The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Persatuan Komunikasi UUM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norsyahira zainuddin, 2020-06-30 04:01:59

E-Buletin 2020

Persatuan Komunikasi UUM

E-BULETIN

PERSATUAN KOMUNIKASI

MAC - JUN 2020
EDISI KE-3

Universiti Pengurusan Terkemuka

UUM

KANDUNGAN

Muka Hadapan Berita Semasa

01 11

Sidang Pengarang Kalender

03 12

Artikel Utama Lensa

05 13

Ruangan Kreatif Ruangan Iklan

07 14

sidang pengarang

KETUA PENGARANG :
NORSYAHIRA BINTI ZAINUDDIN

PENASIHAT PENGARANG :
WAN ATHIRAH 'AINA BINTI WAN

AZARIN

KETUA EDITOR :
SITI NUR IFFAH BINTI MARZUKI

SETIAUSAHA :
ASMARIPUTRI GEBYASKA

PEREKA DAN PENYUNTING :
NUR SYAZWANI BINTI AZIZ

Ucapan Mesra Santai

BISSMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Assalamualaikum w.b.t
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ahli E-Buletin PERKOM kerana sudah berjaya menerbitkan
E-Buletin bagi edisi 2020.
Di sini juga saya ingin merakamkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi
kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk berbicara di
ruangan ini.
Jika dulu, apabila kita dengar nama UUM, sudah pasti gambaran yang pertama yang bermain-
main di fikiran kita ialah kehebatan dan kualiti graduan yang lahir dari varsity tersebut. Hari ini,
percayalah semua yang memimpin PERKOM dan memegang jawatan dalam PERKOM, hari
esok kalian pasti akan menjadi seorang pemimpin dikalangan masyarakat, organisasi dan
negeri malah mungkin juga di peringkat Negara kelak.
Ketahuilah semua, PERKOM bukan sahaja medan untuk kita bertukar-tukar pendapat dan
pandangan tegtang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kursus dan bidang pengajian
di UUM semata-mata tetapi PERKOM menyediakan anda semua satu lapangan dan
bentangan luas sumber ilmu tentang kehidupan dan pengurusan hidup yang sukar untuk
anda lupakan dalam hidup anda semua.
Pesanan akhir saya, rancanglah dan lakukanlah apa jua perancangan yang baik natijahnya
untuk PERKOM UUM akan datang. Saya merakamkan setinggi-tinggi oenghargaan kepada
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan penerbitan E-
Buletin PERKOM kali ini.
Sekian Terima Kasih.

Dr Mohd Zuwairi bin Mat Saad
Penasihat Persatuan Komunikasi.

Artikel Utama : Kejayaan dua Pelajar Persatuan
Komunikasi Universiti Utara Malaysia (PERKOM)

dalam mengikuti Program Short Term Study of
Intercultural Communication di Unib.

Dua mahasiswa Universiti Utara Malaysia, Zahin Izhar dan
Mohamad Halish Syakeer telah mengikuti program Short Term

Study yang diuruskan oleh Jurusan Komunikasi .

Mereka telah mengikuti
semua kegiatan yang
telah disediakan oleh
Jurusan Ilmu
Komunikasi seperti

mengikuti pembelajaran
dengan topik

"Menelusuri Ikatan
Masyarakat Melayu di
Malaysia - Sumatera"
dan "Traktat London

dan Dampak
permisahan masyarakat

Melayu Indonesia -
Malaysia"

Ketua Jurusan Ilmu Komunikasi, Dr Lisa Adrianti
mengatakan bahawa ini adalah salah satu implementasi
kerjasama kami setelah penandatanganan kesepakatan
kerjasama yang telah dilakukan beberapa bulan lalu di

Universiti Utara Malaysia

Penerimaan Sumbangan
Buku

Dalam usaha menyokong pembinaan Perpustakaan Mini sempena
program Misi Sukarelawan TVOM, Persatuan Komunikasi

(PERKOM) telah menerima sumbangan buku dalam kategori
fiksyen dan bukan fiksyen daripada Dewan Bahasa dan Pustaka

Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia.
Jawatankuasa program mengucapkan setinggi penghargaan dan
terima kasih atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan ‘right

volunteer for the right job’.

@semasa TVOM
#PERKOMUUM

Ruangan Kreatif

MUTIARA KATA

REDHA - Nur Fatihah B SYUKUR - Mohamad Syukri
Ikhlas menerima kesalahan, Dan A Mengeluh hanya akan membuat hidup
belajar dari, Setiap kesalahan akan, H
A kita semakin tertekan, sedangkan
Menjadikanmu kuat, Dalam S bersyukur akan sentiasa membawa
menjalankan kehidupan. A
M kita pada jalan kemudahan
NIKMAT ALLAH - Ahmad Nizar Azham E
Betapa banyak nikmat Allah yang telah L SAHABAT - Mohd Faizat
kita lupakan, UjianNya yang sedikit itu A Sahabat yang setia bagai pewangi,
Y
yang kita rungsingkan. Dimanakah U Yang mengharumkan,
syurga kita ? Sedangkan ujian juga tanda Sahabat sejati menjadi Pendorong impian

kasih dan sayang Allah pada kita Sahabat berhati mulia membawa,
Kita ke jalan Allah
BAHAGIA DAN DERITA - Faiq Waibie
Hidup adalah gabungan antara TIGA SIFAT MANUSIA YANG
MERUSAK - Nur Ain Azmira
bahagia dan derita, ia adalah menguji Tiga sifat manusia yang merusak
keteguhan iman seseorang. Malang adalah kikir yang dituruti, hawa
bagi mereka yang hanya mengikut nafsu yang diikuti serta sifat
kehendak hati tapi tidak sanggup mengagumi diri sendiri yang

menerima penderitaan berlebihan

TIADA YANG SEMPURNA - Nur Syakila KEBAIKAN - Juni Harissa
Sesungguhnya manusia tiada sempurna, Allah tidak memberati seseorang
melainkan apa yang terdaya olehnya, Ia
Bijak kerana belajar penuh usaha, mendapat pahala kebaikan yang
Berani kerana bilang rasa takut dijiwa, diusahakannya dan ia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakan
Matang kerana masalah yang kian
mendatang, Kuat kerana faham betapa olehnya

sulitnya perit kehidupan KEMANISAN IMAN - Amira Aqilah
Jadikan Ramadan ini, Titik balik dalam
KEBAIKAN - Norzulaikha
Seseorang yang membaca, Tasbih hidupmu, Bebaskan diri dari tipuan,
sebanyak 100 Kali, Maka dituliskan Dunia dan manjakan diri dalam
kemanisan iman
baginya seribu, Kebaikan atau
dihapuskan, Baginya seluruh dosa

Sumber : Pelajar Persatuan Komunikasi UUM

PERKOM PUISI
POSITIF KOMUNIKASI

Nur Alissa - Masa lalu tidak akan bisa Komunikasi .
diubah, masa depan belum terjadi. Hari kau datang membawa kemudahan bagi
ini adalah bahagian dari masa depan. dunia. Kau bisa melampau jarak dekat
mahupun jauh. Tempat ke tempat. Dari kota
Maka pastikan hari ini kita mulakan,
mengisi dan mengakhirinya dengan hal ke kota dan dari negara ke negara.
terbaik yang boleh kita lakukan sehingga
harapan akan masa depan yang lebih Oh Komunikasi .
Dunia sangat berterima kasih kepadamu.
baik selalu terbuka luas. Informasi dalam dunia ini tak akan pernah
berhenti. Kehidupan -kehidupan yang nyata
Nurul Hanis - Untuk mendapatkan selalu berbaur dengan informasi. Hidup
sesuatu yang kau inginkan, kau harus
bersabar dengan sesuatu yang kau benci. yang begitu mewah.

