The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrulfatnasuha03, 2022-04-15 12:02:54

Laporan (AKTIVITI PDK HULU KELANG)

T3 PKUK1143

Laporan

AKTIVITI DI PDK
HULU KELANG

Laporan lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam

Komuniti (PDK) Hulu Kelang

Pada 23 Mac 2022 yang lalu, saya bersama dengan rakan kumpulan seramai 9
orang telah membuat lawatan ke PDK yang telah ditetapkan iaitu PDK Hulu

Kelang bagi menyempurnakan tugasan-tugasan kerja kursus. Oleh hal yang

demikian, berikut merupakan antara maklumat-maklumat yang saya perolehi

semasa lawatan ke sana selaras dengan kehendak tugasan ketiga kerja kursus
bagi kod kursus PKUK1143.

Pengenalan

PDK Hulu Kelang telah ditubuhkan pada 20/05/2002, dengan

persetujuan keluarga kumpulan sasar upaya supaya sebuah

pusat pembelajaran dan pemulihan diwujudkan di kawasan

Hulu Kelang. Pihak PDK tersebut telah menjalankan tiga

Model Program iaitu Home Based, Centre Based & Centre-

Home Based. Terdapat 5 kelas yang ditubuhkan setakat ini

termasuk kelas LPV (Latihan Pra Vokasional) dan kelas EIP

(Early Intervention Programme) dengan menempatkan

seramai 57 orang pelatih yang berdaftar pada tahun ini.

Waktu Operasi

Kelas EIP : Isnin - Khamis (8:30 am- 12:30 pm)



Kelas LPV: Isnin - Jumaat (7:30 am - 3:00 pm)



Lawatan ke rumah: Sabtu (9:00 am - 12:00 pm)

Kerja Sosial

Kerja sosial merupakan satu profesion melibatkan perkhidmatan yang memberi

tumpuan kepada menangani masalah, meningkatkan kefungsian sosial, meningkatkan

kapasiti bagi memenuhi keperluan sosial serta menggalakkan pencapaian taraf

kehidupan berkualiti untuk individu, keluarga, kumpulan dan komuniti.

Antara aktiviti kerja sosial
di PDK Hulu Kelang

Membuat dan menjual karipap Frozen [Projek EIP (Early Intervention Programme)

PDKHK]
Penyediaan dan pembuatan makanan/ perkhidmatan Catering ( Karipap, cekodok

pisang, lauk-pauk, mi goreng dan sebagainya).
Petugas membantu ibu bapa pelatih membawa pelatih untuk mendapatkan

pemeriksaan audiologi.
Petugas melakukan sanitasi PDK dua kali sehari pada setiap hari.
Aktiviti domestik
Aktiviti pengurusan diri
Aktiviti kelas PdPR semasa PKP (menyapu sampah, membasuh, menyidai dan

melipat baju, memasak dan banyak lagi)
Kelas mengaji
Program PDK ku sihat (lawatan dari Klinik Kesihatan Hulu Kelang)

Membuat dan menjual karipap (Frozen)
[Projek EIP (Early Intervention Programme) PDKHK]

Membuat dan menjual karipap (Frozen)
[Projek EIP (Early Intervention Programme) PDKHK]

PDK Hulu Kelang mula terlibat dalam aktiviti keusahawanan iaitu

membuat dan menjual karipap (Frozen) seiring selepas pelaksanaan

Kelas Latihan Pra-Vokasional (LPV). Namun, aktiviti ini semakin

ditekankan dan semakin aktif apabila status PDK di seluruh Malaysia

berubah menjadi sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada

tahun 2018. Hal ini kerana, perubahan status tersebut telah memberi

kesan kepada PDK dari pelbagai aspek yang perlu ditanggung

sepenuhnya oleh mereka. Contohnya seperti bil utiliti, sewa bangunan

dan sebagainya. Oleh yang demikian, mereka mula melaksanakan

aktiviti tersebut untuk menjana pendapatan lebih dan selaras dengan

pelaksanaan aktiviti yang sangat praktikal itu pelatih akan memperoleh

banyak faedah dan peningkatan dari pelbagai aspek kehidupan.

Para pelatih yang terlibat dalam aktiviti ini kebanyakkannya

berumur antara 20 hingga ke 40 tahun. Sebagaimana yang dimaklumkan

oleh penyelia PDK tersebut, Puan Suhaila, pelatih yang paling tua

dikalangan mereka adalah berusia 40 tahun. Menurut beliau lagi, pelatih

yang terlibat datangnya sama ada dari dalam atau dari luar. Pelatih

dalam yang terlibat dengan aktiviti merupakan Individu Berkeperluan

Khas (IBK) yang berumur 20 tahun ke atas dan masih lagi menerima

perkhidmatan di PDK tersebut. Pelatih luar pula merupakan IBK yang

masih tidak mendapat peluang pekerjaan dalam komuniti yang akan

hadir bersama pelatih-pelatih dalam yang lain untuk menjana

pendapatan sampingan. Dimaklumkan juga bahawa bilangan pelatih

terkini adalah seramai lima orang dimana empat daripadanya sangat

konsisten dan seorang masih dalam fasa latihan.

