The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 1 - KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikguaidayani, 2022-04-17 01:36:10

BAB 1 - KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

BAB 1 - KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Selamat Datang dan
Selamat Berkenalan
dengan subjek Asas Sains

Komputer

BAB 1
KONSEP ASAS

PEMIKIRAN
KOMPUTASIONAL

“Apa itu PEMIKIRAN

KOMPUTASIONAL?

Klik Vid. Intro

1.1 ASAS PEMIKIRAN
KOMPUTASIONAL

◎ Pemikiran Komputasional (Computational Thinking

atau CT) merupakan satu kemahiran yang boleh
diguna pakai untuk memahami bagaimana sesuatu
perkara itu boleh terjadi dengan sistematik dan logik

◎ Ia membolehkan kita untuk mengambil masalah yang

kompleks, memahami masalah sebenar dan
membangunkan kaedah-kaedah penyelesaian yang
mungkin boleh untuk diguna pakai.



KANDUNGAN ASAS

1.1.1 TEKNIK DALAM
PEMIKIRAN

KOMPUTASIONAL

Klik Teknik Pemikiran Komputasional

Murid dapat: 1.1.1 Menerangkan teknik Leraian
(Decomposition), Peniskalaan (Abstraction)
dan Pengitlakan (Generalisation) dalam
pemikiran komputasional untuk
menyelesaikan masalah

Leraian

Pengitlakan Teknik Pengecaman
pemikiran corak
komputasional

Peniskalaan

TEKNIK LERAIAN (DECOMPOSITION)

◎ Teknik Leraian dalam pemikiran komputasional

bermaksud meleraikan atau memecahkan satu
masalah yang besar dan kompleks kepada masalah-
masalah yang kecil supaya mudah diurus dan
difahami.

◎ Tujuannya adalah untuk memudahkan proses meneliti

dan memahami masalah yang sebenar secara terurus.

AKTIVITI 1

◎ Lihat rajah berikut, cuba leraikan bahagian

daripada rajah ini

JAWAPAN AKTIVITI 1

1. Pemegang (handle)
2. Tayar
3. Tempat duduk (seat)
4. Rangka basikal
5. Rantai basikal
6. Tempat kayuh
7. Skru basikal

Klik Latihan 1

TEKNIK PENGECAMAN CORAK
(PATTERN RECOGNITION)

◎ Pengecaman Corak bermaksud mengenalpasti

persamaan atau corak dalam menyelesaikan sesuatu
masalah yang kompleks dengan lebih mudah.

◎ Pengecaman corak adalah teknik di mana sesuatu

masalah itu dilihat dari segi kesamaan serta lebih
berfokus kepada perkara yang menjadi punca utama
kepada sesuatu masalah tersebut.

AKTIVITI 2

◎ Lihat rajah berikut, cari perbezaan yang

wujud

Klik Latihan 2

TEKNIK PENISKALAAN (ABSTRACTION)

◎ Peniskalaan dalam pemikiran komputasional

merupakan proses pengenalpastian masalah asas atau
masalah utama dengan mengenepikan masalah-
masalah sampingan atau kecil.

◎ Teknik ini membuang masalah kurang penting dan

fokus pada masalah yang lebih penting

AKTIVITI 3

◎ Apakah punca-punca pelajar ponteng

sekolah?

◎ 1. Tidak minat belajar
◎ 2. Tiada sokongan ibu bapa
◎ 3. Sekolah tidak menyeronokkan
◎ Apakah punca utama?
◎ Tidak minat belajar

Klik Latihan 3

TEKNIK PENGITLAKAN
(GENERALISATION)

◎ Teknik pengitlakan melibatkan penghasilan model

penyelesaian masalah iaitu formula, teknik, peraturan
atau langkah yang sesuai

Klik Latihan 4 AKTIVITI 4

◎ Nyatakan langkah-langkah menghasilkan air teh.
◎ 1. Cari cawan
◎ 2. Ambil air panas
◎ 3. Tuangkan ke dalam cawan
◎ 4. Cari uncang teh
◎ 5. Masukkan uncang teh ke dalam cawan
◎ 6. Tunggu selama 1 minit
◎ 7. Cari gula
◎ 8. Masukkan satu sudu gula ke dalam cawan
◎ 9. Kacau campuran gula dan air
◎ 10. Sedia dinikmati

KANDUNGAN TAMBAHAN

1.1.2 PENGGUNAAN
TEKNIK LERAIAN DAN

MENENTUKAN
LANGKAH SECARA

TERTIB

Murid dapat: 1.1.2 Menyelesaikan sesuatu
tugasan menggunakan teknik leraian dan
menentukan langkah secara tertib

Klik Video Penggunaan
Teknik Leraian

◎ Klik Latihan 5

KANDUNGAN TAMBAHAN

1.1.3 PENGECAMAN
CORAK DALAM SUATU

SITUASI

Murid dapat: 1.1.3 Mengesan unsur persamaan
dan perbezaan untuk pengecaman corak
dalam sesuatu situasi

Klik Video Pengecaman
Corak dalam Situasi



AKTIVITI 5

JAWAPAN AKTIVITI 5

Klik Latihan 6

KANDUNGAN PELENGKAP

1.1.4 MEMBUAT
KEPUTUSAN

BERDASARKAN ASPEK
PENTING

Murid dapat: 1.1.4 Membuat keputusan bagi
menentukan aspek penting dalam sesuatu
permasalahan

Klik Video Membuat Keputusan
Berdasarkan Aspek Penting





Klik Latihan 7

KANDUNGAN PELENGKAP

1.1.5 CIR-I CIRI
KESAMAAN DALAM

SESUATU
PERMASALAHAN

Murid dapat: 1.1.5 Menentukan ciri-ciri
kesamaan dalam sesuatu permasalahan



AKTIVITI 6

JAWAPAN AKTIVITI 6

Meja 1 Meja 2 Meja 3 Meja 4
Tarian inang ( 1 ) Tarian zapin ( 1 ) Tarian sumazau 1 Tarian daling ( 1 )
Tarian inang ( 2 ) Tarian zapin ( 2 ) Tarian sumazau 2 Tarian daling ( 2)
Tarian inang ( 3 ) Tarian zapin ( 3 ) Tarian sumazau 3 Tarian daling ( 3 )
Tarian inang ( 4 ) Tarian zapin ( 4 ) Tarian sumazau 4 Tarian daling ( 4 )
Tarian inang ( 5 ) Tarian zapin ( 5 ) Tarian sumazau 5 Tarian daling ( 5 )
Tarian inang ( 6 ) Tarian zapin ( 6 ) Tarian sumazau 6 Tarian daling ( 6 )
Tarian inang ( 7 ) Tarian zapin ( 7 ) Tarian bharata ( 1)
Tarian inang ( 8 ) Tarian zapin ( 8 ) Tarian bharata ( 2)
Tarian naga ( 1 ) Tarian ngajat ( 1 ) Tarian bharata ( 3)
Tarian naga ( 2 ) Tarian ngajat ( 2 ) Tarian bharata ( 4)

Klik Latihan 8 Klik Latihan 9

LATIHAN ATAS TALIAN

Klik LATIHAN SECARA ATAS TALIAN

TAMAT

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version