LATIHAN
PENGUKUHAN
NAMA:Nur Farisya Hanie bt Muhammad Fuad
KELAS:2 Al-Khawarizmi
Novel Jalan Ke Puncak
TEMA: Kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya masa
depanya dengan cara berdikari.
PERISTIWA:Laiman tidak berputus asa walaupun bapanya menentangnya
dalam melakukan pertanian.
TEMA:pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga
PERISTIWA:nenek Laiman sanggup mengeluarkan duit simpanan untuk yuran
pembelajaran Laiman.
TEMA:Keberanian menceburi bidang baru
PERISTIWA:Walaupun Laiman mengambil bidang jurutera,tetapi dia berani
melakukan pertanian sebagai sumber pendapatannya.
Sinopsis
Bab 1: Bagaikan
Mimpi
Laiman merasakan apa yang berlaku adalah mimpi . Keberadaan
dia di Bumi Kenyalang bukanlah sebagai mahasiswa tetapi
sebagai pengunjung.laiman berkerja disitu untu menjalani
latihan.Sukri merupakan kawan sekerja Laiman.Dia ditugaskan
untuk menolong Laiman sewaktu Laiman menjalani latihan.Ikatan
persaudaraan mereka bagaikan isi dengan kuku.Bagi Laiman kerja
dibayar gaji merupakan kerja yang tidak memuaskan hatinya .Dia
lebih gemar untuk membuka cawangan sendiri.Dia ingin mengikut
jejak langkah Chow Chin,kawan seuniversitinya yang telah berjaya
membuka syarikat yang menjual kereta-kereta mewah.
Bab 2: Sesal
Pada petang yang damai dan tenteram,selepas waktu
pejabat Laiman mengambil keputusan untuk bersiar-siar di
pekan Lutong.Dia ingin menenangkan dirinya selepas kerja
yang dibuatnya sudah siap.Tiada apa lagi yang dia perlu
risaukan.Sewaktu berjalan di pekan tiba tiba Laiman
dikejutkan dengan satu suara yang cukup
dikenalinya.Soniah merupakan rakan sepejabat
Laiman.Selepas itu, Laiman mempelawa Soniah untuk
makan bersama di satu restoran di pekan itu.Sementara
menunggu pesanan tiba Soniah memulakan perbualan
agar situasi tidak kekok.Malangnya,Soniah tersalah cakap
tentang Muluk dihadapan Laiman.Mukanya berubah dan
mula berasa gelisah.Laiman memahami dari air muka
wanita itu.Jadi,dia tidak mendesak wanita itu untuk
menjawab pertanyaannya
Bab 3:Musibah
Sukri tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya.Dia bergegas ke tempat letak
keretanya tetapi di tertinggal barang yang menyebabkan dia perlu berpatah
balik.Perkhabaran yang diberitahu oleh Pak Kasan menyebabkan Sukri tergopoh
gapah.Sukri memecut laju kereta yang dipandunya ke tempat kejadian.Tangki minyak
yang dibaiki oleh Laiman dua minggu lepas terbakar.Ketika kejadian itu berlaku
Laiman tiada dia Lutong dia berada di Kuching untuk bertemu dengan rakan
sekuliahnya.Ketika Sukri sampai di tempat kejadian,api marak menjulang dan dia
melihat pengurus syarikat itu sedang tidak senang duduk muka pengurus itu berwarna
merah padam seperti sedang menahan marah.Sesampainya Sukri di rumah dia
langsung tidak bertegur sapa dengan isterinya.Dia hanya duduk
termenung.Misah,isteri Sukri cuba untuk mendekatinya dan bertanya apa yang berlaku
tetapi Sukri memilih untuk diam dan tidak memberitahu Misah tentang hal
itu.Keesokkan harinya,Sukri ke rumah sewa Laiman untuk memberitahu tentang hal itu
dan tentang pengurus syarikat yang ingin berjumpa dengannya.Laiman mula
mengesyaki sesuatu tentang apa yang Soniah pernah memberitahunya sebelum ini.
