UNSUR SENI
(JALINAN)
Jalinan
Apa Itu Jalinan
1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada
permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan
lain-lain.
2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang
berbeza.
3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
jalinan pada keratan rentas batang pokok
jalinan pada kulit harimau belang
jalinan pada kulit siput
Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi
rekahan pada tanah
jalinan kasar pada permukaan batu
jalinan berduri pada kulit durian
Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia
jalinan pada langit-langit rumah
Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan
batu, kulit kayu, kulit kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan,
cetakan, gosokan dan sebagainya
Jalinan Sentuh - kulit kerang
Jalinan Sentuh - tayar motorsikal
2. Jalinan Tampak
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti,
sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan
sebagainya.
Jalinan Tampak - kertas dinding
Jalinan Tampak - kulit tembikai
Fungsi Jalinan
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang
jalinan pada kuda belang
jalinan pada sesumpah
2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut
tapak kasut
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
corak
4. Pengaliran air dan udara
jala ikan
Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak
gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas
hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu.
Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan
kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan
berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan
dicap pada permukaan kertas.
ikat dan celup
menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian
kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah
dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki
pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di
titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat
tersebut.
batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya
lukisan dan catan
menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan
Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh
anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh
sulaman
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta
kesan jalinan sentuh
kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-
bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain