The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL 2 iINTEGRASI STEM DALAM KOKO 2022-2024 - Copy

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-40173447, 2022-03-27 22:49:54

MODUL 2 iINTEGRASI STEM DALAM KOKO 2022-2024 - Copy

MODUL 2 iINTEGRASI STEM DALAM KOKO 2022-2024 - Copy

SMK SUNGKAI JLN PEKAN LAMA,35600
SUNGKAI PERAK

MODUL 2
(SUB MODUL -PERKARA 6 :REKACIPTA &
INOVASI STEM MODUL 1)/PROJEK BASED

LEARNING
INTEGRASI

-STEM-

1

DALAM PERSATUAN

1.0 PENGENALAN

Pendidikan STEM adalah pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran yang
mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan
kurikulum. Pendidikan STEM juga boleh dilaksanakan secara bukan formal melalui aktiviti

koakademik dan kokurikulum. Pendidikan STEM boleh menyumbang ke arah

melahirkan masyarakat yang mempunyai literasi STEM serta membekalkan tenaga kerja
STEM berkemahiran tinggi yang dapat menyumbang kepada inovasi baharu.

2.0 OBJEKTIF
Modul ini dibina bagi memandu dan membantu guru serta murid memahami kandungan
yang terkandung dalam kelab persatuan disamping dapat mentaksir murid untuk
mengetahui keberkesanan pengajaran dan kemenjadian.Modul ini juga membantu murid
dalam memperolehi ‘8’ markah sebagai peserta apabila berjaya atau berupaya menjawab /
menghasilkan projek dalam kandungan modul unit kelab persatuan di peringkat sekolah.

3.0 TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : Sepanjang Tahun
Tempat : SMK Sungkai / Online & Offline
Masa : Mengikut ketetapan di dalam takwim kokurikulum
Peserta : Semua murid arus perdana (Unit Kelab Persatuan)

4.0 AJK PELAKSANAAN

Pengerusi : Cik Noreha binti Yusop

S/U Kokurikulum : Pn.Nazrah binti Omar

Pen.Setiausaha : Pn.Syahirah binti Sabran

Penyelaras : GK Sains Matematik &Penyelaras Unit Kelab dan Persatuan

AJK / Pelaksana : Guru Sains SMK Sungkai & Semua guru penasihat Kelab

Persatuan

5.0 PELAKSANAAN /AKTIVITI
5.1 Aktiviti mengikut modul

2

6.0 ANGGARAN KEWANGAN
Sumber kewangan adalah dari kutipan/yuran ahli mengikut unit dan BKK dan PIBG.
Sumber dari BKK seperti berikut

Bil Perihal barang Kuantiti Harga/unit RM
Rm 50.00 250.00
1 Set sijil (100pcs) 5 Rm 14.50
72.50
2 Kertas A4 5 322.50

Jumlah

Lain-lain :
Mengikut kos projek

7.0 PENUTUP
Adalah diharapkan modul ini dapat dijalankan dalam keadaan menyeronokkan dan
mempunyai input yang baik serta menyumbang terhadap pembentukan insan yang
berketrampilan dan harmonis dari segi jasmani,emosi ,rohani dan intelek.

Disediakan oleh, Disemak Oleh, Disahkan oleh,

…………………. …………………………… ……………………
NAZRAH BINTI OMAR CIK NOREHA BINTI YUSOP PN HJH SITI KHADIJAH BINTI NGOSMAN
S/U KOKURIKULUM
SMK SUNGKAI PK KOKURIKULUM PENGETUA
SMK SUNGKAI SMK SUNGKAI

3

UNIT KOKURIKULUM ARUS PERDANA
SMK SUNGKAI
35600, SUNGKAI
PERAK

MODUL AKTIVITI / PERJUMPAAN

TEMA Pengurusan Kelab Persatuan SASARAN Semua ahli kelab
TAJUK TARIKH
AKTIVTI Mesyuarat Agung Kelab Sukan
MINGGU 1.0 Organisasi
2.0 Bidang tugas jawatankuasa
OBJEKTIF
KAEDAH Perjumpaan 1 TEMPOH 1 Jam
MEDIUM
BAHAN Pada akhir aktiviti / perjumpaan, pelajar dapat:
1. Menubuhkan jawatankuasa kelab sukan/permainan sesi
AKTIVITI
________________
2. Mengendalikan mesyuarat agung kelab dengan baik dan tersusun.
3. Merancang aktiviti tahunan kelab.

