The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2023-05-17 10:56:46

BUKU PERATURAN SEKOLAH

BUKU PERATURAN SEKOLAH

1


2 …………DARI MEJA GURU BESAR Assalamualaikum(W) dan salam sejahtera, Disiplin dan Peraturan sekolah adalah faktor penting yang akan menentukan potensi seseorang murid dalam semua bidang seperti pencapaian akademik yang baik, akhlak yang mulia serta kejayaan dalam aktiviti kokurikulum. Buku Peraturan Sekolah merupakan buku utama yang mesti dibaca, difahami dan diamalkan oleh setiap murid sekolah ini. Ia merupakan garis panduan sekolah yang perlu dihayati dan dipatuhi oleh semua murid. Saya yakin dengan adanya disiplin yang baik dikalangan murid-murid sama ada lahiriah mahupun rohaniah sekolah akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis bagi mencapai kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Kepada ibu bapa / penjaga murid-murid juga diharapkan dapat membaca dan memahami kandungan buku ini. Kerjasama tuan/puan amat diperlukan bagi memastikan hasrat melahirkan warganegara yang cemerlang dapat dicapai, manakala semua pelajar hendaklah sentiasa bersedia mematuhi dan mengamalkan semua peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih. “DISIPLIN ASAS KEJAYAAN” Dari tinta Guru Besar SK Haji Salleh Masri. TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) KOHORT 5 2020


3 ISI KANDUNGAN BILANGAN PERKARA HALAMAN 1 ISI KANDUNGAN 3 2 PRAKATA 4 3 FALSAFAH, VISI, MISI SEKOLAH 5 4 RUKUN NEGARA 6 5 NEGARAKU ALLAH SELAMAT SULTAN MAHKOTA 7 6 LAGU SEKOLAH 8 7 PENDAHULUAN KONSEP AM MENJALANKAN KUASA DISIPLIN MATLAMAT DISIPLIN PERKARA 1: WAKTU PERSEKOLAHAN PERKARA 2: LOCENG PERKARA 3: PERHIMPUNAN 9 8 PERKARA 4: KEHADIRAN PERKARA 5: KENDERAAN PERKARA 6: PEMBELAJARAN 10 9 PERKARA 7: SIKAP DAN SAHSIAH MURID PERKARA 8: DISIPLIN BERPAKAIAN 11 10 PERKARA 9: RAMBUT DAN KUKU PERKARA 10: DISIPLIN SEMASA DI DALAM KELAS 12 11 PERKARA 11: DISIPLIN SEMASA REHAT DAN SEWAKTU PROMAK DI KANTIN AL-MASRI PERKARA 12: KEDAI BUKU SEKOLAH PERKARA 13: PENGGUNAAN TANDAS 13 12 PERKARA 14: HARTA BENDA SEKOLAH PERKARA 15: PENGAJARN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK-BILIK KHAS ATAU DI LUAR KELAS PERKARA16: SURAU DAN SEMBAHYANG PERKARA 17: PERATURAN KOKURIKULUM DAN PENDIDIKAN JASMANI 14 13 PERKARA 18: PERKARA-PERKARA YANG DITEGAH 15 14 LAFAZ PERJANJIAN 16 15 LAMPIRAN 1 – RAMBUT DAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MURID LELAKI 17 16 LAMPIRAN 2 - TUDUNG DAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MURID PEREMPUAN 18


4 PRAKATA Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut, murid-murid perlu mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna dengan mematuhi segala peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah ini digubal dengan merujuk kepada peraturan-peraturan dan surat-surat pekeliling yang terkandung dalam “Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru” yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Usaha untuk memantapkan peraturan sekolah serta disiplin murid-murid tidak mudah akan terlaksana tanpa bantuan pihak ibu bapa / penjaga murid-murid. Kerjasama serta sokongan dan keprihatinan ibu bapa / penjaga murid dalam memberikan penjelasan kepada anak-anak tentang peraturan serta disiplin yang baik amat penting bagi menjamin segala keberkesanan dan kejayaan sesuatu program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah. “KECEMERLANGAN SAHSIAH PEMANGKIN KECEMERLANGAN MURID” UNIT HAL EHWAL MURID SK HAJI SALLEH MASRI


