The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR FAZDLIN BINTI AZMAN IPG-Pelajar, 2024-02-29 04:33:32

BUKU LOG PANDU PUTERI KADET

-

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, 75400, MELAKA. DISEDIAKAN OLEH: NUR FAZDLIN BINTI AZMAN BAHASA MELAYU 1 PISML AMBILAN JUN 2021 (B)


I S I K A N D U N G A N asas pandu puteri biodata Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perlembagan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Pandu Puteri Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia Pakaian Seragam Lagu-lagu Pandu Puteri Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas Bendera Malaysia dan maksudnya Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan maksudnya Bendera dunia dan maksudnya Istiadat Pandu Puteri Tunas Istiadat Ladam Kuda Sejarah perkembangan dan struktur organisasi Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG PM Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah. Perancangan tahunan program Unit Uniform Pandu Puteri Tunas di sekolah Yang mengandungi skim-SKIM LENCANA PANDU PUTERI TUNAS 2-73 74-97 1 97-104


B I O D A T A NAMA NEGERI ASAL ANGKA GILIRAN NO. MATRIK PROGRAM KURSUS/SEMESTER OPSYEN/UNIT AMBILAN E-MAIL KURSUS UNIT BERUNIFORM KAMPUS : : : : : : : : : : : : NUR FAZDLIN BINTI AZMAN JOHOR 2021142340213 P21142748 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PISMP - TAHUN II SEMESTER II BAHASA MELAYU 1 JUN 2021/2026 [email protected] MPU 3441a KOKURIKULUM:UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1 PANDU PUTERI KADET IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU


A S A S P A N D U P U T E R I


3 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1919 1917 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang. 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak. Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur. 1920 an


4 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang. 1925 Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. 1928 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan. Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924. 1932


5 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. 1947 Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usahausaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1937 - 1946 1934 Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. 1948 - 1960 Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan.


6 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. 1962 1960 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1967 - 1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.


7 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. 1977 - 1986 1987 - 1996 Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program Pandu Puteri guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.


8 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 1998 1997 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98.


9 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa; ‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China) 2000 2001 7-12 September – Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand


10 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia. 2002 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik). Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2003


11 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanakkanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia". 2004


12 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2005 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit"diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.


13 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak. 9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.


14 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara. 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9. 3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM. 6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM. 9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri. 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


15 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah. 6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011. 17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom.


16 Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006. Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. MUKADIMAH Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917. Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas ,tidak teribat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah dilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah. . PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


17 PERKARA 1- NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


18 Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetiaan Persatuan adalah seperti yang berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi UndangUndang Kepanduan. Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: I . Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat IO. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


19 2.1 Kaedah Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang ii. Perkembangan kendiri yang progresif iii. Pembelajaran melalui perbuatan iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. Khidmat masyarakat vii. Aktiviti luar viii. Simbolisme 2.2 Keanggotaan Keanggotaan Persatuan adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


20 Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut: Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi: PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


21 Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


22 Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-AhIi Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap- Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orangorang awam yang terkenal dan penting, serta individu- individu, termasuk PesuruhjayaPesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak Iagi memegang waran. Ahli-AhIi Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


23 Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu 'Court of Honour' akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang- kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada 'Court of Honour" adalah muktamad. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


24 PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu.: a) Mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip- Prinsip Asas; b) Melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluangpeluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; c) Menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia; d) Untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


25 PERKARA 4 - LENCANA USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan "Persatuan Pandu Puteri Malaysia di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya . Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia . Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keah lian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


26 PERKARA 5 - PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: -Mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. -Menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. -Menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


27 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu. 6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 1 . Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan


28 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan 1 . Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa. 6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli- Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


29 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


30 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya. 6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.


31 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA 6.4 Korum and Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang- undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan UndangUndang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandü Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satü Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurangkurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


32 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA 6.5Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: i. Bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan; ii. Bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandü Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik; iii. Menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; iv. Memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang; v. Menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam; vi. Mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undangundang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia; vii. Mencalonkan Ketua Pesuruhjaya


33 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA 7 - BADAN UNDANGAN Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7 . I. Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (I O) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (IO) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-AhIi Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga Satu (3 1 ) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 — 35 30 tahun.


34 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:


35 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA 7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung, Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 7.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.


36 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA 7.4 Korum and Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan UndangUndang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada manamana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut , melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


37 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA 7.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia; iii.Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isuisu penting; iv.Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; v.Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan vi.Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; vii.Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini; viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaanpindaan susulan; ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.


38 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA - 8 KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: i. Kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. ii. Derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan.


