2 MAJLIS DIRASMIKAN OLEH: YBhg DATO’ TPr. FADLUN BIN MAK UJUD PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA
3 ATUR CARA PROGRAM 07.45 pagi − Perbarisan Masuk Padang 08.00 pagi 08.15 pagi 08.20 pagi −Ketibaan Pengarah Penguat kuasa dan Keselamatan −Ketibaan Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Korporat & Jabatan UndangUndang −Ketibaan YBhg Dato’ TPr. Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya − Nyanyian Lagu Negaraku −Pemeriksaan Baris oleh YBhg Dato’ Presiden PPj diiringi oleh Pengarah Penguat Kuasa dan Keselamatan −Bacaan Doa −Pertunjukan Perbarisan Kawad dan Tarian Perang −Ucapan YBhg YBhg Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya −Penyampaian Anugerah Pelatih Terbaik − Anugerah Kawad Terbaik − Anugerah Kerjasama Terbaik − Anugerah Keseluruhan Terbaik − Penyampaian Pingat Perkhidmatan Terpuji − Sesi Memperkenal Aksesori Pakaian Seragam − Penyampaian Cenderahati Kepada YBhg Dato’ Presiden − Sesi Bergambar − Jamuan & Majlis bersurai
4 PERBARISAN TAMAT LATIHAN Perbarisan pada kali ini diadakan bertujuan meraikan anggota baharu yang telah tamat kursus induksi dalaman dan akan memulakan tugas. Seramai 26 orang anggota lantikan contract of service telah menjalani latihan selama sebulan bermula 2 Mei 2024. Anggota telah menjalani latihan kawad, latihan penggunaan peralatan penguat kuasa, latihan mengkompaun kesalahan, latihan pengunaan walkie-talkie, latihan perundangan, latihan menunggang kuda dan pengurusan stable, latihan apitan dan tundaan kenderaan, latihan amali penguatkuasaan tempat letak kereta dan latihan amali tugas harian sebagai persediaan untuk memulakan tugas. PENYAMPAIAN PINGAT KHIDMAT TERPUJI Pada masa yang sama, perbarisan ini turut meraikan anggota penguat kuasa yang bakal bersara wajib iaitu: Inspektor Kanan Md Zaman bin Yahya Tempoh Berkhidmat selama 24 Tahun Tamat Perkhidmatan pada 29 Jun 2024 Inspektor Shamsuddin bin Adnan Tempoh Berkhidmat selama 24 Tahun Tamat perkhidmatan pada 7 Oktober 2024
5 PELANCARAN AKSESORI PENGUAT KUASA BAHARU Pelancaran aksesori penguat kuasa baharu ini melibatkan penukaran warna aksesori uniform yang telah diputuskan di mesyuarat bersama Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. Mesyuarat bersetuju untuk menukar aksesori uniform daripada warna perak (silver) ke warna emas (gold). Pertukaran ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan orang awam dengan pakaian Polis Diraja Malaysia (PDRM). Disamping itu, pertukaran ini juga sebagai salah satu usaha dalam penyelarasan pemakaian untuk semua penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia dalam penggunaan aksesori uniform bewarna emas. Aksesori yang telibat merupakan aksesori appaulette, lencana, collar badge, tali pinggang, rantai, wisel, tanda nama, tanda pangkat dan butang baju. Pemakaian aksesori baharu ini berkuat kuasa Julai 2024
6 Gambaran Pemakaian Uniform beserta aksesori bagi anggota Lelaki Logo batch peak caps Collar dots Tanda pangkat Logo tali pinggang Rantai & Wisel Butang baju Logo PPj
7 Gambaran Pemakaian Uniform beserta aksesori bagi anggota perempuan Logo batch (bowler hat) Collar dots Rantai & Wisel Butang baju Tanda nama Logo PPj
8 SEKALUNG PENGHARGAAN Bahagian Penguat Kuasa dan Keselamatan selaku penganjur bagi Perbarisan Tamat Latihan anggota Penguat Kuasa dan Keselamatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telibat dalam menjayakan perbarisan ini.
9 DISEDIAKAN OLEH Unit Sekretariat dan Seksyen Keselamatan Bahagian Penguat Kuasa dan Keselamatan Jabatan Perkhidmatan Bandar