SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
SEJARAH MALAYSIA Bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400 Masihi. Melaka terletak diantara Asia Timur dengan Asia Barat dimana kedudukan Melaka mempunyai potensi untuk dijadikan pusat perdaganganutama khususnya bagi perdaganganrempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya telah memeluk Islam. Zaman penjajahan tanah Melayu bermula pada 1511 dimana Melaka telah jatuh ke tangan Portugis.Tanah Melayu dijajah oleh Portugis selam 130 tahun.
• Pada tahun 1641 Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda setelah Portugistewas dengan Belanda. • Pada tahun 1824, Belanda menyerahkanTanah Melayu kepada British melalui perjanjian Inggeris – Belanda. Tanah Melayu dikejutkan dengan kedatangan Jepun pada tahun 1941. Namun disebabkanberlaku pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Parti Komunis Malaya (PKM) menguasai Tanah Melayu bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda sewenangnya sehingga memaksa British menyistiharkan darurat di Tanah Melayu dan tahun 1948 hingga 1960.
SEJARAH KEMERDEKAAN Pada tahun 1955,Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO,MCA dan MIC telah ditubuhkan dan Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri, kemudian berunding dengan Britain untuk mendapatkan kemerdekaan. Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi peranan bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. TunkuAbdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dihadapan raja-raja Melayu,rakyatjelata dan perwakilan dari 30 negara Komanwel
Tuanku melaungkan “Merdeka” sebanyak 7 kali dangan mengangkat tangan dan disambut gemuruh oleh rakyat sambil bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan diiringi lagu Kebangsaan Negaraku
Tanggal 31 Ogos 1957 diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
SEKIAN, TERIMA KASIH