Eksperimen 3.1 : Menjalankan eksperimen bagi menentukan kadar denyutan nadi
Kaji situasi di bawah
Kanak-kanak lelaki mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi
daripada lelaki dewasa.
(1) Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk
mengkaji situasi tersebut. Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap. Anda
dibekalkan dengan jam randik.
(2) Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
a. Pernyataan masalah Format penulisan laporan
b. Tujuan eksperimen eksperimen rujuk kepada nota
c. Hipotesis
d. Pemboleh ubah yang telah diberikan.
e. Radas dan bahan
f. Prosedur
g. Berkomunikasi (Penjadualan data)
h. Mentafsir data
i. Membuat kesimpulan
(3) Anda juga dikehendaki menjawap soalan-soalan berikut:
a. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen ini.
b. Berdasarkan dapatan eksperimen, tuliskan satu hubungan antara pemboleh
ubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas.
c. Selain daripada umur, namakan faktor lain yang mempengaruhi kadar
denyutan nadi manusia
d. Titik nadi pada badan manusia ada 8 titik namun doktor biasanya mengambil
bacaan nadi di bahagian pergelangan tangan. Berikan sebabnya.
.
Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap
santifik dan nilai murni akan dinilai.
EKSPERIMEN 3.1 ( Buku teks m/s 38)
KADAR DENYUTAN NADI MANUSIA BERDASARKAN UMUR
Tajuk eksperimen : Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan umur
Pernyataan masalah : Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza
mengikut umur?
Tujuan
K1P1 (Pernyataan masalah)
Hipotesis
: Menyiasat kesan umur ke atas kadar denyutan nadi
Pembolehubah manusia.
(a) dimanipulasikan
(b) bergerak balas K1P2 (Tujuan eksperimen)
(c) dimalarkan
: Semakin meningkat umur seseorang semakin
rendah kadar denyutan nadinya.
K1P3 (Hipotesis)
: Umur
: Kadar denyutan nadi seminit
: Jantina, tempoh masa eksperimen, aktiviti fizikal
K1P4 (Mengawal pembolehubah)
Radas : Jam randik
Prosedur
K1P5 (Bahan dan radas)
K1P7(Kebolehan melukis dan melabel radas
dan bahan dengan susunan yang betul)
1. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan.
2. Bacaan denyutan nadi salah seorang murid dalam kumpulan diambil. Seorang murid
lain memegang jam randik dan menjaga masa.
3. Bacaan denyutan nadi setiap murid dicatat dalam masa seminit.
4. Langkah 2 dan 3 diulang dengan guru dan pembantu makmal. Jantina murid yang
diukur nadinya mestilah sama dengan jantina guru dan pembantu makmal.
K1P6(Prosedur)
Keputusan Umur Kadar denyutan nadi (bpm)
Sampel
Murid
Guru
Pembantu makmal
K3P1
(Boleh melengkapkan pemboleh ubah dimanipulasikan
dan pembolehubah bergerak balas dalam jadual dengan betul)
K3P2
(Boleh mencatatkan data/pemerhatian yang diperoleh daripada
eksperimen dengan betul)
MENTAFSIR DATA DAN MEMBUAT KESIMPULAN
a. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen ini.
Kadar denyutan nadi kanak-kanak lebih tinggi daripada lelaki dewasa kerana (
jantung kanak-kanak berdenyut dengan lebih cepat.
K4P2(a)
(Boleh membuat inferens)
b. Berdasarkan dapatan eksperimen, tuliskan satu hubungan antara pemboleh
ubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas.
Semakin meningkat umur seseorang semakin rendah denyutan nadinya.
K4P2 (b)
(Menghubungkait pemboleh ubah dimanipulasikan
dengan pemboleh ubah bergerak balas)
c. Apakah kesimpulan/rumusan yang diperolehi berdasarkan keputusan eksperimen
yang dijalankan?
Semakin meningkat umur seseorang semakin rendah kadar denyutan nadi nya.
K4P3
(Boleh membuat kesimpulan/rumusan)
SOALAN
a. Selain daripada umur, namakan faktor lain yang mempengaruhi kadar denyutan nadi
manusia
Jantina//aktiviti fizikal
b. Titik nadi pada badan manusia ada 8 titik namun doktor biasanya mengambil bacaan
nadi di bahagian pergelangan tangan. Berikan sebabnya.
Kerana nadi di pergelangan tangan jelas, menonjol dan mudah dikesan.