Simulasi, Coaching

 Bersemuka
 Google meet

 Telegram/ Whatapps

Google form, slide powerpoint

Langkah aktiviti:
1. Pengerusi kelab mengendalikan pemilihan JK kelab dengan
bimbingan guru.
2. Pelajar mencadang dan meyokong calon jawatankuasa kelab
melalui google meet.
3. Jawatankuasa kelab mengedar google form kepada ahli kelab
melalui group telegram.
4. Jawatankuasa kelab baharu diperkenalkan kepada ahli melalui
google meet / telegram.
5. Jawatankuasa kelab baharu membincangkan cadangan aktiviti
untuk takwim perjumpaan unit.
6. Ucapan pengerusi kelab dan JK kelab sebagai penutup
perjumpaan.
7. Hebahan carta organisasi kelab sukan/permainan baharu melalui
group telegram.
8. Setiausaha menyediakan laporan lengkap aktiviti.

PENTAKSIRAN Minit mesyuarat agung kelab / laporan perjumpaan

4

UNIT KOKURIKULUM ARUS PERDANA
SMK SUNGKAI
35600, SUNGKAI
PERAK

MODUL AKTIVITI / PERJUMPAAN

TEMA Pengurusan Kelab Persatuan SASARAN Semua ahli kelab
TAJUK Rekacipta dan Inovasi “STEM” TARIKH
AKTIVTI
MINGGU 1.0 Toddler Stem Activities

OBJEKTIF Perjumpaan 2 / 3 /4 TEMPOH 1 Jam

Pada akhir aktiviti / perjumpaan, pelajar dapat:
1.Menghasilkan 1 produk berunsurkan stem

KAEDAH Demonstrasi/ projek

MEDIUM  Bersemuka
BAHAN  Google meet
 Telegram/ Whatapps
Tepung gandum,Garam halus ,Pewarna makanan

AKTIVITI Langkah seperti lampiran

PENTAKSIRAN Laporan perjumpaan

5

KELAB PERSATUAN PERKARA MASA
1 JAM
6. REKACIPTA DAN INOVASI (3minggu)

-STEM-

Toddler stem activities”

ANGGARAN KOS BAHAN BAGI 40 MURID :

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN JUMLAH
HARGA

1 TEPUNG GANDUM 1KG RM 3.00 RM 3.00

2 GARAM HALUS 1 PAKET RM 1.50 RM 1.50

3 PEWARNA MAKANAN 2 BOTOL RM 2.50 RM 5.00

JUMLAH RM 9.50

*Sumber kewangan -Unit Persatuan(Kutipan Yuran)

PELAKSANAAN AKTIVITI

Aktiviti Rekacipta dan inovasi yang boleh dijalankan ialah:

1.Projek 1 : Toddler stem activities”-Play Doh (JURUPANDU UNIT STEM)

“Andai diperhatikan secara dekat, permainan yang kerap menjadi pilihan kanak-kanak sejak usia bayi

biasanya memberi impak terhadap cara mereka mengekspresikan imaginasi. Itu antara sebab
mengapa kita sentiasa komited untuk menghasilkan permainan untuk pembelajaran kanak-kanak,” .

Pengarah Pendidikan Awal Kanak-kanak Fisher Price, Dr Deborah Weber.

Cara Buat Playdoh Paling Mudah. Hasilnya Lembut & Tahan Hingga 3 Bulan

Bahan-bahan

 1 cawan tepung gandum
 1/4 cawan garam halus
 Sedikit minyak masak @ minyak zaitun
 3-5 titis pewarna makanan
 1/4 cawan air

Cara-cara Membuatnya

1. Campurkan tepung gandum dan garam.
2. Campurkan air, minyak dan beberapa titis pewarna makanan.

3. Uli semua bahan sehingga mendapat doh yang lembut dan tak melekit.
4. Ulang langkah tadi untuk warna yang lain pula.

*Guru penasihat perlu merekod video/gambar aktiviti dan hasil sebagai evidense

*Alat tekap bentuk boleh di bawa dari rumah

6

UNIT KOKURIKULUM ARUS PERDANA
SMK SUNGKAI
35600, SUNGKAI
PERAK

MODUL AKTIVITI / PERJUMPAAN

TEMA Pengurusan Kelab Persatuan SASARAN Semua ahli kelab
TAJUK 1. Roket Air TARIKH
AKTIVTI Perjumpaan 5 / 6 / 7 TEMPOH 1 Jam
MINGGU
OBJEKTIF Pada akhir aktiviti / perjumpaan, pelajar dapat:
KAEDAH 1.Menghasilkan roket air menggunakan bahan terbuang dan lain-lain.