Pada pendapat saya, aktiviti ini adalah sangat praktikal dilakukan di

PDK tersebut. Hal ini kerana melalui aktiviti tersebut para pelatih dapat

memperoleh faedah-faedah yang bukan sahaja tertumpu kepada

pengetahuan dan kemahiran malahan juga dari setiap aspek kehidupan

IBK. Antara faedah-faedah yang diperolehi melalui aktiviti ini ialah

pelatih dapat meningkatkan kemahiran manipulatif. Berdasarkan

Kamus Dewan Edisi ke-3, kemahiran manipulatif secara ringkasnya

adalah kecekapan mengendalikan pergerakan (Cikgu Afini, 2017).

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran yang menggunakan

psikomotor dalam mengguna dan mengendalikan sesuatu bahan atau

peralatan dengan betul yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh para petugas di PDK

tersebut, sebelum pelatih terlibat dengan aktiviti ini, mereka wajib

menjalani latihan kemahiran manipulatif selama 2 tahun yang

ditekankan bagi mereka yang berumur 20 tahun ke atas sahaja. Hal ini

bertujuan supaya pelatih dapat menguasai cara untuk mengendalikan

alat atau peralatan yang akan digunakan sepanjang proses pembuatan

karipap itu. Contohnya, cara menggunakan pisau, gunting dan

sebagainya. Kemahiran yang diperoleh bukan sahaja dapat digunakan di

PDK malah pelatih juga akan lebih mahir dalam mengendalikannya di

rumah atau di mana sahaja. Tambahan lagi, pelatih juga dapat

meningkatkan sikap berdikari dalam diri untuk menguruskan kerja-

kerja di dapur tanpa pertolongan daripada orang lain.

Selain itu, pelatih juga dapat menjana pendapatan hasil daripada

penglibatan mereka dalam membuat karipap. Menurut petugas, pelatih

yang terlibat dalam aktiviti ini akan dibayar gaji setiap bulan.

Sebagaimana yang kita ketahui, IBK sangat sukar untuk mendapat

peluang pekerjaan di luar kerana biasanya masyarakat akan beranggapan

bahawa IBK ini tidak mampu untuk melakukan pekerjaan disebabkan

oleh ketidapupayaan yang mereka hadapi. Oleh hal yang demikian,

kebanyakkan PDK sekarang telah membuka peluang pekerjaan bagi IBK

yang ingin menjana pendapatan sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang

telah ditetapkan oleh PDK masing-masing. Oleh itu, menurut petugas di

PDK Hulu Kelang, ramai pelatih yang berumur 20 tahun ke atas telah

menyambung untuk berkhidmat di PDK tersebut demi kepentingan dan

kelangsungan hidup.

Di samping itu, kepentingan bagi pihak PDK pula mereka akan mula

dikenali oleh masyarakat setempat. Sepanjang tempoh penjualan

karipap yang masih diteruskan sehingga ke hari ini, sudah tentu ramai

yang sudah mula mengenali PDK Hulu Kelang di kawasan setempat dan

lama-kelamaan mereka pasti berpeluang untuk berkembang dengan

lebih meluas. Hal ini dapat membantu meningkatkan hasil jualan

karipap dari semasa ke semasa. Seperti di PDK tersebut, mereka

mendapat banyak tempahan daripada guru-guru di sekolah, penduduk

setempat dan banyak lagi. Melalui peningkatan hasil jualan tersebut, ia

dapat membantu pihak PDK dari segi kewangan untuk membayar bil-

bil tanggungan kerana lebih ramai yang mengenali lebih banyak hasil

yang akan mereka perolehi.

Kesimpulannya, aktiviti membuat dan menjual karipap (frozen) ini

adalah sangat praktikal dilakukan di PDK Hulu Kelang yang dapat

memberi banyak faedah bukan sahaja kepada pelatih malah kepada

semua pihak yang terlibat. Selaras dengan rancangan pembangunan

masa hadapan PDK tersebut iaitu mempunyai bangunan sendiri

berbentuk kompleks mesra OKU diharapkan agar pihak PDK dapat

merancang lebih banyak program dan aktiviti tambahan agar kualiti

hidup IBK dapat ditingkatkan serta membantu mereka menjalani

kehidupan seperti masyarakat yang lain.

Rujukan

Cikgu Afini.(2017). Aktiviti kemahiran manipulatif.

http://cikguafini.blogspot.com/?m=1

Suhaila Abdul Manap.(2022).Aktiviti-aktiviti di Pusat Pemulihan

Dalam Komuniti Hulu Kelang.

Sekian, Terima Kasih


Click to View FlipBook Version