Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Heights 1
Bahawasanya Kami 98
Guru-guru Negara Malaysia
Dengan ini Berikhrar
Mendukung Terus Cita-cita Kami
Terhadap Tugas Kami
Dan Menyatakan Keyakinan Kami
Pada Cita-cita Murni Pekerjaan Kami
Kami Akan Berbakti
Kepada Masyarakat
Dan Negara Kami.
Kami Sentiasa Menjunjung
Perlembagaan Negara
Kami Mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada Setiap Masa
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
99
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
Kod Sekolah : KEA4069
No. Telefon : 04 - 9163897
No. Fax : 04 - 9163897
Email : [email protected]
Ruj. Kami : SMKDH1 100-5/1/2 ( )
Tarikh : 01 JANUARI 2021
Semua Guru 100
Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Heights 1
Bandar Darulaman, 06000 Jitra,
Kedah Darul Aman
Tuan,
ARAHAN PENTADBIRAN DAN PANDUAN GURU 2021
Bagi melicinkan lagi pengurusan dan pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman
Heights 1, berikut diperturunkan beberapa peraturan dan panduan untuk perhatian dan tindakan
semua guru sepanjang tahun 2020.
2. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk melaksanakan TUGAS yang
dipertanggungjawabkan dengan sempurna, jujur dan ikhlas serta beramanah bagi mencapai
kecemerlangan sekolah selaras dengan aspirasi dan matlamat pendidikan negara.
PANDUAN UNTUK GURU
1. ARAHAN AM
1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang
terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca,
memahami dan mematuhi Perintah Am Kerajaan tersebut.
1.2 Guru dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan
tepat kandungan Perintah Am Kerajaan dan Arahan Perkhidmatan yang lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya
sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian
semata-mata.
1.4 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Prinsip-Prinsip Perkhidmatan
Cemerlang, Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
1.5 Guru hendaklah meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada
kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
1.6 Guru hendaklah bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid
ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
1.7 Guru hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik
serta cekap menjalankan tugas.
1.8 Guru hendaklah menjadi role-model.
1.9 Guru hendaklah menunjukkan kepimpinan melalui teladan.
1.10 Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai satu pasukan, TEAM (Together
Everyone Achieve Much ).
1.11 Semua guru harus memahami dan menghayati visi, misi dan piagam sekolah.
2. KEHADIRAN (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1982)
2.1 Ketepatan masa di sekolah
➢ Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1982 mengenai ketepatan masa
di sekolah, guru-guru adalah diwajibkan memelihara dan mengekalkan amalan
menepati masa datang dan balik dari sekolah.
2.2 Semua guru hendaklah mematuhi waktu bekerja dan hadir ke sekolah pada masa
yang ditetapkan seperti berikut pada hari Ahad hingga Khamis.
Sesi Pagi 7.30 pagi hingga 1.30 petang
101
2.3 Semua guru hendaklah menandatangani kehadiran (perakam waktu) dan menulis
dalam Buku Kehadiran Harian pada setiap hari semasa sampai dan semasa balik
dari sekolah.
2.4 Guru Bertugas hendaklah tiba lebih awal untuk menyambut pelajar di pintu pagar
dan mengawasi disiplin pelajar.
2.5 Guru yang tidak dapat hadir bertugas atau terpaksa datang lewat atas sebab-sebab
yang wajar, hendaklah memaklumkan dan mengemukakan sebab kelewatan
kepada Pengetua/ Penolong Kanan/ Guru Kanan seberapa segera supaya jadual
waktu ganti dapat disediakan menurut keadaan berikut :
(a) Ketidakhadiran pada tarikh yang diketahui terlebih dahulu, sama ada atas
sebab peribadi atau atas arahan pihak-pihak yang diluluskan, hendaklah
diberitahu sebelum hari terlibat atau hari cuti tersebut.
(b) Ketidakhadiran secara tergempar (kecemasan), walaupun mendapat cuti
sakit hendaklah diberitahu dengan seberapa segera pada hari itu dengan
apa jua cara yang boleh dan sesuai.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
3. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU KERJA
3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa bekerja kecuali
setelah mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu (Perintah-perintah Am Bab
G5 (1)). “Semua pegawai termasuk ketua-ketua jabatan sendiri hendaklah
mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat-pejabat dalam masa yang
ditetapkan. Seseorang pegawai yang hendak meninggalkan pejabatnya di waktu
bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pegawai
yang menjaganya sebelum berbuat demikian.”
...... Perintah Am Bab G 5(1)
3.2 Guru perlu mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu dan merekod butiran ke
dalam Buku Kebenaran Keluar Kawasan Sekolah sebelum meninggalkan kawasan
sekolah.
3.3 Guru dikehendaki meninggalkan kerja bertulis/ latihan kepada pelajar sebelum
meninggalkan sekolah melalui Penolong Kanan atau Guru Kanan.
3.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan dengan kebenaran Pengetua.
4. KEHADIRAN KE KELAS 102
4.1 Bagi mematuhi MMI Guru-guru dikehendaki mematuhi jadual waktu pengajaran
yang ditetapkan, hadir ke kelas dan mengajar tanpa membuang masa. Waktu
peperiksaan/ pentaksiran, guru wajib masuk kelas walaupun tiada subjek
peperiksaan dijalankan.
4.2 Semua guru hendaklah memastikan kelas bersih dan ceria sebelum memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah mengambil masa antara 3–5
minit sebelum memulakan PdP bagi membersihkan kelas.
4.3 Guru waktu pertama hendaklah membenarkan Ketua Tingkatan menghantar
laporan kehadiran murid di pejabat.
4.4 Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas lebih awal sebelum tamat waktu
sesuatu mata pelajaran.
4.5 Guru-guru dikehendaki menggunakan sepenuhnya masa dalam kelas
menyampaikan pengajaran dan mengendalikan aktiviti pelajaran hingga akhir
waktu.
4.6 Guru-guru dikehendaki merekod dan menandatangani Buku Kawalan Kelas (Buku
Pengesanan Ponteng) sebelum meninggalkan kelas setelah tamat waktu mengajar.
4.7 Guru ganti hendaklah mencatatkan/ merekodkan aktiviti yang dijalankan semasa
berada di dalam kelas dalam Buku Kawalan Kelas (Buku Pengesanan Ponteng) dan
slip guru ganti hendaklah dilekatkan dalam Buku Rekod Mengajar.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
5. AMALAN BUDAYA SEKOLAH PENYAYANG
5.1 Guru hendaklah mengutamakan murid sebagai pelanggan melalui aspirasi :
“MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN MURID DIUTAMAKAN”
5.2 Amalan budaya sekolah penyayang hendaklah direalisasikan menerusi
penyemaian, amalan dan pembudayaan Elemen 9P5K secara holistik.
5.3 Antara aktiviti sekolah penyayang yang perlu diamalkan oleh setiap guru ialah ;
(a) Mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar sekolah setiap hari.
(b) Mengambil peduli terhadap murid semasa di sekolah iaitu semasa murid
berada di bilik darjah, kantin, dewan makan, surau, dataran perhimpunan
sekolah, aktiviti kokurikulum dan lain-lain tempat.
(c) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid melalui aktiviti
seperti meraikan hari lahir murid, menghargai kejayaan murid dalam aktiviti
kokurikulum, pencapaian akademik dan lain-lain.
(d) Menjadi mentor yang sentiasa berusaha untuk membangunkan sahsiah dan
jati diri murid serta membantu menyelesaikan masalah murid.
6. CUTI REHAT KHAS (Pekeliling Perkhidmatan Bil.8 / 2017 bertarikh 29 Disember 2017) 103
6.1 Cuti Rehat Khas (CR ) ialah cuti yang diberikan kepada guru dalam satu tahun
kalendar. Mulai tahun 2018, CRK yang diberikan kepada guru ialah sepuluh (10)
hari. CRK yang tidak habis tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi
dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
bagi pegawai yang layak (Golden Hand Shake ).
6.2 Guru hendaklah mengemukakan permohonan sekurang-kurangnya seminggu
sebelum bercuti dan guru hanya dibenarkan bercuti setelah mendapat kelulusan
daripada Pengetua.
6.3 Pihak yang meluluskan CRK (Pengetua) hendaklah memastikan keberkesanan
pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak terjejas.
7. CUTI SAKIT
7.1 Guru hendaklah memaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah jika tidak dapat
datang ke sekolah kerana sakit.
7.2 Sijil sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua pada hari pertama guru hadir
bertugas semula.
7.3 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh Doktor Swasta tidak boleh melebihi 2 hari berturut-
turut dan tidak melebihi 15 hari dalam setahun.
7.4 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau tidak
berterusan akan dilaporkan ke JPN dan KPM untuk menentukan kelulusannya.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
8. CUTI TANPA REKOD
8.1 Cuti Tanpa Rekod jika dipohon, hendaklah mengisi borang cuti yang terdapat di
Pejabat Sekolah dan dikehendaki melampirkan surat-surat sokongan yang
berkenaan. Kelulusan hendaklah diperolehi daripada JPN.
(Cuti-cuti yang lain hendaklah dirujuk kepada Perintah-perintah Am Kerajaan)
9. BUKU REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (BRP) 104
9.1 Semua guru dibekalkan dengan sebuah BRP dan guru mestilah bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap keselamatan buku tersebut.
9.2 Semua butiran hendaklah dilengkapkan dengan sempurna, kemas dan teliti serta
mematuhi pekeliling SPI Bil 3/ 1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran.
9.3 Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian bagi setiap mata pelajaran yang diajar
hendaklah disediakan dengan menepati Sukatan Pelajaran/ Huraian Sukatan
Pelajaran/ DSKP serta mengikut format Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dan
takwim persekolahan tahun semasa.
9.4 Butir-butir diri murid, rekod markah terdahulu ( TOV ), markah headcount 2020,
markah Pentaksiran 1, Pentaksiran/ Peperiksaan Pertengahan Tahun, Pentaksiran
2, Pentaksiran/ Peperiksaan Percubaan dan Pentaksiran/ Peperiksaan Akhir Tahun
hendaklah dicatat untuk rujukan.
9.5 BRP hendaklah dikemukan untuk disemak, diperiksa dan ditandatangani oleh
Pengetua/ Penolong Kanan/ Guru Kanan pada setiap minggu Khamis).
9.6 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk hari pertama minggu berikutnya
hendaklah disediakan.
9.7 Semua guru dikehendaki menghantar buku BRP yang lengkap kepada Pengetua
untuk Semakan Asas pada hari Khamis, 10 Februari 2021
9.8 Sekiranya guru bertukar sekolah pada pertengahan tahun/ cuti bersalin/ lain-lain
cuti, BRP hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
10. JADUAL WAKTU
10.1 Semua guru disediakan jadual waktu individu mengikut ketetapan KBSM/ KSSM.
Guru Tingkatan akan disediakan jadual waktu kelas untuk diedarkan kepada
pelajar.
10.2 Setiap Guru Kanan Mata Pelajaran perlu menyimpan salinan semua jadual waktu
guru di bawah seliaannya.