MEDIUM Projek / Amali

BAHAN  Bersemuka
 Telegram/ Whatapps
 Google meet

Bahan terbuang, bahan seperti lampiran
Langkah aktiviti seperti lampiran

AKTIVITI

PENTAKSIRAN Laporan

7

KELAB PERSATUAN PERKARA MASA
1 JAM
6. REKACIPTA DAN INOVASI (3minggu)

-STEM-

“Roket Air”

ANGGARAN KOS BAHAN : KUANTITI ANGGARAN JUMLAH
*Sumber kewangan -BKK HARGA

BIL PERKARA 15 RM 0.80 RM 12.00

1 PITA PELEKAT 10 RM 2.80 RM 28.00
2 GAM GAJAH
3 KERTAS TEBAL  Kertas tebal bahan terbuang
4 PLASTISIN
5 BENANG 10 kotak RM 1.60 RM 16.00

JUMLAH 5 gulung RM 1.20 RM 6.00

RM 62.00

PELAKSANAAN AKTIVITI

Aktiviti Rekacipta dan inovasi yang boleh dijalankan ialah:

Projek 2: Roket Air (JURUPANDU UNIT STEM)

PENGENALAN
Dalam kehidupan kita , sememangnya banyak melibatkan fizik. Samada kita sedari atau
tidak aplikasi fizik, selalu kita gunakan dalam kehidupan seharian. Bagi mengambarkan
keadaan ini dan memberi idea kepada pelajar-pelajar yang fizik adalah menyeronokkan dan
menarik, memilih untuk membina model roket air yang akan dilancarkan ke sasaran. Ianya
boleh direka bentuk dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di sekeliling
kita. Ianya akan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan di luar jangkaan. Apabila kaedah
serta cara-cara membuatnya diterangkan, semua ini akan dapat membantu pelajar membina
dan melihat sendiri hasil kerja mereka. Proses penghasilan model ini akan mendedahkan
pelajar secara ’hands on’ yang mana memerlukan mereka menggabungkan beberapa
prinsip fizik dalam penghasilan model roket air ini. Kejayaan menghasilkan model ini, pasti
dapat memupuk dan menarik minat pelajar tentang fizik dan menanam gambaran bahawa
fizik adalah menyeronokkan dan menarik. Pendedahan dan menjalinkaitkan yang fizik boleh
di dapati di mana-mana sahaja seperti dalam kenderaan, di dapur, dalam tandas, taman
permainan, keretapi, laut dan lain-lain lagi. Secara dasarnya fizik sentiasa di sekeliling kita.

*Dr.Suriani binti Abu Bakar

8

TEORI
Roket bekerja berdasarkan prinsip keabadian momentum. Udara yang dikeluarkan
dibelakang roket menghasilkan satu momentum ke arah belakang. Hal ini memberikan satu
momentum pada roket pada magnitud yang sama, tetapi dalam arah berlawanan yang
menyebabkan roket meluncur ke hadapan. Roket yang bergerak kehadapan mempunyai
magnitud momentum yang setara dengan momentum udara (gas) dari belakang roket, iaitu
untuk mengimbangkan jumlah momentum yang mula-mulanya sifar . Belon yang diisi
dengan gas (udara) sehingga besar, kemudian dilepaskan, konsepnya sama dengan
aplikasi pelancaran roket . Pembinaan roket air memerlukan gabungan beberapa prinsip
fizik. Dari segi bentuk rekaan, roket air di hadapannya dibentuk meruncing atau tajam bagi
mengurangkan rintangan angin (geseran – daya seretan), untuk membolehkan roket
meluncur lebih jauh menepati sasaran. Reka bentuk sayap juga memerlukan aplikasi prinsip
fizik bagi menberi kestabilan kepada roket semasa dilancarkan. Di sini aplikasi prinsip
Bernoulli diguna pakai yang mana digabung dengan bentuk aerofoil. Prinsip Bernoulli
menyatakan bahawa kawasan bendalir yang bergerak dengan halaju tinggi akan
menghasilkan tekanan yang lebih rendah. Reka bentuk roket dan pembentukkan sayap
pada roket akan mengaplikasikan prinsip Bernoulli ini, yang akan mewujudkan dua keadaan
tekanan yang berbeza. Perbezaan tekanan ini akan menghasilkan satu daya angkat ke atas,
yang akan membantu roket air terbang dan bergerak lebih jauh.Terdapat pelbagai konsep
dan aplikasi sains yang perlu difahami dan diadaptasi terlebih dahulu oleh pelajar sebelum
menghasilkan dan melancarkan roket air. Pelancaran roket air ini melibatkan gabungan
prinsip fizik seperti tekanan dalam gas dan tekanan dalam cecair. Pelancaran roket
menggunakan alat pelancar roket air yang berasaskan kombinasi tekanan air dan udara
sahaja. Proses pelancaran roket di mulai dengan, kita mengepam udara (guna pam tayar
basikal). Udara tersebut akan bergerak masuk ke dalam botol yang mengandungi air.
Molekul-molekul gas itu (udara) akan berlanggaran dengan molekul-molekul air yang ada di
dalam botol. Molekul-molekul gas akan memberi tekanan pada molekul-molekul air, yang
akan menyebabkan kedua-dua molekul gas dan air akan melanggar dinding bekas.
Hentaman dinding bekas dan perubahan momentum akan menghasilkan daya impuls. Daya
yang bertindak ke atas luas dinding botol, akan menghasilkan tekanan gas dan cecair dalam
bekas. Tekanan gas boleh dinaikkan dengan cara mengurangkan isi padu dan menambah
bilangan zarah-zarah gas ( dengan mengepam lebih udara masuk). Molekul-molekul gas
yang berlanggaran dengan dinding bekas botol, akan menyebabkan molekul tersebut dipatul
balik dengan momentum negatif menunjukkan arah yang berlawanan. Ini akan mewujudkan
satu perubahan momentum iaitu impuls. Jika perlanggaran berlaku pada masa yang singkat,

