The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chentasiticr, 2021-04-17 22:44:16

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN

SMK SERI KOTA PUTERI 2 (1)

BUKU SKRAP DIGITAL

TOKOH PEMIMPIN

TUN
HUSSEIN

ONN

Maklumat Peserta

Nama :
Sofea Hana binti Abdul Shukor

Kelas :
4 Hikmah

Alamat e-mail :
[email protected]

Nama Sekolah :
SMK Seri Kota Puteri 2

Alamat Sekolah :
Jalan Penaga,
Taman Kota Puteri,
81750 Masai, Johor.

Isi Kandungan

1 Pendahuluan 02
03
2 Biodata tokoh pemimpin
04
3 Pendidikan tokoh yang dipilih 05
06
4 Kerjaya tokoh 07
5 Sumbangan tokoh
09
6 Nilai kepimpinan yang boleh 10

dicontohi oleh generasi
sekarang

7 Kesimpulan
8 Sumber rujukan

01

Pendahuluan

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat saya menyiapkan buku skrap ini dengan
jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada sekolah kerana memberi peluang kepada saya
untuk menghasilkan buku skrap ini dengan menyediakan

kemudahan untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Siti
Zubaidah yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta
penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan

tugasan ini.

Tidak lupa kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi
sokongan serta dan dorongan dalam menghasilkan buku skrap

ini.Tanpa sokongan ini dan dorongan kalian mungkin tidak
dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna.

Disamping itu juga, jutaan terima kasih juga kepada rakan
seperjuangan saya iaitu Nurul Aliah yang sama-sama
bertungkus lumus menghasilkan tugasan ini dan juga

bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan buku
skrap ini.

Akhir sekali,harapan saya agar segala tugasan yang saya
hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya

disamping dapat menjadi pelajar yang cemerlang. Selain itu
juga,harapan saya agar dapat memberi manfaat kepada diri
saya sendiri terutamanya serta pembaca agar kita sama-sama

menjadi masyarakat yang berpengetahuan luas.

02

Biodata tokoh pemimpin

Nama diberi ialah Tun Hussein Onn.
Allahyarham Tun Hussein Bin Dato’ Onn merupakan
Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari

tahun 1976 sehingga 1981.

Beliau dilahirkan pada tanggal 12 Februari 1922. Beliau
dilahirkan di Johor Bahru. Beliau telah kembali ke

rahmatullah pada 29 Mei 1990 (berumur 68 tahun) di Kuala
Lumpur.

Anak sulung daripada 8 orang adik-beradik

Berkahwin dengan Toh Puan Suhaila Binti Tan Sri Haji
Mohd Noah

Dikurniakan 6 orang anak iaitu 2 orang anak lelaki dan 4
anak perempuan

Tun Hussein Onn dikenang sebagai “Bapa Perpaduan”?

Hal ini bermula daripada perjuangan beliau
dalam mencapai perpaduan kaum dan bertindak keras

terhadap sesiapa yang
mencuba membangkitkan kekacauan

perkauman dalam negara.

03

Pendidikan tokoh yang dipilih

Menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School
Singapura,Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah
Telok Kurau) dan di English College ( Maktab Sultan Abu

Bakar), Johor Bahru.
Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan

Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun
kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst, di

Dehradun, India.
Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad

ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah
sewaktu peperangan.

1958 beliau telah lulus dalam
Ijazah Undang-undang dari

Lincoln's Inn, London

04

Kerjaya tokoh

1942 Menyertai Regimen (Tentera India) dan berkhidmat
1945 di Timur Tengah (Mesir) semasa Perang Duania ke-2
Selepas peperangan, British mengambil beliau sebagai
1946 - 1950 Jurulatih di Pusat Rekruit dan Latihan Polis Malaya
1951 - 1969 di Rawalpindi

Komandan Depot Polis Johor Bahru
Selepas 6 bulan berkhidmat dalam Tentera Malaya,
beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu
sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat,
Johor. Kemudian ditugaskan sebagai pegawai daerah
di Klang&Kuala Selangor

Masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO
bersama ayahnya.
Menjadi Ketua Pemuda (UMNO) yang pertama
Setiausaha Agung UMNO
Menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis
Undangan Persekutuan

Keluar dari UMNO DAN menubuhkan Independent of
Malaya Party (IMP) bersama bapanya.
Kembali menyertai UMNO
Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO

1970 - 1981 Menteri Pelajaran
Timbalan Presiden UMNO
Timbalan Perdana Menteri
Perdana Menteri Malaysia Ketiga
Bersara menarik diri dari politik serentak meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia

05

Sumbangan tokoh

Tun Hussein Onn berusaha sedaya upaya bagi mengekalkan
perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin- pemimpin
supaya parti dapat menghadapi cabaran-cabaran yang timbul.

Selaku seorang yang tegas pendiriannya,beliau telah
mengambil beberapa tindakan bagi menghapuskan perbuatan

rasuah dalam Kerajaan ataupun parti.

Di samping itu, bagi kemajuan parti, Tun Hussein telah
melancarkan Koperasi Usaha Bersatu (KUB) pada bulan Mei
1977. Koperasi ini menerima keahlian daripada kalangan ahli-

ahli UMNO dan orang Melayu umumnya dengan tujuan
memesatkan lagi penyertaan orang-orang Melayu dalam

ekonomi.

Pada tahun 1979, Tun Hussein Onn telah melancarkan
Rancangan Malaysia Ke-3 Peringkat Kedua dalam

perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Salah satu program di
bawah Rancangan ini adalah untuk menambahkan peluang

orang-orang Melayu dan kaum Bumiputra lain dalam
pemilikan modal saham di sektor syarikat.

06

Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh
generasi sekarang

Tegas dan berpegang teguh
dengan prinsip hidupnya

Berdisiplin dan
menghargai masa

Bersikap terbuka,
menerima pendapat &

pandangan

07

Ikhlas dalam perjuangan untuk
mencapai perpaduan kaum

Bertindak keras kepada sesiapa
yang mencuba membangkitkan
kekacauan perkauman dalam

negara

Memupuk semangat perpaduan
berbilang kaum dalam kalangan

masyarakat

08

Kesimpulan

Tun Hussein Onn akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin
yang melayari Malaysia meniti arus pembagunan dengan

konsisten tanpa banyak kontroversi. Walaupun pada masa itu
ekonomi negara terjejas akibat kemelesetan ekonomi dunia,Tun

Hussein Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu
Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial.

Tun Hussein Onn juga sentiasa mencuba meningkatkan taraf
hidup masyarakat Melayu yang jauh ketinggalan jika

dibandingkan dengan kaum lain. Keamanan negara yang
diperkukuhnya telah menarik pelabur luar menjadikan
Malaysia sebgai negara yang stabil politik dan ekonominya.
Tun Hussein Onn dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan' kerana
berjaya memupuk semangat berbilang kaum dan usahanya

dalam memupuk perpaduan negara ini.

09

Sumber Rujukan

1. Buku "Kenali Tun Hussein Onn" oleh Maruwiah Ahmat
2."Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang

dan Pingat Persekutuan Tahun 1981" (PDF).
3."Anugerah Tun untuk Hussein kerana jasanya pada

negara" (PDF). Utusan Malaysia. Yayasan Kepimpinan
Perdana. 17 Julai 1981.
4."DK 1977". awards.selangor.gov.my. Dicapai pada 26
December 2020.
5."Hussein orang pertama terima darjah Seri Paduka
Negeri Sembilan" (PDF). Utusan Malaysia. Yayasan
Kepimpinan Perdana. 26 Februari 1980.
6.Sejarah Malaysia: Tun Hussein Onn
http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tun-
hussein-bin-dato-onn.html
7.Tun Hussein Onn https://maruwiah.com/tag/tun-hussein-
onn/
8. https://www.airtimes.my/2019/09/10/rm-6-012-juta-
senggara-kediaman-keluarga-tentera-desa-tun-hussein-
onn/
9. http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-tun-
hussein-onn.html

10


Click to View FlipBook Version