10.3 Guru Tingkatan juga dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu induk
untuk dipamerkan di kelas masing-masing.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
11. PELAKSANAAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
11.1 Sukatan Pelajaran dan DSKP hendaklah sentiasa disemak dan dirujuk.
11.2 Mempelbagaikan kaedah PdP sesuai dengan PdP abad ke-21 agar ianya lebih
berkesan. Mulai tahun 2020, PAK21 akan diperkemaskan dan dibudayakan oleh
seluruh warga sekolah seiring dengan Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
11.3 Menggunakan peralatan ICT dan sumber Pendidikan yang bersesuaian untuk
meningkatkan keberkesanan PdP.
11.4 Bahan bantu mengajar (BBM) hendaklah sentiasa digunakan.
11.5 Penggunaan buku teks adalah 100 %. Namun digalakkan menggunakan buku
rujukan lain sebagai rujukan tambahan.
11.6 Ahli panitia mata pelajaran hendaklah selalu berbincang, mengadakan PLC dan
membincangkan apa-apa masalah yang timbul serta cara membantu murid–murid
meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran masing-masing.
12. PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR / WAKTU LUANG (FREE PERIOD ) OLEH GURU 105
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981)
12.1 Waktu tidak mengajar/ waktu luang (free period ) adalah masa bekerja.
12.2 Waktu tidak mengajar mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah
kepada murid-murid khasnya dan sekolah amnya.
12.3 Penggunaan waktu tidak mengajar adalah tertakluk kepada SPI Bil. 3/1981, seperti
yang terkandung dalam Buku Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran.
13. REKOD KEHADIRAN MURID DAN BUKU KAWALAN KELAS (BUKU PENGESANAN
PONTENG)
13.1 Semua Guru Tingkatan dibekalkan sebuah Buku Pengesanan Ponteng pada setiap
bulan dan adalah menjadi tanggungjawab guru terhadap keselamatan buku
tersebut.
13.2 Semua butir-butir yang terdapat dalam buku berkenaan hendaklah diisi dengan
betul, tepat dan lengkap terutama yang melibatkan rekod kehadiran murid dan
rekod kehadiran guru semasa melaksanakan PdP.
13.3 Guru Tingkatan hendaklah memastikan Buku Pengesanan Ponteng ini dihantar ke
pejabat setiap hari selepas tamat waktu PdP untuk tindakan selanjutnya oleh PK
HEM.
13.4 Rekod kehadiran murid pada setiap hari hendaklah direkodkan dalam sistem APDM
selewat-lewatnya pada pukul 9.00 pagi.
13.5 Sekiranya Guru Tingkatan tidak hadir bertugas, Penyelia Tingkatan
bertanggungjawab merekodkan kehadiran murid pada hari tersebut.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
14. DISIPLIN MURID 106
14.1 Tugas mengawal disiplin murid adalah tanggung jawab SEMUA guru. Ditegaskan
bahawa setiap guru adalah guru disiplin dan bertanggungjawab tentang disiplin
murid dalam kelasnya sewaktu mengajar dan disiplin am semasa di kawasan
sekolah.
14.2 Setiap guru dikehendaki menegur kesalahan murid dan mengambil tindakan
mematuhi arahan/ pekeliling, tidak hanya bergantung semata-mata kepada guru
disiplin sekolah.
14.3 Semua guru diminta merujuk Buku Panduan Disiplin Murid dan Buku Peraturan
Sekolah sebelum membuat keputusan menghukum murid.
“..... tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-
masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada
pengetua oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat
harus diserahkan kepada pengetua.”
……. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968
14.4 Hukuman berbentuk deraan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Menurut
peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia, hukuman rotan hendaklah dikenakan
pada punggung murid lelaki, manakala murid perempuan hanya dibenarkan
dirotan di tapak tangan. Hanya guru yang diberi surat wakil kuasa sahaja
dibenarkan merotan murid bermasalah disiplin.
15. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
15.1 Semua guru bertanggungjawab sepenuhnya menjaga keselamatan harta benda
sekolah.
15.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia hendaklah memastikan terdapat
peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik di bawah
kawalan masing-masing.
15.3 Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak
sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan Guru Disiplin/ PK HEM/ Pengetua dan
tindakan sewajarnya hendaklah diambil.
16. ETIKA BERPAKAIAN
16.1 Guru hendaklah mematuhi Pekeliling Ikhtisas Bil 6/85, berpakaian kemas, sesuai
dengan profesion keguruan dan mematuhi etika berpakaian sebagai penjawat
awam kerajaan. Guru dilarang memakai pakaian mencolok mata.
16.2 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai
dan memakai baju kemeja berlengan panjang berwarna cerah dan bertali leher
ketika bertugas.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
16.3 Guru perempuan dikehendaki berpakaian kemas dan memakai kasut bertutup
semasa bertugas.
16.4 Pakaian pada hari Rabu adalah mengikut unit beruniform masing-masing dan pada
hari Khamis berpakaian batik.
16.5 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan dikehendaki
memakai pakaian yang bersesuaian.
16.6 Semua guru hendaklah sentiasa memakai tanda nama pada waktu bekerja, majlis
rasmi di sekolah atau di luar sekolah serta semasa berurusan dengan PPD, JPN,
KPM dan jabatan-jabatan kerajaan lain.
17. KEGIATAN KOKURIKULUM 107
17.1 Semua guru wajib hadir melaksanakan kegiatan kokurikulum di luar waktu
persekolahan.
17.2 Semua guru adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan murid semasa
menjalankan kegiatan kokurikulum.
17.3 Bantuan awal hendaklah diberikan jika pelajar mengalami kecederaan. Ibu bapa
hendaklah dimaklumkan jika pelajar mengalami kecederaan yang serius dan
membahayakan.
17.4 Guru yang terlibat dengan kegiatan Kokurikulum dan terpaksa meninggalkan PdP
hendaklah merancang bahan PdP dan diserahkan kepada Penolong Kanan untuk
diberi kepad murid semasa ketiadaannya.
17.5 Semua peralatan sukan yang digunakan untuk aktiviti atau program hendaklah
disimpan segera sebaik sahaja selesai aktiviti dijalankan.
18. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
18.1 Semua guru wajib hadir perhimpunan rasmi mingguan sekolah.
18.2 Semua guru digalakkan memakai blazer semasa perhimpunan rasmi mingguan.
18.3 Guru Bertugas Mingguan, Jawatankuasa Perhimpunan Sekolah dan Pengawas
Sekolah diminta mengawal perhimpunan dari segi atur cara, siaraya, kedudukan
pelajar dan disiplin serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya supaya
perhimpunan berjalan lancar.
18.4 Semua guru dan pelajar hendaklah bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku,
Lagu Sekolah, Lagu Negeri Kedah dan Lagu Pendidikan Cemerlang Kedah Terbilang.
18.5 Pengendalian perhimpunan rasmi hendaklah mematuhi SPI Bil. 4/1984.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
19. GURU BERTUGAS MINGGUAN
19.1 Semua guru adalah dikehendaki menyempurnakan tugas ini secara bergilir
mengikut jadual yang disesuaikan dengan norma baharu -PKPP 2021
19.2 Semua aktiviti/ program hendaklah dicatat dalam Buku Laporan Bertugas Harian
pada setiap hari oleh Ketua guru bertugas
19.3 Guru bertugas diagihkan bagi mengendalikan menyambut kedatangan pelajar di
pintu pagar , pengambila suhu badan pelajar , mengawasi displin pelajar sewaktu
rehat di kantin , semasa pelajar makan didalam kelas (SOP PKP) waktu balik dan
semasa Solat Zohor berjemaah (perubahan dari semasa kesemasa)
20. GURU TINGKATAN 108
20.1 Guru-guru yang dilantik sebagai Guru Tingkatan hendaklah melaksanakan tugas
dengan cekap, dedikasi, telus dan bertanggungjawab.
20.2 Tanggungjawab Guru Tingkatan – kutipan wang bayaran tambahan persekolahan,
kebajikan murid, keceriaan kelas, merekod kehadiran murid, kemasukan data
PAJSK serta lain-lain tugas dari semasa ke semasa yang perlu diselesaikan.
20.3 Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan dan dipantau oleh Guu
Tingkatan bagi memastikan kebersihan dan keceriaan kelas berada dalam keadaan
yang terbaik.
20.4 Guru Tingkatan perlu memastikan kelas mempunyai kerusi, meja murid, kerusi
guru dan meja guru yang mencukupi serta ada sudut bacaan, papan kenyataan
berinformasi dan peralatan kebersihan yang mencukupi dan tersusun kemas.
20.5 Susunan kerusi meja dalam kelas hendaklah mengikut susunan PAK21,
21. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
21.1 Urusan SPBT hendaklah diuruskan oleh Guru Tingkatan dan Guru SPBT selaras
dengan kehendak KPM/ JPN/ PPD dan setiap keperluan dipatuhi dengan lengkap
dan teliti mengikut masa yang ditetapkan.
21.2 Guru SPBT hendaklah mengemaskini buku stok SPBT dan bilik SPBT dengan teratur
dan kemas.
22. MESYUARAT GURU/ TAKLIMAT GURU/ MESYUARAT JAWATANKUASA
22.1 Mesyuarat Guru/ Taklimat Guru/ Mesyuarat Jawatankuasa adalah wajib dihadiri
oleh semua guru.
22.2 Semua guru dikehendaki mematuhi etika kehadiran dan peraturan-peraturan
mesyuarat antaranya :
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
i. hendaklah hadir sekurang-kurangnya 10 minit sebelum mesyuarat dimulakan.
ii. tidak boleh meninggalkan mesyuarat tanpa keizinan Pengerusi Mesyuarat.
iii. seandainya tidak boleh hadir hendaklah dikemukakan surat tunjuk sebab.
22.3 Setiap keputusan mesyuarat mestilah dipatuhi oleh semua pihak asalkan ianya
tidak bercanggah dengan peraturan-peraturan pentadbiran.
22.4 Guru hendaklah memaklumkan dan mendapatkan kelulusan daripada Pengetua
terlebih dahulu sekiranya tidak dapat menghadiri mesyuarat.
22.5 Setiausaha Mesyuarat Guru/ Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah mengeluarkan
surat panggilan mesyuarat 3 hari sebelum mesyuarat diadakan.
22.6 Pencatat mesyuarat guru/ taklimat guru hendaklah mencatat butir mesyuarat/
taklimat dan disahkan oleh Penolong Kanan dan diedarkan kepada ahli mesyuarat
sekurang-kurangnya 14 hari selepas mesyuarat.
22.7 Guru yang menghadiri mesyuarat/ taklimat/ bengkel / kursus di luar sekolah
hendaklah melaporkan hasil mesyuarat menggunakan Borang Minit Curai yang
boleh diambil di pejabat dan serahkan borang tersebut kepada Penolong Kanan
selewat-lewatnya 2 hari selepas kembali daripada mesyuarat/ taklima / bengkel/
kursus.
23. PERJAWATAN / PERKHIDMATAN GURU 109
23.1 Guru / Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) perlu peka tentang perjawatan dan
perkhidmatan masing-masing dan hendaklah memberitahu Pembantu Tadbir
dengan segera jika terdapat masalah supaya tindakan dapat diambil.
