1
2
Kata penegas atau partikel ialah perkataan
yang digunakan sebagai penegas/pengasas
dalam sesuatu pernyataan.
Kata penegas atau partikel ialah perkataan
kecil yang tidak membawa makna penuh
atau lengkap kecuali hanya untuk menentu-
kan makna ayat.
Kata penegas terbahagi kepada dua jenis.
3
Kata penegas - yang hanya menegaskan
frasa predikat (cerita).
CONTOH BENTUK PARTIKEL
-kah -lah -tah pun
Kata penegas -kah, -lah, dan -tah ditulis
bercantum pada akhir perkataan.
4
-kah
Partikel -kah digunakan untuk menegas-
kan sesuatu pernyataan atau memberi
penekanan kepada sesuatu ayat tanya
dan ayat seruan.
1. Apakah yang kamu bawa di dalam beg
plastik itu?
2. Oh, alangkah bertuahnya kamu kerana
mempunyai keluarga yang bahagia!
5
-lah
Partikel -lah digunakan untuk menegas-
kan sesuatu suruhan, permintaan, doa
atau pernyataan.
1. Pak cik itulah yang telah menghantar
saya ke klinik semalam.
2. Buatlah seperti yang telah dirancang-
kan jika kamu ingin berjaya.
6
-tah
Partikel -tah digunakan untuk menegas-
kan sesuatu pernyataan, keadaan harian
dan situasi tidak sabar.
1. Siapatah yang suka membuang sampah
sarap di kawasan ini.
2. Bilatah agaknya dia akan melangsaikan
hutang-hutangnya itu.
7
pun
Partikel pun digunakan untuk menegas-
kan atau memberi penekanan kepada
ayat penyata.
1. Guru besar pun terlibat dalam gotong-
royong semalam.
2. Mazlan pun menutup televisyen setelah
disuruh oleh ayahnya.
8
Kata penegas - yang menegaskan kedua-
dua bahagian ayat, iaitu sama ada frasa
subjek atau frasa predikat.
CONTOH BENTUK KATA AKAR
cuma hanya jua juga
lagi memang sahaja yang
KKAATTAA PPEENNEEGGAASS -- BBEENNTTUUKK KKAATTAAAAKKAARR
9
cuma
INFO - cuma digunakan untuk menegas-
kan sesuatu pernyataan, menghuraikan
maksud predikat.
1. “Yang kekal cuma Allah,” kata Ustaz
Ishak kepada anak muridnya.
2. Peserta cuma dikehendaki membawa
wang saku sahaja.
10
hanya
INFO - hanya digunakan bagi menegas-
kan sesuatu pernyataan, menghuraikan
maksud predikat.
1. Sulaiman hanya berdiam diri sewaktu
diganggu oleh budak-budak nakal itu.
2. Mangsa kebakaran itu hanya tinggal
sehelai sepinggang.
11
jua
INFO - jua digunakan untuk menegaskan
sesuatu pernyataan, syarat, agakan, atau
ramalan.
1. Abang tetap jua dengan keputusannya
walaupun dilarang oleh ayah.
2. Jangan mengejek akan kecacatannya
kerana dia adikmu jua.
12
juga
INFO - juga digunakan untuk menegas-
kan sesuatu pernyataan, menghuraikan
maksud predikat.
1. Puan Siti Kalsom juga pandai menjahit
seperti adiknya.
2. Shahira pergi ke sekolah juga walaupun
dia sakit gigi.
13
lagi
INFO - lagi digunakan untuk menegas-
kan atau memberi penekanan kepada
ayat penyata atau ayat tanya.
1. Kita teruskan lagi usaha ini sehingga
benar-benar berjaya.
2. “Kamu masih belum mandi lagi?” tanya
emak kepada adik.
14
memang
INFO - memang digunakan untuk mene-
gaskan atau memberi penekanan kepada
ayat penyata.
1. Makan ulam-ulaman kampung memang
baik untuk kesihatan.
2. Hubungan Khairil dengan Seelan Wong
memang akrab, bagai isi dengan kuku.
15
sahaja
INFO - sahaja digunakan untuk mene-
gaskan atau memberi penekanan kepada
ayat penyata atau ayat perintah.
1. Emak sempat menggoreng ikan sahaja
pada tengah hari itu.
2. Buatlah apa sahaja yang engkau suka
asalkan tidak menyusahkan aku.
16
yang
INFO - yang digunakan untuk menegas-
kan atau memberi penekanan kepada
ayat penyata.
1. Yang diidam-idamkan olehnya bukanlah
wang ringgit tetapi kasih sayang.
2. Yang menjadi masalah dalam hal ini
bukan bapanya tetapi ibunya.
17