39 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 M ei 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember.


40 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA 9 - CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. iv. Kampus/lbu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisipolisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


41 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANGUNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (14 21 ) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan.


42 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA - 11 PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahliahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.


43 PPeerrsseettiiaaaannppaanndduuppuutteerrii Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan: Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, raja dan negara saya Malaysia. Menolong orang setiap masa. Mematuhi undang-undang Pandu Puteri. UUNNDDAANNGG--UUNNDDAANNGGPPAANNDDUUPPUUTTEERRII Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa sopan santun. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Seorang Pandu Puteri bersifat baik kepada haiwan dan menjaga benda-benda hidup. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. : : : : : : : : : : Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima Keenam Ketujuh Kelapan Kesembilan Kesepuluh


44 SELALU SEDIA BE PREPARED CCooggaannkkaattaappaanndduuppuutteerrii LLAAMMBBAANNGGPPAANNDDUUPPUUTTEERRII Trefoil melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. Simbol api pada bahagian pangkal melambangkan api kecintaan terhadap kemanusiaan. Jalur atau urat menajam ke atas melambangkan jarum kompas yang menjadi pedoman atau petunjuk ke jalan yang benar dalam kepaduan. Dua bintang melambangkan Persetiaan dan Undang-undang yang menjadi pedoman hidup kita. Bulatan mengelilingi logo melambangkan Persatuan Sedunia (WAGGGS). Warna kuning emas Pepina yang berlatar belakangkan warna biru melambangkan sinaran cahaya suria ke atas semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Trefoil melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah 14 melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA LENCANA DUNIA


45 IISSYYAARRAATTPPAANNDDUUPPUUTTEERRII Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa: (i) Seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri (ii) Semasa ahli Pandu Puteri membaharui ikrar. Cara membuat isyarat Pandu Puteri: (i) Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. (ii) Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri (di sisi) dirapatkan lurus ke badan. (iii) Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25cm dari telinga kanan. (iv) Kira masa 1, 2, 3 dan turun 3, 2, 1. HHOORRMMAATTPPAANNDDUUPPUUTTEERRII Hormat Pandu Puteri ialah tabik Pandu Puteri yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberi kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi.


46 BBEERRJJAABBAATTTTAANNGGAANNPPAANNDDUUPPUUTTEERRII MMAALLAAYYSSIIAA Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda hormat bagi Pandu Puteri di samping sebagai tanda untuk bertegur sapa sesama ahli dan antara ahli dengan pemimpin. 1. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan pengalaman Baden-Powell sebagai askar di Afrika. Ketua-ketua dan pahlawan daripada suku kaum yang selalu bermusuhan sering memegang senjata pada tangan sehingga tidak sanggup meletakkannya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh diangkat termasuk untuk berjabat tangan sebagai tanda persahabatan dan kepercayaan apabila mereka bertemu. Baden-Powell menerima idea berjabat tangan ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri. 2. Di Malaysia, Pandu Puteri menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. 3.


47 PPAAKKAAIIAANNSSEERRAAGGAAMMPPAANNDDUUPPUUTTEERRII MMAALLAAYYSSIIAA PANDU PUTERI KELIP-KELIP Baju T-Shirt Persatuan Pandu Puteri Malaysia Seluar sukan Kasut sekolah/ sukan Skaf jingga Wogel


48 PPAAKKAAIIAANNSSEERRAAGGAAMMPPAANNDDUUPPUUTTEERRII MMAALLAAYYSSIIAA P A N D U P U T E RI T U N A S Blaus hijau berlogo berlengan panjang dengan poket di kiri dan di kanan dada 1. 2.Seluar panjang berwarna biru tua 3.Skaf berwarna coklat dan wogel 4.Lambang kumpulan 5.Topi Bowler 6.Lencana dunia 7.Lencana pelantikan Pandu Puteri Tunas 8.`Shoulder Flashes' 9.Kasut dan stoking hitam 10.Tudung hitam P A K AIA N S E R A G A M A H LI P A N D U P U T E RI T U N A S YA N G T E L A H DIL A N TIK P A K AIA N P E R K H E M A H A N/ A K TIVITI Baju TShirt Persatuan Pandu Puteri Malaysia berwarna biru. 1. 2.Tudung hitam Seluar sukan berwarna biru tua atau hitam. 3. 4.Kasut dan stoking hitam. Skaf tidak perlu di pakai bersama baju TShirt. 5. Baju ini di guna pakai untuk semua peringkat ahli Pandu Puteri 6.


Click to View FlipBook Version