5 FALSAFAH SEKOLAH MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA VISI SEKOLAH PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI SEKOLAH MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


6 RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELURUHAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


7 NEGARAKU NEGARAKU TANAH TUMPAHNYA DARAHKU RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN RAJA KITA SELAMAT TERTAKHTA RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN RAJA KITA SELAMAT TERTAKHTA ALLAH SELAMAT SULTAN MAHKOTA ALLAH SELAMAT SULTAN MAHKOTA BERPANJANGAN USIA DI ATAS TAKHTA MEMELIHARA UGAMA NABI KITA NEGERI KEDAH SERATA-RATA


8 LAGU SEKOLAH DI SINI LAHIRNYA SEGALA CITA PUTERA DAN PUTERI PAYUNG NEGARA PEWARIS BANGSA HARUM DI MATA DUNIA MENJUNJUNG HARAPAN NUSA SEGALA ILMU JADIKAN AMALAN BERUSAHA TEMPUHI CABARAN KAMILAH PEMANGKIN KEGEMILANGAN UNTUK MASA HADAPAN DENGAN SEMANGAT WAJA TABURKAN BAKTI LUHUR DI JIWA SATUKAN AZAM SEMANGAT MEMBARA AGAR GENERASI SEMPURNA PADAMU GURU DAN IBU BAPA KUTUMPAHKAN IKHLAS TAAT SETIA SK HAJI SALLEH MASRI MEDANNYA MENJUNJUNG CITA MULIA SK HAJI SALLEH MASRI MEDANNYA MENJUNJUNG CITA MULIA


9 PENDAHULUAN Buku PANDUAN PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH ini diterbitkan bertujuan sebagai rujukan untuk semua warga SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI SALLEH MASRI dan IBU BAPA / PENJAGA terutamanya dalam aspek disiplin murid-murid. Disiplin yang baik akan mewujudkan suasana atau iklim pengajaran dan pemudahcaraan yang kondusif, harmonis dan berkesan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid untuk mengetahui dan mematuhi peraturan sekolah yang telah digariskan. KONSEP AM MENJALANKAN KUASA DISIPLIN • Sekolah tempat melahirkan insan yang berkebolehan dari segi intelektual, kualiti, moral dan sosial. • Menanamkan kesedaran tentang BETUL/SALAH, MENGHALANG/MENGELAK daripada berkelakuan yang tidak dikehendaki. • Diikuti cara larangan dan cara mengenakan hukuman sekiranya larangan tidak dipatuhi. MATLAMAT DISIPLIN Menjadikan murid-murid sebagai manusia yang dapat memimpin dirinya sendiri dan juga dalam hidupnya pada masa hadapan. PERKARA 1: WAKTU PERSEKOLAHAN TAHAP/TAHUN WAKTU PERSEKOLAHAN TAHAP 1 (TAHUN 1, 2 DAN 3) 7.45 PAGI HINGGA 1.15 TENGAH HARI TAHAP 2 (TAHUN 4, 5 DAN 6) 7.45 PAGI HINGGA 1.45 TENGAH HARI PERKARA 2: LOCENG Loceng akan dibunyikan pada: 7.30 pagi : Perhimpunan pagi. 7.45 pagi : Kelas bermula & setiap 30 minit untuk peralihan waktu PdPc 9.45 pagi : Rehat murid-murid Tahap 1 10.15 pagi : Rehat murid-murid Tahap 2 12.45 tengah hari : Program Makanan Kesihatan (PROMAK) murid-murid Tahap 1 1.15 tengah hari : Program Makanan Kesihatan (PROMAK) murid-murid Tahap 2 PERKARA 3: PERHIMPUNAN 3.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Ahad. 3.2 Murid dikehendaki beratur di hadapan kelas seawal jam 7.30 pagi dan bergerak ke Dewan Al-Masri sebelum jam 7.45 pagi. 3.3 Pergerakan turun murid-murid adalah mengikut kelas dan dalam keadaan tertib. 3.4 Perhimpunan rasmi bermula pada jam 7.45 pagi sehingga jam 8.15 pagi. 3.5 Peraturan Semasa Perhimpunan 3.5.1 Semua murid mesti beratur dengan segera mengikut kedudukan kelas masing-masing. 3.5.2 Murid-murid dikehendaki mengikuti semua aturcara perhimpunan rasmi yang telah ditetapkan. 3.5.3 Murid-murid dilarang sama sekali untuk berbual-bual atau membuat bising yang boleh mengganggu perjalanan perhimpunan. 3.5.4 Murid yang lewat datang ke perhimpunan dikehendaki beratur di belakang dewan. 3.5.5 Murid-murid dikehendaki mematuhi setiap arahan pengawas. 3.5.6 Setelah selesai perhimpunan, murid-murid dikehendaki beratur untuk balik ke kelas masing-masing dengan diiringi oleh guru mata pelajaran selepas waktu perhimpunan.


