The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU ABYE'S, 2021-08-12 05:06:24

BAB 3 KELESTARIAN ALAM

BAB 3 KELESTARIAN ALAM

SAINS SPM KSSM

TINGKATAN 5

TEMA 1

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN
HIDUP

BAB 3
KELESTARIAN ALAM

Dihasilkan oleh:Cikgu Abye’s
SMKA Kimanis, Sabah

Tema : Penyenggaraan dan Kesinambungan

Abyesamoy Hidup
Bab 3.0 Kelestarian Alam

3.1.1 3.1 KITARAN HAYAT PRODUK
3.1.2
Menjelaskan maksud jejak karbon (Carbon footprint)
3.1.3 Mencerakinkan produk yang digunakan dalam satu hari kehidupan
seorang individu.
3.1.4 Mewajarkan tindakan yang perlu diambil iaitu langkah tapak tangan
3.1.5 karbon (carbon handprint) bagi mengurangkan pembebasan gas
rumah hijau dalam satu hari kehidupan individu.
Berkomunikasi mengenai kitar hayat satu produk.
Menjana idea pengurusan yang cekap bagi sisa plastik ke arah
kelestarian alam sekitar.

3.2.1 3.2 PENCEMARAN ALAM SEKITAR
3.2.2
3.2.3 Menerangkan jenis dan punca pencemaran alam sekitar.
Mengkaji tahap pencemaran air daripada sisa domestik.
Mereka cipta kaedah pembersihan air yang tercemar
menggunakan teknologi hijau.

3.3.1 3.3 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
3.3.2 ALAM SEKITAR

Menjustifikasi peranan setiap individu dalam mengurus
sumber semula jadi untuk mengekalkan keseimbangan
alam sekitar.
Membahaskan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) dalam menangani isu alam sekitar pada
peringkat global.

Abyesamoy Bab 3.0 Kelestarian Alam

3.1 Kitaran Hayat Produk

3.1.1 Murid dapat menjelaskan maksud jejak karbon
(Carbon footprint)

Jejak Karbon [Carbon footprint]

Jejak karbon merujuk kepada jumlah karbon dioksida yang dibebaskan ke

atmosfera hasil daripada aktiviti individu, peristiwa, organisasi, komuniti
atau produk yang digunakan dalam kehidupan harian.

Imbangan karbon (offset) Tenaga elektrik
Proses yang dapat mengurangkan
pembebasan gas rumah hijau seperti Pengangkutan
Pembebasan co2
penanaman tumbuhan hijau

Air

9

sisa Kitar semula Gas

Bahan api

Kajian jejak karbon bagi seseorang individu bermula dengan mencerakinkan produk

yang digunakan dalam sehari.

Contoh

Alat pencahayaan elektrik Lampu LED

Kuasa alat pencahayaan elektrik (kW) 0.009

Kekerapan penggunaan alat pencahayaan elektrik dalam 5

sehari (j)

Tenaga elektrik yang digunakan dalam sehari (kWj) 0.009 X 5 = 0.045 kWj

Jumlah karbon dioksida yang dibebaskan (g) 0.045 kWj
50 kWj X 39g
Tenaga elektrik yang digunakan (kWj) X 39g = 0.0351

50 kWj

(anggaran : Penggunaan 50 kWj tenaga elektrik menghasilkan 39 g

karbon dioksida)

Jejak karbon penggunaan alat pencahayaan elektrik dalam 0.0351 g
sehari (g)

FORMULA MENDAPATKAN JUMLAH KARBON DIOKSIDA YANG DIBEBASKAN

Tenaga elektrik yang digunakan (kWj)
= 50 kWj X 39g

(anggaran : Penggunaan 50 kWj tenaga elektrik menghasilkan 39 g karbon dioksida)

Abyesamoy Bab 3.0 Kelestarian Alam

3.1 Kitaran Hayat Produk

3.1.2 Murid dapat mencerakinkan produk yang digunakan
dalam satu hari kehidupan seorang individu

Jejak Karbon [Carbon footprint]

Apakah hubung kait antara label cekap tenaga pada suatu alat elektrik
dengan jejak karbonnya?