9

daya impuls adalah tinggi. Daya impuls bertindak pada luas yang kecil. Maka, terhasil
tekanan. Momentum negatif yang terhasil akan menyebabkan roket air, meluncur ke
hadapan dengan lajunya. Ianya selaras dengan prinsip keabadian momentum yang
menyatakan apabila satu momentum terhasil (momentum negatif) ke belakang roket, maka
satu lagi momentum ke hadapan akan terhasil (daya tujahan) pada magnitud yang sama.
BAHAN-BAHAN
1. 2 biji botol air 1.5 L
2. Satu gulung pita pelekat
3. Sebotol kecil gam
4. Gunting
5. Pisau
6. Pensil
7. Kertas tebal (Kertas kotak)
8. Plastisin
9. Benang
10. Pen (Marker pen)
11. Pembaris
12. Benang
KAEDAH MEMBUAT ROKET AIR

1. Potong satu botol air (1.5 L), ⅓ daripada bahagian atas, seperti gambar di bawah

2. Masukkan plastisin ke dalam bahagian atas botol yang dipotong sehingga menutup
lubang botol tersebut. Kemudian ambil pelekat, untuk menutup lubang botol dan membentuk ianya seperti
muncung yang tajam. Plastisin digunakan sebagai pemberat. Ini
semua bertujuan untuk melancarkan pergerakan roket merintangi angin ketika dilancarkan.

10

3. Kemudian ambil bahagian atas botol yang telah siap dimasukkan plastisin dan cantumkan dengan botol air
(1.5 L), yang satu lagi itu pada bahagian bawah botol tersebut.

4. Gunakan pita pelekat untuk mencantum kedua-dua bahagian botol.

5. Guna pisau atau gunting untuk memotong kertas tebal, yang hendak dijadikan sayap.Buatkan 3 keping sayap
mengikut bentuk yang bersesuaian.

11

6. Bahagian tepi sayap dibelah dua (0.5 cm) untuk tujuan pelekatan.

7. Ambil benang dan sukat ukur lilit botol (pada bahagian pelekatan sayap)

8. Benang dibahagi 3 bahagian dan ditanda dengan pen.
9. Gunakan benang yang telah ditanda, untuk menanda 3 tempat pada bahagian bawah

botol sebagai tempat pelekatan sayap.

12

10.Lekatkan sayap pada bahagian botol yang telah ditanda dengan menggunakan gam.

11.Roket telah siap dan boleh dilancarkan.