10 PERKARA 4: KEHADIRAN 4.1 Murid-murid perlu hadir ke sekolah setiap hari sebelum jam 7.30 pagi. 4.2 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan berakhir sama ada seorang diri atau bersama-sama orang lain. 4.3 Ibu bapa / penjaga yang ingin membawa anak-anak mereka pulang atas faktor kecemasan perlu mendapatkan borang kebenaran keluar murid dari pengawal keselamatan sekolah. Borang tersebut MESTI ditandatangani oleh pihak pentadbir sekolah. 4.4 Nombor telefon bimbit atau nombor telefon tempat ibu bapa / penjaga murid bekerja yang terkini dan boleh dihubungi perlu diberikan kepada pihak sekolah untuk direkodkan. Jika tiada, nombor telefon jiran atau saudara mara yang terdekat perlu diberi bagi memudahkan pihak sekolah berhubung jika berlaku sebarang hal kecemasan. 4.5 Sebarang pertukaran nombor telefon dan alamat perlu dimaklumkan kepada guru kelas dengan kadar segera. 4.6 Garis panduan tindakan disiplin bagi murid-murid yang ponteng adalah seperti berikut: SURAT TIDAK HADIR (P) BERTURUTTURUT TIDAK HADIR (P) BUKAN BERTURUT-TURUT AMARAN PERTAMA PADA HARI KE-3 PADA HARI KE-10 AMARAN KEDUA 7 HARI SELEPAS AMARAN PERTAMA 10 HARI SELEPAS AMARAN PERTAMA AMARAN TERAKHIR 7 HARI SELEPAS AMARAN PERTAMA 20 HARI SELEPAS AMARAN KEDUA BUANG SEKOLAH 14 HARI SELEPAS AMARAN KETIGA 20 HARI SELEPAS AMARAN KETIGA JUMLAH HARI TIDAK HADIR 31 HARI BERTURUT-TURUT 60 HARI BUKAN BERTURUTTURUT (Semua surat amaran akan dijana menggunakan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) KPM dan diuruskan oleh Guru Kelas dengan pengetahuan PK HEM dan Guru Besar. Guru Kelas akan berhubung dengan ibu bapa/penjaga murid setiap kali surat amaran dikeluarkan) PERKARA 5: KENDERAAN 5.1 Kenderaan yang menghantar dan menjemput murid-murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali dalam keadaan tertentu seperti kenderaan murid-murid PPKI, waktu hujan, sakit atau apa jua keadaan yang difikirkan munasabah. 5.2 Basikal hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan. Keselamatan basikal adalah tanggungjawab murid sendiri. PERKARA 6: PEMBELAJARAN 6.1 Murid-murid perlu sentiasa positif dan mementingkan pelajaran. 6.2 Semua kerja rumah yang dibekalkan oleh guru perlu disiapkan di rumah. 6.3 Murid-murid mesti mewujudkan suasana pembelajaran yang tenang serta berdisiplin sepanjang masa. 6.4 Murid-murid mesti beratur dengan tertib dan bergerak segera dengan senyap sekiranya pdpc dilaksanakan di bilik-bilik khas. 6.5 Kehadiran murid perlu direkodkan dalam helaian Fail Rekod Kawalan Kelas setiap kali sebelum bermulanya proses pdpc.


