The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

peringkat ini mengandungi definisi, ciri dan contoh aktivtinya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rz Zost MG, 2024-02-04 20:25:17

Peringkat bacaan mentalis

peringkat ini mengandungi definisi, ciri dan contoh aktivtinya.

BACAAN MENTALIS Kumpulan 3


AHLI KUMPULAN Darrold Faris Rickzol Awerson


DEFINISI Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.


CIRI-CIRI Membaca untuk memahami maklumat, idea, atau buah fikiran. Lebih pantas daripada bacaan bersuara Melibatkan bacaan intensif dan ekstensif.


Guru memberi dan menentukan bahan bacaan kemudian membantu murid yang lemah. Guru mengemukakan soalan kepada murid dan membincangkan perkataan yang susah difahami oleh murid. Bahan bacaan yang diberikan haruslah secara berperingkat iaitu bermula dari bahan yang mudah dan sedikit kepada bahan yang susah dan banyak. CONTOH AKTIVITI


1.GURU MEMINTA MURID UNTUK MEMBACA KARANGAN PENDEK SECARA SENYAP -Guru memberikan teks bacaan kepada murid. -Guru meminta murid membacakan karangan pendek secara senyap. -guru memerhatikan reaksi murid sama ada mereka boleh membaca atau tidak. -murid yang tidak pandai membaca tidak akan memberikan perhatian kepada petikan tersebut sebaliknya membuat kerja lain. -contoh yang bersesuaian bagi aktiviti ini seperti membaca petikan cereka, naratif, dialog, laporan dan sebagainya. STRATEGI PENGAJARAN


2.GURU MEMINTA MURID MEMBACA DAN MENCARI ISI PENTING DALAM KARANGAN -Guru meminta murid membacakan petikan yang telah diberikan oleh guru secara senyap. -Setelah murid selesai membaca, guru akan meminta murid untuk mencari isi penting dalam karangan. -kemudian, guru mengarahkan murid menulis ataupun membacakan isi penting yang mereka peroleh berdasarkan petikan yang diberi. -contoh aktiviti ialah guru memberikan petikan karangan berformat atau tidak berformat yang mempunyai fakta. STRATEGI PENGAJARAN


3.GURU MEMINTA MURID MEMBACA POTONGAN AYAT SECARA DIAM DAN MEMBACA SEMULA AYAT YANG DIBACA -Guru memberikan beberapa potongan ayat kepada murid dan mengarahkan mereka membaca secara senyap. -potongan ayat yabng diberikan tersebut disimpan selepas murid selesai membaca. -kemudian,guru meminta murid membaca semula ayat yang telah dibaca. STRATEGI PENGAJARAN


TERIMA KASIH hehehehe


SOALAN


Click to View FlipBook Version