Sebelum melancarkan roket air ini, sasaran untuk pergerakan roket ini lebih kurang seratus
meter. Apabila dilancarkan, tanpa di duga, roket air yang serba ringkas ini mampu mencapai
jarak lebih kurang satu ratus lima puluh meter. Ianya sudah tersasar jauh daripada sasaran
sebenarnya. Saya rasa jika diperkemaskan lagi reka bentuk roket air ini, ianya mungkin
mampu bergerak lebih jauh. Roket air tersasar jauh di sebabkan, kemungkinan tekanan
yang diberi terlalu kuat.Tekanan dari pam basikal dan tekanan yang terhasil dari proses
mengepam gas (udara) serta cecair (air) , tidak diketahui kandungan sebenar kerana tiada
alat ukuran tekanan digunakan. Air yang dimasukkan dalam roket juga tidak disukat secara
teliti. Unsur-unsur yang disebut ini, boleh mempengaruhi dan menentukan jarak pergerakan
sesuatu roket air itu. Pelancaran roket air boleh juga dibuat dalam keadaan menegak ke
atas. Keadaan ini biasanya dilakukan untuk melancarkan payung terjun. Pelancaran roket
air bersama payung terjun akan memberi lebih peluang kepada pelajar menunjukkan
kreativiti dan inovasi dalam mereka bentuk roket air dan juga payung terjun. Ianya boleh
dikaitkan dengan banyak lagi prinsip-prinsip fizik seperti daya tarikan graviti, rintangan udara
dan sebagainya.
*Rekodkan ujian Gerakan roket murid

13

UNIT KOKURIKULUM ARUS PERDANA
SMK SUNGKAI
35600, SUNGKAI
PERAK

MODUL AKTIVITI / PERJUMPAAN

TEMA Pengurusan Kelab Persatuan SASARAN Semua ahli kelab
TAJUK 1.0 Ketulan sabun TARIKH
AKTIVTI Perjumpaan 8 / 9 /10 TEMPOH 1 Jam
MINGGU
Pada akhir aktiviti / perjumpaan, pelajar dapat:
OBJEKTIF 1.Menghasilkan ketulan sabun menggunakan bahan yang dilampirkan
/dinyatakan oleh guru penasihat.
KAEDAH
Projek / Amali
MEDIUM
 Bersemuka
BAHAN  Telegram/ Whatapps
 Google meet

Bahan seperti lampiran
Langkah aktiviti seperti lampiran

AKTIVITI

PENTAKSIRAN Laporan

14

KELAB PERSATUAN PERKARA MASA
1 JAM
6. REKACIPTA DAN INOVASI (3minggu)

-STEM-

“Ketulan sabun”

ANGGARAN KOS BAHAN : KUANTITI ANGGARAN JUMLAH
*Sumber kewangan -BKK HARGA RM 17.00
1000g RM 17.00 RM 17.50
BIL PERKARA 5 PAKET RM 3.50 RM 24.00
2 PAKET RM 12.00 RM24.50
1 GLISERIN 15 (3PCSX4.90) RM4.90 RM8.49
2 KULIT KAYU MANIS RM 8.49 RM 16.00
4 OAT 1 RM 16.00 RM 60.00
5 LEMON 1 RM 6.00 RM 167.49
6 KOPI 120G 10
7 BERAS 1KG 15
8 ACUAN GETAH

JUMLAH

PELAKSANAAN AKTIVITI

Aktiviti Rekacipta dan inovasi yang boleh dijalankan ialah:

1.Projek 3: Sabun (JURUPANDU UNIT STEM & Guru Sains)

Bahan:

- Hirisan kulit lemon
- Kulit kayu manis
- Oat
- Serbuk kopi
- Beras
- Jintan
- Daun pandan
- Gliserin

- Acuan getah

Cara :
1. Panaskan gliserin menggunakan kaedah pemanasan berlapis.
2. Tumbuk bahan-bahan kasar atau kisar hingga halus.
3. Taburkan bahan mengikut jenis dalam acuan.
4. Selepas gliserin mencair sekata, tuang sedikit dalam acuan.
5. Tabur bahan sama di bahagian tengah.
6. Penuhkan acuan dengan cecair gliserin.
7. Biarkan sejuk pada suhu bilik.