11 PERKARA 7: SIKAP DAN SAHSIAH MURID 7.1 Murid-murid mesti menghormati rakan-rakan, guru-guru, pengawas-pengawas sekolah serta pekerja sekolah. 7.2 Murid-murid mesti mempraktikkan budi bahasa yang baik di antara satu sama lain dengan cara menzahirkan ucapan Assalammualaikum, Salam Sejahtera atau Selamat Pagi. Ucapan terima kasih juga perlu diucapkan kepada sesiapa sahaja yang telah membantu kita. 7.3 Murid-murid mesti mengamalkan sikap sedia berkhidmat atau sedia memberi pertolongan kepada semua warga sekolah serta tetamu / pelawat yang hadir. 7.4 Harta benda sekolah perlu dijaga dengan baik supaya tidak rosak atau hilang. 7.5 Murid-murid perlu berjimat cermat dalam menggunakan elektrik dan air. 7.6 Sentiasa berbaris dan tertib ketika masuk ke dalam kelas, membeli makanan di kantin, membeli alat tulis di kedai buku sekolah, menghadiri aktiviti pendidikan jasmani di padang sekolah serta aktiviti-aktiviti lain dan juga ketika ke bilik-bilik khas untuk proses pdpc. PERKARA 8: DISIPLIN BERPAKAIAN 8.1 Murid-murid dimestikan memakai pakaian seragam sekolah yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 8.2 Murid-murid perempuan yang memakai tudung hendaklah memakai tudung putih kosong tanpa sebarang logo atau berhias renda. 8.3 Bagi murid-murid perempuan yang mengikat rambut, perlu menggunakan riben berwarna hitam sahaja 8.4 Lencana sekolah a) Murid lelaki – dilekatkan di sebelah kiri baju sekolah, di atas poket. b) Murid perempuan – dilekatkan di sebelah kiri pada tudung sekolah Tanda nama a) Murid lelaki – dilekatkan di hujung atas pada poket, di bawah lencana. b) Murid perempuan – dilekatkan di bawah lencana sekolah. 8.5 Pengawas sekolah perlu memakai uniform serta tudung berwarna biru yang telah dikhaskan dan berseluar / kain berwarna biru gelap, bertali leher serta bersongkok. 8.6 Murid-murid hendaklah memakai kasut sekolah (kanvas) serta stoking berwarna hitam. Kasut sukan tidak dibenarkan dipakai sepanjang waktu persekolahan kecuali murid-murid menghadiri waktu kokurikulum pada sebelah petang. 8.7 Semua murid dikehendaki memakai baju T serta seluar trek sekolah semasa menghadiri aktiviti Pendidikan Jasmani. Murid perempuan mesti bertudung hitam tanpa sebarang logo dan perlu dilengkapkan dengan lencana serta tanda nama pada sebelah kiri tudung. 8.8 Baju T sukan hendaklah dimasukkan ke dalam seluar bagi murid-murid lelaki. 8.9 Semua murid tidak dibenarkan memakai sebarang barang kemas seperti cincin, gelang, rantai dan subang.