23.2 Guru / Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang menghadapi masalah di bidang
pengajaran/ tugas hendaklah memaklumkan kepada Ketua Panitia/ Guru Kanan/
Penolong Kanan/ Pengetua.
24. SURAT MENYURAT
24.1 Semua surat rasmi hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Sekiranya ketiadaan
Pengetua, surat itu akan ditandatangani oleh Penolong-Penolong Kanan bagi pihak
Pengetua.
24.2 Semua surat yang dihantar mestilah mengikut nombor rujukan sekolah dan
mempunyai salinan yang akan disimpan di dalam fail berkenaan di pejabat.
25. SURAT MASUK DAN TINDAKAN
25.1 Semua surat yang diterima dari luar perlu sampai di pejabat dan akan diminitkan
kepada guru-guru melalui Penolong Kanan untuk tindakan segera setelah didaftar.
25.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru/ AKP berkenaan, salinan surat itu boleh
disimpan oleh guru/ AKP berkenaan setelah diambil tindakan.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
25.3 Jika surat yang ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua minitkan kepada mana-
mana Penolong Kanan, tindakan yang perlu diambil ialah :
25.3.1 Ambil salinan surat bersama fail yang ditetapkan
25.3.2 Ambil tindakan sewajarnya
25.3.3 Maklumbalas kepada pihak yang berkenaan mesti menggunakan kepala
surat SMKDH1, ada nombor rujukan sekolah dan ditandatangani oleh
Pengetua. Sekiranya Pengetua tiada, surat itu boleh ditandatangani oleh
Penolong Kanan.
26. PEMBELIAN BARANG 110
26.1 Pesanan/ Pembelian barang hendaklah mengikut peraturan dengan melengkapkan
Borang Nota Minta daripada Pembantu Tadbir Kewangan dan mendapat
tandatangan Guru Kanan/ Penolong Kanan untuk semakan dan kebenaran serta
tandatangan kelulusan daripada Pengetua. Permohonan pembelian perlu
disertakan 3 sebut harga.
26.2 Jika barang itu dikehendaki segera, maka dapatkan pengesahan daripada pentadbir
berkenaan sama ada guru boleh membeli barang tersebut secara tunai (panjar
wang runcit) bagi pembelian tidak melebihi RM 200.00 dalam satu resit belian.
26.3 Guru Kanan hendaklah sentiasa menyelia guru-guru di bawah seliaannya untuk
mencatat ke dalam buku stok/ inventori selepas pembelian dibuat.
27. KUNCI
27.1 Semua salinan kunci hendaklah disimpan di pejabat sekolah.
27.2 Guru-guru yang menyimpan kunci premis ( bilik-bilik khas, makmal, bengkel, stor
sukan & bilik-bilik tertentu ) serta peralatan tertentu hendaklah bertanggungjawab
sepenuhnya menjaga keselamatan kunci premis dan peralatan tersebut.
27.3 Guru dilarang sama sekali memberi keizinan kepada pelajar menyimpan kunci
premis dan peralatan sekolah melainkan dengan kebenaran Pengetua.
28. PERHUBUNGAN SESAMA GURU / WARGA SMKDH1
28.1 Semua guru dan AKP sewajarnya memupuk peribadi profesional dan mematuhi
peraturan serta memupuk rasa ‘kekitaan’ dalam kalangan semua warga SMKDH1.
28.2 Guru dan AKP tidak seharusnya mempengaruhi atau memaksa pandangan,
fahaman atau pendapat dan kepercayaan yang tidak profesional ke atas guru
atau AKP yang lain dan murid sekolah.
28.3 Perhubungan berlandaskan kepada kumpulan, etnik, klik, status, pangkat,
sosioekonomi, kelulusan akademik dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama
sekali wujud di SMKDH1.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
28.4 Sebuah jawatankuasa dibentuk untuk menguruskan hal yang berkaitan dengan
kebajikan guru dan AKP. Semua guru dan AKP secara automatik tertakluk kepada
jawatankuasa ini yang dinamakan JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN GURU DAN
STAF SMKDH1 (KESDAH).
PERINGATAN
Adalah diingatkan, sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, guru adalah tertakluk kepada
Perintah-Perintah Am. Ordinan-ordinan, Surat Aku Janji dan arahan-arahan tertentu serta
pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan dari masa kesemasa. Sebagai contoh Perintah Am berikut:
“ Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah
dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-
tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa penggal sekolah bagi masa yang tidak
melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun.”
...... Perintah Am Bab C 50(A)
“Walau apa pun perbekalan-perbekalan lain dalam bab ini, termasuk Perintah-perintah Am 3 111
dan 10, seseorang Ketua jabatan atau Pejabat boleh menghendaki mana-mana pengawainya
bertugas di luar masa yang ditetapkan apabila pada pandangannya ini adalah untuk
kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan. Ini termasuklah kehadiran di pejabat lebih
awal atau tinggal di pejabat lebih lewat daripada masa-masa yang ditetapkan atau hadir di
pejabat pada hari-hari minggu atau kelepasan am.”
...... Perintah Am Bab G (17)
PENUTUP
Arahan-arahan ini adalah panduan untuk semua guru dan tertakluk pindaan atau perubahan
daripada semasa ke semasa. Sebarang keraguan dan kemusykilan, sila rujuk dengan Pengetua
SMK Darulaman Heights 1.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
“ PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG ”
Saya yang menjalankan amanah,
..............................................
( HAJAH ZAITON BT HASHIM )
Pengetua
SMK Darulaman Heights 1
Bandar Darulaman, 06000 Jitra
Kedah Darulaman.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
112
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
Dasar Pengurusan Dan Pentadbiran
1. KEBERADAAN GURU Mula (Pentadbir Sekolah iaitu Pengetua perlu melantik
G seorang Pembantu Tadbir sebagai Pegawai
PD
Daftar Keberadaan Sekolah menerusi aplikasi
sistem e-Operasi)
Melaporkan status keberadaan guru kepada pihak Pengetua/PK
Pentadbiran
Pengisian Data Keberadaan Guru menerusi Sub Modul
Keberadaan Guru di bawah SMG oleh Pegwai Daftar Keberadaan
Sekolah:
1. Sebelum jam 12.00 tengah hari (Sesi Pagi)
2. Sebelum jam 5.00 petang (Sesi Petang)
Pegawai daftar Keberadaan Sekolah membuat pengesahan Data
Keberadaan Guru di dalam sistem
PGB/PK Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran/ Semua Penolong Kanan
yang diarah menjalankan tugas membuat pengesahan Data
Keberadaan Guru menerusi sistem e-Operasi 113
Petunjuk: : Tamat
G :
PD : GURU
P/PKP PEGAWAI DAFTAR KEBERADAAN SEKOLAH (Dilantik oleh Pengetua)
PENGETUA/ PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SITUASI/ STATUS KEHADIRAN DAN KEBERADAAN GURU
BIL PERKARA LOKASI GURU KEHADIRAN KEBERADAAN
1 Hadir Ke Premis Sekolah Dan Bertugas Seperti Biasa Premis Sekolah ✓✓
2 Laksana Tugas Rasmi Luar Di Luar Premis Sekolah ✓x
3 Cuti/Urusan Peribadi/ Kecemasan Di Luar Premis Sekolah xx
KEHADIRAN DAN KEBERADAAN GURU
BIL PERKARA HADIR BERADA
1 Berada sepanjang masa atau lebih 4 jam di premis sekolah ✓ ✓
2 Berada kurang 4 jam di premis sekolah ✓ x
3 Guru cuti bersalin – ada guru ganti x ✓
4 Guru cuti bersalin – tiada guru ganti x x
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
114
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
Dasar Pengurusan Kurikulum
1. LATAR BELAKANG
Kurikulum ialah ‘core business’ bagi setiap guru dan murid di SMK Darulaman Heights 1,
Bandar Darulaman. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan
memenuhi visi sekolah ini iaitu “ PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA
SEJAHTERA ”. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan
pengurusan kurikulum sekolah ini.
2. OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan kurikulum KPM, JPN dan PPD
3. DASAR 115
3.1 Dasar Kurikulum sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
3.3 Sebagai salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Bantuan Kerajaan, setiap
peraturan dan arahan pihak PPD, JPN dan KPM hendaklah dipatuhi sepenuhnya.
3.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan
kurikulum semasa.
3.5 Pada sesuatu masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna
sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk
program akademik hendaklah diberi keutamaan.
4. MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut
standard piawaian jabatan.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh
mesyuarat.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
5. SISTEM FAIL (Fail Arkib)
5.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus oleh Setiausaha Kurikulum di bawah seliaan
Penolong Kanan dan disimpan di pejabat / di bilik Penolong Kanan.
5.2 Semua fail panitia mata pelajaran diurus oleh Ketua Panitia di bawah seliaan Guru
Kanan Mata Pelajaran masing-masing dan di simpan di bilik fail.
5.3 Fail panitia ini hendaklah sentiasa dikemaskini.
6. PAKEJ MATA PELAJARAN 116
6.1 Menengah Rendah (Tingkatan 1 , 2 dan 3)
• Mata pelajaran terlibat - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi,
Pendidikan Islam, Matematik, Sains, RBT, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni
Visual, Asas Sains Komputer dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan
Pendidikan Muzik.
• Semua menengah rendah adalah mengikut KSSM.
6.2 Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5)
• Pelajar Tingkatan 4 dan 5 akan mengikuti KSSM mengikut pakej mata
pelajaran yang ditetapkan oleh SPI KPM Bil 6/2019 – Pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (Menengah Atas) Dan Pelaksanaan Pakej Mata
Pelajaran Mulai Tahun 2020 bagi Tingkatan 4 dan tahun 2021 bagi tingkatan 5
• Mata Pelajaran Teras
i. Wajib diambil semasa SPM
➢ Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah,
Pendidikan Islam ( Murid Islam ) & Pendidikan Moral ( Bukan
Islam )
• Mata Pelajaran Teras
ii. Mata pelajaran wajib tidak terlibat dalam SPM
➢ Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
• Pakej Mata Pelajaran
i. Pakej STEM
➢ Semua mata pelajaran Sains Tulen Biologi, Fizik, Kimia dan
Matematik Tambahan.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
ii. Pakej Sastera Dan Kemanusiaan 117
➢ Semua gabungan mata pelajaran elektif kumpulan kemanusiaan
dan sastera ikhtisas, Pengajian Islam dan mata pelajaan elektif
STEM iaitu Pendidikan Seni Visual / Perniagaan / Prinsip
Perakaunan / Tasawwur Islam / Sains Komputer / Sains Rumah
Tangga dan Pertanian.
6.3 Menengah Atas ( Tingkatan 5 )
• Mata Pelajaran Teras
i. Wajib diambil semasa SPM
➢ Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah,
Pendidikan Islam (Murid Islam) & Pendidikan Moral (Bukan
Islam)
ii. Mata pelajaran wajib tidak terlibat dalam SPM
➢ Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
• Aliran Sains Tulen
➢ Semua mata pelajaran teras serta mata pelajaran elektif
Matematik Tambahan, Biologi, Fizik dan Kimia.