Ariff Fadilah - Air mata adalah doa ketika Dilihat dengan hadirnya ribuan teknologi.
kau tidak mampu berbicara. Banyaknya usaha seseorang untuk melatih

Zuriesya - Selalu ada harapan bagi diri. Menunjukkan betapa inginnya
mereka yang sering berdoa. Selalu ada mendapat informasi.
jalan bagi mereka yang sering berusaha.
Segala sesuatu tentang informasi telah
Nurul Izzati - Jangan takut jatuh, kerana menjadi nyanyian dalam jiwa. Begitu kuat
yang tidak pernah memanjatlah yang mereka mengolah kreativiti agar timbul
tidak pernah jatuh.
inspirasi.
Syahira - Orang yang hebat adalah orang
yang bersedih tapi tetap berusaha Komunikasi .
membahagiakan orang lain Engkau diperlukan
Menghubungkan dari orang ke orang
Manfaat sepanjang zaman.

ULASAN DARI SHAHRIL ILMAN -PELAJAR PERSATUAN
BUKU KOMUNIKASI UUM

Amirah Hanim - Pelajar Persatuan Komunikasi UUM

Anak Mat Lela Gila - Ishak Haji Muhammad @ Pak Sako
Novel ini mengandungi banyak maksud tersirat. Antaranya:
1. Golongan lelaki sering menyalahi golongan wanita kerana tidak dikurnaikan
cahaya mata.
2. Golongan alim suka pergi ke masjid tetapi tidak suka menjaga kebersihan di
tempat ibadah.
3. Golongan penunggang agama yang sering menggunakan agama untuk
kepentingan diri sendiri.

SUMBER : PELAJAR PERSATUAN KOMUNIKASI

BERITA
SEMASA

Penangguhan Tarikh Program
UUM - South Thai Thinkers

Volunteer Mobility (TVOM'20)
Berikutan Penularan Wabak

Novel Coronavirus

(PPEERRKSOATMU)MAUNANLIKAVOYESMRISAUINTIIKUATSAIRA

Penularan Wabak

COVID-19

Penularan wabak COVID-19 di Malaysia ketika ini
menunjukkan peningkatan kes yang tinggi dari semasa ke

semasa dan hampir semua negeri di Malaysia telah
mempunyai kes positif.

Kerajaan kini sedang giat melaksanakan usaha untuk
mencegah penularan wabak ini yang semakin menunjukkan
peningkatan kes positif Covid - 19. Selaras dengan itu,
beberapa arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan agar
semua perhimpunan termasuk mesyuarat diarahkan untuk
ditangguhkan atau dibatalkan bagi suatu tempoh tertentu.

Adalaha dimaklumkan bahawa Persatuan Komunikasi (PERKOM)
Universiti Utara Malaysia (UUM) amat prihatin dengan

penularan jangkitan wabak COVID - 19 yang melanda negara
telah memutuskan untuk MENANGGUHKAN serta merta
penganjuran UUM - South Thai Thinkers Volunteer

Mobility(TVOM'2020) ke satu tarikh yang akan dimaklumkan
kemudian.

Keputusan ini dibuat selaras dengan keputusan pihak
kerajaan dan arahan universiti agar semua perhimpunan
termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan

keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut
kesesuaian sehingga situasi COVID - 19 bertambah baik.

PERKOM UUM mengambil cakna berhubung penularan
COVID - 19 ini dan segala program yang melibatkan

orang ramai akan ditangguhkan buat sementara
waktu. Adalah menjadi tanggungjawab utama PERKOM

UUM sebagai penganjur untuk mematuhi keputusan
kerajaan dan arahan universiti demi melindungi

kesihatan dan kesejahteraan semua pihak.

Adalah diharapkan agar semua pihak sentiasa
mendapatkan maklumat dari saluran yang sewajarnya

dan mengambil langkah penjagaan dan pencegahan
secara optimum pada setiap masa supaya dapat

membantu mencegah penularan COVID - 19 sekaligus
melindungi rakyat Malaysia daripada wabak ini.

BERITA SEMASA

PERKOM CAKNA KEBAJIKAN PELAJAR
KOMUNIKASI UNIVERSITI UTARA
MALAYSIA

Wakil Majlis Tertinggi & Exco Kebajikan & Khidmat Sosial Persatuan
Komunikasi (PERKOM) Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan borak

santai bersama saudari Ain Azmira (pelajar tahun 3) menerusi aplikasi
‘ZOOM’ sekitar jam 4 petang pada 1 Jun 2020 (Isnin) yang lalu.

