The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikguzahrul, 2021-10-22 03:35:45

Buku Mesyuarat PIBG SKDOJ 2021

SK DATO

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ ONN JAAFAR
Kompleks Sekolah Wawasan,

Persiaran Kewajipan, USJ15, 47630, Subang
Jaya,

` Selangor Darul Ehsan.

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-19

SK DATO` ONN JAAFAR

TARIKH : 23 OKTOBER 2021

HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : GOOGLE MEET

PERASMI :

1

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

ATURCARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN
8.30 pagi : Pendaftaran ahli-ahli PIBG dan ibu, bapa serta penjaga
9.00 pagi : Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
9.10 pagi : Kata-kata aluan Pengacara Majlis
9.20 pagi : Bacaan Doa
9.30 pagi : Ucapan Penasihat PIBG

(Pn. Norlia binti Haji Ramli -Guru Besar)
9.45 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG dan perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19

(En. Mohd Petra bin Rahimi)

AGENDA MESYUARAT

10.30 tgh : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-18

Membentang dan menerima penyata kewangan PIBG 2020/2021

Membentang dan menerima usul-usul

Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021

Melantik pengerusi sementara

Pelantikan AJK PIBG sesi 2021/2022

Ucapan penangguhan YDP PIBG sesi 2021/2022

12.00 tengah hari : Majlis bersurai

2

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020 / 2021

PENASIHAT PUAN NORLIA BINTI HAJI RAMLI
YANG DIPERTUA Encik Mohd Petra bin Rahimi
NAIB YANG DIPERTUA Puan Khairul Bariah Binti Dzun Nurin
SETIAUSAHA En. Zahrul Azman Bin Selamat
SETIAUSAHA SARANA Puan Melati binti Marodzakhi
BENDAHARI Encik Muhd Sahrulnizam bin Zainal Abidin
Encik Muhamad Ezwan bin Muhammad@Mokhtar
AHLI JAWATAN KUASA IBU Encik Ganesan a/l Murugan
BAPA Encik Sathesh Kumar a/l Narayanan
Encik Hisham bin Ahmad Hidil
AHLI JAWATAN KUASA GURU Puan Nurul Iza Bariah binti Basharudin
Encik Mohd Shahazrin bin Saharudin
JURU AUDIT (IBU BAPA) En. Sufian Bin Mohamad
JURU AUDIT (GURU) En. Hasrul Asraf Bin Othman A
En. Hazrul Anuar bin Abd. Rahim
En. Wan Saharuddin Bin Wan Ishak
En. Azimin bin Omar

3

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

SESI 2020/2021

PENASIHAT : Pn. Norlia Bt Haji Ramli (Guru Besar SKDOJ)

PENGERUSI : Encik Mohd Petra bin RahimI (Yang Di-Pertua PIBG)

SETIAUSAHA : En. Zahrul Azman Bin Selamat

BENDAHARI : En. Muhd Sahrulnizam bin Zainal Abidin

PENGACARA MAJLIS :Pn. Mardhiyah Bt Matsah

BACAAN DOA : En. Ahmad Firdaus bin Idris

PENCATAT MINIT : Cik Mary Lim Soo Tching
Pn. Aiman Hafizah binti Abdullah
Puan Nora binti Umar

BUKU MESYUARAT : En. Zahrul Azman Bin Selamat
TEKS UCAPAN DAN En. Sufian Bin Mohamad
BANNER En. Azimin bin Omar
Puan Natasya binti Mohd Hussin

ICT DAN TEKNIKAL ; En. Saiful Anuar bin Zainal Arifin
En. Ahmad Firdaus bin Idris
Cik Thirumangai A/P Rajendran
En. Hazrul Anuar Bin Ab Rahim
En. Mohd Hasrul Asraf Bin Othman

HEBAHAN : Semua guru kelas dan guru-guru

4

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-18
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SK DATO` ONN JAAFAR