Bab 4: Hasrat
Laiman dan Soniah menjamu selera mereka di restoran yang berhampiran.Sementara
menunggu pesanan, Laiman memulakan perbualan.Mereka berbual mengenai
menyambung pelajaran.Bagi Laiman ada banyak orang yang ingin menyambung pelajaran
tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana masalah kewangan.Tidak semua orang lahir
dalam keluarga yang kaya.Soniah mengambil keputusan untuk mengambil bidang
jurutera.Bidang itu merupakan bidang yang amat jarang diminati oleh kaum wanita.Soniah
amat gemar mengambil jalan yang mempunyai pelbagai cabaran.Selepas habis
makan,Soniah bertanya kepada Laiman tentang kejadian tangki minyak yang berlaku
beberapa hari lepas.Laiman berasa serba salah untuk menjawab soalan itu.Dia tahu
perkara tersebut telah menyebabkan buku rekod sulit yang diberikan oleh universitinya akan
ditulis oleh pengurus syarikat itu serta boleh menyebabkan masa hadapan Laiman untuk
menyambung pelajaran disitu menjadi tipis.Laiman menyedari ada sepasang mata yang
sedang merenung dia dengan tajam tetapi dia tidak mengendahkan renungan mata
tersebut.
Bab 5:Pulang
Laiman pun berubah selepas menamatkan
pengajiannya dan pulang ke kampung.
Bab 6:Tentangan
Selepas pulang ke kampung Laiman mengusahakan ladangan tembikai yang berkeluasan lima
hektar.Pada mulanya ayahnya menentang keputusan yang dibuat oleh Laiman.Ayahnya tidak mahu
Laiman mewarisi kerjayanya.Laiman juga ada mendegar mulut-mulut yang bercakap
tentangnya.Dia tidak mahu bekerja makan gaji dia mahu berdikari.Laiman tiba-tiba teringat tentang
perkara yang menimpanya dia Sarawak dahulu.Rupa-rupanya mata yang sering merenung dia
dengan tajam itu merupakan dalang kepada kejadian itu.Lamunan Laiman terhenti sebaik sahaja
Milan,rakan Laiman menegurnya.Milan membawa berita yang pegawai pertanian ingin berjumpa
dengannya.Kabar angin menyatakan yang ada jawatan kosong untuk Laiman di
sana.Namun,Laiman menolak mentah-mentahan.Laiman memberitahu Laiman tentang hasratnya
untuk ternakan lebah madu dan ikan tawar.
Bab 7:Resah
Pak Kiassim amat marah dengan Liaman.Liaman menolak tawaran yang ditawarkan
oleh jabatan pertanian.dia tidak paham megapa anaknya bersikap seperti
itu.Selepas dimarahi oleh Pak Kiassim Laiman keluar dari rumah dan pergi ke rumah
Milan. Dia ingin menenangkan diri selepas dimarahi oleh
ayahnya.Malangnya,selepas diceritakan semua yang terjadi kepada Milan dia juga
dipihak ayah Liaman.Liaman menjadi amat marah.Fikirannya berceramuk dan
serabut.Tiada siapa yang menyokongnya.Tetapi Milan memujuk Liaman dan akan
sentiasa menolong Liaman untuk melaksanakan projek ikan air tawar dan ternak
madu lebah itu.
Bab 8:Tekad
Pak Sahok tidak setuju untuk meberikan Liaman dan Milan tanah paya untuk kegunaan
projek ternakan ikan air tawar itu.Liaman cuba memujuk Pak Sahok namun tidak
berjaya.Sebenarnya tanah paya itu bukannya milik Pak Sahok tetapi disebabkan tanah itu
terletak di sebelah tanah pak Sahok dia terpaksa meminta izin daripada orang tua
itu.Liaman merancang untuk melaksanakan projek ternakan lebah di kawasan kebun limau
Milan.Mereka juga merancang untuk mengupah budak budak yang telah menamatkan
persekolahan pada tingkatan tiga.Mereka mahu mendidik orang kampung supaya
berdikari.
