The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zunaizaha, 2022-02-10 02:31:35

TAZKIRAH ALQADAHI

TAZKIRAH ALQADAHI 287

... Hanya seorang yang kuat dan berani sahaja yang
sanggup menentang keinginan nafsunya untuk dapat
ke syurga ....

‫( حديث أنس رضي الله عنه الثابت في صحيح مسلم ) أن النبي صلى‬
».‫ « ُحفَّت ا ْل َج َنّةُ با ْل َم َكاره َو ُح َّفت ال َنّا ُر بال َّش َه َوات‬: ‫الله عليه وسلم قال‬
Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bahwasanya
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

‫ُح ّفَت ا ْل َج َنّةُ با ْل َم َكاره َو ُح َّفت ال َّنا ُر بال َّش َه َوات‬
“Syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci
(oleh jiwa) dan neraka itu diliputi perkara-perkara
yang disukai syahwat.”. HR. Muslim

‫ ُح َّفت‬menggambarkan pengertian ‫ ال َحفاف‬berarti
sesuatu yang meliputi sesuatu yang lain . Maksudnya
syurga dan neraka itu diliputi sesuatu. Seseorang tidak
akan dapat masuk ke syurga dan neraka kecuali
setelah melepasi hijab terebut.

‫تذكرة القدحي‬

Dalam riwayat Bukhari kata huffat diganti dengan kata
hujibat (‫ ) ُحجبَت‬yang berarti tabir, hijab ataupun
pembatas dan keduanya memiliki makna sama.

Al Makarih ( ‫ ) المكاره‬: Perkara-perkara yang dibenci
(oleh jiwa) dalam bentuk ketaatan dan ketundukan
terhadap syariat Allah Ta’ala.

Di antara amalan-amalan yang dibenci jiwa seperti
bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Allah
Ta’ala serta menekuninya, bersabar ketika berat
melaksanakannya, menahan marah, memaafkan
orang lain, berlaku lemah lembut, bersedekah,
berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat salah,
bersabar untuk tidak tunduk kepada hawa nafsu dan
yang lain-lain lagi.

Sementara perkara yang menghiasi neraka adalah
perkara-perkara yang disukai syahwat yang jelas
keharamannya seperti minum arak, berzina,
memandang wanita yang bukan mahramnya (tanpa
hajat), mengumpat , leka bermain musik dan
permainan yang melalaikan dan sebagainya.

‫تذكرة القدحي‬

Adapun syahwat yang mubah ( harus ) seperti makan
minum maka tidak termasuk dalam persoalan ini.
Namun makruh hukumnya bila berlebih-lebihan
kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pada perkara-
perkara haram. Dibimbangi hatinya menjadi kering
atau lalai untuk melakukan ketaatan bahkan mampu
jadi hatinya menjadi condong kepada keseronokan
dunia.”
...memang yang kuat sahaja mampu mengharungi
mujahadah yang berat ini ini......

‫تذكرة القدحي‬


Click to View FlipBook Version