*rekodkan evidense
*Olahan bahan boleh ditentukan oleh Guru Sains dan Guru penasihat STEM

16

UNIT KOKURIKULUM ARUS PERDANA
SMK SUNGKAI
35600, SUNGKAI
PERAK

MODUL AKTIVITI / PERJUMPAAN

TEMA Pengurusan Kelab Persatuan SASARAN Semua ahli kelab
TAJUK
AKTIVTI 1.0 Bicara berirama bertemakan sains TARIKH
MINGGU
Perjumpaan 11 / 12 /13 TEMPOH 1 Jam
OBJEKTIF
Pada akhir aktiviti / perjumpaan, pelajar dapat:
KAEDAH 1.Memahami konsep berirama
2.Menjalankan aktiviti bicara berirama dengan tertib
MEDIUM
Simulasi, Coaching
BAHAN
 Bersemuka
 Telegram/ Whatapps
 Google meet

Bahan seperti lampiran
Langkah aktiviti seperti lampiran

AKTIVITI

PENTAKSIRAN Laporan

17

KELAB PERSATUAN PERKARA MASA
-STEM- 1 JAM
(3minggu)
Bicara Berirama

Bertopikkan sains

ANGGARAN KOS BAHAN : KUANTITI ANGGARAN JUMLAH
*Sumber kewangan -BKK /PIBG HARGA
1 RM 50.00
BIL PERKARA RM50.00
3 RM300.00
1 SET SIJIL (100PCS) 20 RM 100.00 RM 1000.00
2 HADIAH UTAMA 1 RM 50.00 RM 50.00
3 SAGUHATI RM50.00 RM 1400.00
4 BANNER

JUMLAH

PELAKSANAAN AKTIVITI

1.Bicara Berirama :
(JURUPANDU UNIT BAHASA MELAYU,BAHASA INGGERIS,B.TAMIL)

KONSEP BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH SMK SUNGKAI

1.0 PENDAHULUAN

Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa
puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara
tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens.
Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang
bertindak sebagai konduktor.

Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan
mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai
intonasi suara seperti suara-suara halus ,garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan
seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. suara individu boleh digunakan
sebagai suara solo.

2.0 OBJEKTIF

Bicara Berirama perlu diadakan bagi meningkatkan keupayaan murid SMK Sungkai dalam
berkomunikasi,keyakinan diri dan kebolehan dalam persembahan bagi mewujudkan aura
keseronokan di sekolah.

3.0 SYARAT&SYARAT
1. Semua unit kelab persatuan SMK Sungkai

18

2. Persembahan dihadkan dalam 12-15 minit sahaja
3. Setiap kumpulan mestilah terdiri dari 21 murid termasuk konduktor.Semua unit

diwajibkan bertanding

4. Teks /skrip dikarang mesti bertemakan STEM

5. Peserta tidak dibenarkan melihat skrip Ketika pertandingan
6. Susunan di atas pentas adalah bebas dan perlu mengikut SOP

4.0 CADANGAN TANGGUNGJAWAB CATATAN
BIL PERKARA
Guru Unit Bahasa 1.Memberi taklimat dan tunjuk cara
1 Taklimat Tatacara Bicara Melayu,Inggeris ,Tamil kepada guru dan murid dalam tempoh
berirama kepada guru dan murid masa 1 jam

2.bahan powerpoint ,dll

2 Penyediaan skrip Guru Unit Stem 3.memilih hakim untuk pertandingan
bicara berirama.
1.Menyediakan teks/skrip untuk setiap
unit

3 Semakan skrip Guru Bahasa 2.teks bertemakan STEM
3 Pemilihan peserta melayu,inggeris 1.menyemak skrip mengikut
Semua guru penasihat tema,tiada isu sensitiviti,dll
4 Persediaan tempat dan Unit Kelab dan 1.memilih 21 peserta termasuk
kebersihan konduktor
Persatuan
5 Sound sistem dan rakaman 2.melatih peserta dengan peruntukan
aktiviti Unit Kelab Pecinta Alam minimum masa 2 minggu sebelum
pertandingan
Unit Pendidikan Islam 1.Menyediakan tempat bersesuaian
dengan memastikan SOP
1.Memastikan alatan suara
berkeadaan sempurna ketika
pertandingan

6 Hadiah dan sijil Unit kerjaya,pengguna 2.merakamkan aktiviti bagi tujuan
7 Disiplin dan koperasi evidence,laporan
1.mencari penaja pertandingan
Unit Rukunegara
2.menyediakan hadiah pertandingan
mengikut kos pertandingan
1.memastikan disiplin murid terkawal

*Modul ini adalah asas kepada pembinaan kertas kerja pada masa akan datang mengikut subtopik yang
dikehendaki.

4.0 KESIMPULAN
Diharapkan modul ini berjaya memberi pendedahan STEM kepada murid arus perdana
SMK Sungkai dengan melaksanakan pembelajaran di luar bilik darjah melalui aktiviti
Kokurikulum.

19


Click to View FlipBook Version