Penggunaan peralatan elektrik 5-Bintang akan mengurangkan penggunaan
elektrik dan bil elektrik di rumah seterusnya dapat mengurangkan kadar

pembebasan gas karbon dioksida ke atmosfera.

Selain jejak karbon, persoalan lain yang perlu
dipertimbangkan tentang produk yang digunakan dalam
kehidupan harian untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar

termasuklah

Adakah produk
yang digunakan

mesra alam?

Apakah kesan Apakah produk
negatif daripada lain yang dapat

proses dihasilkan
pembuatan daripada sisa
yang dihasilkan?
produk
tersebut?

Adakah produk Berapakah sisa yang
itu selamat dihasilkan apabila produk
digunakan?
itu selesai digunakan?

Abyesamoy Bab 3.0 Kelestarian Alam

3.1 Kitaran Hayat Produk

3.1.3 Murid dapat mewajarkan tindakan yang perlu diambil iaitu langkah tapak
tangan karbon (carbon handprint) bagi mengurangkan pembebasan gas rumah

hijau dalam satu hari kehidupan individu

Jejak Karbon bagi Tapak tangan karbon

sesuatu produk bagi sesuatu produk

merujuk kepada impak merujuk kepada impak

negatif terhadap positif terhadap

kelestarian alam kelestarian alam

sekitar yang sekitar yang

disebabkan oleh disebabkan oleh

produk tersebut VS produk tersebut

sepanjang kitar sepanjang kitar

hayatnya hayatnya

Tapak Tangan Karbon bagi sesuatu produk adalah bertujuan untuk mengurangkan
jejak karbon bagi produk tersebut dan menambahkan impak positif terhadap
kelestarian alam sekitar.
Antara langkah Tapak Tangan Karbon untuk mengurangkan pembebasan gas
rumah hijau dalam kitaran hayat sesuatu produk adalah

Penggunaan bahan dengan jejak Pemanjangan kitar hayat dan Penggunaan tenaga yang
karbon yang rendah dalam peningkataan kecekapan produk kurang membebaskan gas
pembuatan produk rumah hijau dan pengubah
Bateri yang boleh dicas semula dan tenaga yang mempunyai
Bahan binaan yang tidak boleh panel suria merupakan produk dengan
diperbaharui dan membebaskan gas kecekapan tenaga yang
rumah hijau yang banyak digantikan kitar hayat yang dipanjangkan dan tinggi
kecekapan tenaga ditingkatkan.
dengan bahan binaan yang boleh Penjanaan tenaga elektrik
diperbaharui dan kurang Penyingkiran gas rumah hijau dan daripada stesen janakuasa
penyimpanan karbon dioksida seperti stesen jana kuasa
membebaskan gas rumah hijau. dalam singki karbon
Sebagai contoh : hidroelektrik yang
menggunakan sumber tenaga
Simen digantikan dengan kayu.
boleh baharu dan tidak
Pengurusan sisa yang cekap ke membebaskan gas rumah hijau
arah kelestarian alam sekitar
ke atmosfera.

Pengurusan sisa yang berkonsep 5R Singki karbon merupakan tempat Adakah penggunaan
(Refuse,Reduce,,Reuse, Recycle, semulajadi seperti hutan dan lautan peralatan elektrik
Rootdapat mengurangkan sisa yang berfungsi menyingkirkan karbon yang mempunyai label
dengan cekap tenaga yang
dioksida daripada udara. berkadaran 5 bintang
• Tidak menerima produk yang Pengurangan karbon dioksida dalam merupakan satu
tidak diperlukan. langkah tapak tangan
udara berlaku apabila karbon
• Mengurangkan kuantiti produk dioksida melarut dalam air laut dan karbon????
yang digunakan.
apabila diserap oleh tumbuhan hijau
• Kitar semula produk. di dalam hutan.