Tarikh : 22 Februari 2020 Pemangku YDP
Masa : 10.30 pagi (seperti lampiran)
Tempat : Foyer, SK Dato` Onn Jaafar Setiausaha
Pengerusi sementara : Encik Chong Ka Foo Pencatat minit 1
Kehadiran : 129 orang Pencatat minit 2
Urus Setia Mesyuarat : 1. En Zahrul Azman Bin Selamat Pencatat minit 3

2. Cik Thirumangai
3. Puan Rosnani
4. Puan Dayang Nur Haffizah

AGENDA MESYUARAT

1. PERUTUSAN PENGERUSI DAN PENASIHAT

1.1 Perutusan Pemangku YDP PIBG Sesi 2019/2020

1.1.1 Encik Chong Ka Foo mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir
ke Mesyuarat Agung PIBG Kali-18 Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn

Jaafar.

1.1.2 Encik Chong Ka Foo menyatakan bahawa beliau dan pimpinan PIBG
berusaha dalam membantu pihak sekolah ke arah yang lebih baik.

5

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

1.1.3 Encik Chong Ka Foo menyatakan harapan supaya AJK PIBG yang bakal
dilantik untuk sesi seterusnya melakukan yang terbaik untuk kelangsungan
PIBG dan sekolah.

1.2 Ucapan Penasihat ( Puan Norlia Binti Hj. Ramli, Guru Besar SKDOJ)

1.2.1 Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa PIBG dan
guru-guru yang bertungkus-lumus sepanjang sesi 2020/2021 kerana memberi sokongan kepada
pihak sekolah. Juga kepada ibu bapa yang masih setia menunggu untuk mesyuarat agung kali ini.

1.2.2 Guru Besar memperkenalkan penolong kanan kokurikulum yang baru, iaitu Encik
Hashim Wahdi bin Ahmad Shauki dan barisan penolong kanan yang lain.

1.2.3 Guru Besar memaklumkan bahawa peperiksaan untuk murid tahap satu telah
dimansuhkan dan PBD akan terus dilaksanakan untuk kedua-dua tahap.

1.2.3 Guru Besar memaklumkan kepada mesyuarat bahawa mana-mana individu yang mahu
melaksanakan apa-apa program di dalam kawasan premis sekolah yang melibatkan orang
kenamaan, perlulah membuat surat makluman dan permohonan kepada pihak sekolah, PPD dan
JPN berdasarkan SPI yang telah dikeluarkan.

1.2.4 Guru Besar menyatakan bahawa individu yang mahu memberi sebarang sumbangan perlu
maklumkan terlebuh dahlu kepada pihak sekolah.

1.2.5 Guru Besar mencadangkan bahawa kutipan sumbangan PIBG pada tahun ini dikekalkan
sebanyak RM 100.00 dan nilaian itu akan dibahagikan mengikut kolum Kurikulum, HEM,
Kokurikulum dan PIBG.

1.2.5.1 Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan tersebut.

6

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

1.2.5 Guru Besar memaklumkan kepada mesyuarat tentang kejayaan-kejayaan SKDOJ
sepanjang tahun 2019 dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas semua
pencapaian yang dimiliki oleh SKDOJ sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-17

2.1 Pencadang : Puan Suhaila binti Saghil@Yusof
2.2 Sokongan : Puan Subashini

3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG
BERAKHIR DISEMBER 2019

3.1 Pn. Lo Mei Yuen selaku Bendahari membentangkan penyata kewangan bagi tahun lepas
yang berakhir pada 31 Disember 2019 setelah diaudit.

3.2 Pn. Lo Mei Yuen meminta semua hadirin melihat buku laporan mesyuarat agung pada
halaman 31 dan mohon disahkan.

3.3 Puan Subathi bertanya tentang jumlah sumbangan PIBG adakah mengikut seorang murid
atau satu keluarga dan adakah kutipan yang dibuat sama dengan keluarga yang ada?

3.3.1 Encik Chong Ka Foo menyatakan bahawa sumbangan PIBG adalah mengikut keluarga
dan jumlah kutipan tidak setara dengan keluarga yang menyumbang kerana ada keluarga yang
memberi sumbangan lebih dari nilaian yang sepatutnya.

3.4 Encik Chong Ka Foo meminta laporan kewangan ini disahkan.

3.2.1 Pencadang : Puan Kristin Shamini

7

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

3.2.2 Sokongan : Encik Mohd Shahazrin bin Saharudin

4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tidak terdapat perkara-perkara berbangkit yang disuarakan pada mesyuarat agung kali
ini.

5. PEMBENTANGAN USUL BERTULIS
(nama pencadang dan pengusul , dan timdakan rujuk pada lampiran)

6. PERBENTANGAN USUL SECARA LISAN

6.1 Buku Latihan Murid Tiada Skema Jawapan

6.1.1 Puan Niru menyatakan bahawa buku latihan yang dibeli di sekolah tiada jawapan
dibelakang. Ini menyukarkan ibu bapa membantu murid membuat latihan semasa di rumah.
Dicadangkan supaya sekolah menyediakan buku yang mempunyai latihan.

.6.1.2 Puan Norlia binti Hj. Ramli menyatakan bahawa semasa beliau melaksanakan pdpc,
jawapan pada buku latihan akan dikoyakkan supaya murid berusaha untuk menjawab soalan dan
berdikari. Soalan yang salah akan dibetulkan dalam kelas.

6.2 Harga Jualan Kupon Semasa Minggu Kokurikulum, Pencapaian Kurikulum, Bayaran
Sumbangan PIBG, Penggunaan QR Code

6.2.1 Puan Suhaila menyatakan bahawa perlu untuk pihak sekolah menyatakan secara tetap
nilaian kupon yang akan dijual nanti bagi mengelakkan kekeliruan.

8

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
Tindakan : PK Kokurikulum

6.2.2 Puan Suhaila menyatakan bidang kurikulum dan kokurikulum perlu seimbang dan perlu
dibuat sesuatu untuk memastikan kedua-dua bidang seiring kecemerlangannya. Beliau juga
mencadangkan supaya sumbangan PIBG pembayarannya dibuat secara atas talian bagi
mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini apabila wang diserahkan kepada anak. Beliau
juga mngucapkan tahniah atas penggunaan QR Code dalam mesyuarat agung kali ini.

Tindakan : PK Pentadbiran, Bendahari.

6.3 Tiada Guru Di Dalam Kelas

6.3.1 Encik Wan Azhar bin Wan Ahmad menyatakan bahawa guru subjek teras perlu ada guru
ganti yang boleh mengajar apabila guru berkenaan masuk ke dalam kelas

6.3.1.1 Encik Gunalan A/L Arumugam memaklumkan bahawa latihan sukan di sekolah-sekolah
negeri Selangor diadakan pada waktu pagi oleh kerana tuntutan daripada ibu bapa yang susah
untuk mengatur kenderaan anak-anak. Namun begitu, pihak sekolah sedaya upaya untuk
menempatkan guru ganti yang sesuai. Oleh kerana kekangan seperti kekurangan guru, isu ini
tidak dapat dielakkan.

Makluman

6.4 Encik Mohd Fadhlan menyatakan tentang penglibatan murid dalam sukan yang kurang
semasa acara sukan dilaksanakan. Beliau juga memohon agar tiada upacara keagamaan dibuat
semasa acara-acara rasmi selain dari pada Islam dan carta organisasi di surau perlu diperbaiki
terutamanya AJK.

6.4.1 Encik Gunalan A/L Arumugam menyatakan bahawa sukan wawasan tidak akan
melibatkan semua murid kerana melibatkan murid yang ramai dari ketiga-tiga buah sekolah.
Bacaan mentera semasa acara sukan yang lepas adalah diluar pengetahuan pihak sekolah dan
carta organisasi surau akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