12 PERKARA 9: RAMBUT DAN KUKU 9.1 Rambut murid-murid hendaklah sentiasa bersih, kemas dan berpotongan sesuai dengan status murid sekolah. 9.2 Murid-murid perempuan yang tidak bertudung perlu mengikat rambut dengan kemas menggunakan riben berwarna hitam sahaja. 9.3 Semua murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. 9.4 Murid-murid lelaki tidak dibenarkan sama sekali berambut panjang: a) Rambut panjang melebihi cuping telinga (atas). b) Rambut menutupi dahi. c) Rambut belakang mencecah kolar baju. 9.5 Murid-murid hendaklah sentiasa berkuku pendek dan bersih. Tidak dibenarkan mewarna kuku dengan sebarang alat - alat warna. PERKARA 10: DISIPLIN SEMASA DI DALAM KELAS 10.1 Murid-murid hendaklah bangun memberi hormat kepada guru, guru besar atau pelawat sekolah yang masuk ke dalam kelas. (Beri salam, Assalammualaikum bagi yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera Tuan / Puan bagi yang bukan beragama Islam). 10.2 Murid-murid perlu sentiasa dalam keadaan berdisiplin dan bersedia untuk belajar. 10.3 Murid-murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing ketika tiada guru d dalam kelas dan dilarang sama sekali keluar masuk kelas tanpa sebarang tujuan. 10.4 Gunakan masa terluang untuk membaca buku, mengulangkaji pelajaran atau membuat kerja-kerja sekolah yang perlu. 10.5 Tidak dibenarkan membuat bising dengan menjerit-jerit dan berlari-lari. Perbuatan seperti ini tidak elok dipandang serta mengganggu suasana pembelajaran di sekolah. 10.6 Kebersihan keseluruhan kelas adalah tanggungjawab bersama semua murid. 10.7 Kebersihan sekitar kerusi meja adalah tanggungjawab murid yang duduk di situ. 10.8 Lima minit sebelum loceng akhir berbunyi, murid-murid perlu membersihkan kawasan tempat duduk masing-masing, murid bertugas hendaklah membersihkan kelas dan mengosongkan bakul sampah. Pastikan tingkap, lampu, kipas dan pintu ditutup sebelum beredar untuk beratur di luar kelas. 10.9 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali: a) Menconteng meja, kerusi, dinding termasuk mengguris atau mengoyakkan alas meja, b) Mengalih kerusi atau meja sesuka hati. c) Membazir elektrik, alat tulis, bahan seni lukis dan sebagainya. d) Membuat bising dan berkelahi/bergaduh. e) Menjual sebarang makanan, minuman atau apa jua barangan. f) Makan atau minum di dalam kelas kecuali dengan kebenaran guru g) Berada di dalam kelas sewaktu rehat atau sewaktu murid-murid lain berada di padang atau di bilik-bilik khas. 10.10 Ketika guru tiada di dalam kelas, ketua kelas serta penolongnya mestilah mengawal murid-murid di dalam kelas tersebut dengan dibantu oleh pengawas. Jika terdapat sebarang masalah, laporkan segera kepada guru. 10.11 Semua murid yang hendak ke luar kelas atas apa sahaja urusan perlu mendapat kebenaran guru dan dimestikan memakai pas keluar kelas. 10.12 Jika berlaku kemalangan atau kecurian, murid-murid perlu segera melaporkan kepada guru-guru yang bertugas atau mana-mana guru yang berada di bilik guru.