Bab 9:Pujuk
Laiman terasa panic sekarang.Pak Sahok tetap dengan pendirian dia.Dia tidak
mahu memberikan tanah itu kepada sesiapa pun.Itu kali kedua Laiman dan Milan
ke rumah Pak Sahok untuk meminta tanah tersebut.Setelah pulang dari rumah Pak
Sahok,Laiman memikirkan cara untuk melaksanakan projek itu.Malangnya tiada
satu tanah pun yang sesuai untuk mereka dirikan projek itu.Laiman pulang ke
rumah dengan wajah yang hampa.Pak Kiassim menyedari kelakuan Laiman.Dia
bertanyaperkara apa yang menpengaruhi minda anaknya itu.Selepas melihat hasil
tanaman buah tembikai,Pak Kiassim mula mempercyai anaknya itu.Liaman
menceritakan tentang Pak Sahok kepada ayahnya itu.selepas mendengar perkara
yang diceritakan oleh anaknya itu,Pak Kiassiam menggambil keputusan untuk
menolong anaknya memujuk Pak Sahok.Laiman berasa sebak kerana tidak percaya
dengan apa yang dia dengar dari mulut ayahnya itu.
Bab 10:Harapan
Kejayaan Laiman dalam projek tembikainya tersebar luas.Pihak Jabatan Pertanian juga
ada menghubungi mereka.Tentang tanah yang mereka minta dari Pak Sahok kini sudah
diizinkan oleh Pak Sahok sendiri.Mereka mengupah empat orang budak yang tidak lagi
sekolah untuk membantu mereka melaksanakan projek itu.Laiman menghantar dua
daripada mereka ke khusus untuk mempelajari ilmu penternakan udang harimau.Mereka
memberi kata putus untuk membahagikan paya itu kepada dua bahagian iaitu untuk
ternakan ikan tawar dan jugak udang harimau.Laiman memberikan kebun tembikainya
kepada ayahnya.Tiba-tiba memori Laiman terhadap Soniah kembali.Sejak tiga tahun
wanita itu menuntut ilmu di universiti hanya tiga pucuk surat yang Laiman terima itu pun
hanya catatan kecil.
Bab 11: Galau
Milan berasa amat terkejut dengan keputusan Kedek dan Muali.Selepas
pulang dari khusus,mereka mengambil keputusan untuk membuat projek
udang harimau itu sendiri.Mereka tidak mahu berkerja dengan Laiman
lagi.Milan pergi ke rumah Laiman untuk menyampaikan berita
tersebut.Laiman sedikit terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Milan.Dia
tidak sangka yang Kedek dan Muali akan berpaling tadah selepas Liaman
menghantar mereka ke khusus.Liaman sedikit marah tetapi dia cuba untuk
sembunyikan amarahnya.Dia fikir dia ingin mengambil pekerja baru untuk
projeknya itu kerana,empat orang mereka sahaja tidak cukup untuk
mengendalikan projek yang begitu besar.
Bab 12:Tabah
Mail, abang kepada Laiman pulang ke rumah.Melihat Liaman tiada dirumah Mail bertanya
kepada adik perempuannya.Rupa-rupanya,Liaman pergi ke Rumah Milan untuk bertemu
dengan Kedek dan Mauli.Tiga hari seterusnya,Mail pergi ke tempat projek adiknya untuk
melihat perkembangan hasil ternakan Laiman.Dia amat berbangga dengan hasil titik peluh
Laiman.
Bab 13: Lumayan
Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang dijaga oleh
enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain seperti menjaja
kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan
mereka.
Bab 14:Sinar
Laiman tidak berpuas hati dengan apa yang dicapainya sekarang. Tidak lama lagi kolam
ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman amat berterima kasih kepada Pak Sahok
kerana mengizinkannya menggunakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman
dan Milan telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya. Mereka juga
membeli lori untuk memudahkan urusan mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan
dan perniagaan mereka.
Bab 15: Impian terlaksana
Laiman mengingati kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu. Nama
Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut bersedia untuk
mengajar mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya berjaya. Kerjanya
kini sebagai seorang penternak, pengusaha kedai makan dan pemborong yang berjaya
walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang
telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita
Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman.
Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.