IPG Kampus Pendidikan Teknik
…………………………………………..
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
LAPORAN PROJEK INOVASI
DI BAWAH INISIATIF #112:
PEMERKASAAN INSTITUSI PENDIDIKAN
A TAJUK PROJEK INOVASI:
KIT PERMAINAN KOSAKATA LU’LU’
B MAKLUMAT PASUKAN INOVASI
(i) Nama Ketua Pasukan: DR GAZILAH BT MOHD ISA
Jawatan Ketua Pasukan Inovasi (tandakan / pada kotak berkaitan)
(ii)
Pengarah Timb. Ketua Ketua Unit Pensyarah Pegawai
Pengarah Jabatan Akademik Pengurusan
̸
(iii) Gred Jawatan Ketua Pasukan: DG 54
(iv) Alamat E-mel Ketua Pasukan: [email protected]
(v) No.Telefon Bimbit Ketua Pasukan: 0194005190
(vi) Ahli-ahli pasukan yang lain: Jawatan (Pengarah/Timb. No.Telefon
Bil Nama Pengarah/KJ/KU/Pensyarah Bimbit
Dr Gazilah bt Mohd Isa Akademik/Pegawai 0194005190
1 Pengurusan)
Pensyarah
1
Ustazah Sarimah bt Mokhtar Pensyarah 0198929037
2 Pensyarah 0162332587
Pensyarah 0196693170
Ustazah Noor Aziah bt Mohd Noor Pensyarah 0173494520
3
Ustazah Sh.Nabilatul Huda bt
4 Syed Abdullah
Pn Che Harithun bt Abdullah
5
C MAKLUMAT PROJEK INOVASI
(i) Pengenalan/Latar belakang Projek Inovasi
Kemahiran berbahasa yang terdiri dari kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,kemahiran
membaca dan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar amat dititikberatkan di peringkat
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025,
menggariskan bahawa setiap pelajar memerlukan enam ciri utama untuk bersaing di
peringkat gobal iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. (KPM,2013) Oleh itu jelas
menunjukkan bahawa aspek kemahiran dwi bahasa dititikberatkan dalam PPPM (2013-
2025). Bagi merancakkan lagi Pdpc bahasa Arab, maka satu kit pemainan kosakata bahasa
Arab disediakan sebagai satu bahan inovasi dalam pembelajaran bagi menarik minat pelajar
bahasa Arab menambah kosakata bahasa Arab mereka.
(ii) Rasional
Berdasarkan tinjauan awal di sekolah di sekitar Bandar Enstek Nilai Negeri Sembilan didapati
murid-murid kurang didedahkan dengan teknik permainan ketika pdpc bahasa Arab. Guru
hanya menumpukan PdPc menggunakan buku teks yang telah dibekalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Data temubual murid menunjukkan bahawa PdPc bahasa Arab
kurang menyeronokan dan membosankan. Masalah besar yang dihadapi oleh mereka
antaranya teknik pengajaran Bahasa Arab kurang menyeronokkan dan ini menimbulkan
perasaan bosan ketika belajar bahasa Arab. Selain itu tahap penguasaan kosakata juga amat
2
kurang dan murid juga tidak dapat menulis huruf bersambung dalam perkataan bahasa Arab
dengan kaedah yang betul. Bagi menyelesaikan masalah ini, maka kumpulan kami telah
menghasilkan satu kit pemainan kosakata yang boleh digunakan untuk menambah kosakata
bahasa Arab dan juga kosakata jawi.
(iii) Strategi Penyelesaian
Bagi menyelesaikan masalah ini maka, kumpulan kami menghasilkan inovasi kit permainan
lu’lu’. Penghasilan kit ini melibatkan 3 fasa:
i. Fasa Pembangunan
Pembangunan kit permainan kosa kata
Kit PERMAINAN KOSAKATA LU’LU’merupakan Kit kemahiran penghasilan kosakata serta
teknik menulis perkataan bersambung dengan betul. Kit ini dicipta khas bagi membantu
murid-murid menghasilkan kosakata dalam menulis perkataan tersebut dengan betul.
Kit PERMAINAN KOSAKATA LU’LU’ ini merupakan satu set lengkap yang terdiri daripada; i)
satu set kad-kad huruf hijaiyah tunggal dan contoh paparan penulisan huruf bersambung
iaitu,bersambung di awal, bersambung di tengah dan bersambung di akhir ii) satu manual
penggunaan kad dan cara permainannya, iii) satu papan permainan, iv) pen whiteboard, dan
v) papan tulis (whiteboard) .