9

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

Makluman
7. HAL-HAL LAIN
7.1 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019 / 2020.
7.1.1 Encik Chong Ka Foo selaku Pemangku Yang Dipertua PIBG mengumumkan
pembubaran AJK IBG Sesi 2019 / 2020.
7.2 Perlantikan Pengerusi Sementara
7.2.1 Puan Norlia Binti Haji Ramli mencadangkan Encik Hashim Wahdi bin Ahmad Shauki
dilantik sebagai pengerusi sementara untuk melantik ahli jawatankuasa PIBG yang baru.
7.2.2 Pn. Nor Hasimah Bt Mohamad (PK HEM) menyokong cadangan tersebut
7.3 Ucapan Pengerusi Sementara
7.3.1 Encik Hashim Wahdi bin Ahmad Shauki berucap sebagai pengerusi sementara.
7.4 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2020/2021
7.4.1 Pencalonan YDP PIBG
7.4.1.1 Encik Kumaran A/L Nadaraja mencadangkan Encik Mohamad Harun

10

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

7.4.1.2 Encik Danial Prasad menyokong cadangan tersebut

7.4.1.3 Encik Muhd Sahrulnizam bin Zainal Abidin mencadangkan Encik Mohd. Petra bin
Rahimi

7.4.1.4 Encik Sufian bin Mohamad menyokong cadangan tersebut

7.4.1.5 Puan Azlina mencadangkan pencalonan ditutup.

7.4.1.5 Encik Saiful Anwar menyokong cadangan ditutup.

Tindakan : Pencatat minit

7.4.2 Pencalonan NYDP PIBG

7.4.2.1 Encik Wan Azhar mencadangkan Encik Ganesan

7.4.1.4 Encik Ewan menyokong cadangan tersebut.

7.4.1.5 Encik Sansubari mencadangkan Puan Khairulbariah.

7.4.1.6 Cik Thirumangai menyokong cadangan tersebut

7.4.1.7 Encik Wan Saharuddin mencadangkan Encik Hisham

7.4.1.8 Encik Mohd Sahrulnizam menyokong cadangan tersebut.

11

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

7.4.1.9 Encik Saiful Anawar mencadangkan cadangan ditutup

7.4.1.10 Encik Anuar menyokong cadangan tersebut.

Tindakan : Pencatat minit

7.4.3 Pencalonan Setiausaha dan Bendahari PIBG

7.4.3.1 Guru Besar mencadangkan Encik Zahrul Azman Bin Selamat sebagai Setiausaha
PIBG bagi Sesi 2020 / 2021.

7.4.3.2 Semua ahli PIBG menyokong sebulat suara.

7.4.3.3 Guru Besar mencadangkan Encik Mohd Sahrulnizam bin Zainal Abidin sebagai
Bendahari PIBG Sesi 2020/ 2021.

7.4.3.4 Semua ahli PIBG menyokong sebulat suara.

Tindakan : Pencatat minit

7.4.4 Pencalonan AJK PIBG

7.4.4.1 Pemilihan dibuat di kalangan ibu bapa yang hadir dengan jumlah undian tertinggi.

7.4.4.2 Senarai AJK PIBG yang dicadangkan dan disokong bagi sesi 2019 / 2020

12

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

1. Encik Mohd Shahazrin bin Saharudin
2. Encik Muhamad Ezwan bin Muhammad@Mokhtar
3. Encik Ganesan A/L Murugan
4. Encik Sathesh Kumar A/L Narayanan
5. Encik Hisham
6. Puan Nurul Iza Bariah binti Basharudin

Tindakan : Pencatat minit

7.4.4.3 Senarai AJK Guru akan diumumkan oleh guru besar dalam mesyuarat yang akan datang.

Tindakan : Pencatat minit
7.4.5 Pencalonan Juru Audit
7.4.5.1 Encik Shaikh mencadangkan Encik Afezal Zain bin Othman
7.4.5.2 Encik Harun menyokong cadangan tersebut
7.4.5.3 Encik Muhd Sahrulnizam mencadangkan Encik Shaikh.
7.4.5.4 Encik Anuar menyokong cadangan tersebut

13

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
Tindakan : Pencatat minit

7.5 Penasihat mencadangkan untuk menambah kutipan sumbangan PIBG menjadi RM100.00.

7.5.1 Pembahagian wang RM100.00 ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu
Kecemerlangan Akademik sebanyak RM20.00, Pembangunan Sukan sebanyak RM30.00,
Keceriaan sebanyak RM20.00 dan PIBG sebanyak RM30.00. Beliau berharap ibu bapa dapat
memberikan kerjasama bagi membayar sumbangan ini untuk pembangunan sekolah.

