Jelaskan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada awal abad ke-20 masihi.
Pengenalan
Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan empayar
Turki Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Arab Islam.
Kuasa imperialis Barat mula mengambil alih peranan empayar Turki Uthmaniyah. Di Syria,
Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut.
Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namun mereka telah
menjajah negara tersebut selama tujuh tahun.
Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh Parti
Blok Nasional.
Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapat kemerdekaan penuh
Isi-isi
1. Kewartawanan
Al-Manar merupakan majalah bulanan yang membahaskan idealisme pembaharuan dan
tajdid di Kaherah.
Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang dilahirkan di Syria. Majalah ini
mengungkapkan tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea-idea pembaharuan yang
dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh dalam al-‘Urwa al-Wuthqa.
Fokusnya ke arah pembaharuan dan dakwah Islamiah.
Akhbar lain turut membicarakan keburukan dan kegawatan dunia Islam ketika itu.
Al-Manar mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat
Islam.
Al-Manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah, idealisme dan islah, menerangkan
dasar-dasar Pan-Islamisme, meneroka persoalan yang berkait dengan ajaran akidah dan
hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme, nasionalisme, dan
mempelopori dialog dan pertukaran idea antara budaya dan meneropong pemikiran baharu
berkait dengan falsafah agama dan budaya serta menangani isu-isu sosial dan peradaban
Al-Manar pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai majalah mingguan yang
memuatkan lapan halaman, menyiarkan berita mutakhir, di samping artikel utama yang
ditulis oleh ketua editor iaitu Rasyid Rida sendiri.
Khalid Khuri menerbitkan akhbar Hadikat Al-Akhbar – penerbitan 2 minggu sekali yang
membincangkan 3 ribu isu mengenai isu serantau, ekonomi Beirut, perdagangan, isu luar
negara, kebangkitan uthmaniyah, meniup semangat nasionalisme
Akhbar ini juga berjaya melahirkan “hubbal -watan” iaitu elemen patriotisme yang mana
ia menjadi platform perdebatan dan perbincnagan isu semasa di Syria dan Beirut
2. Peranan Pendidikan
Sebuah akademi telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpul ahli linguistic dari seluruh
pelusuk Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.
Tumpuan akademi bahasa ini adalah untuk menyesuaikan bahasa masing-masing dengan
keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya.
Walaupun secara politiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu perkara
iaitu bahasa Arab.
Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah negara Arab merdek di
Syria termasuklah Abu Khaldun Sati al-Husri.
Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada masa mudanya, beliau bekerja sebagai pegawai
pendidikan Turki Uthmaniyah.
Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah universiti yang dibina menjadi medan perdebatan
golongan terpelajar tempatan.
3. Peranan Golongan Intelektual
Rasyid Rida merupakan intelektual muslim dari Syria yang mengembangkan gagasan
modenisme Islam yang awalnya dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad
Abduh.
Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu, dibandingkan dengan
masyarakat kolonial Barat.
Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyarakat Islam kembali
kepada prinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad dalam menghadapi kehidupan
moden.
Penulisan beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan Islam
ketika itu termasuk di Syria.
Beliau berhijrah dari Syria ke Mesir pada tahun 1897 untuk menuntut ilmu.
Jamal Addin Al-Qasimmi yang merupakan tokoh generasi Islam di Damsyik Syria
Abd. Rahman al-kawakibi membangkitkan semangat nasionalisme Arab di Syria
4. Pengaruh Agama
Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan kesemua negara dan bangsa
Arab sehingga mewujudkan penggerak-penggerak nasionalis di Syria.
Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan
penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin.
Gerakan yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang Palestin
jelas kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Turki dikuasai oleh
pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi.
Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria menentang
penjajah.
Pengaruh agama kristian juga membawa kepada kebimbangan masyarakat Islam sehingga
membawa semangat nasionalimse
Syarif Husain menggunakan nasionalisme Arab/agama Islam untuk menentang Turki
5. Pengaruh bahasa dan kesusasteraan
Pada abad ke 19 hingga 20 Masihi,berlaku perkembangan baharu dalam kesusasteraan
Arab bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh dunia Arab.
Francis Marrash menulis buku Ghabat al-Haqq pada tahun 1865.Qustaki al-Hilmi dengan
karyanya yang bertajuk The Reseacher’s Source in the Science of Critism berkisar tentang
idea-idea keamanan, kebebasan dan kesaksamaan yan membangkitkan kesedaran
nasionalisme.
Bahasa dan kesusasteraan juga memainkan peranan dalam kemunculan semangat
nasionalisme di Syria. Perancis mengamalkan dasar pecah dan perintah. Mereka
memperjuangkan bahasa golongan minoriti.
Golongan minoriti ingin bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan masing-
masing. – bahasa etnik dihidupkan semula misalnya manorite, jacobite, Assyria, Druze dan
sebagainya
Semangat nasionalisme dalam kalangan orang Kurdi dan orang Turki muncul kerana isu
bahasa di kawasan yang diduduki oleh mereka.
Perkembangan bahasa dan sastera menyuntik dan menyemarakkan kebangkitan gerakan
nasionalisme di Syria, sebelum ini istilah-istilah Turki dan bahasa asing banyak
mempengaruhi kehidupan rakyat.
Perkembangan ini akhirnya berubah apabila digantikan dengan bahasa dan sastera
tempatan
6. Pengaruh Luar
Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar Turk
Uthmaniyah.
Oleh kerana dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki Uthmaniyah, maka dasar
ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan menangkis ancaman pihak Barat.
Shakib Arslan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu di bawah
kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahu penduduk Syria
menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Shakib Arslan yang berasal dari Lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara sukarela
menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1916.
7. Peranan Persatuan
Jamaih al-Misa di Jordan dan Al-Qara di Syria
Al-Fatat di Paris bertujuan mengembangkan lagi nasionalisme Arab dan mengadakan
kongress pada tahun 1913
8. Kelemahan dan kezaliman kerajaan turki Uthamniyah
9. Ancaman budaya barat – cara pentadbiran, ekonomi, cara hidup, dakyah kristianisasi
mengancam budaya Syria yang akhirnya melahirkan budaya sekular
Kesimpulan
Gerakan nasionalisme bertujuan menyatukan semua negara dan bangsa Arab. Kebangkitan
semangat nasionalisme Syria berlaku akibat kesedaran masyarakat tentang pelbagai cabaran
yang dihadapi oleh umat Islam seperti gerakan misionari dan penguasaan politik oleh kerajaan
kolonial.
wilayah Timur Tengah terdedah kepada kuasa Berikat selepas Perang Dunia pertama. Perancis
mendapat mandat untuk memerintah Syria dan menguasainya selama tujuh tahun sebelum
pilihan raya diadakan dan proses pembentukan negara bangsa Syria berjaya direalisasikan.