• Aliran Kemanusiaan
➢ Semua mata pelajaran teras termasuk Sains dan mata pelajaran
elektif Tasawwur Islam / Pendidikan Seni Visual / Sains
Komputer/ Perniagaan / Sains Rumah Tangga dan Pertanian.
7. DSKP, SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN PELAJARAN
TAHUNAN & RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
7.1 DSKP, Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
• DSKP, Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran terkini hendaklah
diperolehi dan disimpan oleh setiap guru mata pelajaran dan disimpan dalam
Fail Panitia.
• Semua Mata pelajaran KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 menggunakan
DSKP.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
7.2 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Mengikut Format TS25 Mulai Tahun 2021 118
• Mengandungi perkara asas berikut :
i. Standard Pembelajaran
ii. Objektif Pembelajaran (OP)
iii. Kriteria Kejayaan (KK)
iv. Aktiviti Pembelajaran ( 4K 1N )
- Pemula
- Perkembangan
- Penutup
v. BBM
vi. EMK
vii. Refleksi / Catatan
** Lain-lain mengikut ketetapan mata pelajaran
7.3 Buku Rekod Mengajar
• Dihantar setiap hari Khamis setiap minggu persekolahan mengikut Jadual
Semakan Buku Rekod Mengajar ( PKB ).
• Lengkapkan RPH minggu semasa beserta refleksi dan RPH hari pertama
minggu berikutnya sebelum menghantar Buku Rekod Mengajar untuk
semakan.
• Semua guru mesti menyediakan RPH sebelum memasuki kelas untuk PdP.
Boleh dibuktikan pada bila-bila masa diperlukan atau diminta.
• RPH dan buku latihan murid hendaklah diserahkan kepada pencerap semasa
proses pencerapan dilakukan oleh mana-mana pentadbir.
7.4 Menghabiskan Sukatan
• Sukatan Pelajaran setiap mata pelajaran hendaklah diselesaikan dalam tahun
semasa.
• Guru-guru dikehendaki memastikan PdP yang dilaksanakan adalah menepati
DSKP.
7.5 PdP Berkesan
• Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berpusatkan murid (student
centered) menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar ( BBM ) yang ada
ciri-ciri inovasi.
• Kualiti PdP dipertingkatkan dengan guru menguasai ilmu, kepelbagaian
kaedah terkini dengan mengambilkira pembelajaran Alaf Ke-21 ( PAK21 ) dan
perkongsian amalan terbaik / kemahiran yang diperolehi melalui LDP dan PLC.
• Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013-2025,
PdP perlu diberi penekanan ke atas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) /
Higher Order Thinking Skills ( HOTs ) dalam kalangan murid-murid.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
8. JADUAL WAKTU
8.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan dan
KSSM.
8.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah
dengan persetujuan Mesyuarat Kurikulum.
8.3 Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.
8.4 Jumlah waktu pengajaran mengikut arahan dan ketetapan Akta / Dasar
Pendidikan, KBSM dan KSSM. Setiap blok waktu adalah 30 minit.
9. GURU GANTI / GURU ‘RELIEF’ – Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 119
9.1 Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penolong Kanan, Guru Kanan
dan AJK Jadual Waktu dan Guru Ganti.
9.2 Tindakan Guru Ganti :
i. Slip ‘relief’ hendaklah disimpan dan dilekatkan di dalam Buku Rekod
Mengajar.
ii. Masuk tepat pada masa dan berada di dalam kelas relief sehingga tamat
masa
iii. Menggunakan masa tersebut dengan aktiviti PdP seperti ketetapan
berikut :
• Dapatkan latihan atau bahan GOLDEN HOURS dan pastikan murid
melaksanakannya
• Mengadakan aktiviti NILAM dan pastikan pelajar merekod bacaan
dalam buku NILAM
• Melaksanakan Istiqamah Solat
10. WAKTU PERSEKOLAHAN( Fasa PKP )
Ahad – Khamis 7.30 pagi – 1.30 petang
Perhimpunan pagi 7.30 pagi – 8.00 pagi
Solat Zohor Berjemaah 1.30 petang – 2.30 petang
Waktu mula PdP 8.00 pagi
11. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
11.1 Pentaksiran dan Peperiksaan
• Pentaksiran 4 kali setahun
• Pentaksiran Pertengahan Tahun untuk Tingkatan 1, 2 dan 3
• Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk Tingkatan 4 dan 5
• Pentaksiran Akhir Tahun untuk Tingkatan 1 dan 2
• Pentaksiran Percubaan PT3 untuk Tingkatan 3 sahaja
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
• Peperiksaan Percubaan SPM 120
• Peperiksaan Akhir Tahun untuk Tingkatan 4
11.2 Format Ujian / Peperiksaan / Pentaksiran
• Ujian – format mengikut ketetapan panitia
• Peperiksaan / Pentaksiran
i. Masa - mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam
ii. Format - mengikut format soalan Lembaga Peperiksaan Malaysia ( SPM )
iii. Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar ( Rujuk
Panduan Penilaian dan Peperiksaan dan patuhi arahan ujian /
Peperiksaan / Pentaksiran yang diedarkan dari masa ke semasa )
11.3 Jadual Pentaksiran / Peperiksaan dan Jadual Pengawasan
• Jadual pentaksiran / peperiksaan disediakan oleh JK Peperiksaan Dalaman
• Jadual Pengawasan mengikut jadual waktu guru
• Masa / tempoh mengikut keperluan peperiksaan awam
11.4 Rekod Markah & Fail Peribadi
• Markah Pentaksiran / Peperiksaan bagi murid-murid hendaklah di key in
dalam SAPS dan sistem sekolah mengikut keperluan dan arahan.
• Guru Tingkatan dikehendaki mengemaskini Fail Peribadi Murid setiap kali
keputusan pentaksiran / peperiksaan dikeluarkan.
11.5 Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) & Analisis Item
• Semua penyedia soalan pentaksiran / pentaksiran di peringkat dalaman
diminta menyediakan JSU mengikut tahap kesukaran yang ditetapkan dalam
peperiksaan awam.
• JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian
berikutnya.
• Analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas pentaksiran / peperiksaan. Ia
hendaklah dijadikan panduan bagi semua guru untuk merancang rancangan
peningkatan prestasi.
• Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / Guru Kanan / Penolong
Kanan Pentadbiran sebelum dicetak.
11.6 Post Mortem Peperiksaan / Pentaksiran
• Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali
keputusan Peperiksaan Dalaman dan Awam (PT3 & SPM) dikeluarkan.
• Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
• Setiap guru hendaklah menyimpan rekod pencapaian murid dan rekod sesi
klinikal murid untuk diambil tindakan sewajarnya.
• Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan
Kaunselor jika diperlukan.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
11.7 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 121
i. Tingkatan 1, 2 & 3
• Semua guru mata pelajaran Tingkatan 1, 2 dan 3 dikehendaki
melaksanakan Pentaksiran Sekolah (PS) seperti diarahkan oleh
Lembaga Peperiksaan KPM.
• Pentaksiran dibuat berasaskan Panduan Pembelajaran Murid (PPPM).
Pencapaian direkodkan berdasarkan band yang dicapai oleh murid
(Rujuk helaian Penilaian & Pentaksiran).
• Pencapaian direkodkan dalam sistem Offline Modul Perekodan dan
Perkembangan Pembelajaran Murid (MPPPM) yang disediakan oleh
LP KPM.
• Penyelia Tingkatan hendaklah mencetak keputusan PS setiap penggal
seterusnya dimasukkan ke dalam Fail Peribadi Murid untuk kegunaan
Dialog Prestasi Bersama Waris.
ii. Tingkatan 4 & 5 ( Kerja Kursus )
• Semua Ketua Panitia perlu memastikan pelaksanaan Kerja Kursus
mengikut arahan dan ketetapan dasar KPM dalam tempoh yang
ditetapkan.
• Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa
bersama untuk mengelakkan masalah di sekolah baru murid
berkenaan.
• Rekod pencapaian di key-in dalam sistem LPM dan hard copy
difailkan.
12. PEMANTAUAN
12.1 Pembelajaran dan Pengajaran ( PdP )
• Pembelajaran dan Pengajaran Guru di bilik darjah akan dicerap dua kali
setahun.
• Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan ( Rujuk
Jadual Pencerapan PdP – PKB ).
• Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua.
• Guru-guru juga akan dicerap lebih dari 2 kali mengikut keperluan dan arahan
pengetua.
• Instrumen pencerapan yang digunakan adalah mengikut instrument Standard
4, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 ( SKPMg2 ).
12.2 Pengurusan Panitia & Jawatankuasa Pemantauan
• Guru Kanan dan Penolong Kanan bertanggungjawab memantau dan
membimbing panitia di bawah seliaannya.
• Semua Fail Panitia disemak oleh Guru Kanan dan diletakkan di bilik fail.
• Semua panitia dikehendaki membuat Perancangan Strategik yang
mengandungi Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
• Semua panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV dan ETR 122
termasuk mengambil kira OTR dan headcount murid.
• Guru Kanan perlu memastikan panitia di bawah seliaan membelanjakan
peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
12.3 Peperiksaan dan Pentaksiran
• Penolong Kanan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam
pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan pentaksiran.
• Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam
senarai tugas.
12.4 Penyediaan Latihan Murid & Semakan Buku Latihan Murid
• Semua panitia hendaklah menetapkan jumlah latihan yang sepatutnya
diberikan kepada murid-murid semasa Mesyuarat Panitia Kali Pertama setiap
tahun.
• Tugasan murid hendaklah segera disemak oleh guru mata pelajaran seperti
ditetapkan oleh panitia.
• Guru-guru mata pelajaran hendaklah menyemak latihan murid dengan
menggunakan pen berdakwat merah secara konstruktif (Pastikan ada tanda
tangan dan tarikh semakan).
• Pastikan murid menulis indeks, tarikh, hari serta tajuk dalam buku latihan
atau nota.
• Guru tidak dibenarkan menyimpan buku latihan dalam tempoh lebih dari 1
minggu.
• Buku latihan murid hendaklah dihantar untuk semakan.
• Rekod Semakan Buku Latihan Murid (Pemantauan Buku Latihan Murid – PKB)
hendaklah diserahkan kepada Guru Kanan untuk difailkan dan seterusnya
menyerahkannya kepada Penolong Kanan.
• Pengetua dan Penolong Kanan memastikan tindakan susulan dibuat oleh Guru
Kanan dan Panitia.
13. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
• Setiap panitia akan diberi peruntukan yang ditentukan oleh Pengetua.
• Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Jawatankuasa
Kewangan Sekolah.
• Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti
mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
• Setiap panitia dikehendaki menyediakan anggaran belanjawan berdasarkan
peruntukan yang diterima.
• Setiap panitia dikehendaki mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan/
bahan-bantu mengajar kepada Guru Kanan mengikut keperluan.
• Setiap panitia dikehendaki menyimpan 5% dari peruntukan yang diterima sehingga
bulan Julai. Ini ialah untuk memastikan sekiranya berlaku pengurangan murid pada
tahun semasa, pihak sekolah perlu memulangkan lebihan peruntukan kepada KPM.