13 PERKARA 11: DISIPLIN SEMASA REHAT DAN SEWAKTU PROMAK DI KANTIN AL-MASRI 11.1 Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat dan pada waktu PROMAK. Semua murid dimestikan berada di kantin pada waktu tersebut. 11.2 Murid-murid mesti beratur dengan senyap dan tidak dibenarkan berebut-rebut ketika membeli makanan dan minuman di kantin. 11.3 Tidak dibenarkan sama sekali makan atau minum di luar kawasan kantin atau tempat yang telah dikhaskan di kawasan kantin. 11.4 Selepas makan / minum, semua peralatan yang telah digunakan (pinggan, gelas, sudu dan lain-lain) perlu diletakkan di tempat yang telah disediakan. 11.5 Buang semua sampah (sisa makanan dan pembungkus makanan) dalam tong sampah yang telah disediakan. 11.6 Makanan dan minuman hanya boleh dibeli pada waktu pagi sebelum jam 7.30 pagi, pada waktu rehat dan selepas jam 1.45 tengah hari. Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman pada waktu pdpc (waktu belajar). 11.7 Jangan berlari-lari dan bermain-main di kawasan kantin kerana dikhuatiri akan berlaku kemalangan seperti terjatuh dan cedera atau terlanggar kawan-kawan yang sedang makan atau sedang membawa makanan. 11.8 Sekiranya makanan yang dibeli atau dibekalkan di kantin itu basi, busuk kotor dan sebagainya, murid-murid perlu melaporkan kepada guru bertugas supaya tindakan boleh diambil dengan segera. 11.9 Jangan makan dan minum sambil berjalan atau berlari. 11.10 Murid-murid perlu beratur di dewan terbuka sepuluh minit sebelum waktu rehat berakhir untuk mendengar sebarang pengumuman semasa serta peringatan tentang disiplin yang akan disampaikan oleh guru-guru yang bertugas. PERKARA 12: KEDAI BUKU SEKOLAH 12.1 Buku atau alat tulis hanya boleh dibeli pada waktu rehat dan sekiranya perlu dibeli pada waktu belajar, mestilah dengan kebenaran guru mata pelajaran semasa. 12.2 Murid-murid perlu memakai pas keluar kelas semasa hendak ke kedai buku sekolah pada waktu belajar. 12.3 Murid-murid perlu beratur untuk membeli barang di kedai buku. PERKARA 13: PENGGUNAAN TANDAS 13.1 Murid-murid tidak digalakkan menggunakan tandas kecuali pada waktu pagi sebelum jam 7.30 pagi, pada waktu rehat dan selepas jam 1.45 tengah hari. 13.2 Murid-murid perlu memakai pas keluar kelas ketika ke tandas pada waktu belajar. 13.3 Hanya dua orang murid sahaja dibenarkan ke tandas pada satu-satu masa. 13.4 Dilarang membuang sampah ke dalam mangkuk tandas. Sampah akan menyebabkan tandas tersumbat dan tidak dapat digunakan apabila diperlukan. 13.5 Murid-murid perempuan dilarang membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas atau di lantai tandas. Tuala wanita yang telah digunakan perlu dibersihkan, dibungkus dengan elok dan dibuang di dalam tong sampah yang telah disediakan. 13.6 Pastikan paip air ditutup setelah selesai digunakan. 13.7 Dilarang berkumpul dan membuat bising di dalam tandas.


14 PERKARA 14: HARTA BENDA SEKOLAH 14.1 Murid-murid hendaklah menjaga harta benda sekolah dengan sebaik-baiknya dan bertanggungjawab mengganti harta benda sekolah yang dihilangkan atau dirosakkan. 14.2 Segala peralatan / bahan yang rosak / pecah hendaklah dilaporkan kepada guru yang bertugas. 14.3 Murid-murid dilarang sama sekali menconteng perabot, papan kenyataan atau dinding sekolah. 14.4 Murid-murid tidak dibenarkan membawa balik atau membawa keluar sebarang peralatan / bahan milik sekolah tanpa kebenaran atau kelulusan pihak pentadbir sekolah. PERKARA 15: PENGAJARN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK-BILIK KHAS ATAU DI LUAR KELAS 15.1 Murid-murid dikehendaki beratur dan bergerak ke bilik-bilik khas dengan pantas dan senyap. 15.2 Bilik-bilik khas hanya boleh masuk dan digunakan jika ada guru. 15.3 Murid-murid perlu juga beratur semasa hendak meninggalkan bilik-bilik khas dan terus ke kelas masing-masing tanpa membuang masa atau singgah di tempattempat lain terlebih dahulu. PERKARA16: SURAU DAN AKTIVITI SEMBAHYANG 16.1. Surau sentiasa dibuka pada waktu sembahyang. 16.2 Murid-murid tidak dibenarkan tidur serta bermain-main didalam surau. 16.3 Peraturan penggunaan surau seperti peraturan beribadah, keselamatan, kebersihan serta aktiviti-aktiviti lain perlu dipatuhi oleh semua murid. 16.4 Semua murid bertanggungjawab terhadap kebersihan serta ketenteraman surau. 16.5 Sidai / lipat sejadah, kain pelekat serta telekung setelah selesai digunakan. PERKARA 17: PERATURAN KOKURIKULUM DAN PENDIDIKAN JASMANI 17.1 Semua murid tanpa sebarang pengecualian hendaklah mengambil bahagian dengan cergas dalam semua kegiatan luar bilik darjah yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 17.2 Murid-murid perlu mematuhi jadual kegiatan luar bilik darjah yang telah ditetapkan. 17.3 Semua murid dimestikan menjadi ahli dalam Pasukan Unit Beruniform, Persatuan atau Kelab serta Kelab Sukan dan Permainan Sekolah. 17.4 Semua peralatan sukan dan permainan hanya boleh dikeluarkan dari setor sukan dengan kebenaran guru. 17.5 Murid-murid dilarang memasuki setor sukan tanpa guru. 17.6 Semua peralatan sukan dan permainan yang telah dikeluarkan untuk digunakan semasa aktiviti kelab sukan dan permainan ataupun bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah dipulangkan dengan baik dan disimpan dengan kemas di tempat asalnya. 17.7 Murid-murid dikehendaki memakai uniform yang lengkap semasa aktiviti kokurikulum serta memakai pakaian sukan yang lengkap semasa aktiviti Pendidikan Jasmani. 17.8 Tudung bagi aktiviti Pendidikan Jasmani bagi murid-murid perempuan ialah hitam tanpa sebarang logo serta dilengkapi dengan lencana sekolah dan tanda nama bersulam.