Kit PERMAINAN KOSAKATA LU’LU’ mempunyai ciri-ciri berikut;
i. 31 huruf hijaiyah x 4=124 huruf abjad hijaiyah yang terdapat di dalam sebuah kotak.
ii. Setiap kad mewakili satu huruf hijaiyah tunggal.
iii. Kad tersebut diwarnakan supaya menarik minat murid bermain.
vi. Kit Pemainan Lu’lu’ ini dapat meningkatkan kemahiran mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta kosakata. Sehubungan itu, ianya dapat menerapkan learning for
fun dalam kalangan murid-murid.
vii.Selain ianya dapat meminimakan kesalahan menulis huruf hijaiyah Arab bersambung
kerana murid dibekalkan dengan bahan bantuan yang mesra pengguna dan boleh
dijadikan sebagai bahan pembelajaran kendiri.
viii. Contoh huruf bersambung di awal di tengah dan di akhir disediakan bagi
memudahkan murid menyemak cara penulisan huruf-huruf tersebut
3
ii. Fasa Pelaksanaan Intervensi
Pelaksanaan kajian intervensi dengan uji pra, intervensi siri pertama dan kedua
Kajian intervensi dengan kajian rintis telah dijalankan di Sk Bandar Enstek
Gambar Prototaip 1 – KAJIAN RINTIS DI SK BANDAR ENSTEK
Gambar di atas menunjukkan peserta kajian sedang mencuba permainan kit permainan kosa
kata Bahasa Arab dengan tekun. Mereka menunjukkan minat ketika permainan dijalankan.
Hasil temubual dengan mereka selepas permainan mereka menyatakan keseronakan dan
minat mereka terhadap pembelajaran bahasa Arab.
Gambar Prototaip 2- Murid-murid SK LBJ Bandar Enstek
Fasa Pengaplikasian
4
Kit Permainan Lu’lu’ ini telah diaplikasikan di beberapa sekolah iaitu di SK LBJ , Sk Bandar
Enstek dan juga di SK Dato’ Shah Bandar Abu Bakar Labu Hilir dan juga di IPGK Pendidikan
Teknik
5
Pelajar IPGKPT sedang mengaplikasikan kit permainan lu’lu’ bagi menghasilkan kosa
kata bahasa Arab dan Jawi
(iv) Penggunaan dan Impak
Kit PERMAINAN KOSAKATA LU’LU” memberi impak yang tinggi terhadap minat murid
mempelajari bahasa Arab dan meningkatkan kosa kata bahasa Arab mereka. Kit ini juga
boleh digunakan dalam Pdpc Jawi. Dengan menggunakan kit ini pelajar juga boleh
menghasilkan kosakata bahasa Melayu bertulisan Jawi.
Selain itu, Kit permainan ini boleh diperluaskan di luar institusi pendidikan seperti orang
awam yang berminat untuk menambah kosakata bahasa Arab dan JAWI mereka. Ia juga
boleh digunakan di rumah oleh orang awam sebagai bahan alat permainan bersama keluarga
pada waktu lapang. Selain ianya boleh dipasarkan kepada murid-murid sekolah rendah,
menengah dan juga pelajar universiti. Justeru kit ini mempunyai nilai keboleh pasaran yang
tinggi dan ianya boleh dipasarkan kepada semua lapisan masyarakat.
6
(v) Perluasan/Komersial
1.Hakcipta-Sedang berusaha untuk mendapat hakcipta dari MyIPO.
2 Kekuatan pasaran- Boleh dipasarkan kepada semua sekolah di seluruh Malaysia
termasuk IPTA dan IPTS serta Institut Pendidikan Guru Malaysia kerana ianya murah dan
boleh dimiliki semua orang.
3 Potensi pemasaran- Sangat berpotensi untuk dipasarkan kepada seluruh dunia dengan
menggunakan aplikasi jualan secara atas talian.
D Akuan Ketua Pasukan Inovasi
Saya dengan ini mengaku bahawa laporan projek inovasi ini adalah benar.
Tarikh : 17 SEPT.2020 Tandatangan Ketua Penyelidik : __________
E Pengesahan Ketua Jabatan
Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi (JPPI)
Saya dengan ini mengesahkan bahawa laporan projek inovasi ini adalah benar.
Tarikh : Tandatangan Ketua Jabatan :
______________________ JPPI
7