7.5.2S Semua AJK dan ibu bapa bersetuju dengan cadangan tersebut.

Tindakan : Bendahari

8. UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Encik Mohd Petra bin Rahimi mengucapkan terima kasih atas perlantikan dan perlukan
bantuan semua AJK.

8.2 Beliau memperkenalkan AJK yang baru.

8.3 Beliau menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 pada jam 12.09 tengah hari.

14

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

Pencatat minit 1 : Pencatat minit 2 : Pencatat minit 3 :

……………………….. ……………………… ……………………………….

(THIRUMANGAI A/P RAJENDRAN) (ROSNANI BINTI MUHAMAD) (DAYANG NOR HAFFIZAH BINTI MOHD ZAINI

Disediakan oleh :

………………………………………

(ZAHRUL AZMAN B SELAMAT)
Setiausaha PIBG
SK Dato’ Onn Jaafar

Disemak, Disahkan,

……..…………………………. …………………………….

(MOHD PETRA BIN RAHMI) (NORLIA BT HJ. RAMLI)
YDP PIBG, Guru Besar,
SK Dato’ Onn Jaafar SK Dato’ Onn Jaafar

(TANDATANGAN TERDAPAT DI MINIT YANG ASAL)
15

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

PENYATA
KEWANGAN

Berakhir
31 Disember 2020/
26 Oktober 2021

16

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

17

18

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

PENASIHAT PN. NORLIA BT HAJI RAMLI
YANG DIPERTUA
NAIB YANG DIPERTUA 1.
SETIAUSAHA 2.
BENDAHARI 3.
4.
AJK IBU BAPA 5.
1.
AJK GURU 2.
3.
JURU AUDIT (IBU BAPA) 4.
JURU AUDIT (GURU) 5.

19

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

USUL DAN CADANGAN

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

20

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

FUNGSI JAWATANKUASA PIBG

Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan
atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang
ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-
peraturan yang dibuat di bawahnya.

a) Yang Di-Pertua

i) Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.

ii) Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah
diluluskan.

iii) Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan bahawa peruntukan
Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan.

iv) Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang Di-
Pertua.

v) Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan
persetujuan Guru Besar atau Pengetua.

vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.

vii) Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.

viii) Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar
atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan.

b) Naib Yang Di-Pertua

i) Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertua.
ii) Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.

c) Setiausaha

i) Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.
ii) Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

21

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

iii) Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat

Agung Tahunan.

iv) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-
minit yang bersangkutan dengannya.

v) Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada
Pendaftar atau Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang
berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan.

vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.

d) Bendahari

i) Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan
menyimpan kira- kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira kewangan (1 Januari hingga 31
Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira
yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan
penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada
Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan.

ii) Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan
atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

iii) Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan pada
sesuatu masa.

iv) Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-
lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan kreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang
sama.

v) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.

vi) Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan dan akaun sentiasa berbaki
kredit.

Lain-lain jawatan

Penasihat Persatuan

a) Guru Besar atau Pengetua Sekolah

adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan
Persatuan. Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut;

22

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

i) menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung

Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;

ii) mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan
menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-
mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-
dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah;

iii) berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk
kepentingan anggota Persatuan;

iv) meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;

v) memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan Sekolah dan akademik
serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat persatuan;

vi) memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;

vii) memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak
membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan
viii) menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri majlis anjuran Persatuan dilayan
mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.

b) Juru Audit Dalaman

i) Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak
menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada mesyuarat Agung Tahunan.

ii) Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut:

a) mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan

b) menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.

23

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

SEKALUNG PENGHARGAAN

Guru Besar, Yang Dipertua PIBG, guru-guru dan
seluruh warga SK Dato` Onn Jaafar merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-17 ini.

Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang
berjaya memperolehi keputusan 6A dalam UPSR.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk kejayaan di
masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

24

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

CATATAN

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

25

SK DATO` ONN JAAFAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

26

Click to View FlipBook Version