Walau bagaimanapun, sekiranya tiada pemulangan panitia digalakkan untuk
membelanjakan semua peruntukan pada tahun semasa.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
14. BUKU TEKS (SPBT), PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DAN BAHAN BACAAN
• Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
• Penggunaan PSS, hendaklah mengikut peraturan dan ketetapan yang disediakan oleh
Guru Media. PSS boleh digunakan pada waktu Program NILAM.
• Program NILAM diselia oleh Jawatankuasa NILAM dan Guru Mata Pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.
• Semakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru Bahasa bagi Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris di bawah seliaan Guru Kanan Bahasa. Jadual Semakan
akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras NILAM.
• Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan stok panitia.
• Semua buku dan BBM yang dibeli oleh panitia hendaklah direkodkan secara berpusat
dalam rekod PSS.
15. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PANITIA
• Semua program peningkatan prestasi diadakan berdasarkan keperluan panitia.
• Panitia dikehendaki mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program
akademik panitia berkenaan.
16. KURSUS DALAMAN DAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) 123
16.1 Kursus Dalaman
• Semua guru yang menghadiri kursus berkaitan kurikulum dikehendaki
memberi laporan ringkas kepada Pengetua/ Penolong Kanan dan Guru Kanan
selepas selesai berkursus dengan menggunakan format Minit Curai. Minit
Curai hendaklah diserahkan Penolong Kanan untuk pengesahan dan difailkan
untuk rujukan.
• Guru yang menghadiri kursus tersebut dikehendaki berkongsi maklumat
dengan guru-guru lain di bawah panitianya dengan mengadakan kursus
dalaman panitia atau PLC.
• Bahan kursus yang diperolehi adalah hak sekolah. Guru dikehendaki
menyerahkannya kepada Guru Kanan untuk rujukan panita/ sekolah dan
boleh diperbanyakkan untuk guru lain sekiranya perlu.
16.2 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
• Dirancang berdasarkan kajian analisis keperluan guru dan anggota kumpulan
pelaksana (AKP).
• Setiap guru dan AKP dikehendaki mengikuti LDP sekurang-kurangnya 5 hari
dalam setahun. Oleh itu guru-guru dan AKP dikehendaki mengikuti kursus
yang telah dirancang. Guru atau AKP yang tidak hadir dikehendaki memberi
surat tunjuk sebab.
17. KAJIAN TINDAKAN
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
• Semua Panitia mata pelajaran dikehendaki membuat sekurang-kurangnya satu kajian
tindakan setiap tahun.
• Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke PPD/ JPN untuk mewakili sekolah
sebagai satu perkongsian amalan terbaik dalam PdP.
• Kajian tindakan adalah untuk membantu guru-guru mengenalpasti masalah dalam
PdP dan sekiranya kajian tindakan atau aktiviti berkenaan menunjukkan terdapat
peningkatan dalam pencapaian murid, ia perlu dikongsi dengan guru-guru lain untuk
kecemerlangan sekolah.
18. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdP, UJIAN DAN PEPERIKSAAN
• Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Saiz
Kertas A4, Font - Arial, Saiz – 11, Margin kertas: Top 1.5cm, Bottom 1.0cm, Left &
Right 1.5cm.
• Guru-guru diingatkan supaya akur dengan jadual penyediaan dan penghantaran
kertas soalan untuk dicetak dan disimpan di Bilik Peperiksaan.
• Guru di LARANG mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.
• Sila isi Borang Nota Pesanan Khidmat Cetak dan akur kepada arahan tertulis.
19. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN 124
• Guru-guru mata pelajaran dikehendaki berusaha memastikan KPI dicapai mengikut
ketetapan yang telah dibuat oleh sekolah mengikut Pelan Strategik dan KPI Analisis
Headcount.
• Sehubungan itu, guru-guru dikehendaki mempelbagaikan pendekatan PdP dan juga
mengenalpasti murid-murid yang tidak menguasai mata pelajaran yang diajar dan
seterusnya merancang program yang sesuai untuk mereka.
20. HARI PENETAPAN TARGET/ DIALOG PRESTASI BERSAMA WARIS
• Hari Penetapan Target dan Dialog Prestasi Bersama Waris diadakan untuk memberi
peluang kepada ibu bapa dan guru-guru mengadakan perbincangan mengenai sahsiah
dan prestasi murid-murid dalam pembelajaran berdasarkan pentaksira / peperiksaan.
• Hari Penetapan Target diadakan di awal sesi persekolahan untuk memberi peluang
kepada murid untuk menetapkan target yang akan dicapai pada tahun semasa dengan
disaksikan ibu bapa.
• Dialog Prestasi Bersama Waris akan diadakan selepas selesai analisis keputusan
Peperiksaan dan Pentaksiran. Pelaksanaannya adalah sekurang-kurangnya 3 kali
setahun.
21. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
• Penentuan dasar yang ditetapkan oleh pihak sekolah yang selaras dengan arahan KPM
tidak akan berubah sehingga terdapat arahan/ dasar baru yang dikeluarkan oleh KPM.
• Bagi tahun 2021, dasar KSSM akan diteruskan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
Panduan Rutin Untuk Guru
1. Guru-guru SMKDH1 hendaklah memahami dan menghayati aspirasi sekolah termasuk hala 125
tuju dan matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Semangat kerja sepasukan
hendaklah menjadi penggerak utama dalam menjayakan aspirasi sekolah.
2. Dalam menjayakan profesion perguruan, komitmen dan kesungguhan setiap guru
dijadikan amalan seharian bagi memastikan segala urusan yang dibuat berlandaskan Etika
Keguruan.
3. Guru-guru hendaklah sampai ke sekolah selewat-lewatnya 10 minit sebelum loceng
berbunyi (7.30 pagi) setiap hari waktu persekolahan. Guru-guru bertugas mingguan
hendaklah berada di sekolah 15 minit lebih awal dan balik 15 minit lebih lewat
(2.45 petang ). Semua guru pulang selepas jam 2.30 petang.
4. Guru-guru diwajibkan memakai tanda nama sepanjang masa bertugas. Pakaian guru
haruslah berpandukan Etika Berpakaian semasa tugas rasmi.
5. Guru Bertugas Mingguan hendaklah menguruskan perhimpunan pagi setiap hari. Semua
guru hendaklah bersama-sama murid semasa perhimpunan pagi iaitu berada di Dataran
Perhimpunan.
6. Semua kelas dan murid hendaklah diawasi setiap masa. Oleh itu, guru-guru hendaklah
berada di kelas tepat pada masa yang ditetapkan dan menjalankan aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran ( PdP ) dengan berkualiti.
7. Semua guru hendaklah melaksanakan tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan dengan mempelbagaikan kaedah dan pendekatan demi menjamin
peningkatan kualiti yang berterusan.
8. Sekiranya murid perlu berada di luar bilik darjah masing-masing ( sama ada di bilik khas /
PJK / Makmal / Bengkel ), guru-guru hendaklah memastikan pergerakan murid terkawal
dan bergerak serentak dengan kawalan guru.
9. Setiap kali guru masuk ke kelas, guru-guru perlu mengisi catatan di dalam Buku
Pengesanan Ponteng. Catatkan butir-butir guru, bilangan murid yang hadir, bilangan yang
tiada di dalam kelas dan lokasi mereka.
10. Gunakan 5 minit pertama guru masuk ke kelas untuk perkara-perkara berikut:
• Memastikan kelas berada di dalam keadaan yang bersih
• Meja tersusun dengan teratur
• Bilangan murid mencukupi. Sekiranya ada pelajar yang ponteng/tiada dalam kelas, sila
maklumkan kepada pihak pengurusan dengan segera.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
11. Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas 126
• Tanpa kebenaran guru
• Tanpa sebab yang munasabah
• Tanpa Pas Keluar Kelas
12. Sekiranya ada guru yang perlu berjumpa murid tertentu sewaktu PdP sedang berlangsung,
guru tersebut hendaklah mendapatkan keizinan guru yang sedang mengajar terlebih
dahulu.
13. Apabila waktu rehat/ waktu pulang, guru adalah orang terakhir keluar kelas. Sila pastikan:
• Lampu dan kipas ditutup
• Kelas dibersihkan
• Tingkap dan pintu ditutup
14. Kehadiran guru sewaktu aktiviti kokurikulum adalah wajib. Murid tidak boleh menjalankan
aktiviti tanpa guru. Sewaktu aktiviti kokurikulum/ aktiviti luar bilik darjah, guru-guru
hendaklah memastikan:
• Guru hadir tepat pada masa yang ditetapkan
• Memakai pakaian yang ditetapkan
• Kehadiran murid diambil
• Murid-murid tidak menyalahi peraturan sekolah
• Menjalankan aktiviti yang dirancang
• Sentiasa mengawasi murid
15. Cuti Sakit/ Cuti Rehat Khas/ Cuti Tanpa Rekod hanya diluluskan oleh Pengetua. Bagi guru-
guru yang mendapat cuti sakit, hendaklah memaklumkan secepat mungkin kepada
Pengetua/ Penolong Kanan bagi memudahkan urusan guru ganti. Sijil Cuti Sakit tersebut
hendaklah disahkan oleh Pengetua sebaik sahaja kembali bertugas.
16. Cuti Rehat Khas (CRK) tidak boleh diambil sewenang-wenangnya. Pengetua mempunyai
kuasa untuk tidak meluluskan CRK jika khidmat guru tersebut diperlukan di sekolah. CRK
bukan kecemasan perlu dipohon dahulu sebelum bercuti.
17. Guru-guru yang perlu bertugas di luar/ menghadiri mesyuarat / berkursus perlu
mengambil tindakan yang berikut :
• Menyediakan latihan/ aktiviti dan arahan kerja bagi kelas yang ditinggalkan.
18. Sekiranya guru-guru perlu membuat urusan di luar sekolah semasa waktu bertugas,
dapatkan kebenaran dan pengesahan Pengetua dan mencatatkannya di dalam Buku Keluar
Semasa Bertugas.
19. Amalkan ketepatan masa, melakukan kerja yang dirancang dengan jujur, ikhlas dan penuh
iltizam bagi menjayakan aspirasi sekolah.
20. Kecemerlangan diri kita terletak pada kekuatan kita sendiri. Sekiranya kita bijak
merancang dan melaksanakan apa yang dirancang, pasti matlamat kita akan tercapai.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid
1. DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1.1 Sistem Kehadiran Murid ( eKehadiran)
1.1.1 Semua rekod kehadiran murid disekolah hendaklah direkod oleh guru
1.1.2 kelas menggunakan Sistem Kehadiran Murid. Ini bermakna, sekolah tidak
perlu lagi merekod kehadiran murid didalam Jadual Kedatangan Murid
1.1.3 (JKM);
1.1.4 Rekod Kehadiran murid pada setiap persekolahan sebelum pukul 9.00
1.1.5 pagi.
*Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid
ponteng sekolah. Murid yang datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke 127
sekolah;
Jika sekolah mengalami masalah capaian internet, kehadiran murid perlu
dicatat menggunakan Borang Kehadiran Sementara (Lampiran B).
Kehadiran murid perlu dikemaskini ke dalam Sistem Kehadiran Murid
setelah capaian internet pulih seperti sediakala;
Guru Kelas juga hendaklah mengemaskini kehadiran murid dalam Sistem
Kehadiran Murid sebelum tamat sesi persekolahan hari berkenaan.
Analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak, dicetak,
disahkan dan difailkan pada hari terakhir bagi setiap bulan;
Pelaksanaan perekodan kehadiran murid akan disemak oleh PK HEM
sekolah.
(Surat Pekeliling Iktisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun
2020)
Panduan Pengurusan Rekod Sistem kehadiran Murid Di Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia).
1.2 Murid “Bukan Warga Negara” (MBWN)
1.2.1 Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), bayaran levi sebanyak
RM240.00 wajib dibayar di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah setiap tahun
terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran
mesti ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap MBWN juga dikenakan bayaran
tambahan seperti murid lain.
1.3 Fail Peribadi Murid
1.3.1 Semua murid dari kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 wajib mempunyai
1.3.2 fail ini.
Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan
1.3.3 ditulis pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan
gambar murid.
Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad
pengenalan, keputusan Peperiksaan Dalaman, PT3 dan lain-lain disimpan
dalam fail ini. Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan
akan disimpan di Bilik Rawatan.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
1.3.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah
menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah.
1.3.5 Semua fail perlu disimpan di bilik Kaunseling/ bilik khas.
1.4 Fail Kelas Guru Tingkatan
1.4.1 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi
1.4.2 memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.
1.4.3 Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung/ buang
sekolah yang dikeluarkan juga disimpan dalam fail ini.
Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh penyelaras tingkatan
dengan menggunakan dokumen penyemakan fail kelas.
1.5 Pendaftaran Murid Baru
1.5.1 Penyelaras tingkatan akan menyemak semula status kewarganegaraan 128
murid sebelum urusan mendaftar dilakukan. Mendaftarkan murid baru
1.5.2 dengan memastikan Borang Maklumat Murid (Borang APDM)
1.5.3 dilengkapkan oleh ibu bapa/ penjaga. Jika murid membawa bersama
1.5.4 APDM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan
1.5.5 terkini.
1.5.6 Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan
1.5.7 (Status kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh penyelaras tingkatan
terlebih dahulu).
Guru Tingkatan akan memasukkan data murid-murid baru dan
mengemaskini data kelas APDM secara online.
Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang
bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan
memaklumkan kepada PK HEM.
Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/murid
miskin dan memaklumkan kepada PK HEM.
PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PLBS/ULBS, PEKA, Folio KH, PAFA,
dll berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu.
1.6 Buku Teks
1.6.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
1.6.2 Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan
1.6.3 pemulangan buku teks.
1.6.4 Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak
memulangkan buku teks.
1.6.5 Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan
plastik lutsinar. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar
tidak meninggalkan buku teks di sekolah.
Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat-lewatnya pada hari
pendaftaran pelajar sebelum hari pertama persekolahan.
1.7 Murid Keluar / Bertukar / Berpindah
1.7.1 Mempastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
1.7.2 Mencatatkan maklumat / butiran dalam rekod APDM .
1.7.3 Pertukaran keluar dari Negeri Kedah
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
1.7.4 ❖ Menentukan semua buku teks telah dipulangkan.
❖ Merekodkan judul buku yang dipulangkan (Sila guna borang khas di
pejabat)
❖ Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
Pertukaran dalam Negeri Kedah
❖ Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru (Sila guna
borang khas di pejabat).
❖ Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
1.8 Pengurusan & Organisasi Kelas:
1.8.1 Melantik Ketua Kelas dan AJK lain bagi setiap Kelas
1.8.2
Menyelaras penyediaan perkara berikut :
❖ Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan hadapan 129
kelas
❖ Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan hadapan Kelas
❖ Jadual Tugas Kebersihan – ditampal pada papan kenyataan hadapan
kelas.
❖ Pelan kedudukan kelas – ditampal di atas meja Guru
❖ Inventori Kelas – ditampal pada pintu
❖ Papan kenyataan – milik kelas tersebut
❖ Moto kelas – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas.
❖ Misi & Visi Sekolah dan Misi & Visi KPM
❖ Sudut Program Pencegahan Dadah
❖ Sudut Bacaan Kelas
❖ Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa –
ditampal pada papan kenyataan di belakang kelas.
❖ Alatan pembersihan
❖ Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran
1.8.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.
1.8.4 Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor
1.8.5 siri.
1.8.6 Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak.
Kebersihan kelas:
1.8.7 ❖ Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru
1.8.8
yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas
sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau
menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.
❖ Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada
waktu akhir setiap hari, 5 minit sebelum berakhir PdP, murid
bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru.
Semua murid menyendengkan kerusi ke meja. Menutup lampu dan
kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas. Memastikan pintu
kelas dikunci.
Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi
tanggungjawab pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak.
Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
❖ Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam
keadaan baik dan selamat digunakan.
❖ Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru
berkenaaan (Guru Perabot / Guru Pembangunan).
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
❖ Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik
menjalankan tugas dengan cekap dan penuh dedikasi.
❖ Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannnya terpulang
kepada budi bicara guru dan kemampuan murid ( Diputuskan dalam
mesyuarat kelas dan diminitkan ). Satu salinan Minit Mesyuarat kelas
hendaklah diserahkan kepada PK HEM selewat-lewatnya pada
minggu pertama).
1.9 Senarai Nama Murid Dalam Kelas ( Awal Tahun )
1.9.1 Menyediakan senarai tersebut mengikut format yang disediakan.
Serahkan senarai ini kepada Penyelia Tingkatan pada seminggu sebelum
sesi persekolahan bermula.
1.10 Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri / Tidak Hadir Tanpa Sebab
1.10.1 Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri. Kumpulan
murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama
persekolahan sesi 2021 tanpa sebarang surat daripada ibu bapa / penjaga
atau surat sakit.
1.10.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng
sekolah dan surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut
tatacara yang telah ditetapkan.
2. DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN 130
2.1 Ponteng Sekolah
2.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan
2.1.2 tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada
keesokan harinya.
Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:
Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng
Amaran 1 Berkala/Tidak Berurutan
Amaran 2 3 hari berturut-turut
7 hari selepas Surat 10 hari
Amaran 3/ Terakhir
Amaran 1 10 hari selepas Surat Amaran
Buang Sekolah 7 hari selepas Surat 1
Jum. Keseluruhan
Amaran 2 20 hari selepas Surat Amaran
14 hari selepas Surat 2
Amaran 3 20 hari selepas Surat Amaran
31 hari 3
60 hari
2.1.3 Guru Tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas
2.1.5 dalam borang Rekod Ponteng Sekolah atau menggunkan SSDM. Rekod
hantaran surat kepada ibubapa/ penjaga (dalam fail kelas).
Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari pejabat
sekolah.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
2.1.6 Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani
oleh:
Amaran 1 Ditandatangani oleh Pengetua/ GPKHEM
Amaran 2 Ditandatangani oleh Pengetua/GPKHEM
Amaran 3/ Amaran Terakhir Ditandatangani oleh Pengetua/GPKHEM
Buang Sekolah Ditandatangani oleh Pengetua
➢ Salinan 1 ( untuk ibu bapa/penjaga )
➢ Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku )
➢ Salinan 3 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan )
2.1.7 Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada
PK HEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.
Nota: Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan untuk surat seperti berikut:
➢ AP: Amaran Pertama
➢ AK: Amaran Kedua
➢ AT: Amaran Terakhir
➢ BS: Buang Sekolah
2.1.8 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat,
peraturan berikut hendaklah dipatuhi :
❖ Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan 131
daripada ibu bapa/ penjaga masing-masing.
❖ Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan
daripada ibu bapa/ penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PK
HEM terlebih dahulu.
❖ Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama-sama
ibu bapa/ penjaga dan berjumpa dengan pengetua.
❖ Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas
hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui
surat akur janji. Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula
setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN.
2.2 Buku Rekod Pengesanan Ponteng Murid (BRPP)
2.2.1 Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BRPP
2.2.2 setiap hari.
Ketua Kelas akan mengambil BRPP diwaktu pagi di pejabat. Adalah
2.2.3 menjadi tanggungjawab setiap Ketua Tingkatan untuk memulangkan BRPP
2.2.4 ke pejabat semula.
2.2.5 BRPP hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan
2.2.6 kepada guru yang masuk pada setiap waktu.
Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas
pada masa tersebut.
Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas /
lambat masuk kelas / ponteng kelas semasa guru mengajar.
Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih
dan teratur sebelum menandatangani BRPP.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
2.2.7 Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil
2.2.8 tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya. Hanya kes-kes berat
sahaja perlu dicatatkan dalam BRPP untuk tindakan Guru Disiplin pada
keesokan harinya. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat
catatan dalam BRPP dan terus maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin / PK
HEM.
Ketua Guru Disiplin akan menyemak BRPP setiap hari dan mengambil
nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada
keesokannya.
2.3 Pas Keluar Kelas
2.3.1 Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada PK
2.3.2 HEM pada awal tahun.
2.3.3 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru
dan sebagainya mesti memakai pas berkenaan.
Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk
mendapatkan pas daripada guru kelas atau guru kelas sebelahnya jika
tiada guru.
2.4 Disiplin Murid
2.4.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah 132
2.4.2 memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
2.4.3 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati
2.4.4 seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.
Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid
2.4.5 yang berat kepada Ketua Guru Disiplin atau PK HEM.
Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang
dikenakan mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan
murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan
menerima hukuman dengan rela hati. Hukuman berganda ‘double
punishment’ tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu salahlaku
yang dilakukan.
Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang
boleh menimbulkan prasangka kepada murid.
2.5 Kawalan Dan Tanggungjawab Guru
2.5.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai
satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali
2.5.2 mereka sebagai seorang individu.
Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering
2.5.3 menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap
2.5.4 mereka bagi mendapatkan kerjasama.
2.5.5 Jangan mulakan proses PdP jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau
sedang bising dan bercakap sesama sendiri.
Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan
murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima
kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya
dengan segera.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
2.5.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang
selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal
pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya.
2.6 Dasar Umum Disiplin
2.6.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke
2.6.2
2.6.3 sekolah pada setiap hari.
2.6.4 Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama
sewaktu perhimpunan.
Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi
penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-
tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan.
Pemeriksaan Gempar/ ‘Spot Check’
✓ Pemeriksaan Gempar/ ‘sport check’ boleh dijalankan dari semasa ke
semasa ke atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak
perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
✓ Guru disiplin/Guru bertugas dengan bantuan pengawas akan
menjalankan ‘sport check’ dengan disaksikan oleh murid berkenaan.
✓ Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan
direkod oleh guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku.
✓ Barang larangan akan disimpan di dalam bilik PK HEM.
✓ Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh
dituntut oleh ibu bapa murid selepas berjumpa dengan PK HEM dan
menandatangani surat akurjanji.
2.7 Kaedah Mengatasi Disiplin 133
2.7.1 Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada :
✓ semua guru
✓ kelas-kelas(untuk ditampal)
✓ bilik-bilik khas
2.7.2 Guru mata pelajaran / guru kelas
✓ Rekod kesalahan murid di buku kawalan kelas
✓ Guru Disiplin akan kumpulkan
✓ Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan.
2.7.3 Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan:
✓ Kedatangan penuh 2 kali setahun
2.7.4 Sijil Sifar Ponteng
✓ Kelas yang Berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil
setiap bulan.
