AYAT
MAJMUK
PANCANGAN
RELATIF
Apa itu ayat majmuk relatif?
Ayat majmuk yang
menggunakan kata
relatif yang.
Klausa terikat yang
dipancangkan pada
klausa bebas itu
memberikan
penerangan sama ada
subjek atau predikat.
a) Ayat : Dia memiliki sebuah komputer riba
yang amat canggih.
Ayat ini terdiri daripada dua klausa iaitu,
Dia memiliki sebuah komputeer riba.
Komputer riba yang amat canggih.
Ayat Komputer riba amat canggih
dipancangkan pada aya.t Dia memiliki
sebuah komputer riba yang menjadi
klausa bebas atau yang induk.
Frasa komputer riba digugurkan kerana
berulang dan digantikan dengan kata
hubung relatif yang.
yang amat canggih dalam ayat itu ialah
klausa tak bebas yang menjadi
penerang kepada frasa nama objek
komputer riba yang terdapat dalam
predikat.
b) Ayat: Kawan saya yang tinggal di Sabah
mengunjungi saya.
Ayat majmuk ini terdiri daripada dua klausa,
iaitu,
Kawan saya mengunjungi saya, dan kawan
saya tinggal di Sabah.
Ayat kawan saya tinggal di Sabah
dipancangkan kepada ayat kawan saya
mengunjungi saya yang menjadi klausa
bebas atau induk, menjadi
Kawan saya mengunjungi saya
+ Kawan saya tinggal di Sabah
Frasa nama itu berulang kemudian
digugurkan dan digantikan dengan kata
hubung relatif yang.
yang tinggal di Sabah dalam ayat ialah
klausa tak bebas yang menjadi penerang
kepada frasa nama subjek kawan saya
yang terdapat dalam klausa bebas.