15 PERKARA 18: PERKARA-PERKARA YANG DITEGAH 18.1 Biadap sesama rakan. 18.2 Menipu dengan tujuan kepentingan diri sendiri. 18.3 Bergaduh, bertumbuk dan berkasar dengan rakan. 18.4 Mencuri. 18.5 Menggunakan bahasa yang kesat dan isyarat lucah. 18.6 Memalukan nama baik sekolah. 18.7 Membuang sampah dan mengotorkan bilik kelas serta sekolah. 18.8 Mengugut rakan. 18.9 Membuli. 18.10 Merosakkan harta benda rakan atau sekolah. 18.11 Mematah atau merosakkan pokok-pokok hiasan sekolah. 18.12 Membazir air dan elektrik. 18.13 Membawa dan menggunakan liquid paper atau cecair pemadam. 18.14 Membawa dan menggunakan telefon bimbit. 18.15 Membawa dan menghisap rokok atau vape. 18.16 Membawa senjata atau peralatan tajam yang membahaya. 18.17 Bergurau senda yang melampaui batas. 18.18 Mengeluarkan kenyataan secara lisan atau bertulis yang membawa maksud untuk menghina dan menjatuhkan sekolah, guru besar atau mana-man guru di manamana laman social. 18.19 Ibu bapa/ penjaga berada dalam kawasan sekolah sewaktu perhimpunan rasmi atau pada waktu belajar murid. 18.20 Ibu bapa / penjaga mengasari atau menggunakan kekerasan kepada murid-murid lain dalam kawasan sekolah.


16 Nama: ……………………………………………………………………………. Tahun: ………………….. Tarikh Lahir: ………………………………………………………. No. Sijil Lahir: …………………………. Nama Ibu bapa / Penjaga: ………………………………………………………………………………… Hubungan: …………………………………………………………………………………..( Jika penjaga) Alamat: ………………………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………………………….. No. Telefon Ibu bapa / Penjaga: …………………………………………………………………………… LAFAZ PERJANJIAN Saya yang bernama seperti di atas dengan ini menerima dan membaca Buku Panduan dan Disiplin Sekolah yang dikeluarkan oleh sekolah ini dan bersetuju untuk mematuhi segala peraturan dan undang-undang sekolah selama saya belajar di sekolah ini dan sanggup menerima sebarang hukuman yang berkaitan termasuk dibuang sekolah. Persetujuan dibuat atas kerelaan saya sendiri tanpa desakan atau paksaan mana-mana pihak untuk kebaikan diri dan masa hadapan saya, juga untuk kepentingan bersama-sama masyarakat sekolah ini. …………………………. ….…..………………………………….. (Tandatangan murid) (Tandatangan ibu bapa/penjaga) Disemak oleh, Disahkan oleh,


17 LAMPIRAN A RAMBUT DAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MURID LELAKI


18 LAMPIRAN B TUDUNG DAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MURID PEREMPUAN


19


Click to View FlipBook Version