✓ Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab.
✓ Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan
anugerah pada akhir tahun.
2.8 Pengurusan Perhimpunan ( Ditangguhkan mengikut SOP PKP )
2.8.1 Perhimpunan rasmi pada hari Ahad dan perhimpunan biasa pada hari-hari
lain (Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis).
2.8.2 Diuruskan oleh AJK Perhimpunan dan guru bertugas mingguan.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
2.8.3 Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali
sedang bertugas atau dengan kebenaran.
2.8.4 Perhimpunan perlulah ringkas dan padat.
2.8.5 Oleh itu, pengumuman berkaitan Persatuan/ Kelab, Badan beruniform dan
Permainan perlu dibuat di papan kenyataan masing-masing.
2.8.6 Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam perlu berada di belakang
‘podium’. Teks pengucapan awam mestilah ditaip dan diserahkan satu
salinan selepas selesai perhimpunan.
3. DASAR AM KEBAJIKAN MURID
3.1 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
3.1.1 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi 134
3.1.2 selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan.
3.1.3 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon
3.1.4 yang Sama ( Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17 Mac 2008 ).
3.1.5 Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks
di pasaran terbuka dengan menghubungi penerbit.
3.1.6 Guru Tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh
murid dibalut kemas dan ditulis nama.
3.1.7 Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin
bertukar sekolah di luar negeri Kedah memulangkan semula buku SPBT
tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun
mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak
memulangkannya.
Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.
3.2 Pengurusan Biasiswa
3.2.1 Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima
3.2.2 surat tawaran dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional.
Guru-guru tingkatan juga boleh meminta mana-mana murid yang layak
3.2.3 untuk memohon biasiswa.
3.2.4 Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan
3.2.5 pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan
oleh murid berkenaan. Ibubapa atau penjaga dilarang sama sekali
mengambil buku akaun murid. Seorang murid hanya boleh menerima satu
biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat
pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja.
Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima
sebarang bantuan yang lain dan menyalurkan kepada pihak PIBG terutama
pendapatan ibu bapa/ penjaga kurang daripada RM1 000 sebulan.
Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima
biasiswa.
Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima biasiswa.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
3.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
3.3.1 Kaunselor mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat
3.3.2 murid terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid
menyelesaikan sendiri masalah emosi-sosial yang dihadapinya.
3.3.3 Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya,
3.3.4 demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit
3.3.5 dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya
3.3.6 sahaja.
Kaunselor boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan
3.3.7 saranan sama ada secara individu atau kelompok.
Kaunselor juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang,
mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan,
akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada pada murid.
Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya
mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat
pemilihan kursus di IPTA atau IPTS.
Kaunselor mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling
kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan
ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima
bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan
dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.
Guru Disiplin dan Guru Tingkatan boleh merujuk kepada kaunselor tentang
murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang
menghadapi masalah disiplin.
3.4 Kebajikan murid 135
3.4.1 Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak
yatim atau murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar
3.4.2 mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada
3.4.3 minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan.
Serahkan borang tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan PK
HEM
Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di
kalangan muridnya yang menghidap penyakit denggi atau penyakit
mudharat yang lain atau murid yang mendapat kemalangan/ kematian
atau bencana dalam keluarganya.
Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/
bencana seperti kematian saudara terdekat (ibu bapa) atau diri sendiri.
4. DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
4.1 Rekod Kesihatan Murid
4.1.1 Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap murid mempunyai Buku
4.1.2 Rekod Kesihatan.
Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di
4.1.3 sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya
sehingga ke sekolah menengah.
Jika Guru Tingkatan mendapati murid tidak mempunyai atau kehilangan
buku tersebut, sila dapatkan daripada koperasi sekolah.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
4.1.4 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini
4.1.5 diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa
suntikan imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada
murid oleh pegawai kesihatan.
Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar
sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.
4.2 Kad Pergigian Murid
4.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap
4.2.2 tahun, terutamanya kepada murid-murid Tingkatan Satu.
Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa/
4.2.3 penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan
pemeriksaan gigi terhadap anak/ anak jagaannya.
Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan
dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh
Jabatan Kesihatan berkenaan.
4.3 Surat Rawatan Murid
4.3.1 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka
4.3.2 boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
4.3.3 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-
mana Penolong Kanan.
Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat
rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan.
136
4.4 Murid Sakit
4.4.1 Guru Tingkatan mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya
4.4.2 yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut. Kunci bilik rawatan akan
4.4.3 disimpan setiap satu oleh Guru Bilik Rawatan dan di pejabat. Guru yang
mengambil akan menulis di buku pergerakan.
4.4.4 Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau
Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa/ penjaga berkenaan untuk
menjemputnya di sekolah.
Guru Bertugas atau Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid
berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran
dengan sekolah. Murid yang sakit boleh berada di bilik rawatan sehingga
rehat ditemani oleh rakan sekelas yang akan diganti pada setiap jam.
Sekiranya ibu bapa/ penjaga masih tidak dapat mengambil, murid tersebut
perlu balik semula ke kelas.
Jika tiada siapa yang dapat menjemput murid berkenaan, dia dibenarkan
menggunakan bilik rawatan yang disediakan di Bilik Rawatan.
4.4.5 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru Bertugas mestilah
4.4.6 menghubungi ibu bapa/ penjaga dan menghantar murid berkenaan ke
klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid berkenaan.
Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan
pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
4.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
4.5.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga
kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan
4.5.2 kawasan sekolah.
4.5.3 Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid
kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
4.5.4 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk
4.5.5 menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan
4.5.6 kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses PdP.
Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab memastikan kelas mereka
dibersihkan pada setiap hari iaitu 5 minit sebelum waktu PdP bermula.
Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik
khas dibersihkan sebelum murid keluar.
Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu persekolahan
berakhir. Murid-murid dikehendaki menyandarkan kerusi ke meja.
4.6 Kantin Sekolah
4.6.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha 137
4.6.2 kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan
4.6.3 menjaga seluruh kawasan kantin.
4.6.4 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada PK HEM dengan
4.6.5 menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.
4.6.6 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada PK HEM atau pentadbir
4.6.7 lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.
Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya
mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid
membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.
Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin bersama-
sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu
rehat.
Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid
menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk kelas apabila loceng
dibunyikan.
Murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar waktu
rehat kecuali dengan kebenaran khas.
4.7 Kebersihan Kelas
4.7.1 Murid mesti membersihkan kelas sebelum waktu pertama dan waktu
4.7.2 terakhir.
Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula
4.7.3 dan untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan dan
4.7.4 menyediakan laporan untuk makluman.
4.7.5 Guru Bertugas Harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila
4.7.6 masa sepanjang minggu bertugas.
Markah diisi oleh guru bertugas dalam Borang Keceriaan Kelas untuk
menentukan kelas terbersih atau terkotor pada minggu tersebut.
Guru bertugas akan mengira purata markah menentukan kelas/ terkotor
mengikut mingguan.
Keputusan diumumkan pada hari Ahad.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
4.7.7 Kelas terbersih diberi hadiah dan sijil.
4.7.8 Kelas terkotor didenda membersihkan kawasan sekolah selepas
perhimpunan dan diawasi oleh guru tingkatan/ guru mata pelajaran.
* SOP sewaktu perlaksanaan PKP, pelajar makan dalam kelas masing-
Masing
5. DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH
5.1 Latihan Kecemasan/ Kebakaran
5.1.1 Memastikan bahawa latihan kebakaran ”fire drill” dijalankan 2 kali
5.1.2 setahun.
5.1.3 Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya
5.1.4 kebakaran kecil.
Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
5.1.5 Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/ bilik
5.1.6 khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran
dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh
guru mereka.
Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik
yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.
Guru Tingkatan mestilah mengambil rekod kehadiran murid kelas masing-
masing di tempat berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera.
Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir
dengan serta-merta.
138
5.2 Polisi Sekolah Selamat
5.2.1 Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan
5.2.2 sekolah :
I. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
II. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
III. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.
Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi
dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat
kepada semua warga sekolah.
5.3 Kenderaan Guru dan Murid
5.3.1 Guru-guru dan murid mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat
5.3.2 yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati apabila
5.3.3 memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan
sebarang kemalangan.
Guru-guru hendaklah menasihatkan murid supaya mereka memiliki lesen
memandu dan insuran kenderaan bermotor bagi mereka yang
menggunakan motorsikal ke sekolah (Hanya yang membuat permohonan
khas sahaja).
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
5.4 Pondok Kawalan Keselamatan
5.4.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya
5.4.2 mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu
5.4.3 pagar sekolah.
Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat
yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku
Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir
keselamatan yang terpapar di pondok kawalan keselamatan sekolah.
5.5 Menangani Bencana
5.5.1 Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid bila dikehendaki.
5.5.2 Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah.
5.5.3 Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan
penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga.
5.5.4 Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam.
5.5.5 Meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana di sekolah.
139
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
Dasar Pengurusan Kokurikulum
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN. 140
PERTAMA:
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. ”( Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.
KEDUA:
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. “Matlamat gerakerja
kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang murid. Setiap murid hendaklah
mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu
kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan ”{Perkara 5.1 Surat
Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia
dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. “Penyertaan semua guru adalah
dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelAKPanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (
Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 ).
KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan
yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) dalam bilik darjah
yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari dalam bilik darjah.” { Peraturan 2 dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 }.
KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-
ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan
perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh
16 November 2000 ).
DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerak kerja kokurikulum ini
hendaklah menggalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-
kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah;
gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya
yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian { Perkara 5.3
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.(929) }.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan 141
anggota masyarakat setempat {Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi
Masyarakat”}.
3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan
Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar
tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti
perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-
agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 24/1998).
4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan
pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga
menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan
tersebut.” ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).
5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin
menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan
potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
18/2000). “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid
atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing
dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada
kejayaan/ kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid
yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Sub perkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1985).
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) :
1. Mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
2. Penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
3. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka
melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
4. Bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah.
Aktiviti sukan yang dicadangkan adalah seperti berikut:-
a) Program Sukan Umum - sepanjang tahun
♦ Latihan Rumah Sukan*
➤ Merentas desa
➤ Sukan / permainan
➤ Balapan dan padang
♦ Pertandingan Merentas Desa*
♦ Sukantara*
♦ Kejohanan Balapan dan Padang
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
b) Kelab Sukan dan Permainan - sepanjang tahun 142
♦ 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah
♦ Latihan pelbagai permainan dan Modified Games
c) Pertandingan Dalaman - sepanjang tahun
♦ Pertandingan antara rumah sukan
♦ Pertandingan antara tingkatan / kelas
d) Pertandingan Lain
♦ Majlis Sukan Sekolah Daerah ( MSSD )
♦ Majlis Sukan Sekolah Negeri ( MSSN )
♦ Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM )
♦ Pertandingan Peringkat Antarabangsa
e) Aktiviti Sukan Lain
Rujukan
* Wajib untuk setiap murid
PENGURUSAN PELAKSANAAN
Proses pelaksanaan aktiviti sukan terbahagi kepada 6 peringkat asas iaitu:
1. PERANCANGAN - Perancangan dalam konteks 1M1S hendaklah dibuat pada tahun
sebelum dengan merujuk kepada mengenalpasti, merangka, membina, menyusun,
menjadualkan serta menghasilkan aktiviti-aktiviti sukan yang berkaitan dengan program
sukan di sekolah.