• Guna semula produk. Karbon yang terkumpul dalam
biojisim dapat membantu
• Memudahkan pereputan sisa
melalui pembuatan kompos. mengurangkan karbon dioksida
dalam udara

Abyesamoy Bab 3.0 Kelestarian Alam

3.1 Kitaran Hayat Produk

3.1.4 Murid dapat berkomunikasi mengenai Kitar Hayat satu produk

Kitar Hayat umum bagi produk bermula daripada sumber sehingga
peringkat pelupusan sama ada DIKITAR SEMULA (cradle-to-cradle life
cycle of a product) atau DIBIARKAN MEREPUT (cradle-to-grave life

cycle of a product)

KITAR SEMULA (cradle-to-cradle life cycle of a product)

sumber Pembuatan Pengangkutan

Kitar semula Pelupusan Penggunaan

MEREPUT (cradle-to-grave life cycle of a product)

sumber Pembuatan Pengangkutan

Mereput Pelupusan Penggunaan

Bab 3.0 Kelestarian Alam

Abyesamoy 3.1 Kitaran Hayat Produk

3.1.5 Murid dapat menjana idea pengurusan yang cekap bagi sisa plastik ke
arah kelestarian alam sekitar

Masyarakat perlu menguruskan sisa plastik dengan menggunakan idea
pengurusan yang cekap untuk menuju ke arah kelestarian alam sekitar.

Contohnya
Proses kitar semula, upcycle merupakan idea pengurusan yang cekap

yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik yang baharu.

UPCYCLE

Botol plastik terpakai Bakul plastik Penyapu plastik

Upcycle dapat menghasilkan produk yang mempunyai nilai yang lebih
tinggi hasil kitar semula barangan terpakai.

MIKROPLASTIK DALAM RANTAIAN MAKANAN

Mikroplastik ialah kepingan plastik Mikroplastik Sumber utama mikroplastik ialah sisa
yang panjangnya kurang daripada 5 plastik yang berasal daripada

mm dan menjadi berbahaya jika pelbagai produk plastik seperti botol,
berada di dalam badan organisma tesktil buatan manusia, cat dan

akuatik peralatan elektronik yang dibuang

Plankton Larva Ikan Penyu

Organisma Manusia Mamalia marin
dwicengkerang

Mikroplastik dalam siratan makanan

Abyesamoy Bab 3.0 Kelestarian Alam

3.2 Pencemaran Alam Sekitar

3.2.1 Murid dapat menerangkan jenis dan punca pencemaran alam sekitar

Pencemaran Alam Sekitar merupakan perubahan ciri fizikal, kimia atau biologi yang
tidak dikehendaki dalam komponen alam sekitar iaitu udara, air dan tanah.

Pencemaran alam sekitar menyebabkan kemudaratan dan ketidakselesaan kepada
semua hidupan dan juga boleh mengakibatkan isu alam sekitar seperti banjir kilat.

Pencemaran Air Pencemaran Tanah

Pencemaran Terma Pencemaran Udara

Bab 3.0 Kelestarian Alam

3.2 Pencemaran Alam Sekitar

Abyesamoy 3.2.2 Murid dapat mengkaji tahap pencemaran air daripada sisa domestik

INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
Merupakan parameter pencemaran udara yang diukur untuk menentukan tahap

pencemaran udara

BIOCHEMICAL OXYGEN DEMAND (BOD)

Merupakan parameter pencemaran air yang diukur untuk menentukan tahap
pencemaran air.

BOD ialah jumlah oksigen terlarut yang diperlukan oleh
mikroorganisma seperti baketeria untuk menguraikan bahan

organik di dalam sesuatu sumber air.
Semakin tinggi BOD bagi sesuatu sampel air, semakin banyak

mikroorganisma yang berada di dalam sampel air itu.
Tahap pencemaran air bagi sesuatu sampel air boleh ditentukan

dengan mengukur masa yang diambil untuk warna larutan
metilena biru luntur setelah dicampurkan dengan sampel air

yang diuji.
Semakin tinggi tahap pencemaran air semakin singkat masa

yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur

EUTROFIKASI

Respons ekosistem
terhadap penambahan ion

fosfat dan ion nitrat
daripada detergen, baja

dan sampah

Pertumbuhan alga yang pesat dalam air yang
mengandungi bekalan ion nitrat yang berlebihan adalah satu
contoh neutrofikasi. Kesan negatif eutrofikasi termasuklah

pengurangan kandungan oksigen dalam air yang boleh
menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan akuatik