Borak santai dilakukan bertujuan untuk bertanya khabar kepada saudari Ain
Azmira dan sekeluarga yang baru kehilangan Allahyarham ayahandanya,
Encik Abu Seman pada 19 Mei yang lalu. (Al-Fatihah (dibaca). Didoakan
rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam golongan yang beriman.

PERKOM UUM turut
berkesempatan

menghulurkan sedikit
sumbangan hasil kutipan

kelab dan pelajar
komunikasi bagi
meringankan beban
sekeluarga. PERKOM UUM
juga akan cuba memastikan
kebajikan pelajar
Komunikasi sentiasa terjaga

KALENDAR : AKTIVITI
PERSATUAN KOMUNIKASI

31 MAC 2020 - Pensyarah Cakna Mahasiswa Kala Covid-19
8 APRIL 2020 - Sembang Santai Jabatan Komunikasi " Aku
15 APRIL 2020 Pun Budak Sintok" dan segmen "Anda Tanya,

22 APRIL 2020 Saya Jawab"
26 APRIL 2020 - Sembang Santai : "Remote Learning: Jom
Bersedia" dan segmen "Anda Tanya, Saya
9 MEI 2020
13 MEI 2020 Jawab"
16 MEI 2020 - UUM Prihatin : Pensyarah Komunikasi Cakna
17 MEI 2020
20 MEI 2020 Pelajar B40

- Sembang Santai : "Pembelajaran Secara
Kumpulan Maya : Bagaimana ?"

- Sembang Santai bersama Alumni Komunikasi
Universiti Utara Malaysia

- Bicara Santai : Dream it. Wish it. Do it

- Teka Suara Mutiara Kata

- Bicara Santai : Dream it. Wish it. Do it :
Sesi 2.0

- Pasca Covid-19 : Hala Tuju Perkom
UUMXUPSI

- Sumbangan Bantuan Ramadan & Aidilfitri

14 JUN 2020 - 1 Minutes Workout
18 JUN 2020 - Deklamasi Sajak Santai (De-Santai)

30 JUN 2020 - Majlis Anugerah Sijil Dekan Pusat Pengajian
Teknologi Multimedia dan Komunikasi

PERKOM Merangkul Dua
Anugerah dalam Anugerah

Kerana Jasa (AKJ)

PERKOM berjaya merangkul dua anugerah iaitu Anugerah Program Terbaik (Akdemik)
dan Anugerah Kelab Terbaik 2019 dalam Anugerah Kerana Jasa Persatuan/Kelab yang

dianjurkan oleh PPA UUM CAS.

Program terbaik yang memenangi anugerah ini adalah program Intercultural
Collaboration yang diadakan di Universitas Sebelas Maret, Solo Indonesia yang diketuai

oleh Mohd Faizul Ambotang.

Dalam majlis yang sama, penasihat PERKOM, Dr. Mohd Zuwairi Mat Saad juga
merangkul Anugerah Penasihat Persatuan Terbaik 2019.

PERKOM ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada AJK PERKOM
2018/2019 dan 2019/2020 serta pelajar dan pensyarah yang sentiasa memberi sokongan

terhadap program-program yang dilaksanakan oleh PERKOM

Jualan Amal tudung
terpakai

Tudung terpakai pelbagai fesyen dijual seperti
selendang dan tudung segera (instant) termasuk
dari jenama terkenal yang dijual serendah Rm5 ,

Rm3 dan Rm1

Sumber : FB Perkom UUM


Click to View FlipBook Version
Previous Book
คู่มือการใช้โปรแกรมบริหารจัดการฐานข้อมลูนักเรียน ในการสอบแข่งขันทางวิชาการ ระดับนานาชาติ ประจำปี พ . ศ. 2563 โครงการพัฒนาคุณภาพการเรียนรู้สู่สากล
Next Book
เพชรพระอุมา เล่ม21 แงซายจอมจักรา