2. PELAKSANAAN - Ikut Jadual
3. PEMANTAUAN - Pemantauan terhadap pengurusan pelaksanaan Dasar 1M1S oleh pihak
pengurusan sekolah adalah sebahagian daripada strategi untuk menilai dan memastikan
kejayaan serta keberkesanan aktiviti sukan yang dilaksanakan. Hal ini bertujuan meniliti
aspek pengurusan, penggunaan peralatan, pematuhan peraturan, kesihatan, kebajikan
serta keselamatan dan penyertaan murid yang mengikuti program sukan sekolah.
4. PENILAIAN – Penilaian aktiviti sukan bertujuan menghasilkan maklumbalas secara
langsung yang menjadi input kepada usaha penambahbaikan aktiviti yang dijalankan serta
bagi peningkatan penglibatan dan pencapaian murid. Penilaian hendaklah berasaskan
kehadiran dan penyertaan secara aktif setiap murid dalam aktiviti di bawah Program Sukan
Sekolah. Selain daripada penglibatan dalam aktiviti umum yang melibatkan semua murid,
tumpuan hendaklah diberi kepada kehadiran dan penyertaan murid dalam aktiviti Kelab
Sukan/ Permainan.
5. POST MORTEM/ PENAMBAHBAIKAN – Penekanan yang perlu dititikberatkan secara
berterusan ialah sukan yang dilaksanakan, kaedah pelaksanaan dan impak aktiviti yang
dijalankan.
6. LAPORAN / DOKUMENTASI – Laporan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan
proses dan penilaian pelaksanaan dasar 1M1S adalah penting dan perlu direkodkan.
Pendokumentasian tersebut menjadi bukti pelaksanaan dan bahan rujuk kepada usaha
penambahbaikan dan tindakan susulan.
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
143
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
Kpi Pentadbiran
BIL ASPEK OBJEKTIF TOV KPI
2020 2021
14 kali
1. Jawatankuasa Memantapkan pengurusan sekolah dalam 12 kali 100.00%
Pengurusan Sekolah pentadbiran (mesyuarat ) 100.00%
100.00%
Penetapan Hala Tuju Menetapkan hala tuju sekolah secara 100.00%
100.00%
2. Sekolah terancang dan memastikan matlamat dan 100.00%
100.00% 100.00 %
(SKPMg2 Std 1) objektif tercapai
100.00%
Penetapan Dasar Sekolah Menetapkan dasar dan ketetapan dalam 100.00%
100.00%
3. Dalam Semua Bidang semua bidang merangkumi kurikulum,
100.00%
(SKPMg2 Std 1) kokurikulum dan hal ehwal murid
100.00%
Aktiviti instruksional Menerajui kepimpinan berimpak tinggi 100.00%
4. (SKPMg2 Std 1) yang berupaya menggerakkan warga
sekolah dalam meningkatkan kualiti PdP
5. Coaching & Mentoring Memberi bimbingan untuk meningkatkan 100.00%
(SKPMg2 Std 1) kecekapan individu dan kualiti pengurusan
sekolah
Pengupayaan Pemimpin Memberi bimbingan kepada barisan
6. Pertengahan (MLT) pemimpin yang diturun kuasa secara 100.00%
(SKPMg2 Std 1) profesional dan terancang
Pengurusan Sumber Mengurus sumber manusia secara 100.00 %
7. Manusia sistematik dan terancang bagi
meningkatkan kualiti kerja dan amalan 144
(SKPMg2 Std 2) profesionalisme
8. Program Pembangunan Melaksanakan program pembangunan 100.00%
Profesional profesionalisme berterusan bagi 96.25%
(SKPMg2 Std 2) meningkatkan kualiti kerja warga
organisasi
9. Pengurusan aset Mengurus aset alih dan asset tak alih
(SKPMg2 Std 2) secara sistematik dan terancang
Pengurusan Sumber Mengurus sumber pendidikan secara 100.00%
10. Pendidikan optimum, sistematik damn terancang 98.00%
(SKPMg2 Std 2)
Memantapkan aspek pemantauan
Pengurusan Pemantauan pengurusan pentadbiran dalam semua
(SKPMg2 Std 1)
11. bidang merangkumi PdP, kurikulum,
kokurikulum, hal ehwal murid, sumber
manusia, kewangan dan aset.
12. Transformasi Sekolah Memantapkan pengurusan aspek 95.00%
transformasi sekolah bagi mencapai
matlamat dan objektif program TS25
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
Kpi Kurikulum
BIL ASPEK OBJEKTIF KPI TOV SASARAN
2020 2021
4 kali
1. Jawatankuasa Memantapkan pengurusan Bilangan mesyuarat 4 kali 4 Kali
Kurikulum kurikulum 4 kali 4 kali
Menambahbaik pengurusan Bilangan mesyuarat 3 kali
Panitia Mata panitia 3 kali
2. Pelajaran Meningkatkan kecekapan Bilangan Mesyuarat 2 kali
penyediaan jadual waktu JK Jadual Waktu 2.90
3. Jawatankuasa Meningkatkan kuantiti dan kualiti TIADA 3
Jadual Waktu pelaksanaan program Bilangan Mesyuarat TIADA
peningkatan prestasi akademik Jawatankuasa 4.05
Jawatankuasa untuk PT3, SPM 2019 serta Peningkatan 3
Tingkatan 1, 2 dan 4 Akademik
Peningkatan Meningkatkan pencapaian PT3 4 kali
dan peperiksaan SPM dari segi PT3
4. Akademik kuantiti dan kualiti Purata (GP) 3 kali
Mencapai Tahap Minimum
Prestasi dalam Minimum
peperiksaan Semua A 45 %
SPM tahap 1
dan PT3 BINTANG
Semua
5.
guru
SPM
2 kali
Gred Purata 4.08
2 Semua
Sekolah pelajar
4 kali 25 kelas
Semua A 145
2 kali
6. Dialog Prestasi / Meningkatkan pencapaian setiap Bilangan Minimum
Post Mortem mata pelajaran mesyuarat
Peperiksaan 40 %
mencapai
7. Program Merealisasikan Dasar MBMMBI / Taklimat / 1 BINTANG
MBMMBI / HIP HIP Mesyuarat
8. Program NILAM Memastikan pelaksanaan % mencapai
Program NILAM diperkasa tahap NILAM
Pemantauan Memastikan Buku Rekod Guru Bilangan Buku Semua
Kurikulum disemak dan ditandatangani Rekod Guru guru
Berkualiti (PKB) setiap minggu mengikut jadual
2 kali
Memastikan pencerapan guru
Semua
dilaksanakan mengikut Standard Bilangan pelajar
25 kelas
9. 4 SKPMg2 serta dilaksanakan pencerapan
mengikut PAK21
Memantau dan menyemak kerja- Bilangan pelajar
kerja bertulis murid terlibat
Pemantauan pengurusan bilik Bilangan kelas
darjah dipantau
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
BIL ASPEK OBJEKTIF KPI TOV SASARAN
2020 2021
10. Pengurusan Memastikan pelaksanaan Bilangan - 2 kali - 2 kali
Pentaksiran / pentaksiran / peperiksaan pentaksiran / pentaksiran pentaksiran
Peperiksaan dalaman bagi setiap tingkatan peperiksaan - Peperiksaan - Peperiksaan
Dalaman ditadbir secara sistematik (JSU dalaman Pertengahan Pertengahan
dan Analisis Item disediakan) Tahun Tahun
11. Pentaksiran Bilangan - Peperiksaan - Peperiksaan
Berasaskan Memantapkan pengurusan Mesyuarat Akhir Tahun Akhir Tahun
Sekolah Pentaksiran berasaskan Jawatankuasa PBS - Percubaan - Percubaan
( PBS ) sekolah (PBS ) PT3 dan SPM PT3 dan SPM
12. Penyediaan 2 kali 3 kali
headcount
setiap pelajar Memastikan headcount setiap Bilangan pelajar - Semua - Semua
dan PILL setiap pelajar dan PILL setiap mata mengikut mata pelajar pelajar
mata pelajaran pelajaran disediakan pelajaran
- Setiap ujian - Setiap ujian
dan dan
peperiksaan
peperiksaan
13. Pengiktirafan Mengadakan Majlis Anugerah Tarikh April Julai
2 kali 3 kali
pencapaian Cemerlang pelaksanaan 70 kali 100 kali
akademik murid
14. Pengurusan Merancang dan memantau Bilangan 146
Pusat Sumber Pengurusan Pusat Sumber Mesyuarat
Sekolah (PS ) Sekolah (PSS) Jawatankuasa PSS
15. Professional Memantapkan pelaksanaan Bilangan PLC
Learning PLC dengan mengadakan dilaksanakan
Community perkongsian ilmu untuk
(PLC) meningkatkan pencapaian
panitia mata pelajaran
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025
Kpi Hal Ehwal Murid
ASPEK OBJEKTIF KPI TOV SASARAN
2020 2021
1. Jawatankuasa Memantapkan Bilangan mesyuarat 4 kali 4 kali
HEM pengurusan Unit Hal
Ehwal Murid Bilangan mesyuarat 3 kali 4 kali
2. Jawatankuasa Memantapkan
Unit – Unit HEM pengurusan Unit-Unit Peratus kehadiran 92.81 % 95.00 %
Hal Ehwal Murid
3. Kehadiran Meningkatkan peratus Bilangan keciciran 4 kes 3 kes
kehadiran murid ke Bilangan kes disiplin murid
4. Keciciran sekolah Datang Lewat Ke Sekolah 300 200
Mengurangkan kes Kekemasan diri 250 150
5. Disiplin keciciran murid di 151 100
sekolah
Mengurangkan kes 2 0
disiplin dalam kalangan 6 0
pelajar 2 minggu 1 minggu
Tidak menyiapkan kerja 80 90
sekolah/ Tidak membawa
buku 10 % 0%
2 3
Bergaduh
20 10
Penyalahgunaan dadah 147
5% 3%
6. Kebajikan Meningkatkan Bilangan hari memproses 2% 3%
kecekapan pengurusan permohonan biasiswa dan 100 % 100 %
kebajikan murid bantuan kebajikan /
KWAMP
Meningkatkan peratus
penerima bantuan Peratus penerima
kebajikan
7. Badan Pengawas Meningkatkan Peratus salah laku dalam
ketrampilan kalangan pengawas
kepimpinan dalam
kalangan pengawas Jumlah kursus
sekolah kepimpinan
8. Kesihatan Memantapkan Kekerapan murid
pengurusan kesihatan mendapatkan rawatan di
murid klinik kesihatan
(bilangan setahun)
Peratus murid
menggunakan bilik sakit
Jumlah ceramah kesihatan
Peratus rawatan
kesihatan: Pegigian,
Suntikan DTT, Suntikan
HPV
“Soaring High”
“Informasi Menjana Transformasi”
SMKDH1 Transformasi Sekolah 2025