Abyesamoy Bab 3.0 Kelestarian Alam

3.2 Pencemaran Alam Sekitar

3.2.3 Murid dapat merekacipta kaedah pembersihan air yang
tercemar menggunakan teknologi hijau

Kaedah Teknologi Hijau untuk merawat air sungai yang
tercemar ialah

PENGGUNAAN BEBOLA LUMPUR MIKROORGANISMA EFEKTIF

Mikroorganisma Efektif (Effective Microorganisma)
Terdiri daripada 3 jenis mikroorganisma iaitu

Bakteria asid-laktik Bakteria fotosintetik Yis (Saccharomyces
seperti Lactobacillus seperti cerevisiae).
casel merawat sisa
Rhodopseudomonas Yis menghasilkan
kumbahan, palustris. Bakteria bahan keperluan bagi
menyingkirkan bau fotosintetik
pertumbuhan
busuk air, menggunakan bahan
organic untuk tumbuhan hijau
merencatkan
pertumbuhan mensintesiskan bahan
mikroorganisma
yang berguna seperti
berbahaya dan asid amino dan gula
memudahkan
pereputan bahan untuk pemakanan

organic. haiwan dan tumbuhan

akuatik

Abyesamoy Bab 3.0 Kelestarian Alam

3.3 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

3.3.1 Murid dapat menjustifikasi peranan setiap individu dalam
mengurus sumber semulajadi untuk mengekalkan keseimbangan

alam sekitar

TEKNOLOGI EMISI NEGATIF
merupakan teknologi yang menyingkirkan kandungan

karbon dioksida dalam atmosfera.
Salah satu cara adalah dengan penggunaan MIKROALGA.

Mikroalga marin

Mikroalga yang lazim digunakan dalam Teknologi Emisi
Negatif ialah MIKROALGA MARIN.

Mikroalga Marin ialah alga mikroskopik yang hidup,
tumbuh dan membiak dengan banyaknya dalam air laut.
Ianya sesuai digunakan dalam Teknologi Emisi Negatif
kerana mikroalga ini mengurangkan kandungan karbon
dioksida dalam atmosfera melalui proses fotosintesis.

Penggunaan TEKNOLOGI HIJAU dalam mengekalkan
keseimbangan alam sekitar melibatkan sektor
a. Teknologi Solar
b. Bangunan Hijau
c. Emisi Sifar Karbon
d. Biodiesel
e. Kereta Hibrid

Abyesamoy Bab 3.0 Kelestarian Alam

3.3 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

3.3.1 Murid dapat membahaskan peranan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani isu alam sekitar pada

peringkat global

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan
peranan penting untuk menangani isu alam sekitar pada
peringkat global. PBB meningkatkan kerjasama negara-
negara di seluruh dunia untuk menangani isu alam sekitar

global contohnya

PERSIDANGAN RIO 1992 PROTOKOL KYOTO 1997 PERJANJIAN PARIS 2016
Persidangan bagi Pengurangan kandungan dan
Persidangan bagi pembebasan gas rumah hijau
menangani isu alam membincangkan langkah
sekitar secara global dan mengehadkan kenaikan
mengurangkan pembebasan suhu global sebanyak 1.5oC
gas rumah hijau

Langkah-langkah yang diambil bagi menangani isu sekitar global oleh PPB
dengan kerjasama negara-negara seluruh dunia ialah

1. Mencari penyelesaian untuk menangani isu perubahan iklim secara global
melalui anjuran persidangan dan perjanjian antarabangsa yang
ditandatangi oleh masyarakat global.

2. Menjamin bekalan air minuman yang bersih dan cukup.
3. Melindungi lapisan ozon dengan pengharaman penggunakan

kloroflorokarbon yang menyebabkan penipisan lapisan ozon
4. Mengharamkan penggunaan bahan kimia toksik seperti pestisid DDT.


Click to View FlipBook Version