri. 13.2 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan [status] peserta atau sesuatu pelawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka pasukan tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan [ under protest ] dan perkara tersebut hendaklah di -selesaikan 1 jam selepas menerima bantahan rasmi. 13.3 Bantahan berhubung dengan permainan yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada 1 jam selepas perlawanan itu tamat. 13.4 Tiap-tiap bantahan hendaklah beserta dengan wang tunai sebanyak RM200.00 [ Ringgit Dua Ratus Sahaja ]. Wang bantahan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas. 13.5 Keputusan juri rayuan akan dibuat secara bertulis dimaklumkan kepada yang berkenaan dan semua pengurus pasukan, keputusannya adalah maklumad. 13.6 Sila rujuk Peraturan AM [12] KSSMOA. 14 JURI RAYUAN 14.1. Juri rayuan hendaklah terdiri daripada 3 orang [ minimum ] atau 5 orang [ maksimum ] iaitu : 14.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana / Wakilnya 14.1.2 Penyelaras BSKK/wakilnya. 14.1.3 Dua (2) orang Pengurus Pasukan Negeri yang berdaftar yang tidak terlibat dalam Jawatankuasa Bantahan. 14.1.4 Setiausaha J/K Pengelola Kejohanan (Ex-Officio). 14.2. Juri rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam setelah menerima bantahan atau rayuan yang dibuat oleh pasukan dan akan menyampaikan keputusan kepada Jawatankuasa Pengelola. 15. TATATERTIB 15.1 Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa 1 jam setelah laporan diterima daripada pegawai pertandingan dan membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil daripada Peraturan Para 13. 16. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN 16.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil yang dilantik khas oleh Jawatankuasa Pelaksana. 16.2 Semua penjaga garisan atau pembantu-pembantu yang akan bertugas di -sepanjang kejohanan ini juga akan dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana. 16.3 Semua keputusan yang telah dibuat oleh pengadil atau penjaga garisan berkaitan dengan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD. 17 PENGGANTUNGAN 17.1 Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh pengadil, maka dengan serta merta digantung daripada bermain pada satu perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat sesuatu keputusan. 18 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PELAKSANA 18.1. Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi. Jika ada dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undang permainan maka ia juga wajib dipatuhi.
18.2. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pelaksana kejohanan yang berkenaan. Semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelaksana adalah MUKTAMAD.